Sunday, February 21, 2010

What's In The Wardrobe?

Alah asyik-asyik melihat entry gadis-gadis menunjukkan apa yang terdapat di dalam almari mereka. Beg tangan la, baju dedahkan aurat la, alat solek la sekali sekala nak jugak tengok apa yang ada dalam almari seorang jejaka sejati bukan? Jangan ingat jejaka ini hanya tahu simpan cakera padat ataupun majalah tidak senonoh di dalam almari. Exsqueeze me, ini zaman teknologi maklumat semua benda tidak senonoh itu disimpan secara digital di dalam PC kami ok.


Sudah bersedia untuk masuk ke dalam almari aku? Please click Read More to see what's in the closet.

1) Baju murah tetapi kool

Duhh? Kegunaan utama almari adalah untuk menyimpan pakaian ataupun dijadikan tempat menyorok ketika diserbu JAIS semasa berkhalwat. Aku ada banyak tshirt yang kool yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. US dollar mungkin boleh sebab suruh Adam beli kat US. Entri tshirt kool boleh dibaca di sini. Selain tshirt kool, aku juga ada banyak baju Melayu kerana aku ni orang Melayu yang sejati. Kami jejaka tiada baju ropol-ropol yang mahal macam gadis. Paling mahal pun seluar Levi's itu pun beli 2 tahun sekali masa nak dekat raya sebab berjaya puasa penuh. Btw, tshirt gay berwarna merah dalam gambar di bawah adalah untuk dijual belilah woi RM50 je aku jual limited edition tu tak boleh dapat di mana-mana pasar tani (edited: aku masih membenci manshitter, rujuk entri Bungkusan Dari Neraka untuk penjelasan lanjut mengapa aku ada tshirt mughallazoh tersebut)



2) Koleksi komik dan majalah

Di sini aku ingin tekankan yang aku tidak memiliki sekeping komik lucah ataupun majalah bogel walaupun aku sering menggunakan perkataan persetubuhan di dalam entri-entri aku. Dahulu aku membuat koleksi komik-komik Jepun yang tipikal seperti Mutiara Naga (jilid 1-43), Misteri Naga (1-37), Eiji, Getbackers, Penyiasat Remaja (curi Shuhud punya je selalu) dan lain-lain.


Oleh kerana terlalu banyak, almari aku ada dua compartment untuk mengisi komik dan majalah sahaja. Lihatlah boleh betapa semaknya ruangan komik aku. Aku juga turut mengumpul majalah Ujang dulu-dulu (zaman Ujang masih di dalam Ujang), Apo, Gempak, Utopia dan Rottw. Tapi semua aku sudah tak beli sebab semakin aku tua, semakin malas untuk membaca. Aku turut mengumpul komik Cina seperti Alam Perwira, Dewata Raya, dan Juara Wira. Aku paling suka Juara Wira, di mana watak Sang Helang yang begitu kool mengaplikasikan teknik Ruangan Wujian yang diajar oleh tok gurunya Tuan Wujian.

Dulu-dulu harga dia RM 1.80 je. Pastu naik sikit-sikit harga. Sekarang dengan cerita recyclenya, Jejak Wira dah generasi ke berapa entah dan grafik yang tidak asli pastu mahal pulak tu. Mama aku suruh jual kat 'paper lama' tapi aku membantah kerana aku yakin komik-komik ini akan menjadi collector's item lagi 10 tahun dan aku akan menjadi ribuan setelah menjualnya di Ebay nanti hua hua hee.



3) Surat cinta dahulu kala

Aku langsung lupa dengan kehadiran kad-kad jiwang dan surat cinta memualkan pemberian gadis lama yang disimpan di bawah almari aku. Jika tidak kerana aku hendak membuat entri terjah almari ini, pasti aku tidak perasan dan terbiar reput di dalam almari. Harus diblender sebelum da' Killa baca. Hee hee.



4) Koleksi kaset

Gambar di bawah merupakan antara koleksi kaset aku dulu-dulu. Aku rasa ada banyak lagi tapi hilang entah ke mana. Mungkin Acap Ciki pinjam pastu tak pulangkan. Citarasa muzik aku dulu-dulu memang berjiwa rok n rol. Smells like teen spirit la konon-konon. Ketika itu impian aku bila besar nak jadi macam Kurt Cobain, tak pun Dave Grohl. Skarang dah besar mungkin aku sudah tidak berjiwa rok seperti dulu, perut pun sudah boroi. Antara kedai kaset yang menjadi tempat aku menghabiskan wang ialah kedai kaset di Metro Kajang dan Pertama Complex. Rupa-rupanya aku kopi pes ayat sebelum ini daripada entri ini.



5) Alat solek

Kami jejaka tidak perlu maskara, gincu bibir, gincu lutut, eyeshadow, eyeliner, panty liner, pencukur bulu kaki, pewarna bulu ketiak, blusher, bedak sejuk or apa-apa sajalah alat bantuan kecantikan yang lain. Kami jejaka hanya perlukan ubat ketiak. Jenama ubat ketiak kegemaran aku ialah Avon. No, bukan sebab katalog dia ada model-model ghairah, tetapi sebab aromanya yang


Sekian sahaja entri ilmiah tentang jejaka aku untuk kali ini. Now tell me, what's in your wardrobe?



18 comments:

faramira said...

dr saat lahir smpi dh beso nie..br taw lelaki simpan komik n kaset kat dlm wardrobe.....huhuhu~~

anon binti nimos. said...

nampaknya terkantoi baju man utd di almari kipas susah mati liverpool di situ. mari lah jangan malu2 kami tahu anda mahu convert kepada man utd sejak owen berpindah masuk

radios said...
This comment has been removed by the author.
radios said...

avon bau die mcm ne?

Mohamad Faizal said...

faramira: sejadah dan Quran pun ada tapi malas nak tunjuk nanti riak

anon: tak kantoi. tak mungkin convert. sila baca penjelasan mengapa baju gay itu ada di dalam almari. tolongla beli dari aku

radios: bau seperti ketiak saya, sweet and silky. seriously

Anonymous said...

apsal ade gam mase darjah due skali ngn deodoran ko tu??ko guna gam ke untuk ceploit2 jai??hahahaha..

-fandi-

yusuf mujahidin ™ said...

salam bro

musykil knape ade gam...hehehe

Anonymous said...

ijai..

akak ramalkan hdup ko di tangan tillah tidak lama..dgn ko sekali kena blender dgn dia

-kak mona-

Anonymous said...

dlm almari saya ada baju serta beg tangan serta barang kemas serta tabung duit dan diari.

femes rupanye encik faizal ada surat cintun dr gadis.saya rasa sweet kalau baca balik surat tuh dgn si kekasih lepas tuh br blend.alar kisah lama takkan dia marah.silap2 gelak balik.

ziana kampung pandan

Mohamad Faizal said...

fandi dan yusuf: gam untuk dihidula dikala tekanan. sapu di ketiak nanti pihak berkuasa tak syaki jika bau ketiak sendiri

kak mona: tidak, cinta kami utuh dan teguh

ziana: baca balik? haa haa tak kottt

et said...

boxer tu tak nak jual sekali?

nana said...

ijai, aku baru sedar yang rak komik aku, lebih besar dari almari baju.

hoh, komik aku tak banyak, tapi komik adik-adik aku banyak. diorang sibuk simpan kat rak komik aku. penyibuk!

almari kau cantik la wei, lepas gaji aku nak beli lah satu.

syun said...

Far Away tu utk perempuan punya lah..Hehe

Mohamad Faizal said...

et: berminat nak belikah? boxer itu selalu menjadi mangsa mimpi basah saya

nana: almari tu tak boleh beli sebab itu projek kemahiran hidup tingkatan 3 aku sebenarnya

chua shi yun: memang perempuan punya pun saya rampas daripada mama saya

Anonymous said...

jai..
kaset faye wong kau ade lagi tak??haha..baru aku ingat,kite pg metro kajang time ayob kantoi bwk teddy bear tu mase aku teman kau pi cari kaset faye wong..

btw,game2 psOne yg aku wakafkan kat kau seperti koudelka(4CD tu..)kau letak kat mane??haha..


-shuhud-

HyezLer said...

Xsangka aku..dak laki pn sanggup gi cr album Faye Wong..menurut kata ex-laoshi aku, if dgr lagu2x Faye Wong boleh improve ur Mandarin tau..so, aku pn beli laa gaks..not kaset but CD cetrom kt PS (Petaling Street) 4thn yg lalu..ha ha ha

(lagu "Xiang Nai Er" je yg best)

nanishine said...

salam.
nak tanya tuan punya blog ni.
komik2 tu masih ada dalam simpanan x?
saya nak beli koleksi misteri naga.
boleh kan?

Zulhilmi AbdRahim said...

dragonball nk jual ke?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...