Thursday, January 21, 2010

Hakikat Sebenar Tentang Jejaka

Jejaka adalah makhluk yang simple. Beri sahaja kami Xbox 360 dan tv lcd 42", anda boleh tinggalkan kami selama seminggu tanpa dipelihara atau dibaja. Gadis pula adalah makhluk yang paling kompleks. Huii nak kena beli kasut, nak mekap lepas tu datang period lagi. Huii aku tak dapat bayangkan jika aku menjadi perempuan kena menghadapi kecederaan faraj setiap bulan. Bagaimana korang boleh handle waktu period pun aku tak tahu. Aku dahla takut darah nampak darah keluar sikit je sudah boleh menyebabkan timbulnya masalah ejakulasi pramatang. Anyway, oleh kerana kami jejaka ini merupakan makhluk yang simple, tidak bermakna tindak-tanduk kami perlu diinterpretasi dengan simple juga. Ayuh klik Read More untuk mengenali sikap kaum lelaki yang tersurat dan yang tersirat.

1) Jika jejaka anda menemani anda bershopping, usah PMS jika mereka hanya duduk menunggu di 'husband's chair'. Okay maybe it's true, for men, shopping is boring. Hakikat yang sebenar ialah kami tidak mahu melunturkan semangat shopping anda. So demi menjaga hati kalian gadis-gadis, kami lebih rela mendiamkan diri daripada memberi pendapat apabila korang bertanya "Cantik tak baju ropol-ropol kat ketiak I ni?" Jawapan kami semua sama sahaja "Ok kot" or "Mahal sangatla"

2) Jika jejaka anda tidak membawa anda keluar minum di maplay bersama kawan-kawan anda, usah PMS menyangkakan yang kami lebih mementingkan kawan-kawan. Hakikat yang sebenar ialah kami lebih mementingkan anda. Kami tidak mahu anda duduk termenung kebosanan sehingga tumbuh misai ketika kami berbincang tentang markah fantasy football minggu ini. Kami juga tidak mahu anda trauma dengan lawak-lawak seksual yang kami lontarkan tanpa belas kasihan.

3) Jika jejaka anda tidak menelefon anda, usah PMS menyangkakan yang kami tidak rindukan anda. Hakikat yang sebenar; telefon kami kena bar sebab terlalu banyak call anda semalam. Nak pergi public phone, semua menjadi mangsa vandalisme. Lagipun malam-malam kami takut digigit pontianak yang bertenggek di pondok telefon.

4) Jika jejaka anda tidak mahu membelikan anda baju di Forever 21 walaupun anda sudah menghentak-hentak kaki, usah PMS menyangkakan yang kami kolot tidak mahu beri anda pakai baju nampak lurah. Hakikat yang sebenar ialah kami tidak mahu buah dada anda menjadi modal buat jejaka-jejaka dayus. Lagipun umur dah lebih 21 tahun mana boleh shopping kat situ dah.

5) Jika jejaka anda tidak mahu membelikan anda beg tangan Jurulatih ataupun Teka, usah PMS menyangkakan yang kami ini kedekut. Hakikat yang sebenar ialah kami ingin menyimpan wang untuk membayar wang hantaran anda yang mahal.

6) Jika jejaka anda sekadar senyum ketika anda bertanya "Cantik tak mekap I?", usah PMS menyangkakan kami tidak tahu memberi pendapat. Hakikat yang sebenar ialah kami tidak mahu mengguris hati anda dengan memberitahu yang solekan anda terlalu tebal seperti bomoh hujan.

7) Jika jejaka anda memandang gadis yang anda rasakan hangat lalu di hadapan anda, usah PMS menyangkakan yang kami ini gatal. Hakikat yang sebenarnya ialah gadis hangat tadi tu bulu hidung dia terkeluar sikit, tu yang kami tenung kehairanan tu.

8) Jika anda mengkantolkan jejaka anda menonton pornografi ringan, usah PMS menyangkakan yang dia tengah horny. Hakikat yang sebenarnya ialah...okla yang ni memang betul la tengah horny.

Kesimpulannya, sayangilah jejaka anda dengan sepenuh hati dan perasaan walaupun kadang-kadang kami ni act like a big jerk. Assalamualaikum.

p/s: selamat hari jadi yang ke-34 zati hazira



24 comments:

Anonymous said...

kasi like satu kali post ni.

-kucing hitam.

Anonymous said...

hahaha n1..:D

p/s: jai bile nk repet men boling ni??ak nak lauk ko cukup2 hahaha..

enuLwanie said...

wah..
mcm romantik pula entri ni..
hmmmm....

Anonymous said...

yaa aku sebagai jejaka tampon eh tampan mmg bsetuju seratus peratus asli dgn entri ko.. walaupun ade la bberapa yg kaver 'baik punya~~'


-megan musang,hentian kajang

Anonymous said...

yaa aku sebagai jejaka tampon eh tampan mmg bsetuju seratus peratus asli dgn entri ko.. walaupun ade la bberapa yg kaver 'baik punya~~'


-megan musang,hentian kajang

Anonymous said...

eh3 terspam pula..maaf di atas ke'horny'an saya dalam mengutarakan komen2..mak x sabarr nyahh~


-megan musang

Mohamad Faizal said...

kucing hitam: thanks

fandi: weekend ni la kalau berani

enulwanie: romantik ke sepastik

megan: kau ni kawan sally ke nyahh

nana said...

beg tangan Jurulatih ataupun Teka.
berulang kali aku baca part ni, lepas 5 kali baru faham.

hihi.

attiesya said...

jwpn yg bernas dr incik ijai..

tp satu la.. kalau wanita teman jejaka shopping laaagi parah.. masa utk memilih brg, kalah kami.. utk satu brg yg jejaka nk pilih, kami dah boleh rembat 4 brg.. hehehe

finaz said...

beg tangan jurulatih dan teka? hehehe.. ada2 jelah u ni ijai..

and megan musanggg? hahaha that really cracks me up early in the morning kat ofis hari ni

Anonymous said...

mcm penyakit kekurangan kasih sayang je ko ni ijai...

Anonymous said...

mcm penyakit kekurangan kasih sayang je ko ni ijai...

-kak mona-

Mohamad Faizal said...

nana: cayalah

attiesya: yeke? bukan gadis2 susah nak memilih ke. nak yang itu nak yang ini. kami jejaka belasah sahaja tanpa berfikir panjang

finaz: jangan gelak sorang2 nanti dituduh gila

kak mona: mengapa pula? apa yang ditulis tidak memberi gambaran tentang kehidupan sosial. saya memang disayangi ramai

Cik Faridah Huda said...

tetapi jejaka jangan la jalan cepat sangat ketika di kompleks membeli belah...mengah para gadis nak mengejar..dah la para gadis nie kalo boleh semua kedai nak terjah...

beli beg JURULATIH made in CHINA pun x pe..pas tu p la balut elok2...

Cik Faridah Huda said...

eh..besday zati berada di selekohkah?(around de corner)...hepy besday zati hazira..-Mek!

Anonymous said...

haha..
nice entri jai..
2 thumbs up..


p/s: wei aku nak join gak pertarungan bowling kau..
jamil,sile ajak evi..aku nak tgk bagaimana dia kalahkan ijai..haha...


-shuhud-

Anonymous said...

huii teman jejaka soping lagi penat, pilih baju kerja sehari pon belum tentu dapat..kena tgk jenis kain sedap pakai ke tidak..try 5 helai selai pon belum tontu dibeli..huhu

(!_!)

Mohamad Faizal said...

cik faridah: bukan jalan lajula, kaki kami panjang haa haa

abe: malam ini kita berperang

anon: yeke? lelaki mana kisah pakai kain jenis apa pun. melainkan kain kapan

deqyalalink said...
This comment has been removed by the author.
Mohamad Faizal said...

haha deqyalalink mengapa delete kan dah kantol jadi stalker

deqyalalink said...

haha.. dah lame stalk tapi takut nak mengomen nanti dr shuhud tau :)

tapi dah terkantoi disini. alang2 mencelup pekasam mari kite makan asam pedas.

Anonymous said...

jai aku dah beli mac mini (tak mampu nak beli imac). nak larikan diri dpd mikrosof. haha.

abe, pagi pagi aku susah nak bukak mulut sebab gigi wisdom aku lock jaw aku. cam babi. cmane ni ? apa harus aku lakukan?

adam

Mohamad Faizal said...

deqyalalink: tak mengapa segala rahsia hitam dr shuduh akan didedahkan di sini

adam: ala tak rawk ah adam macamana nak bina 'adamonster v3.0' kalau pakai epal

z a t i said...

tenkiu. postkan beg tgn jurulatih kepada aku ke alamat opis.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...