Tuesday, February 2, 2010

Perkara-Perkara Tidak Matang Yang Dilakukan di Sekolah Rendah

Ahh sekolah rendah. Sekolah rendah zaman kita mana sama dengan sekolah rendah zaman sekarang. Budak-budak sekarang semuanya manja dan mengada-ngada. Langsung tidak bersyukur dengan nikmat yang diberi. Baru nak mumayiz sudah ada telefon bimbit berkamera. Itu yang keluar .3gp tak senonoh budak sekolah tu. Ok tak bebelan pengenalan aku? Tiada kena mengena pun dengan apa yang aku nak sampaikan. Ayuh kita klik Read More untuk mengimbas kembali perkara-perkara tidak matang yang dilakukan di sekolah rendah.

1) Main tikam

Sebagai seorang pelajar sekolah rendah yang berusia 8 tahun, apa perasaan anda apabila anda membeli sekeping kad dengan harga 20 sen, kemudian anda menggores kad itu dan seterusnya anda berjaya memenangi sebuah kotak pensel? WAU SERONOKNYA BAGAI DUNIA INI SAYA YANG PUNYA!!! Itulah perasaan seorang kaki judi yang mungkin akan beralih kepada kaki botol sebelum menjadi kaki pukul bini. Tanpa didikan agama yang sempurna aku pasti akan hanyut dewasa kini. Sumpah dulu aku tak tahu yang kad tikam yang aku beli di Pasar Mini Kiat Siong di seksyen 1 Bandar Baru Bangi itu merupakan sejenis perjudian. Aku bawak balik la hadiah-hadiah kemenangan aku seperti pemadam besar, daun terup, kotak pensel serta gasing untuk membuat mama aku bangga, tetapi akhirnya ditempelak pula. Mama aku suruh aku buang, tetapi aku yang tidak mengerti akan situasi ketika itu terus memberontak. Barbie kau Kiat Siong, semua ini salah kau untuk merosakkan minda pelajar-pelajar muslim inosen seperti aku.

2) Mengejek nama bapa

Ok perangai ini bila diingat kembali, memang ternyata tidak matang dan gampang. Aku masih ingat lagi, semasa di sekolah rendah, manusia yang memulakan tabiat mengejek nama bapak ialah kawan aku yang bernama Khalid bin Mohd Noor. Sekarang dah lost contact. Memang tidak boleh diterima akal perangai seperti ini. Ok aku beri contoh; katalah nama bapa budak itu Mustafah (sori Anas, contoh je), semasa menyanyi nasyid 'Rabiulawal menjelang lagi', masa part 'Nabiulhadi rasul mustofa'tu semua orang menjerit sekuat hati MUSTAFAHHH. Perangai tak senonoh ini kekal sehingga ke sekolah menengah. Masa tingkatan satu, kan ada buat folio Salasilah keluarga. Silap besarlah kalau dapat kat kami. Habis kami hafal dan persendakan. Kesian Kucai. Tapi masa mereka mengejek aku, mereka jarang menggunakan nama arwah abah aku, diorang skip terus ejek nama atuk aku sebab nama atuk aku lucu. Nama atuk aku Jonoh. So bayangkanla apabila mereka mengejek aku Roti John, menyanyi lagu John Johnny Jonathan param pam pam pam pam, takpun membuat ayat-ayat seperti "Eiii aku dah Jenuh la" ataupun "Kau ni memang tak sejonoh eh senonoh". Ok yang terbaru sekali kena ejek Jonoh Brothers. Haa haa okla yang last tu aku tambah sendiri. Sori atuk.


3) Ponteng sekolah agama untuk menonton siri televisyen

Aku tidak tahu mengapa, sekolah agama semasa sekolah rendah memang diperlekehkan sahaja. Pergi sekolah agama sebab nak jumpa kawan-kawan dan main galah panjang ataupun teng-teng gajah. Pagi pergi sekolah kebangsaan, lepas tu petang pergi sekolah agama. Di waktu petangla ada cerita-cerita menarik di televisyen. Aku selalu tipu ustazah Norlela binti Toha kata ada latihan sukan, kena balik awal. Ustazah bagi sahaja tanpa banyak bicara. Lepas tu aku balik rumah tengok cerita paling hebat ketika itu, Hati Waja lakonan Rusdi Ramli, Raja Azura dan Faizal Hussien. Aku ingat lagi Tendangan Tanpa Bayang yang dilancarkan oleh Syahdan ke arah Sompek. Lagu tema dia dinyanyikan oleh Khatijah Ibrahim 'Romantika Satu Darsa Warsa'. Cerita-cerita lain yang aku suka yang bukan kartun yang popular ketika itu ialah gadis bermain bola tampar (summersault berpusing), Cybercop (Cybercop Merah naik syeh je buat Putaran Angin Kuasa Halilintar dia bosan aku), dan juga Akantare.

4) Membenci gadis

Aku memang tak suka gila dengan gadis semasa sekolah rendah. Jika rambut mereka kerinting, aku akan panggil mereka meggi. Jika mereka pakai tudung lusuh, aku akan panggil mereka miskin. Jika mereka lebih pandai daripada aku? Haa aku dan Anas memang BFF sejak sekolah rendah. Ada sorang gadis ni nama dia Farah Waheeda. Dia ni memang pandai asyik dia je nak dapat no 1 no 2. Aku pun marah la kan. So aku dan Anas buatlah satu 'demand' di atas kertas.

kalau kau taknak kitorang ejek kau dengan Khalid, kau mesti pilih salah satu daripada di bawah:

1) Bayar 20 sen setiap hari
2) Dapat no last dalam periksa


Farah pilih no 1. Merah jugakla mata dia. Lepastu surat itu telah dibuang ke dalam tong sampah. Tiba-tiba ada pulak gadis lain masuk nama dia Nurhafizan binti Nasir pergi hasut Farah untuk report dengan Penyelia Petang, Pn Hamisatun Iban. Langsung aku kena panggil dan dipiat telinga atas kesalahan mengugut. Anas tak kena panggil pulak cis. Balik je ke kelas Farah merayu-rayu meminta maaf namun aku tak bercakap dengan dia selama setahun. Sampai sekarang aku masih menyimpan dendam terhadap gadis-gadis. Cis.

5) Memandang jijik kepada orang yang sudah baligh

Semasa aku darjah 4 Biru, ada seorang sotong masuk ke kelas aku. Nama dia Saiful. Sumpah aku benci kat dia sampai sekarang walaupun aku dah lupa muka dia macamana. Dia ingat dia ni kool sebab dia baligh awal, masa darjah 4. Siap beritahu kat budak-budak lain yang dia dah baligh. Aku yang tak faham konsep baligh ketika itu memang memandang jijik kepada dia sebab suara dia garau yang misai nipis sudah tumbuh. Aku ingat dia berubah jadi arbok sebab dia baru baligh. Ohh ini rumors yang aku dengar, semasa di sekolah rendah, ada budak perempuan kelas Dazu yang terperiod kecoh satu sekolah. Masing-masing tidak faham apa yang berlaku ketika itu dan budak itu terus dipulaukan. Tapi itu semua kisah lama. Sekarang aku nak bangga aku sebenarnya baligh awal jugak hujung darjah lima dah mimpi Sharon Stone haa haa.

6) Menipu Mama untuk membeli enjin Hyper Dash

Aku selalu minta mama aku duit untuk membayar yuran van sekolah la, yuran PIBG la, bayaran Hari Kantin la macam-macamla. Memang aku bayar, tapi tidak semua. Baki duit itu aku gunakan sebagai pelaburan untuk Tamiya Magnum Saber aku untuk dibawa berlumba di trek sebelah Pasar Mini Kiat Siong. Huii dulu-dulu ketika zaman Tamiya, aku rasa aku punya Tamiya la yang paling banyak aksesori. Roller depan, bumper belakang, tayar span, bateri cas, serta yang paling utama, enjin Hyper Dash. Mahal jugakla enjin itu buat pelajar seperti aku. Alah padahal boleh je suruh mama aku belikan terus sebab aku kan anak emas mama aku.

7) Mudah terpengaruh dengan fads

Aku rasa banyak gila permainan bermusim yang aku sertai semasa sekolah rendah. Orang main gasing aku pun main gasing. Orang menang guli hasil pertarungan, aku beli guli banyak-banyak terus. Zaman roller blade pulak, aku pinjam anak tauke Sekolah Memandu Mazris tu punya sebab selain kelas memandu, kelas roller blade pun dia ada buat jugak. Tamiya? (rujuk di atas), Micro Genius?(cetak rompak Nintendo). Iman aku rapuh semua aku terpengaruh. Benda paling kool yang aku ada tapi orang lain tidak ada ketika itu adalah permainan Captain Power yang boleh tembak kat TV. Dia popular di Amerika. Sumpah kool gila. Mana tah mama aku simpan pita video dan kapal terbang dia. Kalau nak main tipu senang je kau pause kan video tu lepas tu tembak sampai menang. POWER ON!

Begitulah sedikit sebanyak perkara-perkara tidak sesuai untuk kita lakukan setelah dewasa ini. Kalian bagaimana? Tidak matang seperti aku juga?



19 comments:

Idlan said...

Ijai - nama cerita volleyball tu Moero Attack. Selalu budak-budak sekolah aku lari balik prep angkat kain baju kurung sebab nak tengok Moero Attack. Pastu kelab volleyball STF ramai gila ahli

Oh lagi satu gosip: Fizan Nasir tu buah hati Abe. Sangat kecewa Abe minah tu kawen lain. Tu la saper suruh ghairah cabut gigi lupa awek.

Anonymous said...

akantare mmg kesukaan aku! aku sedih tgk laluan sukar kehidupan hidematsu yg akhirnya beliau jugak adalah pewaris empayar kilang dengan menghasilkan momohiki sebagai pertahuran...masih terngiang2 bayang roda kayu dengan alunan muzik akantare setiap kali mula dan habis cite....best woh! pastu cite ahwagaya (oh my home)..tak best.

pencacai najis kaya said...

kau skolah mane ye dulu? tempat kau mention byk kat seksyen 1. aku tak pernah tau kelas darjah 4 biru. aku dulu 4 dahlia bagai hahaha.

dah la orang bangi. manusia uniteng plak.

tsk.

Mohamad Faizal said...

akak abe: dia tak minat fizan la. dia minat sepupu fizan gabal

anon: ada dvd tak bagi pinjam kat aku

pencacai: hui aku memang bangi sejati atuk aku yang tebang pokok untuk bukak kawasan bangi ni. skolah rendah jalan 2 skolah menengah jalan 3

Anonymous said...

jai..kau lupe beberapa perkara..meh aku tambah..

1.main lawan pemadam
permainan paling popular time skolah rendah ketika cikgu tak masuk kelas(mesyuarat la konon,padahal pi kautim rokok ngan acik kantin)..
pemadam gambar bendera yg paling popular..aku siap beli satu kotak tu..tapi bendera israel aku buang..haha...
budak2 takde harapan(diketuai oleh syam kelas aku)menjadikan permainan ini ala2 judi..sape kalah pemadam kene amik sebagai pertaruhan..dasyat ooo..dulu siap buat tag team lagi tu lawan pemadam..

2.main bola sepak guna kad manila
ni lagi satu permainan popular kat skolah agama..time ustaz osman tak masuk kelas sebab sibuk jual aiskrim lada..haa haa

3.mengepau bekal rakan2..
khalid mohd noor adalah classmate aku darjah 5 ngan 6..bekal2 makanan yg dia bwk sgt la cool seperti burger,nugget dan kadang2 chicken chop(ni aku tipu)..maka aku yg kelaparan pasti mengepau makanan khalid..haha..sebagai balasan,air aku pula dipau khalid dan mohd faizal rosly..

4.pedajal member ngan selotape
selotape(pita pelekat) yang kaler putih kalau dapat mmg naya la..ade je la bisikan syaitan yg singgah di telinga utk pedajal member..tulis la 'sile sepak saya' atau 'pukul sy secara berjemaah,sebelum pukul baca bismillah' pastu lekat kat belakang member..huu mmg kejam la..mangsa kelas aku adalah mahmood ubaidur rahman alsagoff..

5.buat ayat tatabahasa
haha..subjek feveret aku sebab boleh membuat ayat berdasarkan sukukata yg diberi untuk mengejek rakan sebaya..nama2 popular adalah seperti jonoh,madon,tukiman,kassim serta taiman(haha..waris2 nama di atas aku mintak maaf..huhu)
contoh ayat:protes
sebagai tanda protes akibat pinangannya ditolak mentah2 oleh ketua kampung,kassim bertindak nekad dengan menggilis lembu peliharaan jirannya dengan jentolak lantas dia dijatuhkan hukuman buang negeri ke uganda selatan..


p/s:ahh..zaman skolah dulu sgt seronok..seperti wrestling dlm kelas hingga meje barai..

-shuhud-

z a t i said...

fizan tu yang fizan tu ke?

eh buat ayat tu mmg kerja sekolah gembira fine gila nerd buat kerja sekolah pun gembira.

finaz said...

nakalnyaaaaa korang masa sek. rendah.. !! no. 2 tu memang ok.. no.3 pun i selalu buat.. siap hasut kengkawan supaya ponteng sebab nak tgk drama serial jepun.. satu cerita yg i ingt is tokyo cinderella story.. bestttt..

nana said...

no 1, 2 dan 3 sumpah aku mmg buat.

aku main tikam, beli kuaci belang, dapat 10sen, 20 sen dan kalau bernasib baik dapat 50sen.
kadang2 dapat kuaci, dan kadang2 dapat 'terima kasih' saja. tak tahu kuaci tu jadi haram sbb tu ialah hasil main tikam.

ejek nama bapa, pun buat juga. tapi, budak laki yg start dulu. aku akan ejek balik org yg start ejek nama bapak aku. kadang2 sampai main nama datuk. dahsyat betul.

ponteng sekolah agama, memang seronok. kadang2 balik sekejap masa waktu rahat dan tak balik2 terus ke sekolah. mujur rumah dekat, boleh suruh kawan2 hantarkan beg balik ke rumah.

kalau main tamiya, tu zaman adik aku. aku cepat 6 tahun dari adik, dan menjadi dewasa lebih awal. haha. keji lah jadi dewasa awal sgt.

z a t i said...

maaf komen berbaur perkauman terpaksa didelete. tehhee.

aku byk kwn indonesia a diorg dh bape kali tanya aku napa kwn2 aku pggl diorg indon aku malas nak jawab,.

sorrih.

Anonymous said...

hoi berani lawan dgn tamiya ak la..ak ade track tamiya tau tp 2 lane punya marila fight dgn mantaray or sonic saber or ray stinger ak..btw enjin ak ultra dash mahal tau rm55 klo xslp..kire mahal la bagi taraf bdk sklh rndh waktu tu la hahaha..

-fandi-

Anonymous said...

Hahaha... sama la cerita ko ngan aku... ade satu kawan aku tu nama bapak dia tabrani... so... buat apa2 sikit goyang... takk brrraniii... kalau hashim... ramai2 bersin... sampai bertumbuk..

P/S: Nextweek opis aku pindah masuk kat 1Tech Park... Since ko tak ramai kawan sebangsa... Tolong tunjuk tempat gi breakfast/lunch... err... nak ditegaskan disini... aku bukan spesis www.squirt.org k...

Noraishikin Mohd Salleh said...

mcm2 idea ko ni jai...aku plak buat yg 1,2 & 3...hati waja mmg feveret aku.sgt best!pehtu aku suka kartun tomatoman :)

Anonymous said...

budak yg bapak dia nama tabrani tu, bapak dia yakni en. tabrani, adakah beliau seorang ustad? sebab ada ustad aku dulu2 masa sek. rendah nama ustad tabrani..

Mohamad Faizal said...

abe: madon kasim taiman aku kenal. tukiman siapa?

zati: yaa fizan yang itu

finaz: mr Cinderella yusri berlakon tu ke

nana: tadi aku main tikam kat petronas beli minyak rm30 mana tahu dapat rm10000. eh tu kira tikam ke

zati 2: diorang tak tahu yang kau pun racist gak sebenarnya

fandi: seriyes kau ada track? minggu ni rumah aku jom!

anon: exsqueeze me kita tak sebangsa ok. aku bangsa orang putih. kulit hitam sebab berjemur.

noraishikin: tomato tomato tomatomatak tomatoeridagu tomato mamuuuuu (lagu tema)

anon: memang betul la tu

Anonymous said...

peduli ape aku ustad ko nama tabrani! ko ingat ustad ko sorang je ke tabrani?

Anonymous said...

siyes doh tu hadiah hari jadi ak mase dpt 4A upsr hahaha...tp 2lane punya xbesar mane bukan mcm kat kiat soing tu la hehe..k nnt kte lumba..btw tukiman name tuk asmah abdul manan punya laki punya atuk daa...ahaks..

-fandi-

budakbangijuga said...

ijai,

aku tertarik dengan rumor yang pasal budak kelas dazu.. sbb aku tak pnah ingat aku ada pulau sesapa sebab perkara bodoh ini..

tapi dak2 kelas aku agak *tut* perasan bagus.. kecuali aku.. hohoh

nana said...

ijai, kalo main tikam kat petronas, untung2 dapat RM 10,000 tu, aku tak sure tu tikam ke, cabutan bertuah.

eh, ntah la. aku tak guna minyak petronas, maka aku tak sure bab ni.

applepinkz said...

akhirnye setelah lame jadi pembaca senyap n ketawa senyap2 depan pc (sbb nnt bos denga) so arini aku nak letak komen..hehe

bab yg tamiya tu..teringat adik aku sorok duit raye die dapat, xnak kasi mak kitorang pastu claim duit die kena curik ngan toyol (sbb ms tu cite toyol tgh kecoh kat kwsn umah kitorang haha)

last2 rupenye die dh pegi beli tamiya 3 bijik kat kdai dkat umah..cemane kitorang tau? org kedai tu yg kasitau..haha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...