Sunday, March 7, 2010

Pengkhususan Bangsa di Kompleks Membeli Belah

Ini adalah pemerhatian stereotype aku di kompleks membeli belah di Lembah Klang. Tahukah anda, setiap kompleks membeli belah sebenarnya didominasi oleh satu kaum etnik ataupun golongan tertentu? Apabila kita melawat sesuatu kompleks membeli belah itu, kita akan rasakan seperti berada seperti di rumah sendiri ataupun seperti melawat negara lain. Sudah pasti apa yang ditulis ini hanyalah exaggeration aku, tetapi jika korang amati betul-betul situasi ini, korang akan berkata di dalam hati,"Wau! ijaicool memang betul walaupun dia hanya tahu merepek!". Sila klik Read More untuk mendalami struktur kajian pola petempatan berpusat di kompleks membeli belah di Lembah Klang.

1) Alamanda Putrajaya


imej ihsan: www.kul.com.my

Didominasi oleh: Orang Melayu

Jika ada 1000 orang yang melawat Alamanda pada hari itu, 990 daripadanya adalah orang Melayu. Lagi sepuluh orang mungkin bangsa Nepal yang bekerja di foodcourt. Faktor ini dibantu oleh lawatan penduduk Melayu dari kawasan berhampiran seperti Putrajaya dan Bangi. Jika anda pergi melawat Alamanda sekarang, anda akan lihat makcik-makcik yang semuanya memakai tudung Ariani dan orang lelaki yang berseluar pendek 3 suku dan memakai jersey bolasepak berjalan-jalan bersama keluarga mereka. Di hujung minggu, anda boleh lihat pelajar-pelajar Melayu dari sekolah asrama penuh berhampiran seperti Alam Syah yang cuba-cuba hendak menonton filem 18PL tapi kemudiannya ditempelak oleh penjaga tiket.

Panduan: Jika anda hendak terberak di Alamanda, sila gunakan tandas berhampiran GSC kerana tiada orang menggunakan tandas itu, dan dijamin tiada tahi terdampar seperti tandas di bahagian lain terutamanya di foodcourt dan depan bowling.

2) Jaya Jusco Cheras Selatan

Didominasi oleh: Orang Cina

Sukar sekali jika kita hendak melihat orang berbaju Melayu ataupun memakai sari di sini. Rata-rata orang yang melawat Jusco Cheras selatan ialah Leng Lui yang berseluar pendek singkat nampak peha yang tidak semestinya gebu.Antara faktor yang mendorong kehadiran orang Cina di sini ialah pusat karaoke Green Box yang menawarkan lagu-lagu popular dendangan Faye Wong dan Sammi Cheng. Ke Sammo Hung?

Panduan: Jusco Cheras Selatan adalah tempat alternatif untuk menonton wayang kerana tidak ramai orang yang tahu kewujudan lokasi ini. Tidak perlu beratur panjang untuk melihat filem-filem terbaru di pawagam, kecuali cerita Stephen Chow ataupun animasi yang ada alih bahasa Kantonis.

3) Metro Kajang


imej ihsan: kajang.biz

Didominasi oleh: Orang Indonesia

Mengikut pengamatan racist aku, ada 3 jenis orang Indonesia iaitu; Indonesia berwajah Nicolas Saputra, Indonesia berwajah Melayu, dan Indonesia berwajah Radja. Di Metro Kajang, anda akan berjumpa dengan Indonesia berwajah Radja. Ada yang lebih ekstrim berambut panjang dan memakai tshirt hitam band sembah syaitan walaupun tidak faham apa yang dinyanyikan oleh band itu Selalunya, mereka hanya bersadai di palang-palang sambil memerhatikan gelagat orang yang lalu lalang.

Panduan: Jika anda hendak menempah baju Melayu/seluar sekolah kelas tinggi, sila tempah di Alisan Tailor. Memang popular dia ni Eman Manan selalu datang kat kedai dia nak tempah songkok. M Daud Kilau jahit labuci kat baju pun kat sini jugak.

4) The Mines

Didominasi oleh: Mat Rempit

Apabila melawat Mines Shopping center, adalah dinasihatkan agar anda membawa 2-3 orang kawan yang boleh berlawan ataupun pantas berlari untuk mendapatkan bantuan. Berdasarkan pengalaman kami daripada entri ini, membawa doktor gigi bersama memang sekadar membawa masalah. Anyway, jika anda seorang gadis dan anda di cet cet oleh Mat Rempit, anda dinasihatkan agar pura-pura tidak mendengar nguratan mereka dan meneruskan perjalanan tanpa menoleh ke belakang. Jangan sekali-kali mencabar ego mereka dengan menunjukkan jari hantu kerana kemungkinan anda untuk masuk akhbar Kosmo ataupun laman web 3gp Sabul adalah tinggi.

Panduan: Jika anda lalu di kawasan menjual HP, usah buat-buat tanya jika tidak berniat untuk membeli kerana kongsi gelap bertatu Cina akan memaksa anda membeli at least 3 buah telefon bimbit.

5) KLCC

Didominasi oleh: Orang Timur Tengah

Ini memang Izhar Halqi (jelas dan nyata tanpa dengung), sana sini mesti nampak orang Timur Tengah terutamanya daripada Iran dan Arab Saudi. Membuat jenaka terrorist seperti menjerit 'BOM!' apabila ternampak orang berpurdah adalah tidak sesuai kerana bilangan mereka memang ramai, tambahan Waheeda pun dah pakai purdah sekarang menurut akhbar Pancaindera hari ini.

Panduan: Pastikan akan mengetahui ayat-ayat asas dalam bahasa Inggeris seperti Yes, No dan It Isn't serta mengetahui lokasi Masjid KLCC agar tidak berasa aib ketika ditanya oleh pelancong asing di mana lokasi beribadat yang terdekat.

Satu-satunya kompleks membeli-belah yang seimbang nisbah kaumnya adalah Midvalley. Pavilion pula lebih banyak orang berkulit putih daripada orang berkulit sawo matang. Apapun, tidak kisahlah kaum atau golongan apapun yang menguasai kompleks membeli belah, kerana warna kulit tidak penting, yang penting rupa. Jadi bersama-samalah kita menanamkan konsep Yang Penting Rupa di dalam diri bagi mengukuhkan semangat perpaduan di Malaysia ini. Jika anda ada contoh racist yang lain, silalah kongsi bersama. Assalamualaikum.



17 comments:

yusuf mujahidin ™ said...

bro,
mengikut perkiraan aku yg racist, di Jusco Bukit Raja Klang ade rmai student uitm. sekiranya anda student uitm, maka jgnla ke bukit raja krn anda akn terpaksa senyum setiap 5minit terserempak dgn membe2. aktiviti menonton wayg juga terncat disebbkn esoknya anda akn dibicarakn difesbuk krn tgk wayg tk ajk...stalker anda telah berbuat gosip mengenai anda...uih...pjg lebar..kalah ijai...ngahahaha

p/s jai, ko mmg racist..asal takde utk kaum india? hahaha

astute said...

uda ocean ramai indon yg cam radja. menci aku! ade yg busuk tahap dewa!

midvalley ramai chinese..siap ade satu food court utk derang. melayu boleh tahan gak ramai. mostly bebudak um n matrik uia yg mengimarahkan midvalley.

alpha angle wangsa maju - sini melayu dgn cina lebih kurang sama. bebudak uia gombak ramai ngabeskan duit ptptn kat sini (aku pun termasuk la tu)

astute said...
This comment has been removed by the author.
et said...

pergh.tak sangke anda punya daya penilaian yang sangat tinggi.

Anonymous said...

faizal warta bagaimana??golongan melayu majoriti btol x?golongan abe ade la 1% hahaha..

-fandi-

Anonymous said...

betul2 analisis ini.warta ramai melayu kan.saya selalu juga ke sana.metro saya tak suka pergi sbb indon yg pergi kat sana semua mata meliar and menjengkelkan.jusco mmg ramai cina dan pavilion saya setuju mmg ramai org berkulit putih.saya suka pergi pavi sbb tak ada org indon.haha

anon

Mohamad Faizal said...

yusuf: aku rasa berdasarkan kajian aku, orang india shopping di kedai ala2 kamdar di leboh ampang. apa tah nama dia

astute: siap ada satu foodcourt untuk diorang? yakah di mana

et: eh biasa, saya dulu muet dapat band 5 (tiada kaitan)

fandi: kenapa kau cakap macam tu? abe kan orang Melayu...(saja je backup abe kali ini)

anon: anda orang bangi kah

jana said...

ha ha ijai ulasan tentang Alamanda memanglah tersangat betulnya,kalau nak sembahyang pergilah tumpang surau kat arl bowling lagi selesa,toiletnya pergi kat sebelah gsc atau belah atas sebelah nichi bersih sikit,makan kalau nak best kat bowling juga murah and banyak portionnya.parking pula prefer belah selatan,

warta pula tak berapa suka sebab bau tikus kat situ,pernah nak beli barang kat supermarketnya tikus melintas kat laintai,eewww.

Cik Faridah Huda said...

Sunway Pyramid didominasi oleh Negro gamaknya atau pun lelaki berbulu dada banyak...may be from Iran..turkistan...n etc...tapi mereka suka buat2 ramah ingin ambel gambar bersama....so rakan2 jangan terpedaya!

nana said...

MBO Ampang (Galaxy Ampang) banyak artis. Dengar dari sumber, dulu-dulu Linda Onn dan Fahrin Ahmad pun kantoi tgk wayang di sini.

Galaxy Ampang ni sebenarnya bangunan 'hidup segan, mati tak mahu', yang hidup kat sini mmg MBO je.

z a t i said...

alamanda didominasi org melayu tak tinggal semayang pergi dekef tgk time maghrib org indon dan beberapa ketul melayu je semayang *tunjuk diri sendiri*

jana said...

Great Estern Mall di Ampang senang jumpa banyak artis and ahli koprat yang kita admire kejayaannya,banyak tempat makan,kedai-kedainya agak mahal ,artis suka pergi situ mungkin macam privacy sikit kot disitu ,banyak mat salleh je kat situ,indon pun banyak tapi macam indon yang kaya je

Anonymous said...

ahaa.. aku rase faktor Alamanda masih tselamat lagi dari warganegara luar adelah sebab takde pengangkutan awam sgt nk bawak anda ke sana.. Tapi kalau gi Alamanda malam2 slalu jugak la tserempak dengan mat Arab. Mines pon aku tgk balance la juge.. Disamping rempit, Kadang2 tu Arab pon rmai.. yela dekat dgn UPM.



-megan musang

Mohamad Faizal said...

faridah: ambil gambar bersama? patutlah last week kat pyramid ramai perempuan kulit hitam sibuk nak bergambar dengan aku

nana: kat ampang point ada apa? aku dengar noorkumalasari duduk kat ampang

zati: hilang pahala semayang kau sebab riak

kak jana: saya pernah jumpa 'Dr' Fazley kat Midvalley tengah beli kaset sendiri

megan: kat mines orang Arab jakun main salji kat Mines Wonderland

nana said...

aah, noor kumalasari duduk tmn putra sulaiman, ampang.

selalu nmpk dia kat kedai makan. ijai, kau minat dia ke?

mijie said...

Kalu kat Kompleks Campbell yang ramai adalah peniaga...Pengunjung tadak...huhu...

Krista said...

alamanda didominasi org melayu tak tinggal semayang pergi dekef tgk time maghrib org indon dan beberapa ketul melayu je semayang *tunjuk diri sendiri*

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...