Monday, February 1, 2010

Kakak Ipar Ayob ialah Abby Abadi??

Siapa Ayob? Nama macam watak orang kampung yang selalu ditindas sahaja. Ayob adalah rakan sekolah aku (juga rakan Uniten). Nama sebenarnya yang tertera dalam rekod polis ialah Mohd Fairuz bin Zainon. Semalam, hari Ahad bersamaan dengan 31/1/2010, Ayob telah berjaya memperdayakan gadisnya untuk berkahwin dengannya. So kami rakan-rakan Bangi semua berkumpul di rumah aku untuk bersolat sunat hari Ahad secara berjemaah sebelum bergerak bersama-sama. Mengenali sifat Ayob yang simple sejak sekolah, aku rasa dia kahwin pakai tshirt dan kain pelekat sahaja. Maka buat kali pertama dalam sejarah, aku pergi ke kenduri kahwin tanpa memakai baju Melayu! Yelah aku taknakla merampas kegemilangan perkahwinan Ayob nanti.

Seperti biasa, kita mesti mengeji pengantin dahulu sebelum memujinya. Banyak peristiwa yang mengaibkan Ayob yang boleh didedahkan di sini, so aku ambil yang penting sahaja. Tak mengapa, Ayob tak baca blog aku tapi aku rasa bekas teman wanita Ayob baca, so kami nak mengeji ex Ayob instead. Haha keji gila aku. Dulu-dulu zaman sekolah menengah tempat yang paling gagah untuk kami kunjungi sebagai destinasi berfoya-foya ialah Mines Wonderland. Pakai seluar sekolah tempah kat Zero one bawah 20 inci lepas itu naik komuter main laser quest. Anyway satu hari kami mengajak Ayob pergi ke Mines tetapi dia menolak pula ajakan kami tanpa memberi alasan yang kukuh. Kecewa dengan keputusan Ayob, aku dan Shuhud pun pergilah ke Metro Kajang untuk mencari game. Tiba-tiba kami ternampak sesuatu yang mengerikan, sesuatu yang tidak boleh diterima akal. Jauh di satu sudut di restoran Merrybrown, aku ternampak Ayob sedang memegang sebuah teddy bear yang bersaiz manusia bersama teman wanitanya ketika itu. WHAT THE WHAT MAN. Ayob memang terkenal dengan kebrutalannya di sekolah. You know, layan XPDC, membenci perempuan etc, tetapi setelah melihat situasi teddy bear itu, kami pasti akan mencerca Ayob dengan peristiwa itu setiap kali berjumpa.

Tetapi kami tak salahkan Ayob. Kami salahkan bekas teman wanitanya. Bekas teman wanitanya adalah salah seorang daripada Geng Arab yang kami umpat di entri Geng-geng popular di sekolah menengah dahulu. Memang orthodox dia ni. Kau tahu, dia dating siap bawak rakan sebaya perempuan lagi bagi mengelakkan aktiviti ringan-ringan berlaku. Mestila Ayob tertekan ketika nak menjalar je ada orang perhatikan. Okla okla aku exaggerate cerita. Banyak lagi peristiwa tentang Ayob yang kami selalu ungkit seperti Peristiwa Tersalah Hantar SMS Cinta Kepada Shuhud, Peristiwa Kurt Angle di Acara 100m Olimpik serta Peristiwa Menyembur Coke ke Muka Apai.

Dahla, banyak benar kutukan terhadap Ayob. Sekarang masa untuk memujinya pula. Sila rujuk kepada tajuk entri. OMG ABBY ABADI IALAH KAKAK IPAR AYOB??? Apai menghantar mesej melalui applikasi Yak yang menyatakan isteri Ayob ialah adik kepada Abby Abadi kumpulan Elite tu. Kalau Apai tipu maka tipulah aku. Tetapi ada benarnya kata-kata Apai itu sebab nama isteri Ayob ialah Asmah Abdul Manan, dan nama sebenar Abby ialah Arbaiyah Abdul Manan. Lepas tu di majlis perempuan dapat dilihat kehadiran Abby di situ walaupun di kenduri Ayob dia tidak kelihatan. Wah best gila kau Ayob. Mesti lepas ni kau keluar majalah Mangga tunjuk testis di tepi kolam. Tapi berhati-hati Ayob nanti Memey cuba perangkap kau untuk ditangkap basah bersamanya.

Ahh panjang pula kutukan aku kali ini. Ayuh kita klik Read More untuk melihat gambar-gambar di sekitar majlis perkahwinan adik Abby Abadi.



Majlis perkahwinan Ayob diadakan di Dewan Melati (jika salah sila betulkan) di Presint 3 Putrajaya. Kat Putrajaya pun kitorang boleh sesat sebab terlalu bergantung kepada 'GPS' Zul. Line up hari itu ialah aku, Ikram, Zul, Shuhud, Fandi, Anas & Zack & Aryan. Apai & Mizah datang lambat. Jamil & Evi kata nak datang mana kau? Bersetubuh la tuh. Agak grand jugaklah dewan dia boleh konsider ni untuk perkahwinan aku nanti hik hik. Family Ayob ni orang Nogori so perkahwinan Ayob memang mengikut Adat Pepatih ah. Ayob nanti dah dewasa sikit mungkin boleh menjadi Buapak mengetuai Perut di kampungnya nanti. Nak cakap lebih-lebih pun tak boleh nanti kena tangkap pulak aku nanti jika terlanjur kata macam sorang blogger tu.


Ini pula gambar pengapit Ayob. Nama dia Hairul Nazrin. Dialah yang kata dia nampak Abby Abadi di majlis pihak perempuan. Ala dia ni bukan betul sangat mungkin dia sebenarnya nampak Ebby Yus ataupun Ebby Saiful pastu tambah-tambah cerita cakap nampak Abby Abadi.


Sejak kebelakangan ini aku asyik pamerkan muka Zul sahaja. Apa pendapat korang? Rasa-rasa boleh memecahkan dominasi Team Ikram tak? Walaupun perangainya tidak matang, Zul ini kaya dan jarang tinggal sembahyang.


Kami tidak dapat bergambar dengan pengantin kerana MC dia sudah menetapkan urutan bergambar. Pak Long, Mak Long, Mak Ngah, Pengasuh, Orang Gaji, Jiran, bla bla bla lepastu barulah tetamu boleh ambil gambar. Dahla dia sound kalau duduk tak betul macamana aku nak menjadi diri sendiri ketika mengambil gambar. Maka kami pun bergambarla di poster aib Ayob ini. Wow marriage will change you completely; Ayob yang dahulu tak mungkin akan meletakkan gambar di poster sebesar ini.



Kongratulasi Ayob! Malam ini selepas bersetubuh boleh berkaraoke dengan Abby "Mataaaa bertentang mata adakah kau terasa cinta kian bermekar di haaaati kita....kau istimewa paling utama yang satu, betapa maaanisnya, manisnya senyumanmuuuuuu...". Tapi kalau Norman Hakim cuba masuk campur kau tunjal sahaja kepala dia ok.

Visit my fesbuk for more pictures: http://www.facebook.com/album.php?aid=155360&id=628280825&l=ab90b1412f



11 comments:

sI tEDI said...

selamat pengantin baru ayob!

Anonymous said...

congrats ayob!

adam

Anonymous said...

jai,kau lupe nak tambah kisah volley maut ayob yg tepat menyinggahi abdomen rudie lantas membuatkan rudie terus bersara dari arena bola sepak amatur..

"ayob,kenapa kau tak tangkap"..kedengaran sayup2 suara rudie yg ketika itu sedang parah dan diberi bantuan pernafasan secara cpr oleh nur ikmar idris..kesan muntah darah rudie masih kelihatan di padang depan rumah aku(ok ni aku exagerrate)

kata2 tersebut masih lagi menghantui ayob hingga ke hari ini tatkala rudie sudah gagal dikesan dan disyaki menjalankan operasi menyeludup beras dan pasir di selatan thai..

tu belum kisah kene tipu berlakon ngan cikgu bm form 2..lari sorg2..haha..

p/s: tahniah ayob!!semoga berkekalan ke anak cucu..
dan kurangkan cursing..haha..


-shuhud-

Anonymous said...

nice ijai..pandai ko guess..hrm..citer lama tu korg igt lg ek? dat ex da kawen n ade anak pon..nway, congrats to ayob..aku doakan dorg bahgie and cpat2 dpt baby..

-fnn-

Mohamad Faizal said...

tedi: kalau aku kahwin kau datang sini tak dari melaka?

adam: kalau aku kahwin kau pulang tak dari amerika?

shuhud: rudy dah hensem la sekarang

fnn: haa haa apa yang ditulis di blog kebanyakannya exaggeration sahaja, usah terguris hati ya. peace

Anonymous said...

zul curik gift ferrero rocher yg ak dpt dr kenduri ayob..ak masih menunggu zul utk menggantinya..abe ngn ijai korang da nmpk wat dek je eh..komplot btol seketul kerat 3 org ke??

-fandi-

Anonymous said...

hey faizal you look sexy in that pic

haha

siti

Anonymous said...

jai kau nak kahwin ke!!?? kalau kau kahwin aku akan try gile babi untuk balik tengok kau bersanding. aku akan heret shikin skali.

adam

Mohamad Faizal said...

fandi: haha sumpah aku tak terlibat. alah kau macam tak kenal perangai zul

siti: thanks, saya setuju

adam: haa haa cayalah. aku akan berusaha untuk kahwin segera. mungkin tahun hadapan

Anonymous said...

Jai...ko dah kantul dgn bekas gadis fairuz....
Bekas gadis fairuz...ko juga kantul sebagai silent reader....

~AkuApai

Anonymous said...

eheh..apai,ni la 1st cite aku baca dlm blog ijai..tertarik dgn tajuk post ni...;p

nway, congrats da nk dpt baby..bile mizah due? boy ke gurl? take care of her..die ngidam nk pape sile dptkan ye..hehe

-fnn-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...