Thursday, March 4, 2010

Happy Birthday Anas!

Esok, hari Jumaat merupakan birthday Anas Mohd Mustafah (5/3/2010). Siapa Anas? Anas ialah seorang daripada BFF aku walaupun kehidupan peribadinya jarang didedahkan di laman blog keji ini. Aku mengenali Anas sejak sekolah rendah lagi, maka Anas boleh dianggap sebagai BFF terawal aku kerana kami sama kelas sejak darjah satu sehingga tingkatan 3. Hari ini aku akan mendedahkan skandal homoseksual aku dengan Anas. Dalam gambar di bawah, Anas yang paling tegap dan no 2 paling kacak.


Sila klik Read More jika anda sudah bersedia untuk mengenali Anas dengan lebih lanjut.

Anas memang berbadan tegap sejak kecil. Mak dia kata Anas tak menangis masa lahir dan memiliki six pack sejak berumur 6 tahun. Aku dan Anas memang sama-sama nakal. Kami sering mengutuk Farah Waheeda sehingga dia menangis teresak-esak sehingga dipanggil oleh guru disiplin (tapi aku sorang je kena panggil kurang asam kau Anas). Dulu-dulu budak perempuan panggil Anas Superman sebab dia pakai spek dan hensem macam Dean Cain. Kami sering team up ketika bermain judi pemadam. Banyak jugalah koleksi pemadam yang kami menang hasil daripada perjudian kami bersama.

Tapi satu hari, cikgu menyuruh kami membuat karangan 'Kawan Baik Saya'. At that time, I knew for sure, Anas IS my best friend, forever and ever. Namun begitu, sebelum kehadiran Anas, aku ada seorang rakan sejak kecil yang bernama Asyraf Che Rus. Kami berjiran dan sentiasa bersama walaupun badai melanda. But in times, our relationship faded as we grew older. However, I knew that Asyraf would write about me on his essay, so I was 'forced' to pick Asyraf as my best friend in my essay as well. Dan tekalah Anas tulis pasal siapa dalam karangannya? So apabila sudah habis tulis Anas minta nak baca karangan aku, dan dia bagi aku baca karangan dia. Aku dapat lihat riak muka Anas sedikit berubah setelah membaca hasil penulisan aku. Aku rasa bersalah gila. I did say that I am sorry but I could not really explain why I did not choose him, tapi Anas kata tiada masalah. But deep down inside, I knew that I have hurt his feelings. So Anas, let me clarify this; you were my best friend at that time, you are my best friend now, and you will be my best for the rest of my life.

Flash forward, Anas kini telah berkahwin dengan Zack (nama perempuan dia Zaahirah) dan telah mendapat seorang anak lelaki yang diberi nama Aryan Zuhayr. Walaupun Anas telah berkeluarga, dia tidak pernah lupa menunaikan tanggungjawabnya sebagai best friend. Setiap minggu, Anas akan menggunakan predetermined sets of excuse untuk datang berfoya-foya di rumah aku. Contohnya "Sayang malam ni saya nak pergi rumah ijai kejap nak ambil Lost" or "Sayang awak nak tengok Grey's Anatomy kan? Saya pergi ambil kejap kat rumah Ijai". Kesudahannya ialah bermain Call of Duty sehingga pukul 2 pagi, sebelum dijerit oleh Zack melalui telefon bimbit.


Banyak aku puji Anas, kenala keji dia sikit untuk buat imbangan duga. Anas memiliki sindrom peluh berlebihan. Dia akan berpeluh tak kira masa, ada pernah sekali tu sampai jadi banjir kilat kat kawasan rumahnya. Bersetubuh bagaimana Anas? Tak ke lemas isteri kau? Haa haa.

So Anas, walaupun aku tahu kau tidak baca blog aku (Zack baca kadang-kadang), aku dan rakan-rakan lain mengucapkan selamat hari jadi, dan semoga Zack tak baca mesej rahsia kita untuk sesi berperang di hujung minggu.

Ayuh kawan-kawan ucapkan selamat hari jadi untuk Anas! Amboi-amboi dah pancung Abe berani nak mencabar aku pulak dalam Liga Super. Aku akan tusuk pisau dari belakang weekend ini. Eh minggu ni kau nak pulangkan gitar aku kan? (alasan untuk mengaburi mata Zack minggu ini)



10 comments:

yusuf mujahidin ™ said...

wahh..BFF

hepi besday anas

* aku harap zack baca dn print skali..ngahaha

z a t i said...

AMARAN KOMEN TAK BERKAITAN KANDUNGAN SEBENAR.

ahahahah. kelakar a aku kenal asraf cik rus (selaku budak 3cekal dn pernah berkapel cinta monyet dgn kawan aku yg agak rapat dulu) dn aku rasa gabungan kau dn dia sgt tak masuk akal.

Mohamad Faizal said...

yusuf: print dan frame kayu jika boleh

zati: ala jiran masa kecil. btw sapa kawan kau yang bercinta monyet dengan dia tuh? Balqish ke? hee hee

Anonymous said...

anas!!!
hepi besday..apa lagi..anjurkan parti liar utk kami rakan2 bangi kau..wah,team bola pancit semakin mengganas skrg..pancung aku dari belakang..aku agak lalai minggu lepas..huhu


ps:dah lame tak tusuk kau ngan pisau dari belakang..haha...


-shuhud-

nana said...

aku ramai kawan tapi tak ramai kawan baik.

bagus lah korang, geng bangi.

Anonymous said...

hahaha ijai kejam giler entry ni.. aku tk penah halang anas bermain game bersama korang, aku kan isteri sporting ahhaa..

-zaahirah

Mohamad Faizal said...

shuhud: biasalah nak tiap-tiap season kau lalai di penghujung musim

nana: ya, aku rela buat apa saja untuk geng bangi termasuklah ditiduri

zaahirah: ya zaahirah kaulah isteri yang paling sportrim dan kool di bangi ini. err malam ini bagi kebenaran ya? hee hee

Anonymous said...

slamat hari jadi anas!

aku dah takde masa depan dalam fantasy. 7 pemain aku tak main this weekend. memang takde harapan.

aik bukan aku pernah pancung abe ke seketika dulu? musim lepas kot.

adam

Anonymous said...

teresak-esak aku menangis ketika membaca entry ini sambil mengupas bawang..
i lap u too m.faizal..

xbox360(ps tak best, game mahal): hari rabu mlm aku dpt no.1 fantasy, sayang sekali pg ni telah dipancung semula..

-anas-

Anonymous said...

anas kwn saye juge mse skola dulu. da dpt anak da ye. tahniah~ =]
-syinteru-

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...