Thursday, March 11, 2010

Kekurangan Seorang Anak Tunggal

Ini merupakan kesinambungan entri Kelebihan Seorang Anak Tunggal. Jika anda merupakan stalker sejati saya, anda pasti tahu yang saya ini anak tunggal. Saya tiada abang atau kakak yang suka mengarah ataupun adik yang mengada-ngada mintak pelempang. Seronokkah menjadi anak tunggal Faizal? Soalan itu sering ditanya setiap kali sesi temubual dijalankan bersama pihak akhbar. Sebagai anak tunggal, saya memiliki beberapa kekurangan yang pasti boleh membuat anda menitis air mata. Sila klik Read More untuk mengetahui kekurangan-kekurangan yang harus ditempuhi sebagai seorang anak tunggal. Gila licik aku sekadar ubah intro entri di bawah.

1) Tidak boleh berkongsi kenikmatan

Ya, menjadi anak tunggal memang boleh dapat apa saja yang kita mahu, tetapi apa gunanya jika tidak dapat berkongsi kenikmatan itu? TV LCD 42 inci besar-besar nak buat apa? Sepatutnya TV itu di splitscreen kepada 4 untuk bermain Call of Duty. Dan kau ingat kau punya set Guitar Hero tu boleh main sorang-sorang ke? Itu belum kenikmatan-kenikmatan lain seperti menonton Lost, makan Dominos Pizza ataupun mengintai jiran berkemban; semuanya lebih seronok jika dilakukan bersama adik-beradik bukan?

2) Tiada tempat mengadu


Jika kita dicabul oleh senior di MRSM Taiping, dengan siapa kita hendak mengadu? Report kat cikgu diorang tak percaya. Nak report kat mak abah, diorang sibuk bekerja. Kalau kita ada abang kan best, boleh abang kita tolong tinju orang yang mencabul kita. Kalau kita ada kakak, kita boleh minta kakak kita terangkan mengapa tiba-tiba berlaku pendarahan di dalam panties.

3) Tiada tempat melepaskan geram

Melepaskan geram bukan bermakna melempiaskan nafsu terhadap adik kita yang hangat. Eh pernah ke korang rasa akak atau adik korang ni hot sehingga berlaku pergerakan di dalam seluar? Eww haruan makan adik. Well jika aku ada adik, pasti aku akan jadikan adik aku sebagai tempat untuk aku melepaskan tekanan. Kat sekolah kena marah dengan guru. Balik rumah terus panggil adik.

Aku: Hoi adik. Sini kau.

Adik aku: Ada apa abang ijai?

Aku: HIARGHHHHHH (buat aksi gerakan penyudah The Rock iaitu Rockbottom)

4) Mudah hanyut ke lembah kedurjanaan


Jika kita seorang diri, tiada siapa yang akan membimbing kita ke jalan yang benar dan lurus. Kita akan lebih mudah mengikut hasutan iblyss jika duduk seorang diri. Yelah duduk sorang-sorang nak buat apa kan mesti ghairah datang secara tiba-tiba. Jika aku ada adik mesti aku akan hantar adik aku pergi sekolah pondok agar dia dapat menjadi seorang Qari. Takpun bagi training vokal sebagai persediaan untuk jadi bilal di surau. Lagipun jika ada adik beradik kita boleh solat berjemaah or ponteng solat secara berjemaah.

5) Kena duduk rumah seorang diri

Kalau mama kau pergi umrah, mesti kena duduk rumah seorang diri. Aku ni testis je besar, tapi aku sebenarnya agak penakut orangnya. Bila duduk seorang diri mulala cerita-cerita hantu tiba-tiba bermain di dalam minda. Hantu badut It, Hantu Kopek, Hantu Edward Kolon eii seramla uols. Gila kau tengah duduk sorang-sorang lepas tu dengar bunyi pintu kena ketuk mau sujud sahwi terus aku. Itu belum hantu realiti seperti pencuri dan perogol lagi. Eii nauzubillahiminzolik.

6) Lonely

Bila aku kesunyian aku selalu nyanyi lagu Hattan. "Suuuuunyiii dan geeeelap. Terlantar dalam telanjang....". Masa aku kecil remaja dahulu aku mengaku yang aku cemburu melihat kawan-kawan aku yang ada kakak dan adik perempuan. Seronok gila tengok diorang sama-sama nyanyi lagu Britney Spears. Seronok gila ada orang untuk bergaduh. Seronok gila ada adik beradik. Malasla aku nak tulis lagi nanti aku emo dan aku tiada adik untuk lepaskan keemoan aku.


So best ke korang ada adik beradik? Tak apa, aku masih ada adik beradik Bangi aku bukan?



20 comments:

Noraishikin Mohd Salleh said...

best jugak la ada adik...boley share mcm2..hee

Anonymous said...

leks jai. geng bangi kan ada. boleh main call of duty 4 dan guitar hero lagi.

adam

jana said...

Ijai,
Lain kali kali kalau lonely nyanyilah lagu"lonely,I'm so lonely I have nobody I'm on my own'(with falsetto voice ya) dengan efek nada syahdu).

Ijai kalau kahwin dengan anak tunggal ni apa kelebihan dan kekurangannya pula.

yusuf mujahidin ™ said...

aku ske point no 4..haha

ape kelebihn dn kekurgn berkwn dgn anak tunggal?
mesti jd pot melampiaskn nafsu serakah kn? haha

Anonymous said...

aku pernah masok playground,ade 1 alat mainan apetah,tp mmg utk main beramai-ramai.aku pula masok dan tercengang-cengang bermain seorang diri.baru ku tahu,permainan itu,utk dimain scra ramai2 shj.di kala itu,mmg sgt mensedihkan epilog hati ini menjadi insan yg tade adik badik lain.huhuh

~ kwn anon suwit ~

z a t i said...

ex aku dulu anak tunggal so aku serba sedikit tahu perasaan tersirat, perangai buruk, dan advantage yg biasanya tidak mereka sedari dan jika masalah melarat boleh menjadi penyebab utama perpisahan.
eh, ternostalgia pulak.

btw, aku tau lg byk tkbest dr best jd anak tunggal. hohoho.

Shima Ibrahim said...

best ade adik bradik nih. tmbh2 klau jadi ank sulong cam aku. best! aku x leh imagine klau aku jadi ank tunggal..sunyi sepi dunia aku weh. plus, aku ngan adik2 aku saiz baju same. so klau sorg beli 5 baju, ade 15 helai yg ktorg bole melaram secara bergilir2. jimat kos~! ;P tu one of the best things of having adik beradik.

Anonymous said...

saya anak sulung.ada adik lelaki and perempuan.kalau adik perempuan best lah sbb boleh share2 baju semua and boleh gosip2.kalau takut boleh tidow sama2.haha.kalau adik lelaki plak boleh tanya benda2 pasal lelaki tanpa segan silu serta boleh belajar ttg lelaki dr mereka.

kekasih hati encik faizal anak tunggal gak ke?

anonimes

Mohamad Faizal said...

cikinto: tapi tak boleh share

adam: oh yes. hari ini dazu balik aku nak belasah dia main fifa dan cod4

kak jana: kelebihannya ialah...tungguuuuuuuuu

yusuf: yaa kawan2 aku sering menjadikan aku sebagai sumber maksiat mereka

kwn anon suwit: bersabarlah sudah terlambat untuk ibu bapa kita menghasilkan adik baru

zati: zati tidak semua anak tunggal begitu tak percaya tanya aku. tapi ex aku anak tunggal jugak hee hee

shima: kongsi pakaian? jadi betullah teori berkongsi spender saya?

anonimes: nak belajar tentang anatomi lelaki blog ini selalu ajar apa. btw da' killa anak tengah daripada 3 beradik

Anonymous said...

haha..
jgn risau jai..kami adik beradik bangi sentiasa di samping kau..
walaupun kau takde adik/abang,masih ade lagi rakan bangi yg akan datang selamatkan kau daripada di rekrut menjadi pencuci pinggan paksaan di kedai ani sup utara akibat membaham nasi sampai 9ringgit,tapi tak bwk wallet..haha..

syok tu adik beradik ramai..especially ade yg duduk oversea..sebab boleh selalu kirim barang2 yg tiada di malaysia..ahhaha..

ps: yeay..dazu balik minggu ni..tak sabar nak menusuk dazu dari belakang dgn pisau..haha..

-shuhud-

Anonymous said...

Ijai, mmg x best lah jd anak tunggal ni. Sunyi sepi..
tp bakal suami ku untung kalo kawin..duit raya dia x yah bg kat anak2 sedara .. sbb aku x de adik beradik.

so korang yg bakal nak kawin, lahirkan lah baby ramai2..more than 1 . so anak2 x kan sunyi mcm aku an ijai ;)

anak tunggal mesti manaje , so pening lah kepala gf/bf kan?? and ijai mesti lg manje dr Datilla. hehe

- baju gaun putih -

nana said...

aku sebagai kakak besar, selalu dapat benda/baju/mainan baru. manakala adik-adik 6 org bwh aku akan guna lebihan aku saja. oh seronok!!

kalau kenduri kawen seronok la, boleh pau sorg-sorg adik beradik.
along bg peti ais
alang bg tv
abg bg mesin basuh
adik bg microwave
kakcik, abgcik dgn acu boleh pakat beli barangan elektrik yg lain.

lengkap peralatan rumah!

(oh, bila lah adik aku nk keje ni? aku nk pau hadiah kawen!)

Anonymous said...

owhhh, baru plan nak tutup kilang...nampaknye kenalah buat anak sorang lagi ni...

Mohamad Faizal said...

shuhud: ya thank you abe kerana selamatkan aku dari keaiban

baju gaun: ya saya mengaku saya manja

nana: kahwin jemput aku. hadiah aku bagi plug extension untuk memasang semua alatan elektrik anda

anon: jangan gunakan teknik pengunduran baru boleh berjaya

nana said...

keji la ijai. gua nak seterika wap tu.

Anonymous said...

ak bjaya dapat tempat pertama tadi dlm game perang hahaha..tahniah faizal kite berjaya lauk team abe n dazu tuk perlawanan international =P..

-fandi-

69 said...

aku setuju ngan point 1,2,4 tapi 5 tu aku kureengg ahhh sebab aku lebih suka dok sorang2 kat rumah(aku anak tunggal gak),baru la best..aku suka sangat sampai kalo parents aku takde kat rumah,aku akan kata "woot~!!yes~*dances*"..LOL

laUt DaN pAnTaI said...

saya anak tunggal.
tahap keboringan tu toksah ckp la. nk kuar merayap almaklum la anak pompuan susah cket nk lepas.
suke n01. mmg btol pn.. ;(

Lilu said...

mafia gila ayat. hahaha. saya anak tunggal juga.

naruto erm said...

Jom kita buat group.anak tunggal.. hihihihi... sy jga si tunggal

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...