Anyway, semalam bersamaan dengan hari Sabtu 30/1/2010, kami rakan-rakan Bangi telah dijemput untuk menghadiri parti akikah Aryan. Aku dan Fandi sengaja datang lambat kerana ingin mengelak daripada membaca apa yang perlu dibaca di majlis akikah. Anas kata majlis bermula lepas Asar, so kami bermain Fifa 2010 dahulu bagi melengah-lengahkan masa. Rakan-rakan lain tiada di Bangi ketika itu, so kami berdua pergi dahulu. Jamil dan Evi disyaki bersetubuh di pantai Port Dickson, Apai dan Mizah disyaki ringan-ringan di Midvalley, Ikram dan Zul bermain sesama sendiri serta Shuhud pula memecahkan kelapa dan menindik testis kerana dia disyaki menyambut Thaipusam.
Kami tiba di rumah Anas pada pukul 5.45 petang, wayyyyy beyond waktu Asar. Namun strategi kami ternyata tidak berkesan kerana sewaktu kami tiba, mereka semua sedang berselawat. Ahh sudahhh. Ok fine, kami pun duduk menyorok di belakang crowd surau di luar rumah, namun begitu kehadiran kami disedari oleh abah Anas yang menyuruh kami masuk ke dalam. Tiada pilihan. Aku tidak diberi skrip tapi aku masih boleh miming dengan lancar hasil daripada didikan fardhu ain sejak kecil. Fandi pula ternyata masih hidup dalam keadaan Jahiliyyah kerana miming di mulutnya langsung tidak sama dengan apa yang sedang dibaca. Ish ish ish. Penderitaan Fandi berakhir apabila kami dihidangkan dengan kambing yang penuh dengan kolestrol.
Lihat sahaja gambar di bawah. Aku memang irresistible terhadap semua orang terutamanya gadis-gadis dan bayi. OK FINE. Itu gambar Aryan beberapa saat sebelum dia meraung kerana hairan melihat orang yang lebih hensem daripada ayahnya. Sila klik Read More untuk melihat gambar-gambar comel Aryan.
Samseng sungguh wajah Aryan melihat ayahnya. Aku syaki dia sedang meneran sebagai tanda protes terhadap sifat ayahnya yang tidak mahu bangun malam untuk menukar lampin.
Ternyata aku ini merupakan pakcik kegemaran Aryan kerana dia suka menggenggam apa sahaja yang aku beri termasuklah jari aku masih lagi melekat dengan kuah kari kambing.
Korang tengoklah mereka ini. Suruh datang berselawat malas. Lepas tu tau main telefon bimbit je. Pastu masing-masing install applikasi 'Yak' di Iphone lepas tu pergi chat sesama jantan. Memang tiada kehidupan.
Kami dijangka akan menjadi pakcik sekali lagi pada bulan 4 nanti. Kami semua mengesyaki sesuatu yang tidak kena kerana rasanya Apai dan Mizah baru sahaja berkahwin pada beberapa entri yang lalu tetapi perut sudah membesar bagaikan sang juara....tapi bila kira-kira balik cukup bulan sebenarnya. Mungkin Apai ni bernafsu hamster. Anyway korang sudah berjanji hendak memberi nama bayi itu sebagai Faizal kan?
Bergambar kenangan sebelum pulang. Okay korang semua kenal kan semua kawan-kawan aku dalam gambar di bawah. Tetapi yang korang mungkin tidak kenal adalah yang pakai baju belang-belang tu. Nama dia Zulkifli Ibrahim. Dia terdesak mencari pasangan hidup, dan kalau boleh dia mahu perempuan. Arbok last resort. Zul memang kaya dan kacak, jadi jika anda rasakan anda hangat, sila tinggalkan nama dan alamat emel untuk dihubungi.
Welcome Aryan Zuhayr. We all lap you!
visit my fesbuk for more pictures: http://www.facebook.com/album.php?aid=155108&id=628280825&l=d04a453cfa

9 comments:
ijai maksud nama aryan zuhayr ialah kuat & bijaksana .. panjangnye entry kau hehehe
kurma kambing tu mmg sdp ak balun smpi bpeluh2 haha..and bau kelapa mmg fresh dekat abe klo ko perasan jai..
-fandi-
Hoi abe pakai baju aku tak mintak kebenaran
uhhh xde application selawat ke kt iPhone? haha atleast xpayah la miming heheh.. tapi jai.. apsal kau buka cermin mata time dukung Aryan? adakah anda mahu mnunjukkan wajah kacak anda tanpa kacamata kepada Aryan? Ptutnya anda pakai, takut2 kne pancutan air panas, hak3..
-megan musang
p/s: Zack melahirkan seorang anak lelaki yang diberi nama Ayran Zuhayr. typo?
zack: mestilah tulis panjang2 demi kau kerana kita sekeluarga (ayat nak pancing kau bagi anas keluar datang rumah aku main game)
fandi: buat stakat bau kelapa dia punya kayu yang cucuk kat badan pun dia tak cabut lagi
akak abe: itu baru baju di luar, seluar di dalam pun dia guna kau punya tanpa kebenaran
megan: typo thanks. ala aku pakai spek mata dalam kehidupan sebenarnya sekadar nak bergaya je
Kambing umah anas mmg terbaek beb,
mengigau malam aku dibuatnye
~AkuApai
ololooo
cute nya..
=)
apai: anas ada tapau kambing di rumah aku datang ah jika kelaparan dan ingin tambah kolestrol
zack: thanks (menganggap pujian comel itu ditujukan kepada saya)
patut abe pki baju merah..nk cover darah yg mleleh2 kuar dari badan die..ish3..
-fandi-
Post a Comment