Monday, March 8, 2010

Tanda-Tanda Anda Seorang Anak Mama

Apa itu anak mama? Anak mama adalah insan yang mengharapkan mamanya dalam semua aspek; ataupun dalam kata lainnya, sissy. Anak mami pula adalah filem arahan Prof Razak Mohaideen. Anna Kournikova pula adalah pemain tenis yang tak tahu main tenis tapi agak hangat. Ana Raffali pula apasal bergambar untuk blog Zati. Ok agak-agak dah panjang intro aku ni melebihi beberapa baris, so kita bolehla klik Read More untuk mengetahui adakah diri kita ini merupakan Anak Mama.

1) Anda panggil ibu anda dengan panggilan mama. Duh? Orang yang panggil ibu dia dengan panggilan mak selalunya lebih keras dan boleh berdikari. Orang yang menggemari ibu matang pula digelar milf hunter.

2) Mama anda yang menghantar kereta anda untuk diservis kerana anda seorang yang buta kereta dan mudah ditipu mekanik. Gila kalau mekanik tanya aku nak pakai minyak apa mau aku hanya tahu jawab 'Minyak yang berkualiti' sebab taknak nampak bodoh di hadapan mekanik.

3) Anda langsung tidak menghiraukan bebelan mama anda yang menyuruh anda mengemas bilik, membasuh pinggan serta menyiram pokok bunga kerana anda tahu; in the end, mama anda juga yang akan buat semua benda itu.

4) Anda sanggup tidak keluar makan malam kerana anda memang pemalas nak arwah. Namun begitu anda tahu anda tidak akan kelaparan kerana mama anda akan memesan Dominos Pizzaaaaa one three hundred tripppple eight tripppple three (menyanyi).

5) Ketika demam, anda pergi ke klinik ditemani oleh mama anda. Mungkin untuk mengambil kesempatan menggunakan khidmat panel majikan mama anda.

6) Anda tidak boleh berjauhan dengan mama anda. Satu contoh yang boleh diaplikasikan adalah; anda mendapat tawaran bersekolah di MRSM Taiping, tapi anda pulang bersekolah di Bangi. Lepas tu dapat tawaran belajar di Kolej Matrikulasi Melaka, tapi pulang ke matriks Bangi. Kemudian dapat peluang belajar ke luar negeri, eh kat UKM pun jadilah, dekat je dengan rumah. Lepas tu sepatutnya posting gigi di Johor, dah pergi interview dahhh, last-last minit mendapat 'offer' untuk bekerja di HUKM. Kalau boleh nak apply kat Klinik Pergigian Lisa Alis. Lepas tu lepas kahwin nanti cadangnya nak buat rumah kat padang depan rumah mama dia je.

7) Cakap kat mama nak TV LCD Full HD 42 inci, dapat TV LCD Full HD 42 inci. Minta kat mama iphone, dapat iphone. Habaq kat mama nak PS3, ok yang ni tak dapat lagi.

8) Apabila bercakap dengan mama anda, suara anda tiba-tiba bertukar menjadi gedik ataupun bersuara Nobita. Orang yang dengar pun rasa menyampah dan terasa seperti hendak berbaring di landasan komuter.

9) Ada ringtone khas apabila mama dia telefon, serta jadikan gambar mama dia sebagai wallpaper lagi di telefon bimbit. Paling ekstrim, ada tatu gambar mama dia di lengan ataupun gambar polaroid yang ditampal jika tak cukup berani hendak bertatu.

10) Ada pihak yang menelefon anda, menawarkan anda khidmat insurans nyawa, ada yang menyuruh anda memperbaharui langganan majalah Anjung Seri. Namun jawapan anda kepada mereka sama sahaja, "Tanya mama saya".

Ok aku 60% anak mama berdasarkan contoh di atas dan aku tidak aib dengan status itu. Korang pun anak mama jugakah? Ala toksah nak berlagak gagah kita semua memang anak mama.



17 comments:

enuLwanie said...

saya anak umi.

hehehe...

yusuf mujahidin ™ said...

aku anak mak...hehe

shogunn_general said...

hahaha no.6 tu aku kenal sape...

btw aku rasa aku anak mak jugak kot, kalo nak ikut no.2 tu..aku xtau nak kata apa kalo mekanik kereta tanya macam2 hehe...

z a t i said...

haha. tkde la. ana tu kawan aku la.

ok je anak mak ke anak ikan ke cumanya bab kau suruh mak kau pergi servis kereta kau tu aku mcm ada tak puas hati sikit.

Shima Ibrahim said...

jai, xde maknenye ko 60% anak mama. aku rase 90% ade kot. mase kt olympia dolu2, sape bt sandwich utk ko bwk gi opis? hehe

Anonymous said...

Jai...aku rase dlm byk2 kwn aku...ko lah yg paling anak mama skali...bkn 90% lg...lebey dr tu...

By definition aku...kalo ko dipotong2 cm kek...pecahan nye cm ni ar lebey kurang nye...

92% anak mama
3% berasa diri sendiri kacak
2% die hard liver
1% bapak kucing sepenuh masa
1% peminat dunia seni (terutama area ke'porno'an)
1% gay

faramira said...

anak mama juge!
x pernah masuk asrama dlu.
mse kat KMPK due mgg skali balik umah kalo boley nk tiap2 mgg..
masuk U lak minx yg dekat2 je.
seb baek dpt UKM KL.
bertambah2 la sbb nk balik umah tiap2 mgg.kalo boley nk balik tiap2 ari.

Idlan said...

Naqqib, No 6 tu abang kawan kau lah haha. Aku dengar cerita, orang suruh buat Masters kat London, dia nak gi UM ajer hahaha.

Mohamad Faizal said...

enulwanie: ummiiiiii ummiiiiiiiii (tiba-tiba menyanyi)

yusuf: tak kira, jika anda masih melakukan salah satu daripada perkara di atas, anda masih anak mama

naqqib: mekanik2 sebenarnya hanya mengambil kesempatan di atas kejahilan kita. nasib baik mama ada

zati: alah itu masa zaman aku remaja. sekarang aku tinggal kunci dekat kedai proton dekat rumah aku je

shima: ezsqueeze me, sandwich tu kau dan cikin pau daripada aku jugak kannnn

anon: ala kalau kawan aku tulis nama la macam mana aku nak counter kutuk, especially pasal 1% porn tuh

faramira: takpa, tidak salah menjadi anak mama. high 5!

akak abe: dia tak mahu pergi UM, dia nak stadi sendiri kat rumah agar tidak perlu berjauhan

astute said...

aku panggil mak. so, aku mmg kental. heheh. perasan! tapi benar, sume menda aku kena buat sendiri. dari form 1 sampi ke buat degree, duk hostel.

sakit demam, tanggung sendiri.pegi mn2, drive sendiri.

aku rs sbb adik beradik aku ramai. 9 org sehhhh. mn mak aku sempat nk cover sume. kalau sume buat fiil mcm ijai, mau pengsan mak aku. ngehngehngeh

astute said...
This comment has been removed by the author.
nana said...

aku kakak besar dari 8 adik beradik. nak manja dgn mak mesti mak tak layan punya.

huhuhu.

Noraishikin Mohd Salleh said...

sandwich tu sedap jai..aku stuju ngan cima...ko mmg anak mama :)

aku anak mak - ganas sket :p

rindu plak mee kari mama kau -> bodek! hahahahha

Anonymous said...

saya anak mommy..hehe..saya dulu mmg skolah semua dekat2 je..start berjauhan dr family bila msk matriks kuala pilah..syahdu betul.pastuh dah boleh berdikari..skarang pon blajar oversea lagilah jauh dr mak.bila balik m'sia jadi anak mommy semula..manja2 baliklah kan;)

anak mommy

astute said...

anak mak - berdikari

anak mama - berdigulai

et said...

oke jugak anak mama.tapi,biar ah berpada2.huhu.

Mohamad Faizal said...

astute: gila ramai adik beradik. aku anak tunggal dah begini jika ada 9 bagaimana pula

nana: gila ramai adik beradik. aku anak tunggal dah begini jika ada 8 bagaimana pula

cikin: kau memang ganas cikin selalu maki pengguna p1 wimax haa haa

anak mommy: jangan lupa miskol mommy sekali sekala di tanah air

et: takpa. mak kita suka sebenarnya jika kita mengada2

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...