Friday, February 19, 2010

Berita 'Kematian' Shuhud

Bertenang. Ahmad Shuhud Irfani bin Zakaria bin Stapa bin Yajid Puteh masih bernyawa dan sedang menampal gigi manusia dan haiwan peliharaan di HUKM. Apa perasaan anda ketika membaca tajuk di atas? Pasti menggeletar tubuh badan dan kemudian pengsan sebelum bangun kembali dan mencarut-carut ringan. Itulah yang aku rasa ketika mendengar tentang berita 'kematian' Shuhud ataupun nama arboknya Abe, cuma efeknya lebih hebat lagi bagi aku di mana aku telah terduduk mencakar-cakar dinding di sudut-sudut gelap sambil mengalir air hidung. Abe ialah salah seorang rakan daripada akhirat aku. Mustahil aku boleh bertenang mendengar berita pemergiannya. Sila klik Read More untuk mengetahui kisah sebenar.

Kisah ini berlaku selepas matrikulasi dan ketika hendak masuk universiti. Ketika itu, hati aku sedang remuk kerana dikecewakan oleh salah seorang gadis arab sejak zaman sekolah. Memang tak terurus aku ketika itu. Mandi wajib pun tidak, makan tak lalu, badan kurus kerempeng, bulu mata menjadi panjang dan pelbagai lagi simptom putus cinta. Satu malam, ketika aku sedang memohon petunjuk Ilahi agar aku dapat move on, telefon Nokia 3310 aku berbunyi. Bunyi dia bukan main-main keluar nada dering lagu cinta aku ketika itu iaitu La Isla Bonita dendangan Madonna. Eh mengapa ex gadis aku menghubungi aku? Ingin rujuk kembali ke? bisik aku di dalam hati mengharapkan sesuatu yang tak pasti. Kita ikuti perbualan yang diubahsuai ini:

ex gadis: Hello...

aku: IJAI MINTA MAAF. IJAI TAK AKAN LUPA MEMBALAS MISKOL LAGI... (gila lame menggunakan kata ganti diri yang ketiga)

ex gadis: Eh apa ni. Ijai dengar berita tak?

aku: Berita apa? Berita Rita Rudaini dengan Aidil Zafuan kahwin lari ke?

ex gadis: Eh apa ni. Berita ni belum berlaku lagi masa zaman kita. Ijai tau tak....Abe...Abe...ABE SUDAH MENINGGAL DUNIA!

aku: WHAT THE WHATTT??? (eh masa ni aku belum tahu frasa what the what lagi). Awak jangan main-main. Siapa cakap ni?

ex gadis: budak kelas. Dia accident....

PAP terus aku menghempas gagang telefon. Tapi aku pakai HP so aku tekan butang merah tu lah. Berderau darah aku ketika itu. Boleh nampak tangan aku terketar-ketar. Gila tak boleh terima. Aku tahu ketika itu Abe sedang balik kampung di Kelantan. Aku terus call henset Abe. Masuk voicemail. Semakin seram sejuk aku. Aku call pula rumah Abe sebab mama dia tak ikut balik kampung. Tiada jawapan. Makin cemas aku. Situasi ketika itu memang gila. Aku mula terkenang kembali saat-saat indah aku dan Abe. Kami berkawan sejak sekolah rendah. Ketika orang tak nampak, Abe sering menyisirkan rambut aku, menolak rambut aku ke belakang telinga sambil tersenyum. It's not gay, it's bromance. Brotherly love.

Sedang aku sibuk terkenang kisah lama, tiba-tiba telefon aku berbunyi lagi. Naufal, kawan sekolah aku yang turut rapat dengan Abe.

Naufal: ARGHHHHHH IJAIIIII. KAU DAPAT BERITA TAK IJAI??? ABE DAH MATI JAIII ARGHHHHH MATIIIIIIIIII!!!! (jeritan yang over)

aku: sabar Naufal. Tuhan lebih menyayanginya. Tapi mana kau dengar berita ni.

Naufal: Budak kelas Arab bagitahu. Aku tak sempat minta maaf kat dia Jai lagipun haritu dia hutang aku RM50 aku seganla nak tuntut kat mak dia.

aku: Eh Naufal kau tengok WWF semalam tak? Undertaker mempertahankan kejuaraannya menentang Stone Cold Steve Austin dalam In Your House: Cold Day In Hell (aku cuba mengalihkan perhatian Naufal sebab dia fanatik wrestling)

Naufal: Tu ah babi Stone Cold kalah kena Tombstone Piledriver dengan Undertaker.

aku: Naufal kita tak tahu berita sebenar. Kau cuba call mak dia ok, aku cuba call Abe.

Naufal: ARGHHHHHHH (kembali histeria).

Shit. Tampak seperti benar berita itu. Sudah tersebar luas ni. Tetapi aku tidak akan percaya selagi tidak mendapat pengesahan. Kalau eksiden mesti keluar kat Buletin Utama ataupun ruangan Obituary Harakah. Tiada pun. Aku masih cuba call rumah Abe tapi masih tak berjaya. Tiba-tiba telefon rumah aku berbunyi. Air mata gembira mengalir setelah mendengar suara serak-serak sumbang yang familiar.

Shuhud: Wei Jai aku ni.

Aku: KAU KAT MANA NI ABE? Alam Barzakh ada public phone ke? Orang kata kau dah mati Abe.

Shuhud: Haha rileks Jai aku kat kampung. Siapa cakap ni? Naufal call aku tadi menangis-nangis macam bapuk. Badan je besar macam Conan The Barbarian. Tu yang aku call kau terus ni. Haha tula jai dari dulu aku dah cakap dia tu gemuk kau taknak dengar cakap cinta itu buta la kan kau dah kecewa sekarang haa haa (Abe hates my ex).

Aku pun tak tahu bagaimana boleh terkeluarnya fitnah mengatakan Abe mengalami kemalangan. Seriously, it not effing funny. You don't talk like that about someone's best friend. Memang marah gila aku masa tu dengan penyebar berita. So I called my ex for the one last time.

ex gadis: Hello ijai....

Aku:
Tell this to your friend. BA YA TA CHA HA!

Pap. Hempas telefon. Aku terus move on tanpa sebarang masalah. Dan aku semakin benci dengan gadis kelas Arab. Kata-kata kau memang benar Abe. I should have listened to you about the weight.



15 comments:

finaz said...

so guys really listen to their friends pasal girls ek? just nak tau la.. means kalau u all nak declare ke apa ke.. u all mmg akan tanya bff dulu ker

Anonymous said...

haha siyes ke ko kne tpu jai?ak bminat nak tau kisah lebih lanjut sile crita kpd ku mase bperang nnt ye hehe..

-fandi-

z a t i said...

aku gemuk tapi kenapa baik hati?

nana said...

tubuh badan tak penting, yang penting rupa.

(haha)

Mohamad Faizal said...

finaz: masa bercinta, tak. kerna cinta itu buta. jika berpisah baru nak dengar cakap rakan

fandi: ah kau sudah 2 minggu gagal menghadirkan diri ke sesi pembunuhan

zati: siapa cakap kau gemuk zati? kau tak gemuk ok.

nana: betul. tapi tak applicable kat bekas teman wanita (haa haa)

nana said...

zati, aku tgk gambar2 kat blog kau.

kau hebat, okey!

Anonymous said...

ala faizal jgn begitu..ak ade program laen yg xdpt delakkan..mgu ni pon kazen ak bertunang di perak ak mgkn gagal juga menghadiri peperangan di rmh kau..ahad klo smpt mari berperang ye hehe..

-fandi-

Anonymous said...

pergh jai, ko mmg tau sampai nama moyang si Abe tu ke? Ke men tibai2 je nama tapi nmpak macam real je.. kalau mmg btol ko tau.. mmg xdisangkal lagi aa kwn rapat haha.. adeh sape x bengang beb. mnde2 cmni dibuat main


-megan musang

Idlan said...

Terkejut aku Jai, baca berita pasal adik sendiri camtu haha. Gila keji penyebar berita. Tapi korang memang BFF lah, aku teringat time arwah abah kau takde and abe kat UK, kecoh telepon smorang nak make sure kau okay sebab dia tak mampu berada di sisi..

Megan Musang - Itu memang nama moyang kitorang. Atuk nama Stapa, Stapa tu bin Yajid, Yajid tu bin Puteh. Lepas tu kitorang tak tau dah.

Anonymous said...

cilake gile penyebar cite tu. tapi aku langsung tak tau pasal cite ni sampai kau cite kat kitorang time depan abe.

haha abaikan si mok tu. aku memang side member to the max bile korang break up. si gemok!

adam

z a t i said...

oh terima kasih nana walau siapa pun anda. ^_^ (muke sopan)

Anonymous said...

comellah hubungan bromance tidak terlarang korang nih.saya bangga;)

siti sarah bukan penyanyi

Anonymous said...

ijai, henfon 3310 takde butang merah

-budak cyber-

Mohamad Faizal said...

haa haa yakah? err saya pakai casing sendiri tu yang berbutang merah tu

Anonymous said...

haha jai...
aku pun dah hampir lupe kisah ni,sampai la kau buat entri ni..mmg efek nye sgt dahsyat sampai henpon aku tak putus2 menerima panggilan..yg tak pernah call pun tetibe call aku..haha..tu blom bace sms yg menyayat hati lagi..huhu..

moral of the story:jgn buat main2 berita kematian ooo..mmg naya la 'si mati' nak menjelaskan keadaan sebenar..tak pasal2 terpakse call semua org cakap aku masih hidup..aduyai..

btw,aku tak benci ex-gadis arab kau..tapi dgn gadis kayak mmg aku hangin..haha..


-shuhud-

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...