Thursday, January 14, 2010

Selamat Datang Maxi, Selamat Jalan Rafa??

Apa itu Maxi? Macam nama tampon wanita sahaja. Hoi! Usah kau permainkan nama saudara baru kami. Dengan hanya sekali lafaz dan tandatangan, abang Maxi Rodriguez kini telah sah menjadi milik Liverpool FC. Ayuh kita kenali Abang Maxi dengan lebih lanjut. Sebelum menjadi pemain bolasepak professional, Maxi merupakan seorang pelajar yang cemerlang daripada Kolej Matrikulasi Maxisegar. Dia menjalankan latihan industrinya sebagai penyambut tetamu di Menara Maxis cawangan Argentina. Setelah Torres meninggalkan Atletico Madrid, Abang Maxi telah merampas armband kapten. Kini Maxi akan kembali bersama Torres membuat larian pecut 60 meter di sayap kanan mahupun kiri, membuat skill 5 ringgit terhadap Gary Neville, sebelum membuat hantaran lintang yang disudahi dengan salam oleh Abang Gerrard. Wow. Tak sabarnya aku hendak melihat aksinya. Gambar di bawah menunjukkan statistik lengkap tentang Abang Maxi.


Namun begitu, perbincangan utama entri ini bukanlah berkisarkan tentang Maxi sahaja. Ada perkara yang lebih besar lagi untuk dibawa ke usrah lepas Isyak nanti. Sila klik Read More untuk memulakan perbincangan.

Di sebalik kegembiraan dengan kehadiran Maxi, kekalahan di tangan Reading dalam ulangan pusingan ke-3 Piala FA pagi tadi ternyata merudumkan moral penyokong Liverpool. Perasaan terkeluar daripada Piala FA di tempat sendiri adalah umpama dirogol Pak Ngah sendiri. Pedih punggung doo. Aku faham perasaan kanak-kanak the Kop yang memboo pemain Liverpool selepas tamat wisel penamat. Musim lepas kita sudah high beam Manshitter United dari belakang dan musim ini telah tertanam kepercayaan untuk kita kembali menuju puncak. Musim ini merupakan peluang yang terbaik untuk kita kembali memegang gelaran pasukan Inggeris paling unggul untuk kali yang ke-19. Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Musim ini memang sengsara. Siapa tak pedih melihat Manshitter United, Chelshit dan Assenal di atas. Terkeluar Champions League, League Cup, kini FA Cup pula. Lepas tu ada pulak langau seperti Totenham, Villa dan Man City yang cuba-cuba untuk bermain di Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Persoalannya, apakah punca segala kekalutan dan kesengsaraan ini? Statistik daripada kolum sukan Harakah menunjukkan 3 faktor utama mengapa krisis ini melanda Liverpool:

1) Tiada wang. Kemasukan 'bloody Yanks' diharapkan dapat memberi saingan kepada kelab lain dari segi kewangan. Sehingga kini, mereka hanya membawa kepada kemungkaran. Sikit-sikit nak bergaduh lepas tu merajuk lepastu semasa membuat imbangan duga akaun tak balance. Dahla anak Tom Hicks pergi mencarut di dalam emel. Di saat-saat pasukan lain gagah membeli pemain umpama membeli sayur di pasar tani, kita hanya mampu sign Maxi secara free transfer. Duit jual Alonso beli Aquilani, tapi bilangan dia menyentuh plak 'This is Anfield' dan menyarung jersey serta membuat defence splitting pass boleh dibilang dengan jari kaki. Ok nanti mungkin tambah duit sikit lepas dapat duit riba daripada Standard Chartered. Lepas tu nak jual naming rights untuk 'New Anfield' diharapkan tidak dijual kepada kompeni entahapahapa nanti tak takutla pihak lawan jika mereka datang ke 'Stadium Celcom' ataupun 'Chicken Rice Shop Arena'.

2) Tiada pengganti. Semua orang pun tahu, dua tonggak utama Liverpool adalah Torres dan Abang Gerrard. Orang kata, tanpa mereka, Liverpool tidak boleh menang. Well semalam mereka ada (walaupun injured) tetapi mengapa masih diaibkan kelab Championship setaraf Newcastle? (tiba-tiba kutuk Apai). Bukan sekadar malam tadi, dari awal musim lagi sebenarnya. Mungkin kerana tiada depth, tiada orang untuk step up, tiada commanding figure untuk turn things around. Okla Abang Kuyt boleh berlari tanpa henti selama 90 minit, Abang Carra masih lagi 'England' material, and Reina is still the best keeper the Premiership. Other than that? Tidak bolehnya asyik hendak mengdeploy dua holding midfielder dan lone striker. Tidak nampak cita-cita untuk membelasah pihak lawan.

3) Pengurus??? Ok ini aku tidak setuju sama sekali. Aku memberikan sokongan penuh membabi buta kepada Ayahanda Rafa. Tetapi in the end, apa yang dimahukan adalah result di padang. Mark Hughes memiliki rekod yang lebih baik berbanding Rafa namun ditendang juga oleh orang Arab yang kaya. Sure, kecoh sekejap selepas dipecat, tetapi setelah mengecapi 4 kemenangan bergaya berturut-turut di bawah pimpinan Mancini, adakah orang ingat lagi tentang Mark Hughes? Jadi mengapa mereka masih tak pecat lagi Ayahanda Rafa? Rujuk kembali no 1, tiada wang. Mereka baru sahaja mengikat Rafa untuk kontrak 5 tahun, mau diserang angin ahmar nak bayar pampasan jika Rafa dipecat. Katalah lembaga pengarah ada balls untuk membuang Rafa, bukan sebarang manusia boleh mengisi tempatnya. Harus ada karisma seperti si Portuguese yang bongkak itu, mahupun master tactician seperti si Guus. Paling koman pun jurulatih yang baru membawa balik pingat emas daripada sukan SEA.

Memang berbaur kekecewaan entri aku kali ini. Perkara yang paling menyedihkan yang mungkin berlaku adalah jika Manchester United memenangi kejuaraan liga yang ke-19 sekaligus menjadi kelab terbaik Inggeris mengatasi Liverpool. Hui Nauzubillahiminzolik. Tak kisahlah. Ayuh kanak-kanak Liverpool kita bersatu padu menentang ancaman kaum musyrikin. Ingatlah kata pepatah lama Merseyside:

When you walk through a storm hold your head up high
And don't be afraid of the dark.
At the end of a storm is a golden sky
And the sweet silver song of a lark...


HO untuk Liverpool!

p/s: Manager Toon Army bijak aa mengunakan wildcard di kala padang dilitupi salji. Romper Stopper macam biasa ah lalai di pertengahan musim. Jerung Melapah banyak point minggu ini? Haa haa. Namun begitu perebutan untuk bergelar juara Liga Super masih jauh kawan-kawan. Anfield Heroes sebagai juara bertahan memberi jaminan takhta liga akan dirampas selepas 3 gameweek. Hiah!!



9 comments:

ise said...

jai, jelas sekali ko sebenarnya, dalam diam, sedar tak sedar, kecewa... pintu taubat sentiasa terbuka di old trafford...

-ise-

Anonymous said...

Aku dah agak dah Tevez akan deliver. Saksikan kepulangan aku ke tangga top 10 super league.

adam

shogunn_general said...

HO!

torres asek injured.gerrard join skali.aquilani xreti2 nk fit.agger, carra,skrtel,x on form musim ni.

lucas?dont get me started.voronin dh berambus.riera x menunjukkn form musim lepas.abg yahud benayoun xbole nk fit 90 min (kurus sgt).

the only bright spots?insua, johnson dgn N'gog.mascherano pn okla, tapi ape la sgt die bole buat sorg2 kt midfield tu,partner xde.

haihz.

Baganboy said...

6.30 pg tadi aku dah kata "this time i will let you walk alone". Frust & marah bangat psl aku korbankan 3 jam waktu tidoq aku skadar nak bg moral sapot kat depa tp kena blasah juga. Tapi setelah aku tidoq & bangun semula barulah aku sedar. Rupanya Liverpool ni adalah cinta sejati aku. Sampaikan bini aku pun jeles dkt depa ni tau ka. Aku marah psl aku sayang la bukan benci. Aku tak salahkan pak rafa, tp mcm kata senior carra tu, sebenarnya depa2 ni yg kat padang tu lah yg patut disalahkan. Tak deliver apa yg pak rafa ajar & suruh. Bagi aku depa jadi tak garang psl alonso dah blk kampung & sistem 2 striker mcm musim lps dah tak bole buat. Lukas & akulani tak sampai tahap alonso dulu. Jadi kena tambah 1 striker lg backup torres dgn gerrard ganti tempat alonso. Ini yg selok eloknya.

Mohamad Faizal said...

ise: nauzibillah. aku megah mempamerkan tatu bangau di dada walaupun kami turun ke liga konferens.

adam: haha usah terlalu gembira adam

naqqib: torres cedera 6 minggu, gerarrd 2 minggu hua hua hua (gelak tanpa intonasi)

baganboy: baguih. cinta liverpool sampai ke syurga

Anonymous said...

we're coming back,
we're coming back,
we're coming back to you
we're never gonna go away again

hold on a little longer,
try a little harder,
till we're arm in arm together in the end

so remember out there somewhere you got a friends and you'll never walk alone again...

Don't get worried,
don't get scared
We're fighting to get there
Never doubt we're gonna get through

We're gonna run, we're gonna crawl, kick down every wall
It won't be long we're coming back to you

so remember out there somewhere you got a friends and you'll never walk alone again...



kusha
we're coming back
cock sparrer

Anonymous said...

The kopek will never walk again...
Boring futbol from spanish armada...
Liverfool nowadays is all about lone striker torres
n moody gerrard...nk kene 3bijik baru nk smangat
masih mengigau malam istanbul....
Haha sronok btol aku lihat liverfool sengsara...
Baru dugaan exit cup dah huru hara....
Kita mahu lihat berapa ramai the kop yg masih menyanyi
andaikata mereka relegate.....
Aquilani is a poor signing....
Maxi? At 29? What a joke
perhaps another rafa flop winger....

~AkuApai
Wear stripe with pride

Mohamad Faizal said...

kusha:

It's time for us to have a say
It's been a while we've been away
We're coming back to where we belong
True that is on the top and we will be strong
We will never change our ways
And we will never call it a day
As long as there is oi! (eh?) we're here to stay

It's time to turn the clock back
It's time to make a move
We're coming back
You got to believe it's true

we're coming back
a.c.a.b

apai: mana newcastle haa dah lama tak nampak kat espn. oh lupa dah relegated.

aDiLa NaJiHa said...

choppp... kalau si mamat tuh xabiz2 mengusik time nk belajar.. apetah lagi suke menganjing2 org mcm2 ... mmg sakit aty laa..., harap jew laki... last2 buat sye marah..., padan lha tuh kne pnmpar td kt skola

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...