Monday, February 8, 2010

Lagu-lagu Popular di Sekolah Rendah

Ok entri ini adalah kesinambungan daripada entri di bawah. Dulu semasa kelas muzik, kita telah didedahkan dengan pelbagai alatan muzik seperti kastenet, tamborin, kompang elektrik serta yang paling popular, rekorder. Aku paling hangin apabila ada budak tak bawa rekorder lepas tu cikgu suruh aku kongsi rekorder dengan budak tu. Dahla gigi tak pernah gosok. Gosok gigi pun 2 kali setahun masa mencangkung tepi longkang dalam program pergigian sekolah. Huii masa aku mengulum rekorder mengambil nafas tersedut pulak air liur dia yang masih ada sisa karipap. What the what man.

Di sekolah aku, mereka hanya ajar satu lagu sahaja untuk dimainkan di rekorder iaitu Mary Had A Little Lamb. Huii aku main memang level expert. Kord dia aku ingat lagi B A G A B B B, A A A B B B, B A G A B B B, G A A B A G. Salah satu penilaian untuk menentukan aku dapat gred B atau C ialah membuat persembahan muzikal di hadapan kelas. Gila darah gemuruh aku semasa kecil. Masa aku pegang rekorder boleh nampak tangan aku terketar-ketar. Lepas tu tiup laju gila. Lagu tu 8 beat aku toron jadi 16 beat. Nasib baik tak pengsan di hadapan kelas. Lepas tu seorang demi seorang memainkan irama Mary Had a Little Lamb di hadapan. Sampailah giliran budak perempuan ni. Nama dia Mazrie Ernie. Dia anak tauke Sekolah Memandu Mazris di Bangi. Dia keluar dengan penuh keyakinan tak bawa rekorder pun. Lepas tu dia tanpa lafaz Bismillah membuka mulut mendendangkan "WHAT'S IN YOUR HEADDDDD IN YOUR HEADDDDDDD ZOMBIEE ZOMBIIEEE....". Lagu Zombie dendangan Cranberries memang menjadi siulan ketika itu. Saat dia mencapai memuncak syahwat membuat vokal solo semasa bahagian "ZOMBIEE ZOMBIE EAHH EAHHH EAHHH OWEYAAAA WOOO OOOO" aku dah sawan babi dah kat belakang kelas mulut siap berbuih-buih Axion.

Kau kutuk orang memang nombor satu Faizal. Dahla, pelajaran muzik highlightnya ialah lagu-lagu yang dinyanyikan. Di sini aku ingin mengimbas kembali lagu-lagu popular yang mungkin dinyanyikan di sekolah korang juga (walaupun aku hanya ingat 5 lagu sahaja). Sila klik Read More untuk mula menyanyi.

1) Ais kacang - Aku rasa lagu ini semua sekolah ada dan semua orang hafal.

Ais kacang, ais ais kacang
Bila cuaca panas dan rasa dahaga
Singgah di gerai, ais kacang dipinta
Susu dan jagung
Kacang dan lengkong
Air gula berwarna...

Campur semua
Enak rasanya
Kegemaran kita semua


2) Seberang Perai- Lagu ni depa ajaq masa darjah lima kot.

Seberang Perai, bandar yang indah
Menuju Pulau Pinang
Merentas Selat yang indah permai
Jambatan Pulau Pinang
Kini kau menjadi lambang Malaysia
Hasrat kemegahan tercipta
Kini kau menjadi titian yang muhibah
Negara Malaysia tercinta...


3) Aku Burung di dalam Sangkar - Aku tak pasti itu ke tajuk dia yang sebenar, tetapi lagu ini memang sedih.

Aku burung, di dalam sangkar
Hidup terkurung, hatiku susah
Ingin aku terbang bebas
Bersama kawan, tinggi di awan


4) Masak Kari - haha yang ini lagilah aku tak ingat apa tajuk dia. Lirik dia pun aku ingat separuh sahaja. Part chorus 'MASAK KARI AYAM DAN IKAN' memang aku menjerit sekuat hati kerana arrangement dia memang gothic melankolik macam lagu tema Undertaker nak masuk gelanggang gusti.

Tiap bandar dan desa ada makanannya
Hidangan istimewa beranika rupa
Masak kari ayam dan ikan
Serta sambal belacan
Laksa asam, popia kuih
Tose dan masak lodeh


5) Hidup Berjiran
- thanks Shuhud sebab ingatkan. Lagu ini masa hari sukan je mesti dimainkan oleh pancaragam sekolah.

Hidup berjiran jadi amalan kita
Sikap yang baik mestilah ditunjukkan
Tolong menolong mestilah ditunaikan
Pada setiap masa erat perpaduan


Tetapi lagu yang paling gagah, paling catchy serta paling infectious adalah lagu Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Baru Bangi.Siap ada gitar solo dua minit dalam versi alternatif dia.

Di sini tempatku belajar,
Menuntut segala ilmu,
Menulis, membaca, dan juga mengira,
Panduan bimbingan guru.

Marilah semua kita memajukan sekolah yang dicintai,
Bidang pelajaran juga permainan,
Bersama kita jayakan.

Rukun negara dipandukan,
Curahkan taat setia,
Semoga menjadi satu kebanggaan
SRKBBB tercinta!


Ok itu sahaja lagu-lagu yang aku ingat semasa di sekolah rendah. Sekolah korang ada tak mendendangkan lagu-lagu di atas? Or maybe ada banyak lagi? Mungkin aku terlupa. Lagu-lagu KBSR darjah satu macam Anak Itik Tok Wii ataupun Tik Tok Tikitikitok Kesha tak kira ah. Lagu Di Tepian Pantai pun aku tak pernah dengar Zati. Kau sekolah mana dulu sekolah jahat ke haa haa. HO untuk SRKBBB! Budak sekolah rendah lain nyanyi lagu sekolah korang la kalau berani.



18 comments:

Idlan said...

HO! SRKBBB

(saper yang pindah SKJ3 sekerat jalan macam adik aku Zahid takleh HO!)

Alia Liverpool said...

ais kacang terbaik!lg best dari twinkle2 lil star.

Anonymous said...

HO!

adam

z a t i said...

aku sekolah kt penang. mungkin budak2 penang belajar lagu2 pantai je psl aku pun tk ingt lagu kari ayam tu.

Anonymous said...

Lagu Kunang-kunang ko ingat x jai ? rase nye tajuk dia itu kunang-kunang...blajar time darjah 3 kot sbb aku rase aku ingat lg kena lukis gambar kat page sebelah lirik lagu tu...

Cantik berkelipan,
terbang sana sini,
Cahaya berkilauan,
Waktu malam hari.

Itu kunang-kunang,
Serangga yang kecil,
Terbang waktu malam,
Bawa lampu comel.

SHiKiN said...

HO!! (hehe sbnr nye aku pon belot gi jalan 3)

Mohamad Faizal said...

akak abe: HO! abe kalau dia tak kawan dengan aku mesti dia pindah jugak sebab lagi dekat dengan rumah...A(HAA HAA)

alia: pasti. sokonglah lagu2 tempatan dan usah asyik dengar lagu dari seberang

adam: aku terharu melihat kat stay di jalan 2 walaupun kau dapat banyak racial abuse ha ha ho!

zati: memang tepat tuduhan aku kau sekolah jahat henry gurney penang. eh ke melaka

anon: betul betul ada ada baru ingat thanks

shikin: ala kau pindah sebab tak puas hati kelas kuning kalah acara drama dengan kelas biru haa haa HO!

Anonymous said...

HO!!utk SRKBBB tercinta..
HO!! jugak utk cikgu hashim pengakap..
sekali berpengakap,terus berpengakap..haha


-shuhud-

anon said...

aku teringat cikgu aloha yang ajar muzik waktu darjah 1 kot.. ntah x igt dah..

attiesya said...

HO!! utk SRKBBB
emm.. tapi malangnya lagu yg ko tulis ni ijai, satu pun x ingat.. hahaha

Mohamad Faizal said...

shuhud: kami ahli pengakap muda, buat sehabis baaaaaaaik

anon: cikgu aloha cikgu aku masa darjah 5

attiesya: lagu srkbbb tercinta takkan tak ingat

Anonymous said...

S.R.K Jalan 6 Bandar Baru Bangi..maju dan terus maju..meningkatkan mutu pendidikan yang cemerlang!!

yeahhh tuk SRK JLN6 :D

-fandi-

Mohamad Faizal said...

aku tak tahu mengapa, tapi aku sentiasa anggap skolah jalan 6 tu sekolah jahat. haha

Anonymous said...

mana2 skolah pon ada budak jht..jln2 xde budak jht ke tpu btol..tgk ak la sbg salah seorang pljr yg xjht n berjaya wut..ok jht ckit la kot tp byk lg yg lg baek dr ak from SRK Jln6 hahaha..

-fandi-

nana said...

dari ulat jadi kepompong..
hidup tidur dalam kelongsong..
tiba masa kepompong pecah.. (POMMM!)
jadilah rama-rama yang indah..

rama-rama terbang merata..
hisap madu di kelopak bunga.. sungguh cantik dipandang mata..
tapi sayang hidup tak lama”

masa bunyi (POMMM!!) tu, semua orang nak amik bahagian.

entah apa tajuk lagu ni: Rama-rama kot?

Anonymous said...

lagu: air terjun
dari jauh bunyi berderu-deru
umpama angin yg bertiup kencang
rupanya air yg terjun tinggi
bla bla bla (long term memory lost)

lagu: bapaku pulang dari kota
bapaku pulang dari kota
bapaku belikan kereta
kereta kecil warna merah
bolehku bawa ke sekolah
pon pon pon pon pon pon pon pon pon
kereta kecilku berbunyi
marilah adik mari naik
bolehku bawa jumpa nenek
(masa pon pon tu budak lelaki kelas kau selalu over)

astute

Anonymous said...

Lagu pengakap muda..

Taat pada perintah tuhan
raja dan negara
membantu tiap masa
patuh undang-undangnya..

kami ahli pengakap muda
buat sehabis baik..

lagi..

Lihat jauh nun di sana tekun petani kerja..
buah padi masak kuning isteri kerjasama..
Potong memotong membanting padinya
bercerailah tangkai jerami
dulu padi ditumbuk inang tampi
kini mesin jadi pengganti..

lagi..

Cerita bohong

hujan panas kupandang awan mega
warna langit tujuh bercahaya
orang tua kata ular naga
mencedok air di dalam telaga
kalau tunjuk tangan jadi kudung
rupa-rupanya itu cerita bohong..


hari minggu

hari minggu yang lalu
aku rakan dan guru
bersama sama riang dan bergembira
berjalan sini sana melawat ibu kota..
bandaraya kuala lumpur yang terindah
melawat zoo negara juga ke taman
bunga..(yang lain tak ingat)

negeri melaka

oh negeri melaka permai
asal mula tempat berniaga
negeri yang ternama mahsyur dan megah
di seluruh dunia..
keindahan alamnya lambang
lambang negara kedaulatan beraja
pahlawan hang tuah..
berlima saudara..
itulah sejarah negeri melaka..

shah said...

page ni buat mata aku berlinang..rindu seyh dgn zaman sekolah rendah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...