Monday, March 1, 2010

Lawatan Sambil Berjudi di Genting


Pada hari Sabtu yang lalu, saya dan rakan-rakan sepejabat telah pergi berjudi di Genting Highlands. Bagi mengelakkan saya dituduh racist, saya dengan berat hati menyertai rombongan perjudian ini. Mengapa berat hati? Kerana saya mudah pening, takut ketinggian dan berkolestrol tinggi. Saya tidak boleh naik kenderaan awam kerana saya akan muntah. Naik komuter pun dah mabuk inikan pula nak naik bas dan kereta kabel. Sudah pasti saya tidak akan mempamerkan gambar ketika saya mabuk. Mabuk cinta bolehla hik hik (jenaka gedik sambilan). Lagipun aku sudah lama tidak pergi Genting kali terakhir aku pergi pun semasa aku belum sunat. Sudah, sila klik Read More untuk melihat gambar-gambar perjudian kami.

Kami bertolak dari One Utama pada pukul 8 pagi dan tiba di kaki Gunung Genting pada pukul 9 pagi. Tiket bas pergi balik berharga RM41, berserta tiket kereta kabel dan tiket Outdoor Park. Sepanjang perjalanan, aku sebenarnya sudah beberapa kali muntah tetapi aku telan kembali muntah aku bagi menjaga imej kental aku di hadapan rakan-rakan sepejabat. Lagipun aku tak sarapan lagi so dapatla aku mengalas perut sedikit.


Cabaran kedua aku ialah menaiki kereta kabel. Aku anggap ini sebagai persediaan aku mengatasi 'fear of height' aku untuk menyertai the Amazing Race Asia musim ke-4 nanti bersama Adam. I will never let you down Adam. Berbekalkan minyak cap kapak yang disapu di dahi dan nipple, aku begitu tabah menutup mata sepanjang perjalanan kerana takutkan ketinggian.


Oh yeah. Sampai juga aku ke puncak. Aku dah bercadang dah nak naik ride-ride yang ekstrim seperti Cockscrew dan Solero Shit, tetapi malangnya cuaca buruk tak boleh naik. (tipu, habaq jela takdak teluq). Tak mengapa, kita posing dulu. Hiarkhh!


Alah kalau aku nak main pun queue dia panjang nak arwah. Lagipun jadual kami padat tiada masa untuk beratur lama-lama. Ride yang aku berani naik dan pasti tidak muntah adalah Pirate's Train (barbie dia tak on suis so hantu semua tak keluar), Bumper Boat dan Roller coaster Naga.


"AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!" jerit aku dalam nada arbok akibat ketakutan.


Korang pernah rasa sup ular tak? Rasa ular lebih kurang macam ayam je, cuma daging dia berlendir. Eii geli geleman mak uols.


Secara keseluruhannya, saya berasa gembira dapat bermanja dengan rakan sepejabat walaupun ada beberapa orang daripada mereka yang telah membelot Maikrosof dengan menyertai syarikat yang biasa-biasa je. Terima kasih Jabez Jeyaraj (blacker than me, haha), Fauzi Rentah (muka macam cina tu, cute tak?), Rozamzalina Karim (kaulah gadis idaman Bazlur), Dilip Velasamy, Susan Abraham, Komathi Balasubramaniam, Clifford Sanjeevi, Ramaesh Balasubramaniam, Ramu Moorthy, Nalini Tataunakeja. By the way sila ganti perkataan judi dengan cuti di dalam entri ini. Gila kau berjudi kan berdosa. Tapi aku mengakula yang aku tak semayang zohor, sama seperti kebanyakan umat Islam lain yang datang ke Genting ni.


Jika anda ingin menyetalk kami dengan lebih lanjut, sila layari laman Fesbuk saya:
http://www.facebook.com/album.php?aid=162252&id=628280825&l=0875ac1547

Sesetengah gambar ihsan Fauzi Rentah.



17 comments:

Anonymous said...

Pegi tak cakap!kalau tak, boleh aku kirim beli teh,strawberry,kobis bunga,capsicum dan bunga ros sedozen!


-brad the kusha pitt-

Anonymous said...

wahh ijai bile mase ko stat bjln smbl pgg tgn ni??klo jamil yela tgh duduk pon tgn isteri di pahanya hahaha..

-fandi-

Anonymous said...

akak dgr cerita ada org tu mabuk teruk..serupa dgn kes di Tanah Abang

-kak mona-

Mohamad Faizal said...

kusha: haha bro kau kena ejas verifikasi komen di blog kau tak boleh nak komen doo

fandi: mana ada. ilusi optik je tu. takpun mata kau yang kero

kak mona: saya bukan mabuk saya kena buatan orang

Anonymous said...

kalau mata ak kero ak tak ckp pgg tgn..myb pegang 'pen' kau ak ckp hahaha..

-fandi-

QilahLala said...

i suka gambar u n datillah yg last tu.. comel mak aihh!!

Anonymous said...

suka tgk gbr encik faizal dan kekasih tuh..comel betul..

anon

Anonymous said...

rupa cina adalah kegemaran ikram

adam

Mohamad Faizal said...

fandi: astaghfirullahalazim. kau macam tak belajar apa2 je dari kursus kahwin tempohari

lala: ya saya akui kecomelannya

anon: thanks. jangan pergi print dan tampal di bilik air pulak ya

adam: tulah nasib baik kau takde adik perempuan hee hee

nana said...

gambar2 semua hebat. eh, gambar kau semua comel, ijai, terutamanya yg kat bas tu.

Anonymous said...

jgn salahkan ak..mmg penceramah kursus kawen itu xde mende laen nk ckp..semua yg memberangsangkan shj hahaha..

p/s: abe sudah tahu ke kumpulan jemaah perang kita akan adakan lawatan tuk bergumbira??

-fandi-

z a t i said...

cute. (tiba2 jawab soalan selitan perenggan ke-6).

ha weh kusha blog kau dh tkleh komen ingt bagus la guna layout buat aku refresh 3 kali ingt salah klik.

Mohamad Faizal said...

nana: ya, memang ramai orang tuduh aku comel

fandi: abe takde yak kau yak la dia secara fizikal

zati: no telefon dia 0134426078

Anonymous said...

kejap, genting berapa marhalah aa?



-megan musang

Mohamad Faizal said...

tak cukup 2 marhalah

applepink said...

so swiittt en.ijai wif kekaseh ati :)

jaybez said...

awesome trip:)we really had fun
ooh yeah..thanks for the comment again you racist bangla

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...