Friday, March 19, 2010

What's In The Pokok?

Ingatkah kalian dengan pokok Tanduk Rusa mama yang aku hampir tamatkan riwayatnya ketika mama aku pergi haji tempoh hari? Well aku sehingga kini masih berusaha untuk mengembalikan seri kegemilangannya so aku pun menyembur la air mutlak dan kadang-kadang air mutannajis agar pokok itu dapat meneruskan kehidupannya. Tetapi semalam, aku tiba-tiba mendengar bunyi-bunyian aneh yang datang dari pokok itu. Mungkinkah pokok itu cuba berkomunikasi dengan aku? Aku semakin kaget. Terus aku baca ayat hafazan PAFA sebagai pendinding diri. Lalu aku menjerit "HOI POKOK, JIKA KAU BENAR-BENAR INGIN BERKOMUNIKASI, CAKAP MELAYU ATAU INGGERIS LA WOI!". Makcik June jiran sebelah rumah aku yang kebetulan berada di luar rumah, sudah menggeleng-gelengkan kepala melihat tabiat aku.

Tiada respon. Aku memberanikan diri mendekati pokok itu. Cuba teka apa benda yang ada dalam pokok itu sebelum korang klik Read More. Kalau korang teka betul, hadiahkan diri sendiri dengan sebuah MP3 player menggunakan wang sendiri.


Eww makhluk apakah itu??


Rupa-rupanya terdapat 2 ekor anak burung yang dibuang di dalam pokok ini. Mungkin burung itu terbaca surat khabar manusia yang terikut-ikut dengan tabiat kejam manusia yang suka membuang bayi akibat ketelanjuran mereka. Or maybe mak burung itu sedang menyorok di sudut-sudut menunggu masa untuk mematuk aku jika aku mengapa apakan anak dia.

Berdasarkan gred A sains aku dalam PMR, aku rasa ini mungkin burung Enggang setelah melihat anatomi paruh dan warna kulit mereka. Anak-anak burung tu mengeluarkan bunyi macam 'mak!! mak!! cipp cipp mak!!' setelah melihat aku. Gila apa ingat aku mak dia. Tetapi naluri keibuan aku tiba-tiba muncul aku setelah memandang kiri kanan memastikan tiada orang, aku cuba memberi susu badan kepada burung itu.


Aku segera membatalkan niat aku kerana idea aku itu memang tidak masuk akal sekali. Tapi kalau mak dia tak datang susukan anak dia, kembali ke rahmatullah la anak dia nanti. Mengikut penaakulan aku, ini adalah pilihan-pilihan yang boleh aku buat demi masa depan anak-anak burung ini:

1) Sebelum burung ini menjadi bangkai akibat diabaikan, mungkin aku harus tamatkan penderitaan mereka dengan menggoreng mereka untuk dibuat snek petang.

2) Beri mereka makanan kucing bagi meningkatkan peluang mereka untuk survive.

3) Bagi kat Kelly untuk diselesaikan.

Hmm. Help me decide please.



14 comments:

shogunn_general said...

Kelly Clarkson tu kucing ko ke? haha..

mak burung tu ada kot..ntah2 die singgah pasar mini kayathri ambik cebisan2 sabut kelapa untuk dibuat protection sarang tu..

Anonymous said...

Mak burung tu memang ada, dia akan datang beri makan anak2 dia bila tiada orang. Jika berminat boleh tengok anak2 burung yang telah diberanakkan di rumah Jamil tiap2 tahun di link berikut:

http://metalab.uniten.edu.my/~jamaludin/EADII%20Motiv.htm

Apabila sudah besar dan pandai terbang, anak2 burung itu akan terbang.

Mengikut pengalaman, burung2 itu diberanakkan sekitar bulan Mac hingga Mei setiap tahun. Jadi, tahun depan mungkin Jai boleh tengok2 samada ada anak2 burung baru diberanakkan lagi...

yusuf mujahidin ™ said...

aku rs mak dia nk usha ko. kot2 leh jd laki tiri dia...ngahaha

z a t i said...

wah wah. buleh buat sup sarang burung

Anonymous said...

burung xkn dekat ngn anak de klo de nmpk ade org..so,kne keep dstance..klo tak,nti de bia je ank de tak makan..i xperience dat..;)

-anon 902

Mohamad Faizal said...

naqqib: kelly kucing aku yang paling pandai berdikari

anon: Terima kasih. Ayah Jamil kah? Hehe.

yusuf: gila kau sekeji2 aku, aku tak mengamalkan bestiality

zati: weekend ni kot nak buat. jemput datang makan sama zati

anon 902: takpe, saya boleh jaga mereka umpama menjaga burung sendiri. macam tak kena je ayat tu

Anonymous said...

wahh ade anak brg hrtu kite tgk sarang je kan?faizal bek ko bela bley jd burung penghantar informasi antara geng2 bangi nnt terutama abe yg tiada Yak..haha..

ps: jgn tnjk kt abe doh abes die cuci paruh burung tu nanti mcm die cuci gigi org..=P

-fandi-

sI tEDI said...

mak dia akan datang ijai!

nana said...

sape buat sarang tu ijai?
kreatif betul mak burung tu.

kau bawak la pegi klinik haiwan.

Nur Su'aidah Bachok said...

aiyaaa....
salam2.. kawan aku soh bace belog kau, okay ternyata smart. haha.
terbaek wok!! ;D
ko jge burung tu leklok.. hahah

Mohamad Faizal said...

fandi: keji semalam tak datang. sedih dazu tak dapat jumpa kawan untuk kali terakhir dalam masa beberapa tahun

tedi: yaa tadi mak dia ada datang membawa dinner

nana: takde klinik burung di bangi, klinik kucing ada dua

suaidah: siapa kawan kau itu? dia memang smart

Anonymous said...

siape yg hadir smlm faizal??sori la ak ade diner smlm pulang lewat..
dazu slmt pulang ke perantauan balik nnt kte fight bola lg k hehe..

-fandi-

Anonymous said...

alahai fendi...aku pun ade dinner jugak smlm..tapi atas dasar persahabatan ngan dazu,aku datang jugak...pukul 1 pagi beb aku sampai rumah ijai..huhu..


-shuhud-

Anonymous said...

ayark cm da tlmbt je aku komen ni.. agak2 dah bole terbang and bbulu lebat da anak2 burung tu kot skg ni hahah.. tp mcm unusual je srg burung dkt tmpt yg agak rendah.. kalo atas siling tu biasa la gak huhu


-megan musang

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...