Monday, February 22, 2010

Kenangan Cinta Lama

Entri ini adalah kesinambungan daripada entri di bawah. Semasa aku sedang mengemas surat cinta lama untuk diblender dan disedekahkan kepada anak yatim sebelah rumah Jamil, tiba-tiba mata aku tertumpu kepada sekeping kad harijadi yang comel. Hati aku tiba-tiba berbunyi dag dig dug macam lagu nyanyian Haiza. Kenangan lama mula bermain di minda. Saat-saat indah kita bersama, bagaikan mimpi indah tidak terkata. Chewah ayat nak puitis macam testis. Lihatlah kad di bawah, comel bukan? Aku ni memang istimewa dan irresistible, tu yang dapat kad comel tu.


Aku macam mencari nahas je membuat entri sebegini. Ayuh klik Read More untuk mengimbas kenangan cinta lama aku.


Bertenang, itu sebenarnya adalah kad harijadi yang dihadiahkan oleh BFF aku beberapa tahun yang lalu. Walaupun korang ni sweet membuat 'surprise' parti untuk aku, mungkin korang boleh memilih kad yang nampak less gay. Seprais la sangat, masa ambil aku kantol ada kek tulis nama aku dalam kereta haa haa.


Gambar kami kanak-kanak Bangi semasa remaja. Adam dan Apai masih belum berkahwin, Ikram dan Zul masih lagi bercouple. Ini baru brotherly love yang sejati, kalau setakat wish besday kat Fesbuk tu apalah sangat. Anjurkan parti liar la baru kool.

Namun begitu apa yang lebih sweet adalah surat cinta yang aku terima semasa zaman sekolah menengah. Masa itu tingkatan 4, almost semua BFF aku pindah masuk MRSM, aku sorang je yang stay Bangi walaupun aku pelajar cemerlang PMR sebab aku anak mama (well at least until Shuhud balik Bangi daripada MRSM Taiping sebab kena raba dengan senior). Di satu petang yang hening, ketika aku sedang mencarut-carut akibat modem dial up aku tak mahu connect, tiba-tiba encik posmen datang menhulurkan sepucuk surat yang berbau wangi kepada aku. Huii jangan main-main siap letak bedak sejuk lagi kat surat tu memang istimewa ah.


Memang terembes air mazi aku ketika itu akibat kegembiraan setelah mendapat surat daripada Langkawi. Adam, Anas, Jamil, Ikram dan Zul melanjutkan pelajaran ke MRSM Langkawi. Hubungan bromance kami memang ternyata utuh dan kental walaupun kami berjauhan.


Betapa buruknya tulisan mereka ketika itu. Sila klik gambar untuk tumbesaran.


Duit 50 sen yang korang kepilkan untuk membeli air Pakcik Peluh pun masih ada. Pakcik Peluh? Well that's a name that deserve a dedicated entry. I'll write about him later.

To all my BFF (you know who you are), you guys will sit in the VVIP section on my wedding. I'd sleep with you all without hesitation. I'd fight for you, I'd lie for you, walk the wire for you, yes I'd die for you. Aiseh kantol pulak kopipes lagu Bryan Adams untuk beberapa ayat terakhir.

I lap uols. Uols lap me tak?



19 comments:

z a t i said...

kesimpulan: budak asrama mmg suka tulis surat.

P/S: kenapa ada org muka kau padam ex kau zaman belum straight ke ijai?wah handsome ikram zaman dulu dan apai sungguh remaja wah wah.

-serious punya bosan ni tahap komen gambar semua orang-

Anonymous said...

ai dah siap ada seating VVIP...majlis nye bila???

-kak mona-

Anonymous said...

yes yessssssssssss!!dpt juge lg tatap gmbr ikrammmm!dlm surat juga ayat ikram yg paling pnjangggg =)

bile ikram nak kawen plak neh?mahu menlihat beliau kawen pula :)

~ kwn anon suwit ~

nana said...

kawan2 kau comel la tulis surat siap bg duit. tak hilang pula dlm perjalanan. ternyata posmen bangi jujur.

kalau posmen ampang, jgn harap lah.

Anonymous said...

i lap you jai!

adam

Mohamad Faizal said...

zati: yang aku padam tu bukan bff aku. lagipun dia agak hensem nanti tergugat ah aku

kak mona: secepat mungkin hee hee

kwn anon: bukan anda akan patah hati ke melihat ikram kahwin, lebih-lebih lagi berkahwin dengan lelaki lain?

nana: jujur? tak juga. sebenarnya diorang kasi syiling singgit tapi diorang curi ganti duit 50 sen.

adam: i lap u adam. with all my balls

jana said...

surat tu dah nak lunyai ijai,masa tu mesti ijai asyik tatap surat ni sebab mengenangkan BFF yang jauh dimata.Apa-apa pun very sweet ijai,hope anak-anak bujang kak jana akan ada kawan baik macam BFF ijai ni. And kalau kahwin nanti jemput kak jana ya.Duduk kat tepi-tepi pun tak pa(dijemput pun dah berbesar hati sangat)

Anonymous said...

haha..
serius buat kali pertama aku tertipu ngan tajuk entri kau..ingatkan kau nak dedahkan segala kisah2 cinta lampau seperti ermm..tak yah cite ah..haha..

gile keji kau blurkan muke ****i jai..sian die..haha
aku ade gambar kite time skolah dulu mase pg tgk konsert raihan ramai2..nanti aku upload kat fb..time tu saiz seluar fendi aku rase 27 kot..hahaha...

ps i lap u..


-shuhud-

Cik Faridah Huda said...

serius tertipu ngan tajuk entri ijai...ces baru nak baca kenangan cinta lama anda....

tapi ok gak bacer surat dr BFF u tuh..sweetttttt...dapat bayangkan time tulih tu depa sure passing-passing nak bagi lengkap satu kertas kajang...penuh hiasan plak tuh...

IT'S Me N.a.N.a said...

boleh x amik surat nie tagged kat pesbuk?hahhaaa..sweet nyer relationship kamu org..susah dpt lelaki yg jd besprend cmpi sekarang...hihie..

**salam kenal..

Anonymous said...

sweett sgt entry ni~!!jeles la dgn encik ijai dgn BFF yg super cool ituu..waaa

-stalker tegar-

Anonymous said...

abe ak pon ade pic kite dl2..pic kite pegi tv3 ko igt lagi x??ko pki kamera ak snap bontot org yg ko minat mase f2..time tu ko agak cerah sedikit la dari skrg hahaha..nnt ak upload gak ye..
pic konsert raihan yg pinggang ak 27 pon ade gk =P..

-fandi-

Mohamad Faizal said...

kak jana: saya ajak sekarang jugak. jemput datang ke majlis perkahwinan saya.

shuhud: aku ingat nak blurkan ketiak dia. oops (inside joke). ala gambar tu aku buat wallpaper xbox aku. i lap u abe

cik faridah: haha kisah cinta lama semua berakhir dengan air mata, tak perlu diungkit lagi....

n.a.n.a: ya, kami saling menyintai lebih daripada menyintai sepupu yang hanya tahu meminjam wang (tiba2)

stalker: ya, saya mengaku saya kool (tiba2 lagi)

fandi: aku tak pegi pun tv3 apsal tak ajak aku woit. papepun i still lap u

SlacKerZ said...

comey nyer.. tringat zaman kanak2.. anta surat sambil lekat duit syiling.. sweet entri ni..

Anonymous said...

komen anda kepada n.a.n.a itu agak makan dalam... tp aku tak penah pinjam duit kau kannn??... cuma msa dlu2 je ko suka suruh aku gi kedai beli aiskrim potong.. itupun pakai duit arwah wan...

aku rasa la cita ni betul... memori zaman kanak2 aku da kena virus.. dah byk percanggahan...haha

-syarina-

Mohamad Faizal said...

slackerz: thanks. anta surat kat saya lekat duit kertas please

syarina: haha secara teknikalnya kau bukan sepupu aku, kau dua pupu aku so aku tidak maksudkan kau. aku rindu ayam goreng berlada wan som

Anonymous said...

cik ijai..saya amat trtarik dgn member yg berada di sebelah anda (yg pkai baju itam)...
apa nama dia? kacak sungguh :D

-bella-

Anonymous said...

cik bella, brader tu dah kawin laa.. hahahaaa.

jai. cik peluh legend kot bila kau nak buat post pasal die? hahaha


-kucing hitam.

ardmad said...

A'skum
Pada pendapat aku, ada cinta di Malaysia terselindung suatu sejarah yang ramai tidak mengetahuinya...Aku rasa subjek ni patut ada di dalam topik sejarah dlm mata pelajaran sekolah2 kebangsaan kita. Sebab topik ni penting - supaya bangsa kita dapat berbangga dengan sesuatu yang melambangkan simbolik cinta. Info lengkap ada di:

Sejarah Cinta yg patut diketahui!

Ok. Sudi2 le berkongsi pendapat. he he

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...