Monday, January 11, 2010

Hanging Out With The Newlyweds

Aku sedang bersiap-siap hendak ke surau ketika sekeping mesej hadir ke telefon bimbit aku.

"Rakan2. Mari makan malam esok aku belanja. Sila pilih tempat mahal2 hehe - Jamil"

Musykil. Selalunya orang hanya akan membelanja kita jika mereka ingin memperdayakan kita untuk menjadi downline MLM mereka. Tapi Jamil memang pemalas orangnya tak mungkin dia join MLM. Mungkinkah dia ada berita gempar yang hendak disampaikan?? Aku pun membalas pesanan mesej ringkas Jamil;

"OMG JAMIL ADAKAH KAU AKAN MENJADI BAPA?? PANTASNYA!!"


Ok tak. Aku tidak rasa Evi akan mengandung dalam masa yang terdekat kerana aku syaki Jamil banyak membuat eksperimentasi berdasarkan apa yang ditontonnya selama ini seperti teknik pengunduran di saat akhir mahupun advanced rear entry. Aku buat-buat tahu je sebenarnya padahal aku ni naif dan inosen orangnya. Anyway, sebagai lelaki simpanan Zeti, Jamil telah mendapat bonus 5 bulan (mungkin lebih) daripada Bank Negara dan Jamil ingin berkongsi kekayaannya itu dengan rakan-rakan baiknya. Dia memberi cadangan untuk membaham di Nandos. What the what? Nandos tak cukup mahal bitch.

Lokasi yang dipilih ialah Alamanda. Selepas wedding Bc tempoh hari, Ikram siap jalan kaki ke Alamanda untuk membuat survey restoran apakah yang boleh digunakan untuk mengapak Jamil. Dulu-dulu restoran yang paling mahal di Alamanda ialah Sri Ayuthayya (betul ke eja) tapi restoran itu telah bertukar menjadi Al-Ikhsan. Maka restoran yang mahal selepas itu ialah Bayou. Ayuh kita klik Read More untuk membaham di bawah Angin Bayou Membawa Diriku.

Newlyweds. Kau bajet kau ni Nick Lachey la Jamil. Bagaimana kita nak tahu pasangan itu newlyweds ataupun baru sangat berkahwin? Mudah sahaja. Sila kaji gambar di bawah.


Pasangan yang baru berkahwin akan bermesra tak kira masa dan tempat. Lihat sajalah tangan Jamil menjalar. "Takpe, dah halal," jawab Jamil tenang sambil menjeling manja kepada Evi.

"Ya, memang halal, tapi boleh tak kau jangan ghairah sangat sampai menjalar kat aku!" marah aku sambil menepis tangan Jamil sebelum sempat dia menyeluk ke dalam boxer aku. Biasalah tu. Orang baru kahwin kan. Ini adalah kali pertama Jamil dan Evi keluar bersama kami sebagai pasangan suami isteri. Kami rakan-rakan Bangi memang sinonim dengan lawak tak senonoh serta lawak perkauman. Evi anda harus menerima perangai kami seadanya.

Olrite mari kita membaham dahulu. Line up pada malam itu ialah aku, Fandi, Ikram dan Ise. Abe tidak turut serta kerana dia pergi ke Mersing untuk berubat kampung dan Apai pula mendengar cakap isteri tidak boleh keluar malam. Jamil menjanjikan full course meal maka kami mulakan dengan appetizer iaitu Macho Nacho dan Bayou Platter.


Jilatlah skrin masing-masing untuk merasai kelazatan Macho Nacho ini (RM 24). Ala benda free mestilah best kan. Bayou Platter (RM 24) pula terdiri daripada gabungan pelbagai haiwan yang telah disembelih lalu digoreng rapi.


Jamil memesan Smoked BBQ Chicken Whole Leg (RM 18). Yang hitam itu bukan sos BBQ, tetapi darah beku ayam yang menambah aroma hidangan. Aku memesan Beef Lasagna sahaja kerana aku masih kenyang.


Ise pula memesan Char-Grilled Honey Glazed Whole Leg (RM 18), iaitu kaki ayam yang disalut honey stars dan hunny madu. Mewah betul kami malam itu. Pencuci mulut dan muka pun kami pesan. Kami makan memang tak ingat langsung orang-orang yang kurang bernasib baik. Lihatlah bil keseluruhan di bawah.


Jamil dengan tenang mengeluarkan wang serta siap beri tips lagi kepada pelayang yang mukanya macam Beego rancangan Puteri itu. Malah Jamil kata dia nak belanja kami sekali lagi sebab nak bagi semua orang ada. Wau kau memang pemurah Jamil. Sure ke kau dapat bonus ni ke kau gelapkan wang Bank Negara.


Tidak cukup dengan itu, Jamil turut membelanja kami bermain bowling. Taktaula dia belanja ke tak ataupun aku yang elakkan diri daripada membayar. Tergamam diorang tengok teknik 'Summersault Berpusing' aku untuk mendapatkan spare. Mudah sahaja aku mengalahkan mereka terutamana Fandi. Tapi di perlawanan kedua aku diaibkan Evi Vidyana cis cis cis.

Akhir kata, kami rakan-rakan Bangi ingin mengucapkan selamat menyertai rakan-rakan Bangi secara rasmi buat Evi Vidyana. Jika ada gangguan seksual yang dirasakan melampaui batas, think again, kerna gurauan kami tiada batasannya. Itulah sebabnya kami saling mencintai antara satu sama lain.

Thank you Jamil & Evi!



10 comments:

Anonymous said...

arrrgh..mengapa korg tidak menuggu aku pulang dari mersing...huhu..
gile jeles aku..tgk appetizer je dah tersembur air liur aku..

minggu ni dari khamis sampai ahad aku kat sunway..ade conference..weekend minggu depan aku kat cyberview lodge..minggu depn lagi satu aku pi rumah anak yatim buat projek komuniti..
sile rancang tarikh lain agar aku dapat join bersama..huhu..


-shuhud-
yg kempunan makan di bayou...

finaz said...

wow.. jamil dpt bonus 5 bulan? hebatnyee... saya sangat jeles

-saya yang bonus 4.62 bulan sahaja-

Mohamad Faizal said...

abe: minggu ni kitorang nak pergi pulau tioman jangan kau cemburu buta

finaz: gilak ah ding dong. bagi emel saya nak anta resume nak kerja bank jugak

nana said...

wow. keje bank negara best nampaknya.

mum2h said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Ijai,

aksi menjalar jamil tu tak lama pun..harap bersabar ye.

p/s diaorg tu dah ada lesen besar

-kak mona-

Mohamad Faizal said...

nana: kerja di bank sperma pun besh juga

kak mona: jamil memang suka menjalar tak kira waktu

Anonymous said...

ijai..usaha lagi ya! diharap jumpa lg di sesi bowling akan datang..haha

evi

Anonymous said...

haha ijai kalah dgn evi..ise yg baru blajar pon lagi mantap dari kau kan hahaha..ak main jari xpyh masuk lubang bola pon leh mng kahkahkah..

-fandi-

Mohamad Faizal said...

evi: ala vidyana saya saje je memberi anda peluang sebab jamil suruh (kaver)

fandi: bukankah aku mengaibkan kau dalam kedua-dua perlawanan? tak puas hati kita ripit weekend ni oi

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...