Wednesday, February 17, 2010

Tanda-Tanda Orang Tiada Idea Untuk Mengupdate Blog

Bila kita sedang on form, fuiii segala jenis topik kita nak tulis. Topik rumahtangga, politik, sukan, penzinaan memang semua benda kita nak cover. Idea mencurah-curah bagaikan peluh suam di celah lipatan lemak Aaron Biggest Loser Asia. Eh Aaron ni hos dalam VCD rokdewel dulu kan gua sokong lu beb. Anyway bila sudah tiada idea hendak mengemaskini kita pasti akan melakukan salah satu daripada tabiat yang dodgy tanpa disedari. Sekali-sekala tak mengapa aku pun buat juga haa haa. Tetapi jika kita mengaplikasikannya setiap hari nanti orang tahula kita ni sebenarnya tidak kool dan membosankan. Sila klik Read More untuk mengetahui ciri-ciri orang yang tiada idea untuk mengemaskini blog.

1) Memulakan entri dengan ayat "Huii takde idea lah nak update" disusuli dengan karangan yang membosankan sebab dia nak jugak update seperti 'Saya pergi ke kedai untuk membeli Dynamo' (lepas tu upload gambar Dynamo yang dibeli). Lepas tu nak selit juga elemen kelucuan dia cakapla dia terjatuh longkang ke jerawat dia pecah ke.

2) Menulis lirik lagu popular masa kini sambil mengepilkan klip videonya dari Youtube.

3) Menjawab tag walaupun tiada siapa yang mengetag dirinya. Lepas tu dah buat tag kenala tag orang kan? Tapi dia simply letak "Siapa-siapa nak buat tag ini silakan, saya tak paksa' Right. Because nobody's going to do it anyway.

4) Copy and paste emel yang diforward seperti Senarai Orang Terkaya di Malaysia ataupun Cara-cara Hendak Beristinjak.

5) Letak sekeping gambar besar, tak kisahla gambar apa pun. Beg tangan buaya ke, kasut tumit tinggi 6 inci ke tak pun gambar printer.Lepas tu on caps lock, 'I WANT!!'.

6) Membuat update bertaraf Twitter di blog seperti 'Ha ha ha I suka stalk ijaicool because he's awesome!'. "Okla tu update sebaris pun, asalkan para pembaca aku puas yang aku update", bisik mereka di dalam hati untuk membuat diri rasa lebih baik.

7) Tak update blog.

Nampak sangat aku ni sebenarnya tiada idea untuk update lepas tu tiba-tiba mendapat idea untuk update tentang orang yang tiada idea untuk update. Ahh pening.



11 comments:

aina hazuani said...

no 2, 3 dan 5 aku buat masa mula mula berblog dulu. ok fine. yang 5 itu ada lagi sekarang. hish. dem ah buat entri ni bocor rahsia aku. cis!

Noraishikin Mohd Salleh said...

makan dalam gak la entry ko kali nih :p

Mohamad Faizal said...

aina: apa laman blog anda mari kita stalk beramai-ramai

cikin: ala ini perbincangan secara umum kau tahu kan yang kau ni besfren aku di P1 hee hee

nana said...

membuat update bertaraf twitter tu adalah sakit hati, walaupun aku pun penah buat sekali dulu.

lepas tu, bila org tak perasan, aku delete.

Anonymous said...

haha jai..boleh kering idea jugak kau ni ek..
buat la top 10 best games 2009 ke, cikgu2 yg popular time skolah dulu(cikgu rahim,cikgu hamisaton.. haha), movie2 yg hempeh yg pernah ditonton(gila bola sebagai contoh) or boy band yg telah pupus..

eh,tetibe aku pulak banyak idea..haha..


-shuhud-

QilahLala said...

haha no5 tu, perempuan mmg slalu buat.. i baru je lepas buat ok? chet!!!

Anonymous said...

err..kalo post video lagu kt Youtube yang x popular takpe kan? saje naekkan lagu2 kurang femes.. ke kira xde idea gak? haih

-megan musang

Anonymous said...

haha jai. nanti bile time kau menhampiri jinjang pelamin adakah blog kau akan jadi cam blog gadis gadis yang update semue bende pasal nak kahwin? bunga ape. warna ape. photographer mane.

ps- bile apai akan dapat anak?

pss- ape cite dazu eh? die kat mane skarang?

adam

Anonymous said...

jai ko watla blog psl rakan2 ko yg 1 malaysia ni..abe dhde tuk pihak kaum die begitu juga adam..ak sbg lelaki melayu sejati rakan kau..xke lengkap tu..zul boleh buat tambahan la tuk kaum banggali ke..haha ok x??

-fandi-

Anonymous said...

adam ko xtau aku kt mane ke?

-dazrul-

Mohamad Faizal said...

nana: tah lepas tu kat twitter nak tulis karangan pmr pulak kan

shuhud: aku tulis pasal kau la abe

lala: yakah? hee hee tidak sengaja terkena kat anda ok

megan: kau carik penyanyi tak popular ijaicool dalam youtube pastu post lagu dia haa itu baru boleh

adam: 1) pasti. aku kan gilakan perhatian

2) insyaallah bulan 4
3) dazu akan pulang bulan 3 untuk main game dengan aku

fandi: rasis gila kau ni. ok nak bagi adil kau muka macam orang Timor Leste

dazu: berlatih la oi nak kena alley oop dengan aku ke

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...