Monday, March 29, 2010

Parti Liar Da' Killa


Pada hari Sabtu yang lalu, sebuah parti liar yang halal telah dianjurkan di rumah saya. Parti liar itu diadakan bersempena dengan hari jadi Da' Killa yang ke-2x. Entri ini menjanjikan gambar-gambar jejaka kacak dan gadis-gadis hangat untuk tatapan semua. Korang boleh right click pada gambar jejaka yang disukai selain aku, kemudian klik 'Save image as' dan simpan untuk dibomohkan. Parti ini dikatakan lebih happening daripada parti dadah Benjy kerana terdapat makanan halal yang lazat, pergaulan bebas antara lelaki dan wanita yang terbatas serta persembahan silap mata akustik. Haa sudah bergelora bukan nafsu kalian? Ayuh klik Read More untuk menghadiri parti liar Da' Killa.


Makanan pada hari itu adalah Sate Mustapha Hadji Samuri, Meehun soto import, cupcakes Jamil & Evi, kek coklat berlumpur Resipi Rahsia, serta minuman keras yang tidak memabukkan. Yang badan tough tu bibik aku, Ahmad Fadhullah bin Zainal ataupun nama seberangnya Dol.


Menjelang pukul 2 kami semua sudah bersiap-siap untuk menyergah gadis harijadi. Kata 'seprais' parti mestila sergah sehingga putih biji mata kan.


Hasanah yang kelaparan tiba-tiba dirasuk Niyang Rapik lalu kekejangan satu badan macam dalam cerita The Exorcism of Emily Rose. Setelah disuruh mengucap dan disumbat beberapa ketul sate maka dia berjaya dipulihkan kembali.


Orang di bawah sedang sibuk memotong bawang boleh pulak mereka tonton pornografi yang dibawa dari rumah. Ikram siap tertidur dalam kekesalan lagi akibat menurut runtutan nafsu dan syahwat.


Hooray birthday girl sudah tiba. Tengok tu wajahnya berseri-seri mengeluarkan cahaya fair and lovely akibat terlalu gembira.


Saja je aku nak tayang gambar Ikram lebih sikit sebab dia bayar advertorial aku ni. Bila dah ada gadis baru nak segar dia ni.


Aqilah Hasan akhirnya berjaya datang setelah 3 tahun berturut-turut gagal menghadirkan diri ke parti liar saya. Mohd Nazmin pula kini sudah berbadan dua telah berjanji untuk memberi nama anak lelakinya Tengku Faizal Afendi.


Wajah Ayra beberapa saat sebelum meraung akibat takut melihat wajah Khairul Afandy dan Khairul Afandi yang seperti beruang kutub itu.


HO! untuk Team Bangi! Zul entah dari mana datang lepas masukkan sate dalam poket pun menghilang begitu sahaja. Kena reject dengan Ezu kot lepas flirting masa tengah ambil air (Zul datang sebab dijanjikan kehadiran gadis hangat).


Artis india jemputan kita Luqman Yahaya. Dia tak popular sangat kat Malaysia ni tapi kat Brunei well masih tak popular juga. Dia pernah mengeluarkan beberapa buah album tapi sekadar album gambar. Sebanyak 4 buah lagu yang disumbangkan oleh kami pada hari ini. Disumbangkan, get it? Get it? Ayuh kita ikuti sedutan persembahannya dalam video di bawah.




Upacara penyampaian hadiah dilakukan oleh orang kiri Perdana Menteri, Nurul Huda Abdul Rahim sambil disaksikan oleh Tengku Eleanor Ezura.


Majlis disudahi dengan persembahan dikir barat. Perayaan hari jadi disambut sebulan kira macam hari raya ah. So masih belum terlambat untuk kita mengewish da' killa selamat hari jadi dan minta dia belanja.

Apa? Kalian masih tidak berpuas hati? Mahu menonton video silap mata akustik yang lain? Bersabarlah saat indah kan menjelma jua. Apa kata korang layan dulu gambar-gambar tidak senonoh di laman Fesbuk saya:
http://www.facebook.com/album.php?aid=168845&id=628280825&l=b182d8a55f

ps3: sesetengah gambar dan video dirakam oleh Aztrie Delailah dan adiknya.



13 comments:

Anonymous said...

happy birthday!!sorry tk dpt join.. aku bekerja (as usual huhu).. comel la korang pakai topi tu hahahahahahaha

-zaahirah

yusuf mujahidin ™ said...

comel la tdung pink tu..hahaha...

Noraishikin Mohd Salleh said...

best sgt!korang ni cepat la sket kawen.aku nk mkn nasik minyak nih..hee

Mohamad Faizal said...

zack: haha tak mengapa. suami anda yang beriya2 nak pakai topi tu hee hee

yusuf: tudung comel ke orang yang pakai tu comel? aku ni cemburu buta orangnya

cikinto: ala nak nasi minyak meh aku belanja kat petronas rumah aku

sally said...

alaaaa... nape tak ajak i pergi party liar ni... sampai hati u ijai tak invite i.. auwwww gelenyah.. mak nyampah uolssszzz

Cik Faridah Huda said...

happy besday Da'killa :)
ala...nape x rakam detik2 manis saat da'killa buat wish...hahha..nk jugak dgr....

Anonymous said...

switnye ijai cemburu =))

-cik anon tnk tulis nm

Noraishikin Mohd Salleh said...

taknak mkn kt petronas.nk mkn kt umah mama ijai yg cantek tuh :)

datillah said...

Thank you everybody for the wish, the party, the cakes, the gift!, the songs, the patience (sbb menunggu hehe).. thank you!! love you all!
xoxo

Muaz said...

Parti liar Da'Killa mmg best - makanan best2 plus ada live show lagi.. cool!

Ijai, nanti ayra besar skit..mungkin dia tak takut dah la kut kat pakcik ijai.. hahaha.. :p

Mohamad Faizal said...

menyamar guna nama selain sally please.

cik faridah: susah nak rakamla sebab dia wish dalam hati hee hee

cik anon: ya saya mengaku saya kuat cemburu

cikinto: ok kita beli nasi dan minyak di petronas, pastu makan di rumah aku sambil berbincang tentang english decor

datillah: apa saja untukmu takku hiraukan waktu katakan saja kanku laksana permysuri kau bertakhta di jiwa

muaz: ayra memang tak takut kat akula kawan2 aku yang berwajah pencuri

nad-ami said...

ijai.. en luqman yahaya pernah menjadi pensyarah saya di UIA! what a small world..terkezuuuttt..tak sangka pandai nyanyi..ehehee

malas login said...

akhirnya kahwin juga kan ? tahniah. har har har

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...