Wednesday, March 10, 2010

Kelebihan Seorang Anak Tunggal

Jika anda merupakan stalker sejati saya, anda pasti tahu yang saya ini anak tunggal. Saya tiada abang atau kakak yang suka mengarah ataupun adik yang mengada-ngada mintak pelempang. Seronokkah menjadi anak tunggal Faizal? Soalan itu sering ditanya setiap kali sesi temubual dijalankan bersama pihak akhbar. Sebagai anak tunggal, saya memiliki beberapa kelebihan yang pasti boleh membuat anda yang bukan anak tunggal cemburu buta. Sila klik Read More untuk mengetahui kelebihan-kelebihan yang boleh dieksploitasi sebagai seorang anak tunggal.

1) Boleh dapat apa sahaja

Orang kata anak tunggal boleh dapat apa sahaja yang dia mahu. Memang betul la tu. Semasa kecil, apa yang aku minta semua mama abah aku belikan. Nak Micro Genius dapat Micro Genius. Nak patung Michaelangelo dapat patung Michaelangelo berserta Pizza Thrower. Nak kasut ada lampu dapat kasut ada lampu. Memang anak emas ah aku. Jika ada situasi di mana mama aku tak mahu belikan apa yang aku minta, aku akan guna ayat "...but I'm your only son.." dan terus mama aku keluarkan kad kredit sambil membuat muka. Tapi kita tak boleh gunakan ayat itu selalu kerana satu hari nanti mungkin ibu bapa kita akan betul-betul hangin dan keluarkan surat beranak sebenar yang menunjukkan kita ni anak angkat.

2) Tidak perlu berkongsi

Haha kesian kat korang yang ada ramai adik beradik kena berkongsi segala benda. Pagi-pagi nak berak kena kongsi toilet gila kau tak tahan mau kena berak kat sinki. Lepas tu malam-malam nak bergayut dengan teman wanita tak boleh lama-lama sebab takut adik kita curi dengar semasa kita hendak ringan-ringan menggunakan telefon rumah. Kalau korang sesama adik beradik perempuan lagi tertekan sebab kena kongsi seluar dalam yang sama sebab mak korang belikan korang adik beradik satu set spender polka dot. Macamana nak bezakan ye tak melainkan yang dah ada polka dot merah besar buat kakak yang dah mencecah 9 tahun. Aku? Well aku tak perlu berebut nak tengok cerita telenovela Sepanyol di tv aku semuanya boleh dinikmati seorang diri, terutamanya ketika tengah horny.

3) Tidak akan kena dera

Pernah dengar tak lagu, 'Maaaalang yang menimpanyaaaa, kini menghantui kita. Apalah dosa hingga kau dideraaa'. Ya faktor kanak-kanak didera adalah kerana mereka ramai adik beradik. Mentaliti ibu bapa kita adalah tak mengapa jika kita dera seorang agar dapat memberi contoh kepada adik beradik lain agar tidak nakal, ada lagi 4 ye tidak.

4) Mendapat perhatian yang tidak terhingga

Sebagai anak tunggal, segala kasih sayang ibu bapa dan juga pakcik makcik serta atuk nenek akan dicurahkan kepada kita. Bukan aku nak riak ke apa, tapi cuba korang tanya Mak Long aku ataupun Mak Ngah aku; siapakah anak saudara yang paling mereka sayang? Jadi setiap tahun aku pasti akan mendapat duit raya lebih sebab tidak perlu diberi kepada adik beradik lain. Aku terer tajwid dan hafal jenis-jenis najis sebab mama aku hantar aku pergi sekolah agama sampin hijau. Jika aku ada adik yang lebih outstanding daripada aku, pasti aku tidak akan mendapat layanan istimewa bukan?

5) Tiada tekanan

Tiada perbandingan yang akan dibuat terhadap anda. Jika anda baghal dapat nombor yang tinggi dalam peperiksaan pun, anda masih menjadi anak yang paling pandai di dalam keluarga. Jika ingin berumahtangga, anda tidak perlu tunggu kakak anda yang disyaki lesbian untuk berkahwin terlebih dahulu.

6) Anak tunggal selalunya kacak

Ini bukan aku nak perasan ke apa, tapi teori ini dapat dibuktikan secara saintifik. Ok, Tuhan sudah takdirkan yang aku akan menjadi anak tunggal, tapi Tuhan itu maha adil. Sebab aku ni anak tunggal, segala gene kacak akan turun kat aku seorang tanpa perlu berkongsi dengan orang lain. Itu sebabnya wajah aku memang outstanding berbanding orang kebanyakan. Ok kita ambil contoh Shuhud, dia ada 6 orang adik beradik. So, kehenseman dia hanya 1/6 daripada manusia biasa sebab dia terpaksa berkongsi wajah dengan adik beradik lain.

Katakan HO! jika anda juga anak tunggal! Apa? Tiada? Tak rok ah korang. Takpe jika aku rajin esok lusa aku taip pasal kekurangan menjadi anak tunggal pula.



17 comments:

faramira said...

jd anak sulong pon bestttttt...
dpt brg2 baru...
lepas dh x nk.. kasik adek!..
ngeh3..

nana said...

keji lah tuduhan kau kepada org yg ada adik beradik ramai.
takde la sampai kena dera atau berkongsi suar dalam.

tapi, memang ada tekanan la kena banding dgn kakak, abang atau adik beradik.

tapi yg bagusnya, bila adik beradik ramai dan dah besar2, pastu jadi akauntan 3 org, cikgu sekolah sorang, lecturer sorg, tentera pangkat kapten sorang, arkitek sorang.. masa tu yang paling bangga ialah mak aku lah. baru lah org cakap: eh, anak su tu kecik2 nakal, dah besar semua jadi orang.

ces, jiran aku tu, aku memang syak sejak kami kecik2, dia mmg selalu pandang serong pada kami.

Anonymous said...

jai aku turut mempahami perasaan kau jd ank tunggal.soalan tesebut mmg menghantui idop ini sedari kecil hingga dewasaaaaaaa.nyampah gilaa aku diajukan soalan begitu.tnye ah solan lain ke,bukan?grrr

HO utk ank tunggal! :)
eh namun aku anak tunggal yg tabah dok ostel dr form 1.kau tak join bangi's clan yg lain g MRSM lgkwi kan kan kan,jai?hahahaha

~kwn anon suwit~

yusuf mujahidin ™ said...

point kachak tu aku musykil sket..ngahaha

Mohamad Faizal said...

faramira: manaaaa anak sulung kena berkorban untuk adik. kena berhenti sekolah dan bekerja untuk bagi adik berjaya

nana: aku pulak pandang serong pada jiran sebab tak pernah nampak pergi semayang jumaat

kwn anon: cayalah. HO!

yusuf: kau berapa adik beradik? sila aplikasikan teori kongsi wajah aku hee hee

jana said...

Kak jana 2 beradik je seorang lelaki dan seorang perempuan,jadi layanan yang kami terima seperti apa yang anak tunggal dapat jugalah.Kecik-kecik seronok lah ijai bila dah tua baru rasa tak meriahnya bila adik-beradik tak ramai ni.Terutama sekali yang anak Tunggul oppss silap pula anak tunggal he he jangan mare aaaa

jana said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

HO!utk anak sulung..walau saya anak sulung saya masih dimanjai dan dibelai oleh mak bapak so mana ada didera ke kongsi panties polka dots ke ape.hish racist terhadap anak selain anak tunggal betul encik faizal nh.sila2 tulis kekurangan anak tunggal plak ye so that balance;)

HO anak sulung

Anonymous said...

anak tunggal jer boleh HO? kalau anak ikan mak boleh HO jugak tak?


-kusha-
hey ho let's go!

Anonymous said...

ho tuk anak sulung gak..

jai..ko pun leh r =)

Anonymous said...

HO untuk anak bongsu juga..

Jai pun boleh HO jugalah!

Mohamad Faizal said...

kak jana: ya dah besar baru rasa kesunyiannya uuu uuu uuu (efek syahdu)

Ho anak sulung: dah tulis dah uu uuu uuu (efek syahdu lagi)

kusha: tak buleh. biarlah daku keseorangan uuu uuu uuu (masih lagi efek syahdu)

anon 1 dan 2:
JAI HO JAI HO
Aaja aaja jind shamiyane ke tale
Aaja jariwale nile aasman ke tale

lagu slamdok

69 said...

HO! untuk anak tunggal LOL

mostly I agree tapi yang point 6 tu yang takleh blah..LOL
"segala gene kacak akan turun kat aku seorang tanpa perlu berkongsi dengan orang lain." ROFL
thank you,you've made my day.

Cik Aina said...

hi 5...coz i anak tunggal jugak :)

naruto erm said...

Sy anak tunggal jga.. jom kita buat group anak tunggal.. bleh kongsi2 suka duka... huhuhh...

Kagero Mtp said...

Sebagai anak sulung aku akui..tekanan ank sulung amt tinggi dn lakukan semua sendiri...
Jd ank tunggal mmg impian aku dri dlu...pepun mnguruskn adk bradik adlh tgjwb seumur hidup dn aku lakukan sbg maruah ank sulung...
Jd ank sulung mg truk...
Ank aku ank tunggal..mmg ank tunggal ni advance dpd yg lain..

Kagero Mtp said...

Sebagai anak sulung aku akui..tekanan ank sulung amt tinggi dn lakukan semua sendiri...
Jd ank tunggal mmg impian aku dri dlu...pepun mnguruskn adk bradik adlh tgjwb seumur hidup dn aku lakukan sbg maruah ank sulung...
Jd ank sulung mg truk...
Ank aku ank tunggal..mmg ank tunggal ni advance dpd yg lain..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...