Saturday, February 20, 2010

Cara-Cara Membentuk Boyband Popular

Apa itu Boyband? Boyband adalah sekumpulan lelaki separa dayus yang membawa muzik pop ataupun R&B. Sekumpulan lelaki garang yang membentuk kugiran seperti Cromok tidak boleh dikategorikan sebagai boyband. Boyband selalunya berkebolehan untuk menyanyi sambil menari mengikut koreografi yang ditetapkan. Jika anda berada di dalam sebuah boyband, peluang anda untuk meniduri gadis ataupun arbok adalah lebih tinggi berbanding mereka yang menyertai band pancaragam ataupun band nasyid. Jadi bagaimanakah kita hendak mencipta sebuah boyband yang berjaya? Ayuh kita klik Read More untuk merekrut karekter-karakter yang boleh membentuk sebuah boyband popular.

1) Suara tak penting, yang penting rupa

Ini adalah perkara yang paling penting dalam membentuk sebuah boyband, Setiap ahli boyband mesti memiliki paras rupa kerana gadis-gadis tidak akan histeria jika melihat wajah seperti Fandi berada di dalam boyband. Ok mungkin histeria ketakutan. Suara memang tak penting, kerana kita boleh sekadar miming sebagaimana yang kita selalu lakukan dalam bacaan doa Qunut. Lagipun yang betul-betul boleh menyanyi dalam boyband selalunya dua orang sahaja. Contohnya dalam kumpulan Nsync, hanya Justin dan JC sahaja selalu mendapat vokal solo, ada kau dengar si Lance tu membuat falsetto? Lance tu hanya pelengkap kumpulan diterima dalam Nsync kerana berwajah babyfaced sahaja.

2) Mesti ada seorang karekter gay

Terdapat banyak komuniti gay senyap di dunia ini. Mereka memang nampak keras, tetapi lubang punggung longgar. Jadi bagi menjadikan sesebuah boyband berjaya secara menyeluruh, mereka mesti ada seorang karekter homoseksual sebagai simbol seks kepada komuniti gay tadi. Dengan adanya karekter gay di sesebuah boyband, barulah ada orang lelaki yang menghadiri konsert dan membeli album mereka kerana lelaki yang normal dan straight tidak akan mendengar/menonton nyanyian boyband. Contoh karekter gay di dalam boyband yang popular adalah arwah Stephen Gately (pic below) daripada Boyzone, Lance Bass daripada Nsync serta Dave daripada The Moffats.



3) Mesti ada seorang karekter bekas banduan

Bagaimana kita hendak mengenali karekter bekas banduan ataupun penyangak di dalam sebuah boyband? Ahli boyband selalunya mengamalkan imej clean cut, tetapi pasti ada seorang ahli kumpulan yang berwajah garang, badan bertatu serta memiliki subang di telinga, mata mahupun testis. Contoh karekter banduan yang popular adalah AJ dari BSB, Shane Lynch (pic below) dari Boyzone ataupun Abs dari kumpulan 5ive. Karekter ini penting bagi menampakkan imej garang bagi menunjukkan penjahat juga boleh melayan muzik sebegini.



4) Mesti ada seorang karekter yang berlagak penting.

Karekter yang berlagak penting ini selalunya merupakan ahli yang paling standout dalam sesebuah boyband. Masa interview mesti diorang je yang hendak bercakap. Ciri-ciri mereka yang berlagak penting ini adalah mereka sering mendapat vokal solo, bersuara sengau, paling tampan dalam kumpulan, serta paling diminati oleh gadis-gadis. Contoh mereka yang berlagak penting adalah Nick dari BSB, Justin Nsync, Taylor daripada Hanson, Scott Moffats, Joe Jonas, serta Hairi daripada kumpulan Kool (boyband Melayu).

Jika kita mengikuti panduan-panduan di atas, saya yakin album sulung kita akan mencapai peringkat titanium. Alright so siapa nak join boyband Y.P.R aku? Sekarang ini line up dia aku sebagai karekter yang memiliki suara dan rupa, Fandi sebagai karekter banduan, Adam sebagai karekter Asian (chinese) yang pandai breakdance, dan Shuhud sebagai watak kulit hitam bagi mengetuai vokal harmoni.



14 comments:

Anonymous said...

ahahaha, kalau kategori girlband pulak? macam elite, pussycatdolls, wonder girls, spice girl?


syuhada

Anonymous said...

macam best je idea YPR tu, aku nk join laa.. walopon nama YPR, tp aku ni rupa xde la sngat.. setakat maen kompang tu reti la.. bminat? sms 'ON KACAK' ke 43650 (eh mcm knal sahaja nombor ini)


-megan musang

nana said...

kalau kumpulan boyband kau dah berjaya, boleh la bukan fan page kat FB.

ow yeh!

Mohamad Faizal said...

syuhada: sama sahaja konsepnya. tiada suara tak mengapa tetapi pastikan buah dada ditonjolkan separuh

megan: sori bro kalau tiada rupa memang tak boleh join. lepas buat pembedahan plastik cari aku kembali ya

nana: uih masa tu kitorang dah terlalu popular sehingga ada group 'I Hate Y.P.R'

jana said...
This comment has been removed by the author.
jana said...

Dalam 4 kategori ahli boyband itu ijai dalam kumpulan YPR itu masuk kategori yang mana satu

Anonymous said...

damnit rugi aku tak join breakdancing class dekat ngan office aku. boleh kite jadi boyband terulung.

adma

QilahLala said...

apa lagi ijai, post la video2 nyanyian yg best!

ina said...

hye ijai cool..i think i saw u and datillah at one utama la..rasanya lah..sebab base on pics kat belog ni, rasanya betullah u kott..

tengok movie citer ape tah, but surely hall 13 ;p

i'm not a stalker anyway..haha

tak berani nak tegur, nnti bf i marah pula ;)

Mohamad Faizal said...

kak jana: saya sudah pasti kategori no 4

adam: bagaimana jika aku dedahkan nyanyian 'last kiss' kau yang dirakam beberapa tahun lalu?

lala: tak cukup ahli kumpulan lagi. sekarang baru 4 orang boyband yang berjaya mesti ada 5 orang

ina: yakah? pasti ke itu bukan faizal tahir? oh usah minta tandatangan depan bf nanti dia cemburu buta hee hee. kami menonton valentine's day.

ina said...

auww valentine's day..how sweet..jiwang sungguh anda ni..untung datillah..

my bf jgn arap le nk tgk citer tu..nanti dia tido..geram jerr..

im sure mesti u nangis di dalam panggung menonton cerita itu bukan?

Anonymous said...

hahaha siot ak mase bace karekter bks banduan da boleh tau name ak mst jd karekter tu hehe..kau slp jai abe la karekter gay sbb die tak berfoya2 dgn wanita..ahli boyband mst ade pmpn..kite semua ade gf die je byk bf..hahaha..

-fandi-

Anonymous said...

haha..
cis fendi,dlm ramai2 geng bangi,muke kau la yg paling suspicious dan disyaki kalau ade kes pecah rumah..haha..
henset sampai 2-3 bijik,mmg ade gaya along la..haha..


-shuhud-

Anonymous said...

haha siot je ko yek..muke charming ak ni ko ckp muke pch rumah mmg tak patut langsung..hanset 2-3 la mnnjukkan ak rmi peminat dan mempunyai gaya tersendri hahaha..jd along tu tuk side income ak je kui3..

-fandi-

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...