Tuesday, February 9, 2010

Silly Sally's Guide to Become A Popular Blogger

Haiiiii uols. Hik hik rindunya mak nak menyundal kat sini. Hari ni takde gosip ok. Malas aku nak propa. So kalau takde gossip aku nak buat apa? Cerpen tak senonoh yang dibintangi oleh Fahrin Ahmad B? Ish ish ish memang gelenyah la uols. Ok sebagai editor ruangan gosip majalah Anjung Seri, Sally ada jumpa ramai blogger-blogger yang malatop mak aihh. So Sally pun pergi terjah la diorang mintak tips bagaimana hendak menjadi malatop macam depa jugak. Tapi diorang semua bagi jawapan standard, "emm semua ini berkat kesabaran dan kegigihan saya mengupdate setiap hati walaupun sebenarnya entri saya bosan". Sabaq kepala cunut hang. Jangan risau uols, hari ini Sally akan bagi tips yang dijamin dapat membuat blog anda malatop mak aihh. Ok Sally kena submit artikel ini sebagai assignment, so Sally kena guna bahasa normal, tak boleh guna bahasa arbok ok? Sila klik Read More untuk menuju ke puncak populariti.

Tips 1: Bergambar gedik dan ghairah

Jika anda dilahirkan cantik dan cukup sifat, anda memang bertuah. Walaupun anda tiada bakat menulis dan entri anda memang bosan nak arwah, anda boleh mempamerkan kecantikan anda untuk memperdayakan para pembaca. Gambar-gambar tipikal yang boleh anda tempekkan di blog adalah gambar aksi anda membuat pouting ataupun aksi mengambil gambar sendiri di hadapan cermin. Jangan lupa untuk sertakan caption-caption menyampah seperti "Eeeee buruknya wajah I :(" ataupun "Geramnya I dah gemuk naik 200 gram : (".

Tapi jika anda mahu betul-betul popular sehingga peringkat daerah, anda boleh mengambil gambar-gambar yang menunjukkan lurah dada ataupun lurah punggung anda yang sudah merekah sehinggakan para pembaca berasa hendak menyeluk tangan di dalam skrin komputer masing-masing. Yang ini tak kisahla jika wajah anda hodoh macam raksasa Cloverfield pun. Hodoh-hodoh pun kalau orang dah dedah kita boleh buat apa ye tak redha jela kan menurut runtutan nafsu dan syahwat.

Tips 2: Bersajak


Yang ini nampak susah, tetapi sebenarnya terlalu mudah untuk dilaksanakan. Anda mungkin selalu baca dan mengkagumi blog-blog puitis terkenal seperti Fin Jamil dan Zahrul Idzwan. Popular bukan mereka? Ramai gila orang yang mengaku berseni mengikuti laman blog mereka kerana merasakan hasil nukilan mereka itu abstrak dan tertomakninah seketika akibat kekaguman. Hakikatnya, bila baca sajak diorang, korang rasa bodoh sekali sebab tak faham isi tersirat yang cuba disampaikan. That's the point. Tujuan membuat sajak atau puisi adalah untuk membuat orang tidak faham. So just taip sahaja apa-apa yang terlintas di hati, tambah sikit ayat-ayat Melayu tradisional untuk mengaburi mata pembaca. Orang-orang yang mengaku dapat A dalam subjek pendidikan seni pasti akan mengkagumi keabstrakan anda pula sekaligus mejadikan anda popular. Biar aku beri contoh:

Kelenjar
Ditikam-tikam bak sembilu
Mengapakah semua ini berlaku
Bagai ditabrak senja nan lalu
Hilang dihembus mutiara kalbu
Dendam kesumat dewata raya
Alam perwira dan raja rimba
Sakaratul maut tiba taubat segera
Singgah ke kedai membeli gula


You see, mudah bukan? Aku hanya perlukan 2 minit untuk mencipta 'sajak' di atas. Ya, memang tidak masuk akal tetapi itulah sifat sajak yang utuh. Lagipun orang yang tuduh kata sajak kita entahapahapa, kita boleh tuduh mereka buta seni. Tengoklah nanti mencanak-canak kepopularitian aku.

Tips 3: Fitnah

Yang ini mudah dan ternyata berkesan walaupun boleh menyebabkan anda masuk penjara. Fitnah Yang dipertua Negeri ke mengaku diliwat ke takpun tuduh menteri tak bayar balik pinjaman PTPTN. Tak payah tunggu lama 2 jam kemudian polis datang rumah anda untuk menahan anda di bawah akta hasutan. Untung-untung alamat laman blog anda akan didedahkan di dalam Utusan Malaysia. Huii traffic mencanak-canak beb bertambahla duit Nuffnang korang lepastu boleh bayar ikat jamin.

Tips 4: Publisiti Murahan

Lekatkan alamat blog anda di cermin belakang kereta anda. Lepas itu pandulah kenderaan anda di Kuala Lumpur ataupun Bandar Utama. Satu kereta mungkin ada 2 atau 3 orang. Lepas tu orang bandar telefon bimbit semuanya berkebolehan 3G. Namun begitu iklan yang paling efektif adalah mengurat atau nasi kangkangkan sahaja blogger-blogger yang sudah sedia terkenal. Ketika hangat bercinta mesti pasal anda sahaja yang ditulisnya. Lepas tu bila dah agak popular, minta perpisahan di ruangan komen hui memang berkesan teknik ini. Lepas tu anda create sendiri sebuah group benci di Fesbuk seperti We Hate Ijaicool. Zaman sekarang ni anda tak cukup popular sebenarnya jika tak ada orang yang benci anda. Lepas tu biasalah orang kita mudah terpengaruh dengan perkara-perkara sebegini mesti terus join je group tu sambil mencemuh walaupun tidak tahu hala tuju perjuangan kumpulan Fesbuk itu.

Tips 5: Trolling

Ya, anda boleh tinggalkan link di shoutbox sambil membuat ayat-ayat konon-konon sopan seperti 'salam ziarah' ataupun 'nice blog' walaupun korang tak baca langsung entri aku. Tapi kau rasa aku akan klik link kau dan terus jatuh cinta dengan hasil penulisan kau ke? Kalau kau best tak perlu risau nanti orang yang datang carik kau. Jadi kalau tinggalkan link tak kool, bagaimana kita hendak mempromosi blog? Baca definisi trolling, kemudian anda pergi ke blog-blog mainstream seperti blog ini, kemudian tinggalkan komen dalam CAPS LOCK seperti ini "HOI KAU INGAT KAU KACAK SANGAT. OKLA KAU MEMANG KACAK SEMAYANG MAGHRIB TAK TINGGAL TAPI MUKA KAU ADA 2 BIJI JERAWAT SEKARANG TAK PAKAI KE PENCUCI MUKA YANG MAMA KAU BELI". Tapi kena ada testis lah, jangan beri komen sebagai anonymous, macam mana kau nak popular nanti. Bila kau sign in dan letak nama penuh, haaa semua orang boleh nampak dan benci kau lalu ramai-ramai melawat blog kau.

Ok uols, diharapkan dengan tips-tips di atas, kepopularitian anda akan mencapai kemuncaknya. Gelenyah la uols. Jumpa lagi di ruangan tips yang akan datang!



14 comments:

Anonymous said...

sajak kau very high level clap clap

siti

finaz said...

hai sally.. i miss u la.. ke mana u menghilang ? gelenyahhhh

btw i setuju dgn no.1 (mcm tau jer.. a famous blogger suka pakai tektik ni.. hehe). i dont read fin jamil, i think she is full of crap.. andddd no. 5 pun i setuju.. hahah kengkadang tah apa2 ntah entry nyer.. xde org nak baca kot.. tu yg sibuk drop links kat blog org..

btw u patut tambah tips no.6 - cara nak attract blog readers is by menayangkan harta benda yg diorg ada e.g: rumah besar, kereta besar.. henbeg LV (jurulatih and teka tak mainlaaa).. cek beribu riban.. hehe

sesape yg terasa.. sori in advance yer.. hihihih

aina hazuani said...

babi sajak kau
aku kopipes ah

Anonymous said...

nyah~ kau mmg bbakat la buat2 sajak ni... i likee~ a.samad sally


-megan musang

Mohamad Faizal said...

(semua sally jawab)

siti: duhh? mak memang voguedevasss

finaz: kena tunjuk noks kalau tak macamana nak tarik orang masuk mlm kita hik hik

aina: biasalah diva sajak la katakan

megan: awww manis la yu ni. ke sekadar berkata-kata manis sebab nak meniduri sally? awwww

Shima Ibrahim said...

sajak kao mmg layak dpt standing ovation la weh. berseni sgguh. nk decode nye ngalahkan davinci code! kelas nyah!

jana said...

sajak tu buat kak jana pening,baca berkali-kali tapi tak faham,guide to become a popular blogger yang paling berani pernah kak jana baca,takut mak nyah......

Anonymous said...

huiii nyahhhh!!mak tegelak besar bace sajak ko neh,nyahhh LoL.

~ kwn anon suwit ~

Mohamad Faizal said...

(sally jawab)

shima: memang keeeeeeelas menjahit

kak jana: memang abstrak dan susah nak faham. faisal tehrani ataupun mana sikana pun tak faham hik hik hik

kwn anon: hamboi hamboi hamboi haku memang malatopp

profwacko said...

Tips 1 memang banyak aku tengok kat blog2 sekarang nie.

Tips terakhir plak merupakan satu lagi cara paling best nak popular. Blog yg kena troll, blog orang yg trolling tu, memaang best baca comment2 orang tak puas ati.

Mohamad Faizal said...

pasti kau selalu buat bukan haa haa

bina badan said...

sabau jelah idea2 ni....

___________________________
laman web panduan bina otot badan

SlacKerZ said...

giler punyer sajak.. tahap high level tol..

Wahida Nasution Thakhrim said...

jangankan bersajak.. pantun 2 kerat pun tak reti nak buat..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...