Monday, March 15, 2010

Kepulangan Dazu


Siapa Dazu? Dazu ataupun nama dalam surat beranaknya Mohd Dazrul Syariz bin Sabardin bin Ahmad adalah salah seorang daripada BFF aku yang tidak diterima keluarga dan diusir ke luar negara kerana dia disyaki terlibat dalam organisasi mutan X-Men (inside joke). Dazu dipaksa pulang ke Bangi setelah kakaknya Dazlin bertemu jodoh dengan seorang lelaki bernama Shahrizal. Oh ya, nama adik beradik Dazu semuanya bermula dengan D. Dazlin, Dinul, Dazrul, Dazwan, Dazwin dan kucingnya Del Piero. Bukan selalu dapat jumpa Dazu maka peluang untuk bersemenda dengannya tadi memang tidak akan dilepaskan begitu sahaja. Sila klik Read More untuk mengetahui aktiviti kami kanak-kanak Bangi di hujung minggu.

Siapa tidak suka makan percuma bukan? Atas dasar itu, aku, Anas, Shuhud, Fandi dan Ikram bersepakat untuk menghadiri majlis persandingan kakak Dazu walaupun tidak mendapat kad jemputan. Apai tidak dapat turut serta kerana ada kelas anal (or something that rhymes with that), Jamil pulak nak tengok Melodi. So kami berlima sajalah yang pergi. Majlis diadakan di Dewan Gemilang, UKM. Dazu tidak pernah berjumpa apatah lagi hendak mandi bersama abang ipar barunya.


Setelah setahun tidak berjumpa Dazu, kami semua bersetuju yang Dazu kini hampir sama boroi dengan Fandi. Tahi lalat, arial Astro di telinga, dan gelak letihnya sahaja yang tidak berubah.


Setelah membungkus ayam goreng di dalam poket, kami semua pun berangkat pulang untuk menjalankan aktiviti kejantanan mingguan kami. Kami menghasut Dazu untuk meninggalkan majlis dan menyertai kami kerana dia memang tiada fungsi di majlis kahwin kakaknya itu selain menghabiskan cendol. Anas setiap minggu mengelirukan isterinya dengan memberi alasan hendak mengambil cerita Grey's Anatomy tapi sebenarnya dia main game bersama kami. Jamil pun dapat turut serta selepas merasuah isterinya dengan persetubuhan.


Apa yang lebih seronok bagi lelaki selain daripada persetubuhan bersama isteri? Bermain Call of Duty secara berjemaah di LCD 42" sudah pasti. Tiada apa yang dapat menandingi kenikmatan menusuk rakan baik anda dari belakang. Gila mencurigakan ayat.


Setelah selesai solat Asar berjemaah, kami semua keluar untuk sesi boys talk di Old Town Bangi. Shuhud baru sahaja selesai aktiviti locum di klinik berdekatan dan mendapat RM300 sebagai habuannya. Locum tu apa kulum ke? Takkan banyak sangat kau dapat mesti kau kau beri perkhidmatan tambahan. Namun segala syak wasangka kami terhadap Shuhud terus terhapus apabila dia bersetuju untuk membelanja kami makan. Antara perkara-perkara yang dibincangkan dalam sesi boys talk semalam adalah persoalan adakah Adam akan menjadi bapa setelah berpindah ke UK serta adakah Old Town ini halal kerana ramai terrorist menghantar email forward cakap tak halal tapi kami ternyata tidak peduli sebab kami yakin dan tidak tinggal solat.


Aktiviti kami tidak berakhir di situ. Dazu, Shuhud dan Fandi kembali ke rumah aku untuk sesi maghrib berjemaah serta berfifa 2010. Ternyata gandingan aku dengan Fandi terlalu handal buat Dazu dan Shuhud yang teruk dibelasah di padang. Well sebenarnya hantar aku sorang pun boleh Fandi bukan perasan pun kontroller dia takde bateri aku main sorang je sebenarnya. Boleh pulak dia perasan yang dia handal padahal aku yang tengah kawal.

Kesimpulannya, semalam memang menggembirakan bukan kawan-kawan? Untuk lebih banyak gambar homoseksual kami, sila layari laman Fesbuk saya:
http://www.facebook.com/album.php?aid=165618&id=628280825&l=677ff6f57b



13 comments:

Anonymous said...

haha aku belum lagi bersedia nak dapat anak. confirm mael akan dapat dulu.

adam

O Ena O said...

isk isk..nape ko samekan kucing dazu ko tu dgn del piero jai? isk isk..fan del piero niehh trase siot..hahahahha..(POYO!)

Nabil said...

wakaka!

nana said...

kau tak pakai baju melayu pulak, ijai.. gi kenduri.

finaz said...

ijaii.. kenapa macam makin gemuk? dazu pun mcm makin montel jer..hehe

astute said...

shuhud sgt sweet
kalaulah dentist kat tempat i mcm shuhud, mesti aku jadik regular customer. hehheh

Mohamad Faizal said...

adam: kau memiliki 'keazaman yang tinggi' ke? hee hee

ena: bulu kucing tu sama macam rambut del piero lah

nabil: wikipedia

nana: ala nanti mengalahkan pengantin pula

finaz: dazu montel memang tepat tetapi saya gemuk tu alfitnatuassyadduminalqod

astute: jangan percaya shuhud dia tu gigi kuning sikit pun dia dah nak suruh cabut

astute said...

takpe..demi shuhud, akak rela nyah!
nanti bleh shuhud buat denture plak. hehehhe (gila gatal!)

O Ena O said...

ooo yeke ..beno ke nie? smpei rambut cm kaler del piero tuh..wah wah...hebat la kucing membe ko tu jai..
btw terima kasih krn tlh glemeer2kan del piero..:P

Nabil said...

Advertisement:

Watch Movies For Free Here!:

http://defusalkit.blogspot.com/search/label/Watch%20Movies%20Online

Anonymous said...

doktor gigi mmg kaye tp tiada gunanya jika tidak memiliki iphone btol x faizal??(ayt menghasut)..hahaha..

-fandi-

Mohamad Faizal said...

tidak betul. semua itu hanyalah mainan duniawi...(baru lepas dengar kaset ceramah ustaz ismail kamus)

Anonymous said...

itulah permainan duniawi..terimalah segalanya..hormat menghormati, menjadi tauladan hidup ini..kalau inginkan kebahagiaan..wahai insan yg sedang, berkasih dgrlah pesanan ini..jagalah dirimu, oohhh kawan..semoga ada yang..masih ingin menyayangi..dirimiu..(baru lepas dgr kaset awie album tragedi oktober beli mase drjh6)

-fandi-

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...