Tuesday, March 23, 2010

Gaya Percintaan di Zaman Sekolah

Semasa zaman sekolah dahulu, korang ada bercinta tak? Percintaan di zaman sekolah, terutamanya sekolah menengah digelar cinta monyet. Yelah sebab bulu semua baru nak tumbuh dan hanya tahu hendak mengawan seperti monyet. Jika dibandingkan zaman percintaan kita semasa sekolah dengan sekarang, banyak sekali perbezaannya.


Aku tidak tahu di manakah relevannya gambar di atas dengan entri ini. Mungkin sebab dia pakai baju sekolah. Ayuh klik Read More untuk mengimbas kenangan cinta di zaman sekolah secara umumnya.

1) Zaman sekolah tiada telefon bimbit. So kena guna telefon rumah untuk bergayut. Tapi call rumah agak bahaya takut mak dia angkat. So dengan hati yang berdebar-debar kita pun mendail la no rumah dia. Kalau mak/abah/atuk/opah dia angkat, cepat-cepat letak telefon. Kalau deringan lebih daripada 3x tiada orang angkat, cepat-cepat letak telefon juga. Kadang-kadang nak cover boleh buat-buat salah nombor tapi selalunya gagal sebab terlalu cemas. Bergayut menggunakan telefon rumah ada risiko juga. Adik kita selalu curi dengar perbualan kasih sayang yang selalunya bertukar kepada perbualan seksual dengan mengangkat telefon di ruang tamu. Selalunya kita boleh dengar bunyi bergema kalau ada orang angkat telefon semasa kita sedang berbicara.

Kalau nak lebih privacy, kita boleh mencari public phone di malam hari. Gigih tu tukar syiling dengan rakan-rakan agar dapat mendail nombor kekasih. Tetapi selepas peristiwa Apai diganggu momok di pondok telefon rumahnya, tiada siapa lagi yang berani keluar malam. Terus demam Apai sehingga terpaksa berubat di Harun Din (ini kisah benar).

2) Di zaman sekolah, hati kita masih muda dan mentah. Senang gila cemburu buta. Nak ambil gambar dengan gadis lain pun tak boleh. Mula-mula awek kita tak tahu pun kita bergambar dengan gadis lain. Ala biasalah bergambar kenangan ketika tamat berkursus, tak bersentuhan kulit dan pipi pun. Lepas tu kawan dia report pulak. Langsung kena silent treatment selama satu minggu. Susah gila nak pujuk. Tapi dia bergambar dengan jejaka lain boleh pulak. Memang ba ya ta cha ha.

3) Zaman sekolah tiada wang. Mana ada duit nak beli hadiah mahal-mahal. So hadiah harijadi sekadar beri kad buatan tangan. Bajet-bajet romantik ah tu. Gigih gila gunting huruf-huruf di surat khabar dan majalah. Lepas tu gam kat kertas manila membentuk ayat-ayat memualkan jika orang kebanyakan baca seperti 'Ayob & Fatin Forever' ataupun 'ApaiLuvMizah' (sekadar contoh, tiada kaitan dengan Ayob dan Apai).

4) Nak berdating pun susah. Lesen tiada, apatah lagi hendak berkenderaan. So jika berpeluang dating tempat yang paling umum dan convenient ialah The Mines. Naiklah kau komuter tu pakai seluar sekolah kaki bawah 20" tempah kat Zero One. Lepas tu makan kat McD, cari peluang untuk ringan-ringan kemudian pulang. Kalau siapa yang advanced sikit tu adalah yang dating di Midvalley. Selalunya keluar beramai-ramai dengan kawan-kawan sebab mak tak kasi keluar berdua-duaan dengan lelaki. Leceh gila nak seluk sana sini terseluk kawan dia pulak.

5) Percintaan di sekolah, kesudahannya either kau kahwin terus ataupun hati kau diremukkan dengan teruk. Yelah cinta pertama kan, segala-galanya manis. Kentut dia pun kita bau strawberi. Tapi bila saat perpisahan berlaku, kau seolah-olah tidak mahu hidup lagi. Kau anggap tiada gadis lain yang dapat mengisi kekosongan di hati. Tetapi buat adik-adik di luar sana yang terfikir hendak terjun dari menara Maybank akibat putus cinta, lupakanlah niat adik itu. Adik pasti akan bertemu gadis yang jauh lebih cantik dan lebih kurus daripada gadis sekolah anda.

Ada je BFF aku yang bercinta sejak zaman sekolah dan terus berkahwin kerana tiada pilihan yang lebih baik. Hee hee. Adam & Shikin, Apai & Mizah, Jamil & Evi, Anas & Zack.

Anda bagaimana pula? Ada cerita-cerita cinta zaman sekolah yang aib yang hendak dikongsi bersama?



14 comments:

Anonymous said...

ahaha yg no 3 tuuu akuu baru buaat kt mmbe aku smpena bday diaa..hahaha mnde cmtu dikira pokaii kee?? bkn sweet kee?? bak kate ko gigih gunting2 and tampal hahah susun2 lagi.. tp aku rse tgk pompan gak ah.. kalau jenis x materialistik sgt tu dia kata la sweet kot


-megan musang

Nabil said...

Macam penah buat je no. 3 tu? wakakakaka!!! :D... Anyway, saya la orang yg nama 'Hensem' kat 'kotak carut' tu..sebenarnya saya takde copy pape pun dari blog ni...Saja nak buat orang check blog saya tu dan secara otomatik, blog tu akan jadi popular...Bijak tak idea ni? hehehe..:D

faramira said...

yg no5. tuh...huwaaaaaaaaaa.... cinte monyet pertame... dr form 4 smpi masuk ukm.. pastu putus....
x dpt carik ganti lagik....
sob3.....
nk carik cinte gorilla pulak.. tahan lg lame kot...
ngeee~

Anonymous said...

haha..
no 2 paling best..haha..memang naya la kau..terpakse pulak beli coklat cadbury sebagai tanda meminta maaf..

main kirim2 salam pun biase gak jai..pastu tgk ape respon si gadis..haha..


-shuhud-

Anonymous said...

saya minat kawan lelaki saya yg minat kat kawan baik saya dan kawan lelaki saya yg lain plak yg juga kawan kami suka plak kat saya.haa..tuh namanye macam segitiga bermuda je.bukan ade ke zaman dulu kisah macam nh.tapi last2 semua ngn org lain gak.so tak perlu terjun lombong ke menara ke ape ye.

perempuan

Anonymous said...

cinta monyet = puppy love?

monkey love = cinta berahi

haha

adam

Mohamad Faizal said...

megan: memang sweet, bagusla buat. cuma jika bukan anak orang kaya tak dapatla memikat gadis hangat materialistik di zaman sekolah.

nabil: jika mahu popular segera boleh masuk the amazing race asia

faramira: bersabarlah fara saat indah kan menjelma jua pasti akan ada jejaka sekacak ijaicool di hidup anda satu hari nanti

shuduh: coklat m&m's la. main kirim salam lepas tu jadi stalker buat2 lalu depan rumah ikram

perempuan: gila kompleks kisah percintaan anda

adam: semua cinta memang berahi sebenarnya

Anonymous said...

zaman kite dulu ade mirc jai..chatting tiap2 petang sblm main bola..mmg rumah ikram la jadi mangse sebab time tu rumah aku takde internet..haha..
tu belum membuat penyamaran keji sebagai black rose..haha..


-shuhud-

O Ena O said...

cinta puppy time skola? aku xde experience...tp dr segi pemerhatian aku, mmg nampak bes la org2 yg bercinte puppy love nieh..pengalaman katekan....(ape aku ckp nie ha?)
tp pd siape yg kekal smpei kawen..alhamdulillah..

tp plg bes tgk membe2 berkirim2 salam belori2 setiap ari..mcm kt tmpt aku..tmpt kapel puppy lov dating selalu kt bus stand tapah..(sesape yg org tapah ni mesti tau neih!)

Noraishikin Mohd Salleh said...

aku ada pengalaman :) dh kawen dah pun.hee

O Ena O said...

public phone? gayut kt public? tu mmg femes dulu...slh sorng membe aku mmg terer masukkn syiling sekupang pastu jd pengayut n penunggu tepon public tetiap bulan..dgn sekupang die bleh gayut spjg mlm ...pempuan ni bkn laki pnye keje okeh..hahhaha

Anonymous said...

abe ke rmh ikram sbb sll nk usya pmpn kegemarannya yg berdekatan d situ..sll menghendap curi dgn cara pura2 tolak basikal semasa naek bukit hahaha..

-fandi-

Mohamad Faizal said...

shuhud: keji gila blackrose. hee hee

cikinto: tahniah cikin!

ena: panggilan tempatan 10 sen boleh 6 minit

fandi: abe usha adik, kau usha kakak. hua hua hee

J0K3R Evolution said...

yg anas ngan zack tu gay ke.....wkwkwkwkwk...mne stu pompuan

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...