Thursday, March 18, 2010

Temubual Dengan Ijaicool

Siapa ijaicool? Betul ke dia seorang artis? Apasal tak pernah dengar nama dia? Apasal tak pernah nampak gosip dia didedahkan di ohartis.com? Apasal tak pernah nampak gambar separuh bogel di tepi kolam dia di dalam majalah Mangga? Ijaicool ataupun nama Islamnya Faizal Rosly mungkin tidak dikenali ramai di Malaysia, namun begitu beliau amat popular di negara Brunei dan beberapa kawasan di Jawa. Wajah beliau sering dijadikan modal dalam fantasi terlarang gadis-gadis mahupun arbok. Lagu-lagunya pula sungguh memberi inspirasi sehingga dijadikan sebagai lagu rasmi beberapa buah sekolah memandu di sana. Anda cukup bertuah kerana hari ini anda akan ditontonkan dengan sebuah video temubual bersama ijaicool yang dirakam beberapa tahun yang lalu. Jika anda bijak, anda akan mencetak rompak video ini dan menjualnya di pasar tani yang berdekatan kerana video ini amat 'rare' dan sukar diperolehi. Ayuh kita klik Read More untuk sesi temubual bersama ijaicool.



Too bad ah kalau ofis korang atau bibik korang menghalang penggunaaan Youtube di pejabat atau di rumah. Tapi sebab ijaicool ni memang kool, anda boleh muat turun video ini di sini. Ayuh download sebelum link itu mencapai ejakulasi pramatang.

Jika ada sebarang persoalan tentang karier/kehidupan sosial yang hendak ditanyakan kepada ijaicool, silalah nyatakan di ruangan komen dan persoalan anda mungkin akan terjawab dalam sesi temubual akan datang.

ps3: kredit kepada group nana/tapa yang menjadikan aku sebagai aktor utama projek multimedia mereka. Tanpa aku, korang pasti dapat gred C dalam subjek Multimedia System Design.



14 comments:

O Ena O said...

entri ni menjawab persoalan aku ke sape faizal rosly tu erk? ooo skang aku br tau la jai.
aise..ko mcm2 tau je opis aku block u tube...huhuhu :(

astute said...

wargh wargh wargh
gilak kau ijai
tak sangka seh ko gile berani mengata siti sarah. ko baik2, kang tak psl2 mlm ni nenek kebaya (bini raisudin hamzah) dtg carik

Anonymous said...

haha..jahat gila ejek siti sarah..tak baik tau..ciptaan tuhan tuh walau macam pelepah kelapa sekali pun..ish3..eh tapi hidung saya tak macam tuh lah..alhamdulillah:)

anonimi

Noraishikin Mohd Salleh said...

siyut je ayat ko ngutuk si sarah...kau mmg power la intebiu nih..bila nak start belakon drama/filem plak?

Mohamad Faizal said...

ena: yaa tak kenal maka tak beli album. dah kenal carilah kaset saya di kedai muzik di kompleks pertama

astute dan anonimi: alah biasalah tu dunia artis saring tikam-menikam untuk survive

cikinto: aku dah banyak berlakon drama apa, tapi slalula watak orang melintas jalan jela

aina hazuani said...

abg ijai, nak sign! :P

Cik Faridah Huda said...

hohoho...gelak dulu sat..kih3x tanpa henti...

sungguh feeling artis...x sangka idola ijaicool Ramlah Ram....heeee..

Eliza said...

Makin minat aku kat ko weh....

andrew said...

I knw Mr. Ijai Cool as Mr. "Ham Sap Lo" :D

Anonymous said...

camne nak relate rupe bentuk pelepah klape ngan hidung..susahnye
-stalker sejati

Mohamad Faizal said...

aina: Buat Aina, dengarlah cakap ibu bapa - Faizal (autograph online)

faridah: "ku pu ku pu nya cintaaa, ku pu ku pu nya rinduuu". eh kejap, itu bukan lagu ramlah ram....

eliza: haa haa lama tak nampak kak

andrew: yo mou lan yong, i miss u! lama tak nampak pergi naik basikal naik bukit cerakah ke? haa haa

stalker: ala senang je, tengok pelepah kelapa, tengokla hidungnya. or mungkin saya exaggerate

nana said...

asal masuk youtube, kau mesti nak pakai baju tu kan, ijai.

nanti dah glamer, beli baju lain, ok!

nana said...

kau sebut 'r' pelik.

Hernandez said...

Makin minat aku kat ko weh....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...