Wednesday, March 3, 2010

Tanda-tanda Anda Sedang Mabuk Asmara

Bagaimana kita hendak tahu tanda-tanda kita sedang dilamun cinta? Selain daripada tanda-tanda yang obvious seperti hati berdebar-debar dan darah gemuruh apabila mata bertentang mata, ada banyak lagi tanda-tanda kecil yang kita tidak sedari. Di sini saya ingin berkongsi tips-tips untuk mengetahui adakah kita ini benar-benar sedang dilamun cinta ataupun sekadar terkena penangan nasi kangkang jiran. Majalah Cleo pun tak beri korang maklumat sebegini. Sila klik Read More untuk mengetahui adakah benar apa yang dirasai itu cinta.

1) Sekeras-keras anda, tak kiralah anda mengaku rok and roll sembah syaitan semua, tatkala anda dilamun cinta, anda secara automatik akan mula mendengar lagu-lagu tangkap leleh ciptaan Eddie Hamid ataupun Saari Amri. Ataupun sebarang lagu daripada band Melayu yang bermula dengan huruf S contohnya Spring, Scoin, Sting, Spoon, Slam dan Spin. Ringtone anda pulak guna lagu Elite 'Manisnya Senyumanmu'. Mataaaa bertentang mataaa adaaakah kau terasaaa cinta kian bermekar di haaati kitaa (atau lagu-lagu yang seumpama dengannya).

2) Anda tidak berminat lagi hendak menonton pornografi kerana anda sentiasa terbayangkan si dia 24 jam sehari. Yelah tak manisla jika anda membayangkan gadis/jejaka idaman anda berlakon pornografi.

3) Anda secara automatik akan menjadi stalker. Bukak Fesbuk orang yang anda suka untuk melihat status perhubungan. Tengok status kalau dia tulis 'I'm going to McD now!' anda pun pura-purala pergi makan kat McD dengan harapan boleh buat-buat terlanggar untuk mulakan perbualan. Lepastu siap print gambar untuk diletakkan di sebelah kad pengenalan anda. Gila stalker anda ni.

4) Hati berdebar sebenarnya terlalu umum. Jika anda benar-benar sedang angau, mungkin berlaku pergerakan di dalam seluar terus akibat terlalu banyak hormon cinta yang dikeluarkan. Najis mutawasitoh tu.

5) Anda mula menggunakan applikasi Love Calculator ataupun membuat teknik pangkah-pangkah nama pasangan untuk melihat peratusan cinta anda. Kalau keputusan tidak baik, anda akan memanipulasi data seperti letak nama bapa dulu ataupun gunakan nama samaran bagi mendapat keputusan cinta yang ulung.

6) Kenyataan 'makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah' sebenarnya tidak tepat bagi menggambarkan yang kita sedang dilamun cinta. Analogi yang lebih tepat dan relevan untuk digunakan apabila kita dengan dibuai perasaan adalah 'makan kenyang sehingga tertidur, tidur sehingga mimpi basah, dan mandi wajib mesti membasahkan diri ke seluruh badan'. What the what?? Ok point ini memang tidak masuk akal aku sekadar menaip tanpa berfikir panjang.

7) Anda cuba relate apa yang anda tonton di pawagam itu sebenarnya kisah hidup anda. Contohnya, anda secara tiba-tiba membayangkan yang anda ini Ben Affleck dalam cerita Pearl Harbor (lagu background There You'll Be) ataupun Mandy Moore dalam A Walk To Remember (minus part meninggal dunia).

8) SEMUA benda membayangkan anda tentang orang yang anda cintai. Contohnya bucu katil pun korang boleh anggap macam siku gadis anda, bulu karpet di lantai terasa seperti bulu dada jejaka anda. Paling tak boleh terima jika korang perasan muka boifren korang iras-iras Farid Kamil.

9) Anda secara tiba-tiba menjadi kreatif dan berseni dan handal membuat sajak cinta walaupun sekadar mendapat B3 dalam peperiksaan SPM. Contoh sajak cinta yang sweet tetapi menjijikkan bagi orang yang berhati keras:

Irfani,
Kulitmu gelap bak buntut kuali,
Nafasmu buatku lena diulit mimpi,
Tawamu riang umpama lagu,
Permaisuri kau bertakhta di kalbu,
Ingin ku seluk tanganku ke bajumu,
Dengan kasih sayang bukannya nafsu,
Akan ku nantimu di pintu syurga,
Jangan tinggal solat nanti masuk neraka.

Dari teman lelakimu,
Rashidi

Maka jika anda mengalami simptom-simptom di atas, sah anda sebenarnya sedang dilamun cinta, bukannya demam panas seperti yang doktor kata. Anyway, kalian bagaimana? Kongsilah perasaan cinta anda bersama.



20 comments:

faramira said...

tgn tergetar2 cm ade penyakit parkinson bile bersue mke..
huuuu....

Anonymous said...

erh!down gilaaaa rase umor begini(muda setahun dari kauuuu jai) namun masih belum dilamun cinta!kau neh jai,gua mmg sdg stres mlm ini,mempikir tntg hal ini.kau pula bukak topik sperti ayuh bercinta neh.huishhhhh *mentitis air mata*

~ anon salu komen,namun arineh mls tuliss nama samaran sepeti selalu~

yusuf mujahidin ™ said...

Dr. Jai, cmne kalo dilamun cinta tp tkde rs pape pn ek?

enuLwanie said...

bab lagu jiwang tu memang kena la.

sy dpt lagu spring - sejiwa dr ex sy.
perghhh, punye nk sehidup semati.
last2, lost contact cmtu je!

hampehhhh

Noraishikin Mohd Salleh said...

weh, farid kamil slow aket na....

aina hazuani said...

no 4 itu benar. hahahaha

Mohamad Faizal said...

faramira: mungkin parkinson betul2 baik pergi buat rawatan lanjut

anon: bersabarlah saat indah kan menjelma jua

yusuf: mana boleh tak rasa apape. jika tak rasa apapa mungkin badan kita sebenarnya lumpuh

enulwanie: balas balik lagu Spring 'Asmara Palsu'

cikinto: alah kalau dia muncul depan kau bawak baucer membeli belah kau pasti berbunga2 jugak

aina: itu untuk lelaki sajalah. pernah experience ke hua hua hee

O Ena O said...

ni pandangan peribadi aku..
ijai: ko di lamun cintee kt awek ko mcm ni ye ijai..ooo mcm ni gaye ko angooo yee..:p

alamak ade keje..kang aku sambg komen

Cik Faridah Huda said...

hadeiiihhhh.....
kadar denyutan jantung aku dijangka luar biasa la ijai setiap kali nak coll manusia yang aku suka tuh...*pndgn scr rambang..hik..hik..

nana said...

yg no 5 tu masa sekolah rendah penah buat, potong2 huruf nak dapat peratus keputusan cinta yang ulung.
wah, terbaekk la ijai.

hahaha.

jana said...

Ijai kak jana lagu-lagu kumpulan yang bermula dari huruf "S" tu,kak jana allergic sikit,kak jana gelar lagu-lagu mereka lagu "Lemau".kalau keluar kat radio perjalanan yang dekat pun boleh rasa jauh.Ijai tengok cerita A walk To Remember,wah romantiknya

Shima Ibrahim said...

Fuhh 'A Walk To Remember' tu mmg legend la wei! Pas tu 'The Notebook', & 'P.S I Love You'. Cikinto tu mmg gile kt Farid Kamil tu, x yah voucher membeli belah pon x pe.. :P

~ ( LayDee_N ) ~ said...

best giler laa topik ni.. *baik x kantoi dgn boss gelak sorg2 dlm ofis ni*
blom lg masuk part tsengih sorg2... lg bengong.

astute said...

saya pernah sampai tercampak handbag ms 1st time jmpe ngn bf. pergh!!! malu tahap petala kelapan! sumpah lps tu rs mcm nk menangis kuat2. ni kes berdebar tahap dewa!

aina hazuani said...

pengalaman bersama lelaki lah maksudnya. hee :P

Mohamad Faizal said...

ena: tidaklah semua sama kerana mostly fantasi aku sahaja heee

faridah: miskol je sudah takdela gugup sangat

nana: sekarang bagaimana sedang bercinta dengan cinta ulung itukah

kak jana: semua lelaki tonton a walk to remember, diorang segan nak mengaku je

shima: dia betul2 fanatik farid ke? haa haa sori cikinto aku tak berniat nak mengeji jejaka fantasi anda

laydee n: takpe esok ajak boss baca sama-sama

astute: beg hinggap lelaki itukah? memang eksaited habis tuh

aina: wahh daring uols

Noraishikin Mohd Salleh said...

hahahaha...agak giler jugak la...dia lalu je depan mata aku, bederau beb :p

astute said...

tercampak jatuh ke lantai. mmg nasib dia baik tak kena handbagyg dah mcm pocket doraemon tuh. kalau tak, taubat lps tu dia dah tak mau dating.

anyways, no 1 mmg kena dgn sy. tapi takde la layan lagu2 kumpulan S. sebelum ni jrg layan lagu melayu, tapi bile ade bf, tetiba boleh suka lagu achik n nana.heheh. gedix!

usik mengusikkk, semakin lamaaa menjadi rinduuu (gila jiwang!)

tapi skrg dah takde bf! sighhhh

Anonymous said...

hahah yang Love Calculator tuu cm pnah jugak laa..hik3 *malu*
Analogi kau tu walaupun merepek tapi mcm masuk akal la jgak hahaha.. and sajak u skali lagi i laik la nyah~


-megan musang

nana said...

ijai:
tak la. ntah mana skandal2 lama.
aku dengar, salah sorang dr org yg aku duk buat potong2 nama tu, dah berubah menjadi lelaki lembut.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...