Tuesday, February 23, 2010

Perkara-Perkara Yang Ingin Dilupakan Di Zaman Persekolahan

Mana korang lebih suka; zaman bekerja atau zaman bersekolah? Orang selalu mengeluh rindukan zaman-zaman persekolahan, terutamanya semasa sekolah rendah; tetapi korang hanya rindukan part yang best sahaja. Bagaimana dengan kenangan-kenangan pahit yang dialami di sekolah rendah? Jika diberi peluang, mahukah anda menjalani kehidupan sekolah rendah sekali lagi? Aku tak mahu. Sila klik Read More untuk mengalami pengalaman buruk di sekolah rendah aku.

1) Kena kapur kasut

Ini benda yang paling membosankan. Setiap minggu kena buat kalau tak mama aku ataupun guru aku bising. Basuh kasut tiada masalah sebab aku selalu je sumbat dalam mesin basuh di rumah. Tetapi mengapur kasut??? What's the point nanti kotor balik lepas main galah panjang. Aku dulu nak senang bancuh je kapur dalam gayung lepas tu rendamkan kasut. Pantas dan efektif. Tapi kesannya, kasut akan menjadi keras, termasuklah tali kasut. Ya dulu-dulu aku pakai kasut Pallas Jazz bertali sebab kasut lekat-lekat yang ada lampu refleksi tu hanya untuk budak-budak kaya.

2) Kena buat ujian PAFA

Kalau hendak lulus UPSR, kena ambil ujian Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA). Aku agak bernasib baik kerana mama aku hantar aku pergi sekolah agama. Kalau tidak mesti aku jadi Jahilliyah macam kawan-kawan aku yang tak hafal niat berpuasa. Tapi sehandal-handal aku pun, satu benda yang aku gagal adalah menbaca doa qunut. Masa tu nasib baik baca ramai-ramai aku boleh je miming. Itupun aku pandai pilih group yang mostly tahu baca. Qodoit afait sampai sekarang lagi tunggang langgang. Ala zaman moden ni tok mudim dah tak suruh baca doa qunut lagi kan masa akad nikah nanti?

3) Kena lempang dengan cikgu Kelab Komputer

Aku dulu budak baik dowh kat sekolah rendah. Tapi peristiwa kena lempang dengan guru masih aku simpan lagi dendam kesumat di dalam hati. Aku dulu join kelab komputer. Lepas tu tah apa tah cikgu tu cakap kat depan, aku sibuk main game Double Dragon. Lepas tu dia panggil aku dan lempang aku di khalayak ramai. Malu gila aku ketika tu. Nak menangis tapi tak keluar air mata keluar bunyi je. Kalau aku ingat muka dan nama dia mesti aku cari kat Fesbuk sambil menghina berat badan dia.

4) Kena menghadiri perhimpunan

Sebelum perhimpunan mesti ada bunyi loceng kan? Haa kat sekolah aku loceng dia bunyi dua kali. Ok aku tidak tahu Guru Besar mana yang mencipta undang-undang bodoh ini; apabila loceng yang pertama berbunyi, semua orang mesti berhenti bergerak. Terpaku la kau seketika macam patung Audrey di pasaraya. Selepas loceng kedua berbunyi barulah boleh bergerak. Tak kiralah kau sedang berjalan ke, makan ke memang tak dibenarkan bergerak langsung. Kalau tengah berak mesti susah nak maintain pengeluaran tahi tanpa memotongnya dengan punggung sebelum loceng berbunyi.

5) Kena join pengakap


Di sekolah rendah, semua budak lelaki kena sertai pengakap. Macho tu join pengakap sebelah lengan kanan ada wisel sebelah kiri ada tali serbaguna. Menyertai pengakap memberi anda imej mental yang menunjukkan anda ini boleh berdikari, pandai memimpin, dan berkebolehan menyanyi. Yelah setiap kali perjumpaan mesti nak menyanyi lagu Kodok Ngorek Kodok Ngorek Pinggir Pinggir Kali takpun Kami Ahli Pengakap Muda Buat Sehabis Baik. Lepas tu belajar simpulan 'kanan tindih kiri. kiri tindih kanan'. Ada jugalah ujian-ujian yang depa suruh ambil macam ujian naik basikal sambil lepas tangan ataupun ujian meniup rekorder lepas tu boleh dapat lencana pencapaian. Padahal semua lencana tu semua boleh beli sendiri dekat Ali Store (kedai tekstil popular di Kajang). Hakikat sebenarnya aku hanya menyertai pengakap kerana pengaruh rakan sebaya, di mana hati aku sebenarnya tertarik dengan Bulan Sabit Merah.

6) Kena periksa gigi

Dulu masa aku darjah satu, aku ada dua batang gigi susu yang dah reput. Dia sudah bergoyang-goyang boleh tolak dengan lidah. Menggeletar mulut aku ketika doktor gigi memeriksa mulut. Dahla aku tak tahu istilah gosok gigi semasa kecil. Mesti bau dia macam celah lemak Kevin Yue Biggest Loser Asia. Lepas tu dia selamba je tak bagi amaran ambil perengkoh paip dia tu menarik gigi aku. Terus aku fobia tak pernah langsung seumur hidup aku pergi periksa gigi di klinik gigi sehingga sekarang.

7) Kena ambil periksa

Kat kelas aku ada seorang budak perempuan bernama Nadiah Suhaida. Aku panggil dia Meggi sebab rambut dia kerinting. Walaupun dia berambut kerinting, dia merupakan pelajar yang paling pandai di kelas aku. Tiap-tiap tahun dapat nombor satu sehingga mama aku pun kenal dia. Gila tekanan sebelum periksa mama aku mesti paksa aku belajar sambil beri nasihat "Ijai kenalah rajin buat latihan kalau tak macamana nak mengatasi Nadiah Suhaida". Lepas tu nak suruh aku belajar ketika periksa arwah aku pasang kunci mangga kat bilik komputer. Gila nak lari rumah aku ketika musim peperiksaan.

8) Tandas bertaraf iblyss


Budak-budak sekolah rendah memang tak reti nak pam tandas. Pegila tandas tingkat mana pun, mesti ada pelbagai jenis tahi yang terdampar seperti tahi lepat pulut, tahi pengebom berani mati mahupun tahi berlingkar. Cara yang terbaik untuk mengelak daripada berjumpa tahi-tahi ini adalah dengan pergi berak di tandas guru. Tapi berhati-hati agar tidak terserempak dengan guru besar yang sedang ringan-ringan dengan guru pelatih.

Maka itu adalah sebab-sebab mengapa aku tidak mahu mengalami zaman sekolah rendah sekali lagi. Anda bagaimana?



28 comments:

Anonymous said...

ahahah.. yg pasal loceng dua kali tu kalo ingat2 blk mmg tahape2.. je.. kne AEIOU STOP! plak.. leceh2.. Err, pasal jamban tu.. jgn kata sek ren jee jai. Naik skola mnengah pon lbih kurang je still tak reti nak aim lagi.


-megan musang

LiXa the Mama Alya said...

aku rase sampai skang pun orang tak reti nak pam tandas..

anyway..jgn lupe Greys Anatomy season 6..nak from episod 5 ngeh ngeh ngeh

Anonymous said...

emo dowh kevin kene kuar minggu lepas.sedih sgt. huuu

Haziq Zainal said...

aku tak rasa no 2 tu should be included. doa qunut semua wajib tahu kot. wajib untuk solat subuh :)

Anonymous said...

hahaha..

kapur kasut paling best
kasut tk basuh...kapur je lebih...hehe


yusuf

Anonymous said...

baca blog encik faizal teringat plak zaman skolah rendah saya.
1.kdg2 malas bsh kapur je skali tali kasut dia keras bila ikat ke ape berterabur kapur2..haha..tp bila dh jd pengawa kasut htm dah tade dah kapur2 nih.
2.saya sekolah agam juga.pafa saya dpt brape tah grade tp payah jugalah nak hafal ayat2 tuh semua.skarang bkn engat pon dah.hish.
3.tak pernah kena lempang sbb saya perempuan kot dan pengawas.haha.
4.loceng 2 kali tuh mmg pelik.ada ke tak boleh gerak.macam patung je.saya pengawas dtg lambat juga.tp bagus sbb tak perlu beratur.berdiri je blakang jaga budak2 lain.nikmatnye jd pengawas.
5.saya join puteri islam walau niat di hati nak msk pandu puteri atau bulan sabit merah.
6.huish time nih mmg kalau boleh nak lari.takut.tp time nak kena inject lglah kalau boleh tanak dtg skolah.
7.nak buat macam mana periksa sampai ke university kena amik gak.hoh.
8.tandas mmg macam haram je.saya mmg slalu guna toilet cikgu kalau sakit hati dgn toilet pelajar2.
haha..tetiba tercerita kisah sendiri.

kamalasari batu caves.

Anonymous said...

haziq, mana ada doa qunut subuh wajib. sunat ajer, and tu pun utk mazhab syafie. wahabbi tak baca doa qunut, kecuali qunut nazilah.

shogunn_general said...

aku sekolah tahfiz sampin purple skola petang2...tak sempat nak tengok dash yankuro dgn ninja boy.... :(

Mohamad Faizal said...

megan: kau sekolah rendah jalan 2 macam aku ke?

lixa: ya cik saya dah masukkan keseluruhan season untuk anda dengan syarat hari ini dapat karipap percuma

anon: sokong aaron la baru 1Malaysia. tapi aku rasa kevin akan kembali melebihi 200kg tanpa bimbingan jurulatih hee hee

haziq: takpe aku hafal bacaan sujud sahwi. subhanamanlayanamuwalayashu

yusuf: ya kau dan aku sama2 pemalas

kamalasari: pengawas kena kapur kasut jugak. guna kapur hitam tu. kalau tak nanti kasut hitam jadi putih sebab terlalu kotor. eh?

anon 2: thanks. sebenarnya aku hafal je doa qunut tapi biasalah aku kan suka exaggerate

naqqib: skolah sampin purple nak amek periksa SPRA datang sekolah sampin hijau jugak hee hee

Anonymous said...

bab kapur kasut aku selalu amik kapur tulis kaler putih kat papan hitam,pastu kaler je mane2 kesan kotoran pada kasut..serius kasut jadi putih dan tidak keras..haha..

doa qunut tu sunat muakkad,sunat yg dituntut(mengikut mazhab syafie)..so,mengikut mazhab syafie,kalau terlupa hendaklah membuat sujud sahwi..bacaan ketika sujud sahwi sila rujuk ustaz faizal al kacaki..

bukan cikgu rosli pengakap jugak ke jai yg jadi cikgu kelab komputer??sekali berpengakap,terus berpengakap..
cakap pasal pelempang,teringat aku kat pak cik jiran aku yg aneh..nak lempang apai mase main bola..
pastu cakap:" dulu aku pernah lempang budak,pastu terus jadi pencuri"..haha..

malang la kau jai kene cabut gigi time skolah rendah..aku dulu cabut gune tangan je kat rumah..haha..


-shuhud-

Anonymous said...

ak dulu bulan sabit merah..ak xsll dpengaruhi oleh rakan sebaya sbb sllunya ak yg akan pengaruh rakan2 hahaha..bes r join bulan sabit kne training balut luka, angkat org pengsan serta beri bantuan pernafasan mulut ke mulut..semuanya dibuat terhadap pljr pmpn sbb dorg yg majoriti hahaha..gile pervert ak sek rendah dlu..=P

-fandi-

Cik Faridah Huda said...

kalo hujan time basuh kasut tu..sure susah hati tambah-tambah bila dah hari ahad takut tak sempat kering kasut paberet...letak bawah peti es nak bagi kering la jawabnya...

tabiat huduh dolu2 suka teriak di pg buta bila tak jumpa pasangan stokin :)

z a t i said...

aku suka sekolah rendah sbb ada nanny yg buat semua benda termasuk ikat reben biru (kaler biru dan putih je buleh gila kerek) kt rambut. so perkara paling menjengkelkan ialah bila kawan ejek nama zati roti tp sebab matang sejak kecil aku tak layan budak2 hingusan tu semua.nonsen. *cough*

Anonymous said...

bukan kawan encik faizal shuhud tuh doktor gigi ke..pergilah cabut dekat dia gerenti layanan lembut serta belaian manja rasa tak sakit.

maruku

Anonymous said...

haha..fendi...
nasib baik aku tak kawan ngan kau mase skolah rendah dulu..kalau tak pasti aku terjebak sama..haha..
pasti bebudak pompuan jalan 6 histeria bile nampak kau berpakaian segak uniform pbsm...haha..

Anonymous said...

hanan 6 cekal memang hensem

Anonymous said...

Mase darjah1 ade sorg bdk kls aku tiap2 hari berak dlm suar. Mgkn beliau menjadikannya sbagai hobi alternatif sbb nak kumpul setem time tu xde sape bg surat.
Btw, sape yg claim wajib qunut time subuh tu bole la pelan2 bukak buku agama blk ye, terguris ijai yg xhafal qunut.

~AkuApai

nana (weh, ada pulak reader lain nama n.a.n.a , aku tengok) said...

aku suka sekolah rendah tapinya.
sebabnya, budak RMT kelas aku selalu ponteng sekolah, dah tu aku selalu kena ganti tempat dia.

syok woo.. makanan utk budak2 RMT adalah sedap.

Mohamad Faizal said...

shuhud: bukan nak lempang ayob ke? sebab ayob melawan

fandi: aku yakin ada pilihan yang lebih baik untuk pelajar2 itu pilih selain kau

faridah: letak bawah peti ais haha aku selalu buat

zati: zati roti cuba letak gambar kau pakai riben biru di kepala sekarang tengok apa reaksi orang

maruku: saya rela ditiduri dia, tapi untuk mencabut gigi dengan dia jauh sekali

apai: budak2 kelas kau memang semuanya aneh. ada yang bisu, ada hamdi yang bukan penyanyi, ada samsul faisal yang nak mengurat shikin macam2 la karekter aneh

nana:RMT tu apa rogayah mat top ke

Anonymous said...

haha ijai..RMT tu rancangan makanan tambahan laa..eh best entry2 u esp bab2 mngenang kisah zaman dolu2..i like!

stalker tegar

nana said...

RMT - rancangan makanan tambahan.

Anonymous said...

hanan 6 cekal: ko sklh jln2 la..ak bdk jln6..bdk2 jahat bak kate ijai..hahaha..ijai dlu ak rmi peminat gak tau myb sbb ak comei hahaha...

-fandi-

Anonymous said...

seram gile duhs pergi tandas kat skolah rendah. aku sanggup menahan sampai berpeluh sejuk.

jai, kau dah ade lebih dpd 100 pengikut. hebat!

adam

Anonymous said...

jai,nadiah suhaida tu neh ke?

http://profiles.friendster.com/4166173

gigih okee aku gugel name beliau.muahahaha

lagu kodok ngorok rukutuk bestttt.rase cm nak bikin rington pd zaman kini!ahahaha

~kwn anon suwit~

Mohamad Faizal said...

betul la tu. haha kau ni memang peminat fanatik aku ni sampai kawan sekolah rendah aku pun digooglenya

Anonymous said...

tim skola rendah dulu, mmg trauma nak g toilet..
sbb aku penah g toilet sorg2, memang dah x tahan thp gaban..
pe lagi, ak trus ar tolak pintu toilet y 1st, (sbb tu j toilet y sebati ngn aku)
jap lagi, cet ade org nga buang hajat kat situ, trus dye mnjeritt 'jangannnn'...(ciss budak tu x kunci pintu, nseb bek dye x nmpk mke aku sbb dye cangkong terbalik)..
trus ak trauma nk tolak pintu toilet...ilanggg ilmu aku tgk org buang hajat...
dasat2...
huhuhuu

-gadis89-

Hazmin said...

cikgu kelab komputer tu...kalau kat sekolah jalan 2...nama cikgu rosli...

Anonymous said...

siot, lawak taik.. tergelak aku ketika berpura2 membuat muka serius dpn laptop.. nasib dpt cover dpn boss..

-anas-

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...