Thursday, January 7, 2010

Juara Windows 7 Sedunia

Bagi menyambut kelahiran Windows 7, Maikrosof telah menganjurkan beberapa pertandingan untuk menambahkan tahap 'awareness' terhadap produk terhebat Maikrosof ini. Antara pertandingan yang dianjurkan adalah Dikir Barat Home Premium serta Pop Kuiz Ultimate. Kami semua dipaksa menyertai pop kuiz mingguan tentang Windows 7 bagi memantapkan pengetahuan kami agar tidak terkena parkinson ketika Windows 7 launching nanti.

Pada mulanya aku buat endah tak endah sahaja kerana aku sentiasa pura-pura sibuk, mana ada masa nak buat kuiz yang remeh temeh ini.Tetapi sebagai pemegang Anugerah Bintang Popular Maikrosof, aku haruslah menjaga reputasi dan nama baik aku. Maka dengan hati yang berat aku pun menghantarla jawapan kepada kuiz Windows 7 setiap minggu dengan sambil lewa tetapi konsisten. Pihak penganjur menaburkan janji manis dengan mengatakan sesiapa yang mengumpul markah tertinggi akan memenangi hadiah percutian ke Klang selama 2 hari 1 malam serta boleh memilih apa-apa produk daripada Maikrosof.

Ketika itu, rival-rival aku seperti Muhammad Faisal Habeeb dan Adam Phong Wei Hong masih bekerja dengan Maikrosof. Mereka fikir mereka hebat dalam menyelesaikan masalah Windows mahupun bermain Fifa. Mereka juga fikir yang mereka akan memenangi kuiz tersebut. Akan tetapi mereka silap. Apabila keputusan kuiz diumumkan, cubalah teka siapa yang menang?


Duhh? Sila klik Read More sebagai tanda kalian kagum terhadap aku.

Memang tidak syak lagi akulah Juara Windows 7 Sedunia. Sebenarnya ada beberapa pemenang, tapi aku kira macam juara keseluruhanlah sebab aku sorang sahaja yang ada majlis penyampaian hadiah. Orang lain diorang poskan je hadiah ke kampung masing-masing.


Sebenarnya aku memang tak sangka yang aku pemenangnya kerana kuiz dia bukanlah susah sangat pun. Aku selalunya tunggu rekan-rakan sekerja yang lain habis buat kuiz lalu aku plagiat sahaja jawapan mereka sambil buat-buat tersilap satu dua agar tidak mendapat markah penuh bagi mengelakkan kesangsian daripada pegawai pemeriksa. Mungkin sebab aku menunjukkan komitmen yang tinggi dengan menyiapkan semua kuiz maka aku dipilih sebagai juara keseluruhan.


Aku memilih Microsoft Wireless Media Desktop 1000 sebagai hadiah kerana itu merupakan barangan yang paling mahal dalam senarai iklan. Set ini terdiri daripada papan kekunci dan tetikur tanpa wayar yang sleek dan bergaya. Gila smooth ketika menaip memang tiada bunyi dan jari jemari mendapat rangsangan refleksologi hasil daripada bentuknya yang ergonomik. Harga set desktop ini di pasaran adalah sama seperti harga tiga belas kali menonton wayang.


Terus aku sedekahkan keyboard dan mouse lama aku kepada anak yatim sebagai tanda kesyukuran. Eh aku kan anak yatim so aku sedekah kat diri sendirila keyboard dan mouse lama aku tu. Anyway lihatlah setup di atas. Macam ada sesuatu yang tak kena sahaja. Apa dia haa? Adakah sebab anda boleh melihat habuk yang tidak dibersihkan dalam gambar di atas? Ataupun kehadiran cakera padat Taylor Swift Fearless Platinum Edition? No no no dua-dua pun bukan.


Yeahh baby ini barulah setup yang betul. Sungguh bahagia dapat melayari laman pornografi kegemaran seperti di dalam gambar di atas secara wayarles. Ok ucapan kemenangan:
Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada para pengundi saya serta peminat-peminat fanatik saya yang tidak jemu-jemu mendoakan saya setiap kali selepas solat. Buat saingan-saingan saya diharapkan tidak patah hati kerana anda sudah mencuba yang terbaik. Anda seharusnya bangga tewas di tangan Sang Juara. Haa haa takburnya takburnya. Ayuh sila ucapkan kongratulasi sebagai galakan

Di sini aku ingin membuat tawaran; jika ada sesiapa yang hendak membeli set Wireless Media Desktop 1000 aku ini, harga permulaan ialah RM 150. Aku ambil untung RM20 je. Aku akan tandatangan sekali kat kotak dia memang jadi collector's item lah. Assalamualaikum.

p/s: Anda menggunakan Windows 7? Sila gunakan tips gagah ini:
1) Buat satu folder baru
2) Namakan folder itu ijaicool.{ED7BA470-8E54-465E-825C-99712043E01C} dan tekan Enter.
3) Kagum bukan?




13 comments:

Anonymous said...

mane boleh ko dpt untung ko dpt pon free je kan..rm70 ko msg ak ye terus ak bagi cash skali byr je..ak mmg ngah usya2 kybrd n mouse wireless tuh hehe..

-fandi-

Mohamad Faizal said...

mabuk alkohol kau ni mana boleh RM70. okla harga teman bangi RM148

attiesya said...

*clap..clap..clap..

tahniah la en. ijai atas kemenangan ini.. sy kagum dgn bakat anda.. :D

Anonymous said...

jenglottt ko rm148..kurang rm2 nk beli chipster pon tak cukup bai..ak up la rm85 kerana berniat nak bersedekah di awal tahun..pls revert..

-fandi-

datillah said...

Perlu ke interframe skali taylor swift tuh?

Hani Agmi said...

congratulation.aku selalu terserempak dgn mamat yg bukan ijai dlm gmbr tu kt kedai nihal mart.xpun kt tgkt 3 dulu la..feymes gak dia ni rupanya smp jdi tukang penyampai hadiah.

Mohamad Faizal said...

attiesya: terima kasih saya memang berbakat dalam pelbagai bidang termasuklah memasak dan menyanyi rap

fandi: sundel bolong kau rm85. takpe weekend datang rumah kita slow talk

datillah: jangan cemburu babe u taukan yang u lagi comel daripada taylor lautner eh taylor swift

hani: what the what? anda bekerja di menara olympia kah? apa khabar abang razak? lelaki itu boss saya ah

Ikmar said...

Weh tipu. Harga pasaran RM75 kat lowyat

h a n i a n m u r i h a n said...

a'ah.dlu saya keja kt olympia.slalu nmpk ijai mkn sorg2 kt tgkt 3.hahahha..saya tejumpa blog yg hebat ni sbb nk buat research pasal jangkitan h1n1 di olympia last time.saya selalu jd stalker br skrg jd follower.awak patut jadi penulis sambilan utk majalah ujang.

Mohamad Faizal said...

ikmar: hoit ikmar jangan kau cuba nak mengganggu periuk nasi aku. ala rm75 mesti model lain takpun barang curi

hani: sumpah bukan saya yang dijangkiti h1n1 tu. oh btw saya bercita-cita untuk menjadi penulis majalah mastika

King Faisal said...

Hi Encik Ensam. Wau sukanya dia :D. Kemangan ko kali ibarat menang tanpa bertanding, sebab jaguh jaguh mikrosof spt aku, adam & etc tak kejer kat situ lagi. So memang tiada pilihan lain, Sebagai pekerjo senior di mikrosof, Managment terpaksa bg hadiah katko . So diharap, anda jgn buat kecoh kat sini ok :D

Mohamad Faizal said...

haha faisal habeeb kau pasti parkinson jika melihat hadiah seterusnya yang bakal aku menangi

arjunaAngkasa@mangotouch said...

peh! gua suka part ending dia..buat folder tuh.. mmg sangat pantas untuk tweak system! cayalah!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...