Wednesday, January 27, 2010

Why My Office is Kooler Than Yours #2

Kekoolan sesebuah pejabat itu bergantung kepada hiburan yang disediakan oleh majikan kepada pekerjanya. Jika anda bekerja di Sony, anda diberi main PS3. Jika anda bekerja dengan P1 Wimax, anda diberi main router. Jika anda bekerja dengan kerajaan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik, anda diberi baju menteri untuk digosok. Jika anda bekerja dengan Bank Negara, anda hanya boleh main kutu dengan rakan sekerja. Jika anda bekerja sebagai doktor gigi di HUKM, anda boleh main mata dengan pelajar pergigian. Jika anda masih belajar, anda boleh main sabun. Ok cukupla tu sudah jauh terpesong dari jalan yang benar.

Tempoh hari aku sudah meriakkan diri dengan menayangkan kekoolan pejabat aku di entri ini. Hari ini aku nak takbur sekali lagi kerana apa yang aku akan tayangkan ini hanya ada di Maikrosof; memang tidak ada di pejabat-pejabat seperti CSC, Dell, HP, Milliman mahupun L2P. Haha saja je aku nak mencetuskan provokasi sebab ramai rakan sekerja mahu pergi meninggalkan syarikat untuk berpindah ke kompeni-kompeni yang dinyatakan tadi. Tak mengapa, adakah anda sudah bersedia untuk kagum sehingga kemuncak syahwat? Kalian pasti ingin berpindah ke pejabat aku setelah melihat bilik hiburan di Maikrosof yang baru siap diubahsuai. Ayuh klik Read More untuk menjejakkan kaki ke dalam bilik separa maksiat di bawah.



OHH EMMM JIIII!!!!! KAU LIHATLAH WALLPAPERNYA ITU. Rekaan dalamannya yang unik bakal dipaparkan dalam majalah Anjung Seri bulan hadapan. Serius kool doo. Aku ingat nak tampal ala-ala macam ni kat ruang tamu rumah aku. Mesti mama aku hepi nanti.


Bilik hiburan separa maksiat ini dilengkapi dengan sebuah tv lcd 37", sebuah xbox 360 berserta 4 wireless kontroller serta cakera-cakera permainan video yang original seperti Fifa 09, Halo 2, dan Soulcalibur 4. Sungguh tak up to date koleksi permainannya.


Dengan kerusi kulitnya, penyaman udaranya fuhh memang menjadi lubuk untuk kami mencuri tulang. Tadi aku cek bilik ini tidak dilengkapi kamera pengawasan, itulah sebabnya aku kata bilik ini boleh dijadikan bilik separa maksiat untuk ringan-ringan dengan rakan sekerja. Maksud ringan-ringan di sini adalah membawa makanan ringan yang dilarang masuk ke bilik ini. Apasal korang ghairah sangat ni.


Sejak pemergian Faisal Habeeb dan Adam 'Kapal Terbang' Phong ke CSC, Muaz ke L2P serta Calvin Loi ke Idwal Systems, aku memang sudah tiada cabaran. It's not like diorang boleh mencabar aku jika mereka masih ada. Duhh. Akulah raja permainan video di sini. Kalau nak buat top 3 siapa yang handal bermain, no satu mestilah aku yang paling handal. No 2 dan no 3 pun masih aku jugak. No 6 barulah dapat kat Nizam ke Roza ke. Sampai begitu sekali kehandalan aku. Semalam aku membelasah Mathavan 'Arsenal' Ayappan bermain Fifa, tenang sahaja. Bolehlah buat rakan latih tubi aku sebagai persediaan mencabar pemain Fifa yang agak handal; Dazu Letih. DAZU BALIK NANTI JANGAN LUPA BELI PINGGAN MAMA AKU.


Rukun Halo: Kesetiaan Kepada Master Chief. Mana lagi best? Splitscreen Halo ke Modern Warfare 2? Aku rasa Modern Warfare 2 lebih seronok sebab boleh tusuk Abe dari belakang.


Okla gambar manusia yang berkulit lebih hitam daripada aku di bawah ni sekadar pelengkap carta je untuk menunjukkan blog ini bukanlah blog yang mengamalkan sikap perkauman.


Bagaimana? Kool bukan pejabat aku? Pejabat korang main apa? Teng teng gajah? Haa haa. Dahla penatlah nak bongkak lagi. Tuhan tarik nikmat duniawi nanti baru kau tahu (usrah penutup).



10 comments:

Anonymous said...

haha jai aku tengah gune mac mini untuk bagi comment ni. mikrosof sudah tiada. adoi knape semue member aku ade xbox 360 dan bukannye ps3??

adam

Anonymous said...

I'm a PC and Windows 7 was my idea!

Now, a Mac user,
Adam

nana said...

ok, aku mengaku opis aku tak sehebat opis kau.

opis aku tingkat atas, mmg tak best terutamanya kalau lif rosak, kena panjat tangga.

tapi, kat bawah opis aku adalah gudang pakaian dalam wanita. mungkin staf lelaki suka lah jalan2 kat bawah tu.

huhu.

enuLwanie said...

kdg2 tertanya-tanya,
sapelah yang selalu jadi mangsa utk snap gmbr abg ijai..


hahhahahahahahahha

Mohamad Faizal said...

adam: aku akan beli ps3 tahun ini, jika berjaya mengupgrade speed internet. dengar khabar angin tahun ni kuar high speed broadband

nana: ohh di mana pejabat anda boleh saya lawat gudang. bukan pervert, nak kepastian je hee hee

enulwanie: saya yang menjadi mangsa sebenarnya sebab lepas tu kena urut bahu mereka

finaz said...

jamil main kutu ke kat ofis? i xde okkk...

tp saya tak nafikan saya memang jeles melihatkan kehebatan ofis anda.. demmm..

Anonymous said...

opis aku takder benda-benda utk enjoy tu macam kau tu jai because we enjoy working...




kusha
work n roll

nana said...

kat ampang. mari sini. gudang tu tgh buat jualan penghabisan stok. hihi.

Mohamad Faizal said...

finaz: jamil main dengan evi. eh?

kusha: haha riteeee. aku rasa orang yang enjoy working hanyalah pemain bolasepak dan pornstar

nana: esok aku datang membeli belah

Anonymous said...

jamil maen lain bai ngn evi..aauuwwww jamil bile nak aplot bidio ko ak nk donlot ni hahahaha..

-fandi-

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...