Sunday, March 28, 2010

Mengenali Jenis-Jenis Jurujual

Anda pasti pernah mengalami situasi di mana anda telah diapproach oleh jurujual ketika berjalan-jalan di pusat membeli belah. Bukan setakat di pusat membeli belah, kadang-kadang mereka turut menghantui kita ketika sedang membaham di restoran ataupun sedang enak menggauli isteri di rumah. Most of the time memang annoying bukan? Well kita tidak boleh cakap mereka babi kerana itu memang tugas mereka. Kita taknak beli, tetapi kita kesian tengok muka menagih simpati makcik yang jual kerepek ubi itu. Jadi di sini saya ingin berkongsi tips-tips untuk mengenali jenis-jenis jurujual dan cara-cara hendak mengatasi mereka. Ayuh klik Read More untuk mula membaca.


Dwight Schrute, jurujual paling hebat di kaca televisyen

Jurujual Stalker

Jurujual stalker ialah jurujual yang sering mengikut anda tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Jika anda sedang membelek-belek baju dedah payu dara di butik kegemaran anda, kemudian ada seorang jurujual asyik berdiri di sebelah anda tanpa sebarang ekspresi, mesti terbantut nafsu shopping anda bukan? Kadang-kadang kita nak Windows 7 shopping je pun. Mudah sahaja untuk buat mereka pergi. Contoh, jika anda hendak membeli spek mata hitam, anda jangan cuba try test di muka anda di hadapan cermin. Sebaliknya, anda sarungkan kat terus kat muka dia kemudian beri komen ok ke tak. Samala kalau nak beli tudung, lilitkan terus gaya tudung Yuna kat kepada jurujual Cina itu Jika anda hendak membeli bra, sarungkan sahaja saiz b cup anda ke dadanya. kemudian decidela nak beli atau tidak.

Jurujual Cerekarama

Jurujual cerekarama ialah jurujual yang akan mendengarkan anda kisah hidupnya yang sayu dan layak untuk memasuki slot Bersamamu TV3 bagi meraih simpati anda untuk menjual produk mereka. Ini selalunya dilakukan oleh makcik-makcik yang menjual buku keagamaan yang membawa anak kecil untuk menambah efek hiba. Takpe, anda pun bukakla cerita sedih anda pulak. Ceritala pasal kematian kucing anda ke, pasal anda tak sunat lagi ke or apa apala yang sedih mesti mereka boring dan beredar.

Jurujual Arbok

Jurujual arbok selalunya bekerja di booth-booth menjual minyak wangi ataupun alat solek. Pergi sahaja Sogo tingkat bawah tu mesti nampak tubuh mereka yang sasa dan berpayu serta wajah licin tanpa jerawat. Mereka ini bagus sebenarnya kerana tidak mengamalkan diskriminasi rupa dan berat badan. Semua orang mereka panggil untuk dimekapkan tapi kalau korang tak beli lepas mencuba memang nahasla korang kena laser. Gelenyah uols.

Jurujual Kurang Upaya

Anda sedang asyik membaham mee goreng mamak di Ameerali sambil menonton liga perdana Inggeris, lepas tu ada pula pakcik buta yang datang menjual tisu. Mereka ni sebenarnya sindiket cepat kaya yang mengeksloitasikan orang cacat, korang jangan terpedaya. Lagipun buat apa nak beli tisu kan ada sahaja tisu percuma di atas meja nak lagi best boleh je order roti tisu. Cara mengatasinya mudah sahaja, anda senyap-senyaplah pindah ke meja lain. Tak mengapa, dia buta tak nampak punya. Nak lagi kurang ajar anda suapkan sahaja mee goreng ke mulutnya.

Kat Sungei Wang pula ada jurujual pekak. Ketika anda sedang duduk membaham dia datang bawa 'teks' suruh anda baca dan teks itu berbunyi lebih kurang begini;

"Saya pekak tapi saya berbakat dalam bidang seni. Belilah hasil kerastangan saya ini RM10 sahaja. Walaupun kami pekak kami dapat mendengar kebaikan hati anda"

RM10 pork ji sung kau. Jual origami buat pakai kertas manila baik suruh sepupu aku Mahdi buat. Lagipun mereka bukan pekak betul pun. Nak test senang sahaja, cuba bagi isyarat tangan macam dalam berita TV1 tu tunjuk jari tengah ke tengok diorang faham atau tidak.

Jurujual Kongsi Gelap


Jangan main-main dengan mereka. Boleh cedera anda ataupun harta anda jika anda tersilap langkah berurusan dengan jurujual sebegini. Anda boleh berjumpa jurujual samseng sebegini di sekitar kawasan tempat letak kereta di Kuala Lumpur. Nampak sahaja kereta anda masuk parking, mereka akan berlagak sebagai atendan tempat letak kereta melambai-lambai tangan mereka mencari spot kosong untuk anda. Anda bukak sahaja pintu kereta mereka tanpa disuruh akan menyepray kereta anda dengan produk penghapus kotoran mereka. Menurut mereka, semua kesan degil termasuk cecair mimpi basah dapat dihilangkan dengan hanya sekali semburan. Badan mereka tough macam Anas, pakai subang dan ada tatu gambar almari di bahu mereka. Mereka akan indimidate anda dengan nada yang keras dan kasar. Tanpa disedari kau pasti akan mengeluarkan RM 25 untuk membeli produk itu akibat cemas.

Kat Petaling Street, jangan sekali-kali anda sentuh ataupun sekali tengok jersey ciplak melebihi 5 saat jika anda tiada niat untuk membelinya, otherwise anda memang akan diburu dan dicarut dalam bahasa Kantonis.

Jurujual rumah ke rumah

Anda sedang berehat-rehat di rumah di hujung minggu, kemudian terdengar orang memberi salam hendak menjual sticker-sticker ayat suci ataupun poster keagamaan di luar rumah. Anda tidak perlu buat apa-apa, jawab sahaja salam mereka tapi tak perlu buka pintu. Mama aku selalu buat macam tu haa haa.

Jurujual Jualan Langsung / MLM

Jika rakan anda yang tidak rapat tiba-tiba bersikap mesra dan ghairah dengan anda, itu tandanya dia sudah menjadi jurujual jualan langsung ataupun pemasaran bertingkat-tingkat (MLM). Mereka ini golongan yang tidak pernah berputus asa, so mereka akan sentiasa memujuk rayu anda untuk menyertai mereka. Jadi jika mereka tiba-tiba bermain bola dengan anda dan mengajak anda minum di maplay yang berdekatan, bersediah kalian mendengar kata-kata pembuka semangat selama 20 minit sebelum mendedahkan teknik MLM mereka.

Apa lagi jenis jurujual yang ada? Tadi pergi Midvalley tiba-tiba rasa nak buat entri ini.



16 comments:

nana said...

kalau org cacat, org tua atau org buta, aku bg je.
takpe lah.

kalau yg em-el-em tu, aku paling malas dgr diorg bukak citer. yg paling marah lagi, kalau kawan lama tetiba kol, nak ajak jumpa, dan ckp ada surprise, rupanya bawak pegi talk.

heh, marah betul aku.. konon surprise.

yusuf mujahidin ™ said...

aku tk suke jurujual yg ikut je bila nk bli brg..

rs nk bg kaki

Anonymous said...

hahaha..time nak try2 kasut hr tuh auntie nih pdg je kami.nasib baik tak ikot ke mana mana.kalau tak mmg boleh aplikasikan teknik pakaikan kasut dekat dia.eyh ade lagi satu jurujual.jurujual yg tenung mata.dia jeling2 manja je tak ikot pon kita.dia takut kita curi barang dia lah tuh so dia ushar je..tahi sungguh!

anon

shogunn_general said...

1.jurujual kerek yang malas nak layan sebab aku bergaya grunge dan selekeh pastu bajet aku takde duit. (selalunye minah melayu)padahal aku memang dah ready nk beli kasut yg berharga RM200++.

2.yang kat petaling street tu jangan main2 dow. btol cakap ko tu aku kena paksa beli jersi yg aku rasa tak sampai grade A pn sebab aku dah terpegang.cis.nasib baik jersi england.

3.jurujual yg memaksa aku beli dan cuba barang yg die tengah promote. contohnya die nk persuade aku beli deodorant zaiton walaupun aku pengguna setia deodorant nivea sebab die kata deodorant nivea tu membuatkan ketiak jd hitam.what the what?? ini selalunya kat supermarket picisan seperti billion, warta, the store atau fajar.

Mohamad Faizal said...

nana: jangan beri muka doo semua itu sindiket.

yusuf: itulah nak beli spender pun dia nak ikut sambil memberi pendapat dia

anon: yang jeling2 manja mungkin ada hati dengan anda

naqqib: kau boleh cuba ubat ketiak avon. ketiak kau takkan hitam tapi side effect dia mungkin tumbuh payu dara

Anonymous said...

haha...
aku setuju ngan naqqib pasal jurujual kerek..
aku pun pernah terkene gak time teman member aku nak borong baju keje g dua ribu kat pavilion..
dahla mule2 tu buat2 tak nampak je kitorg tgh belek2 baju,pastu die dtg kat aku and cakap..ni satu rm159 tau..what the what??ingat kitorg takde duit ke?huhu..
member aku bengang terus je die borong sampai 3 helai baju..time2 tu jugak terus mendapat layanan mesra taraf vip..haha..

jurujual kurang upaya yang paling hina bile ade sindiket letak orang kurang upaya terbaring kat atas jalan kat pasar malam,meraih simpati..mengesot2 dgn gigih mendaki bukit demi mendapat sesuap nasi..nasib baik tak terpijak..huhu..taktik yang agak popular di pasar malam sekitar bangi..agak2 kalau kene kejar anjing mcm mane diorang nak lari ek??haha..


-shuhud-

Anonymous said...

a ar ye maybe ade juga jurujual yg ada hati dgn kita.dia pdg2 je pastuh gatal2 ngn kita.yg nih mmg nak kena penampar.
lg satu saya setuju dgn pengomen lain.ade juga jurujual yg pdg kita sebelah mata je fikir kita kurang mampu kalau masuk coach ke armani ke.yg nh pun mmg nak kena makan kasut!

anonimes

z a t i said...

aku tk suka jurujual pasar malam yg pggl semua org kaklong.

eh, pasar malam pggl jurujual ke?

CouchPotato said...

skang yg dr umah ke umah tu guna taktik baru
da x ikut gate depan
terus terjah tingkap dapo
aku da kene haritu
wuuuuuuu!!

jana said...

Tak suka jurujual yang jual buku untuk kanak dipasar raya atau book fair,suka tahan kita dan suruh dengar penerangan pasal buku belajar bahasa inggeris atau macam-macam lagilah terutama untuk anak yang dalam umur 5 tahun ke 8 tahun,lepas tu umpan anak kita dengan belon yang boleh dibuat macam-macam bentuk.Bengang and bosan

Nur Su'aidah Bachok said...

kwn aku gelak gila2 kt offce bace belog kau entry ini.. hahaha ;D
aku yg naik gelakkan die.. die cerita tp kami tak paham.. ;DD

arch-t said...

serba salah aku nk bg kalo org cacat yg menjual2 tu hisap rokok
xcaye2

Mohamad Faizal said...

abe dan anon: haha nak buat macamana muka kita tak melambangkan pekerjaan kita. tapi macam aku orang selalu ingat aku ni pelakon

zati: tapi kau memang anak sulung...

couchpotato: huii itu sudah kira pencerobohan

kak jana: dengar dulu dia boleh cakap inggeris ataupun sekadar tahu yes no it isnt

nur su'aidah: apa yang dia cerita aku nak gelak jugak

arch-t: tulah dapat duit beli rokok kumpullah duit untuk buat pembedahan ke kan

Anonymous said...

pelakon apa faizal?porn ke ato iklan DingDang??

-fandi-

profwacko said...

ijai ... ko gila kreatif ko nie!!
dedemss!!

Bruce Mills said...

kalau org cacat, org tua atau org buta, aku bg je. takpe lah. kalau yg em-el-em tu, aku paling malas dgr diorg bukak citer. yg paling marah lagi, kalau kawan lama tetiba kol, nak ajak jumpa, dan ckp ada surprise, rupanya bawak pegi talk. heh, marah betul aku.. konon surprise.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...