Thursday, February 4, 2010

Fakta Tentang Jejaka Yang Gadis-Gadis Tidak Tahu

Hari ini saya akan mendedahkan fakta-fakta benar tentang kaum lelaki yang gadis-gadis tidak tahu. Entri ini bertujuan untuk membuat gadis-gadis sedar yang kami para jejaka memang penuh dengan flaw agar anda tidak perlu menetapkan expectation yang tinggi untuk mendapat teman lelaki yang sempurna seperti Taylor Hanson. Namun begitu, flaw-flaw inilah yang membuat kami normal, membuat kami bersemangat untuk membaiki diri agar dapat membimbing saudari ke jalan yang benar dan lurus. Tiba-tiba pula aku selitkan usrah di situ. Sila klik Read More untuk mengenali sifat jejaka yang anda tidak tahu.

1) Anda berniat untuk membelikan kami perfume/teddy bear/coklat untuk hadiah kekasih nanti? Think again. Sure, di wajah kami akan senyum. Tetapi hakikatnya itu sekadar untuk mengambil hati anda sahaja. Di dalam hati kami akan hampa. Seriyes hampa kerana kami lebih gemarkan hadiah yang lebih praktikal seperti printer. Alah printer Canon murah je.

2) Jika jejaka anda memberi anda blouse ataupun kasut tumit tinggi sebagai hadiah harijadi, itu bukan pilihan pertama mereka sebenarnya. Pada mulanya mereka ingin membelikan anda PSP sebab mereka tahu anda akan membuat muka ketika menerima PSP itu kemudiannya akan memberi anda pinjam kembali. Yes dapat PSP!

3) Jika anda ada akses kepada komputer jejaka, tak kiralah abang anda ke pak su anda ke, cuba aktifkan 'Show hidden files and folders' di Folder Options. Terdapat 80% kebarangkalian yang anda akan terjumpa dengan koleksi tidak senonoh peribadi yang terdiri daripada pelbagai bangsa, warna kulit mahupun saiz buah dada.

4) Jejaka lebih suka makan di rumah berbanding di luar.

5) Semasa sesi boys talk, jejaka tidak akan membincangkan tentang perkara-perkara yang jiwang seperti yang berlaku dalam sesi girls talk. Sebaliknya, kami berbincang tentang siapakah yang layak menggantikan John Terry sebagai kapten England setelah John Terry menyundal dengan teman wanita Wayne Brigde.

6) Jejaka tidak suka pakai seluar dalam, kami lebih selesa memakai boxer agar mendapat bekalan oksigen yang mencukupi. So jangan belikan seluar dalam David Beckham untuk hari jadi kami nanti.

7) Kami selalunya tidak akan ingat apa yang berlaku dalam mimpi basah kami. Bukannya kami tidak mahu beritahu anda dengan siapa kami berjimak. Besides, bukannya kami boleh kawal apa yang hendak dilakukan di dalam mimpi. So janganlah cemburu buta.

8) Kami tidak suka mendengar gadis-gadis membebel. Wait, ini anda sudah tahu bukan? Well kalau dah tahu kenapa membebel jugak kalau suami terlupa belikan bubur ayam McD ketika pulang dari kerja?

9) Jejaka pun baca blog The Pink Stilettos. Ok fine, maybe aku je kot yang baca.

10) Semua jejaka normal pernah ceploit-ceploit dalam hidup mereka, tak kiralah dia itu AJK Surau ke, mahupun pelajar cemerlang yang mendapat Dean's List setiap semester. Tanya sahaja adik lelaki anda, diorang tu nampak je muka inosen. Of course mereka tidak akan mengaku, lepas tu mereka akan tersipu-sipu sambil mengubah tajuk perbualan.

Jadi, terimalah jejaka anda seadanya. It's not gross, it's reality. Sebaik-baik lelaki ialah lelaki yang tidak menafikan perkara-perkara di atas. HO! untuk jejaka.



10 comments:

Nani said...

Walaupun gosip John Terry berskandal dgn Vanessa Perroncel tsebar luas, dia ttp bjaya sumbat 1 goal masa lwn Burnley hari 2. Yang penting fokus....and rupa jugak. Blue is The Colour!

Anonymous said...

ceploit tuh ape?

-bukan jejaka

Anonymous said...

kecepap kecepup

- orang misteri era

Anonymous said...

hahah no.1 tuu cm mngena jee..
no.4 tuu ssuai dipraktikkan after kawen la.. before kawen mcm pelik sikit..apa2 pun.. HO!!

@bukan jejaka
ceploit2 tu..err bunyi sjenis cecair..


-megan musang

jana said...

Ijai ni kak jana nak tanya soalan,kenap jejaka-jejaka sekarang ni banyak dok tengok novel-novel yang diminati oleh kaum hawa kat kedai buku contohya kat mph tu sebenarnya mereka nak cari apa ya?Kita tengah nak tengok buku terbaru mereka pun ada sama dok menyelit disitu.Sekarang ni kak jana perasan makin ramai pulak kenape ye

datillah said...

Macam dah penah ada saja posting ni? Buat la fakta tentang jejaka yang ditinggalkan kekasih ke.. Fakta tentang jejaka yang cemburu dgn rakan-rakan kekasih dia ke.. etc

Anonymous said...

wah datillah,
idea yg super menarik!!ape lagi jai,sile kumpulkan maklumat dan pastikan si laju ade dlm list..(aku harap kau faham)

HO!!

-shuhud-

Eliza said...

Fakta No. 6- Lebih suka kalau tak pakai ape2...wah..lucah aku

Mohamad Faizal said...

nani: aku nak angkat nani minggu ni dalam pasukan fantasy football aku. korang jangan tiru aa

bukan jejaka: perkara yang lelaki lakukan ketika berseorangan

orang misteri: plok plok plok pun boleh diterima

megan: cecair? haa haa

kak jana: mereka nak cari bahagian-bahagian intim takpun mencuri ayat-ayat jiwang untuk diaplikasikan bagi meniduri gadis

datillah: apa saja untukmu, tak ku hiraukan waktu

shuhud: kau ni abe entah apa silapnya dia sampai kau hendak berdendam sehingga sekarang (haa haa)

eliza: haa haa it's ok sis anda sudah berkahwin boleh cakap apa sahaja

fandi said...

hahaha datillah ijai mst cemburu dgn rakan2 ko ni kan??lek r jai gf lecturer mst rmi yg usya..hahaha..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...