Sunday, February 7, 2010

Mata Pelajaran Muzik di Sekolah Rendah

Sudah menjadi lumrah yang bilik orang lelaki bujang itu bersepah dan tunggang langgang. Tetapi, tahap kesepahan itu ada batasnya. Apabila aku ternampak seekor tupai di dalam bilik aku sedang lepak chill menonton televisyen di sebelah aku, maka aku tahu sudah tiba masanya untuk aku mula mengemaskan bilik. Barbie kau tupai berani bersarang di bilik aku. Aku pun bertungkus lumuslah menyapu bilik dan memvakum bilik. Sedang aku sibuk mengemas, tiba-tiba aku terjumpa buku Pelaporan Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah (PKBS) di zaman sekolah rendah. Aku pun mengimbaslah kembali kenangan lama. Wah pandai rupa-rupanya aku semasa kecil tapi kenapa dah dewasa aku tidak menjadi doktor pakar sakit tuan?

Walaupun aku perasan pandai, aku sebenarnya bangang dalam satu matapelajaran iaitu pelajaran muzik. Bukti kebangangan aku boleh dilihat dalam kad laporan aku di bawah. Sila klik Read More untuk mengupas tentang persoalan ini.



Di sekolah rendah korang dulu ada belajar muzik tak? Kalau korang sekolah terrorist ataupun sekadar masuk sekolah memandu mungkin tiada dalam sukatan pelajaran. Anyway mengapa mereka menerapkan mata pelajaran muzik di sekolah? Bagaimana pelajaran muzik dapat mempengaruhi gaya hidup dari segi emosional dan spiritual serta nilai-nilai murni di dalam diri? Itu adalah contoh-contoh soalan yang aku tanya kepada guru muzik aku iaitu Pn Hasnah. Dia hanya menjawab dengan membaling pemadam papan hitam ke dahi aku.

Di Malaysia, agak sukar hendak berjaya dengan bermain muzik. Mentaliti kita sudah ditetapkan sejak kecil, dah besar nanti kita mesti jadi doktor/jurutera/akauntan. Jadi apa peranannya mata pelajaran muzik di sekolah rendah? Mengapa muzik tidak dijadikan mata pelajaran teras? Ya, aku memang bangang muzik di sekolah rendah tetapi ironinya, aku amat menggemari muzik dan sering berangan-angan menjadi rokstar dewasa kini. Kalau aku didedahkan dengan kurikulum yang tepat dan berkesan, aku pasti dan jadi macam Helen Yap ataupun Izo XPDC. Tahpape tah contoh aku. Yelah, kalau diingat kembali apa yang diajar di sekolah rendah, masuk bilik muzik lukis klef treble namblas kali, ketuk kastenet sikit-sikit, menyanyi lagu-lagu kerakyatan lepas itu ulang sehingga akhir tahun. Betul, kita perlu ada passion dan minat jika ingin berjaya dalam bidang muzik, tetapi minat boleh dipupuk sejak kecil, dengan syarat kita diberi pendedahan yang efektif.

Bidang muzik, tidak semestinya kena menjadi penyanyi ataupun berkugiran. Even if we lack the talent like Billy Talent, we kan make it up with efforts. Kita boleh jadi jurutera bunyi, guru vokal, tak pun menjadi paparazzi. Again, in real life, we cannot just suddenly decide that we want to be a successful musician now, we need to have a basic platform. So what better way to make that happen? Early development in school. Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya. Lentur lebih-lebih menjadi aww pula. Jadi, cadangan untuk mengurangkan tempoh waktu pengajaran muzik di sekolah rendah seharusnya dibatalkan terus, baik kau tak payah ajar langsung kalau setakat lukis klef treble hari-hari.

Sebenarnya, aku sudah lari daripada tujuan asal menulis entri ini. Tiba-tiba terserius pula. Tujuan asal aku menulis entri ini adalah untuk mengimbas lagu-lagu popular yang dinyanyikan di sekolah rendah dahulu. Tak mengapalah, kita buat entri itu esok. Assalamualaikum.



17 comments:

enuLwanie said...

wat note lagu ais kacang.

"ais.. ais kacang."

QilahLala said...

ingat!! dulu main rekoder lagu 'jong,jong inai..' :)

Anonymous said...

erm. lagu jong jong inai sangat sensitif terhadap ijai sebab nama atuk die. haha

adam

EyeDa said...

Fuyoo..apsal la ko x jd Menteri Pelajaran dr dulu.hehe. Kan best kalo kelas muzik dulu ade slot karaoke..ekekeke.

z a t i said...

kalau kau tak ingt lagu berkelah di pantai yang indah kau bukan sekolah kebangsaan kat melesia a.

Mohamad Faizal said...

haha perbincangan tentang lagu-lagu di sekolah rendah akan dilakukan di entri malam karang ok (barbie adam aku akan carik lagu keluarga kau nanti haah haa)

Anonymous said...

lagu yg aku ingat:
3 sekawan(boleh dijadikan lagu tema 1malaysia),hidup berjiran ngan pesanan guru..

p/s:lagu srkbbb kau ingat lagi tak jai?? ~di sini tempatku belajar..~ lagu legend tu walaupun aku tau cikgu hamisaton selalu miming je lagu tu..
buat la entri cikgu2 skolah rendah pulak..huhu..


-shuhud-

Anonymous said...

dalam banyak-banyak subjek yang tersusun di dalam jadual waktu sekolah,aku paling suka subjek rehat!




-kusha-
guru sandaran

nana said...

darjah 1 sampai 3, ok lah, sbb nyanyi2 je.

masuk darjah 4, jadi bodoh pula sebab tak tahu camne nak reti main rekorder tu.

lepas tu aku dh tak suka subjek muzik.

jana said...

Ijai,
kak jana dah lupa lagu negeri selangor,dulu-dulu perhimpunan kan kena nyanyi lagu sekolah,negaraku and lagu negeri selangor,sekarang dah kerja kat w.persekutuan lupa langsung lagu negeri selangor.Sekolah kat bangi dulu kena nyanyi tak lagu negeri selangor tak?.
cuba nak ingatkan,tapi langsung tak ingat ni.so how

Anonymous said...

buat kak jana..
meh sy nyanyikan lagu negeri selangor..

duli yang maha mulia,selamat di atas takhta,Allah lanjutkan usia tuanku,rakyat mohon restu, bawah duli tuanku..bahagia selama-lamanya,aman dan sentosa..duli yang maha mulia..

sekian,trima kasehhh...

jana said...

anon,
thank a lot ya,dah ingat dah,dulu-dulu kalau nyanyi lagu ini masa perhimpunan budak-budak kaum India akan sebut takhta tu kepada sahsa,kak jana asyik membetulkan sebutan diaorang je,sebab sakit telinga kalau orang nyanyi tak sebut dengan betul,once again thank ya.ngeee(rakyat selangor yang terlupa)

attiesya said...

ijai.. puan hasnah ekk?? cikgu muzik saya dulu puan salmah mat.. pastu cikgu kelas tu pernah gak dapat puan nur sarah.. garang wooo... cikgu hashim pengakap pun ingat lagi.. garang jugak.. tapi comel.. hahaha.. sempat x ngan cikgu nasir jali?? guru disiplin??

Anonymous said...

aku slalu je failed dlm subject muzik ni :p

Mohamad Faizal said...

cikgu nasir tau nak lempang budak je, lepas tu suruh anak dia masuk pertandingan menyanyi

Anonymous said...

slm.....tahniah atas post anda yang bernas dan menunjukkan empati kepada pendidikan muzik di sekolah. Perlu difahami bahawa muzik bukanlah hiburan semata-mata tetapi subjek ini merupakan disiplin ilmu.

cerita anda berkaitan guru muzik yang mengulang isi pembelajaran yang sama juga mendapat perhatian saya. Perlu difahami bukan semua guru muzik berkemahiran tinggi dalam muzik. Dan sebab itulah ia tidak dipanggil subjek muzik tetapi Pendidikan Muzik.

Tujuan pemdidikan muzik antaranya mendedahkan murid dengan ilmu muzik. Walaupun tidak mampu menjadikan anda seorang yang mahir bermain muzik tetapi sekurang-kurangnya anda mengetahui teori yang berkaitan dengan muzik. Di sinilah konsep 'tahu' itu diterapkan.

untuk lebih memahami pendidikan muzik di sekolah sila mencari maklumat berkaitan di internet. Cikgu tetap dengan caranya.....ucapkan sedikit penghargaan buat mereka, insyaAllah anda akan diberkati....

sekian. slm persahabatan buat semua.....

kak sue said...

...yang paling best lagu Bunga Matahari (coz namapun ada kaitan) & lagu Sungai (coz bila nyanyi terbayang air yang mengalir) . Best !!!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...