Tuesday, March 16, 2010

Selebriti-Selebriti Yang Tinggal di Bangi

Bandar Baru Bangi merupakan bandar yang paling kool sekali di Asia Tenggara ini mengikut bancian yang dijalankan oleh akhbar Harakah baru-baru ini. Atas sebab itulah harga rumah dan tanah di Bangi semakin tinggi kerana orang ramai berpusu-pusu hendak tinggal di Bangi. Sana sini kita boleh nampak projek kondominium mewah didirikan, kompleks membeli belah bertaraf Pavilion sedang dibina serta bilangan kedai kopi yang bertambah pesat bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan (ayat karangan SPM).

Para artis dan selebriti terkenal turut menjadikan Bangi sebagai tempat tinggal mereka kerana mereka mendapat privasi yang secukupnya di Bangi. Nak pergi Warta pakai boxer ke kaftan ke kain kapan pun orang tak kisah. Sila klik Read More untuk mengenali selebriti-selebriti yang popular ataupun sekadar berlagak popular yang tinggal di Bangi.

1) Rosyam Nor

Rosyam Nor ialah pelakon Melayu termantap kerana boleh membawakan apa saja watak seperti watak Mat Rempit 80an yang menaiki motor scrambler ataupun perogol bersiri. Rosyam Nor memiliki sebuah rumah di seksyen 3 tambahan (Bangi Perdana). Saksi sering mengatakan yang dia selalu menghantar anaknya ke sekolah dengan menaiki motor besar. Jika anda seorang paparazi, waktu yang paling sesuai untuk menyetalk Rosyam Nor adalah ketika dia mengisi minyak full tank di Petronas setiap petang Ahad selepas dia selesai menunaikan solat Maghrib berjemaah di surau berhampiran. Jika anda bernasib baik, anda mungkin dapat berjumpa adik-adik Rosyam Nor iaitu Adibah Noor dan Malek Noor yang datang melawat untuk meminjam wang.

2) Mawi dan Ekin

Mawi dan Ekin menyewa di rumah lama Ikram di Bangi Golf Resort. Ekin dulu-dulu dia menganggur je tapi setelah dikecam oleh pihak media yang menuduhnya sekadar mengikis harta Mawi, dia kini bekerja sebagai patung display di kedai tudung Ariani kat sebelah Al-Ikhsan.

3) Harun Din


Harun Din duduk di Bangi sebelum aku lahir lagi. Rumah dia Darul Syifa di seksyen 1 hari-hari dikunjungi oleh orang yang kena santau ataupun suami yang terkena penangan nasi kangkang. Namun begitu peluang anda untuk bertemu Harun Din secara live di sana adalah tipis kerana dia sibuk mengendalikan kes-kes yang lebih besar seperti membantu Sam dan Dean menentang iblyss laknatullah ataupun menjadi penasihat kepada Olivia Dunham dalam menyelesaikan kes misterinya. Oh laporan yang mengatakan Din Beramboi dan Den Wahab merupakan saudara bau-bau bacang Harun Din adalah tidak benar sama sekali.

4) Cat Farish

Cat Farish tinggal di seksyen 2 Bandar Baru Bangi. Setelah disingkir daripada Ruffedge akibat masalah berat badan, Cat telah membuat kedai kopi yang diberi nama 'KopiCat' di Bangi Perdana. Namun begitu kedai itu hanya bertahan selama beberapa bulan sahaja kerana Cat terlalu baik membelanja peminatnya minum sehingga muflis. Faktor saingan daripada Kopitiam Kawan juga turut menjadi punca bisnes kopinya gagal.


gambar ihsan allaboutmeandmejustme.blogspot.com

5) Ezzah Aziz Fawzy

Setelah diberhentikan daripada TV3 kerana lanjut usia, Ezzah Aziz Fawzy kini beralih ke bidang bisnes. Kopitiam Kawan celaka itu kedai dialah. Aku tiada masalah dengan Ezzah tapi kami kanak-kanak Bangi memang anti terhadap seorang pakcik bapuk yang berlagak tauke. Anda boleh baca entri ini jika ingin tahu mengapa kami benci kedai dia. Ezzah tinggal di seksyen 3, seberang rumah Ikram.


Gambar ihsan sajionline.com.my

Selain itu, terdapat juga selebriti-selebriti yang tidak dihiraukan sangat dan tidak selalu keluar surat khabar seperti Dira (Khaidirah budak kelas aku), Ainul Aisyah (punca rumahtangga Apai 'bergoyang' hee hee) serta Faizal Rosly. Walaupun mereka tidak dipedulikan sangat, tapi still banggalah sebab sama-sama orang Bangi.

Bagaimana? Best bukan Bangi? Terasa nak pindah Bangi bukan walaupun korang tahu aku banyak exaggerate sahaja dengan penulisan aku di atas? Well jika korang ada berjiran dengan artis, silalah kongsi bersama.



14 comments:

astute said...

mawi n ekin tak jemput ke ms derang buat house-warming dulu? kau dgn team bangi ngn glamer nak arwah..heheh

dekat ampang pun ramai artis jugak. tapi tak sempat plak aku nak siasat berapa ramai.antara yg aku selalu nampak linda on (minah ni aku menyampah bile dia start gaduh dgn fahrin, arwah shukery hashim, elly suriati (skrg tgh hangat gaduh dgn erma), budak2 AF ramai...ade yg aku igt muka, tapi nama...HARAM!!! hehehhe

yusuf mujahidin ™ said...

ceh..aku tk stuju lgsung...haha

couchpotato said...

aku berjiran ngan leez af tapi aku takkan tahu sampai aku mati kalau kenduri kawen akak dia tak dibuat di jalan marmar 1 taman melewar gombak sekitar tahun lepas. aku x g pun cuma terengsa yang amat dengan nyanyian sumbing mereka yang telah mengacau tido petang aku. sekian terimakaseh.

couchpotato

Anonymous said...

wah...saya tgk dekat2 bangi so kita berjiran lah kan..haa saya nak ddk bangi gak lah lps nh..nmpk aman permai je..melayu ramai kan..bestnyaa..(racist:p)..

jiran

Mohamad Faizal said...

astute: team fahrin ke haa haa.

yusuf: alah kau cemburu sebab kau tak berjiran dengan aku

couchpotato: ala aku tak kenal leez yang mana satu la...tapi blakang rumah aku ada sorang pelakon lupa pulak nama dia tolong ingatkan please

jiran: duduk ah sebelah rumah saya rumah itu untuk disewa

O Ena O said...

faizal rosly? sape ni ek? die ni selebriti mane weh? seyes aku jarang tau cite psl die neih :P

nana said...

ampang byk gak selebriti. tapi aku tak tau umah dorg kat ne. pegi carrefour ampang, tesco ampang selalu je nmpk selebriti.(sama je miskin dgn aku, shopping kat tempat camni)

safura dan suaminya sahrolnizam tu, umah diorg dekat2 dgn sekolah yg ada kat taman umah aku.

mustapha kamal, saleh yaacob, johan jozan, rosnah johari, noor kumalasari, pun tinggal dlm ampang di area yg tidak diketahui.

yang berkeliaran di ampang, saja nak cari publisiti pun ramai juga.

Noraishikin Mohd Salleh said...

kau kalau bab ezejerit mmg pandai giler..hahahahaha...dira tu bdk klas kau ke? aku mmg minat artis yg faizal rosly al-kacaki tuh...aku penah pegi umah dia, raya tahun lepas...heheheh...nak sign

btw, byk umah artis dekat ngan umah ikram...adakah ikram juga artis?hehehhehe

Anonymous said...

HO! utk Bangi~!
sebnarnye ade lagi selebriti dok bangi.. Imad (pnyanyi nasyid arab tu) bulan2 Ramadhan kang ade la blk lagu dia dimainkan.. lepas tu komposer Adnan Abu Hasan.. dok bangi jugaaa.. rmai gak la anak2 artis ni skola kt j3 tu..bgs la tu tnteram je nk blaja.. bdak2 x bz bodi haha

-megan musang

Anonymous said...

siyes mawi ngn ekin sewa umah ikram?

kwn anon suwit

Mohamad Faizal said...

ena: dia kat sini memang tak fofuler sangat. tapi kat Brunei dia memang artis no 2

nana: aku rasa macam aku pernah jumpa nana af tengah mandi manda kat bukit belacan...or maybe muka pendatang yang lebih kurang sama

cikin: Kepada noraishikin, dengarlah cakap suami - Faizal (autograph online)

btw ikram bukan artis, tapi dia lebih kaya daripada artis

megan: imad duduk mana? kenapa dia dah tak keluar album

kwn anon: tidak seriyes. hanya duduk berhampiran rumah ikram

Nur Su'aidah Bachok said...

zamarul hisyan ko taruk pulak... haiyaaa~

syg bangi said...

bile mase lak ezzah diberhentikan sbb lanjut usia? dye skg blakang tabir dow..producer..still ngn tv3..suke hati kau saja kan.

Anonymous said...

baru bace entry nih.ainul aishah membuatkan rumahtangga apai goyang?..statement saje usik usik apai ke tu?

anon acson

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...