Monday, April 19, 2010

Benda-Benda Yang Terabai Dalam Hidup Aku

Fakta: Gadis-gadis sering membeli benda mengikut nafsu, tetapi akhirnya korang tak pakai pun benda yang korang beli tu. Tidak percaya? Ok sila buka almari anda sekarang. Sudah? Ok sekarang lihat di hadapan anda. Baju Forever 21 yang nampak lurah payu tu, mahal tau korang beli tapi tak pernah sarungkan pun. Kasut tumit tinggi Charles & Keith korang tu, Masyaallah sampai 8 pasang beli tapi tak berusik sampai dah ada sarang labah-labah dah. Poin aku di sini adalah untuk menunjukkan yang kita ni banyak membeli barang yang kita tak guna pun. Mula-mula je eksaited lepas tu dipinggirkan. Kaum lelaki pun sama juga sebenarnya, cuma tak seteruk gadis la, hee hee. Ok sila klik Read More kerana aku ingin menunjukkan benda-benda milik aku yang kini semakin terabai.

Benda 1: Set Guitar Hero


Aku beli benda alah ni masa dia mula-mula keluar. Memang tak menyempat-nyempat untuk aku riakkan kat korang. Beli awal-awal pastilah harga dia pun melampau macam harga sebiji burger di konsert Kelly Clarkson nanti. Mula-mula aku mengaku, memang aku lebih banyak mengetuk drum daripada menunaikan solat. Aku memang fit ah sebab hari-hari keluarkan peluh mengikut rentak Everlong. Lepastu tiap-tiap malam menyakitkan testis jiran dengan mengajak kawan-kawan datang bermain.


Namun begitu gambar di atas hanya tinggal kenangan. Mama tak kasi main malam-malam dah. Lagipun CD rosak kami tak boleh main lagu Taylor Swift bosan ah.

Benda 2: Gitar Elektrik


Gitar ini mama aku belikan sebagai hadiah aku dapat 8A 1D dalam Penilaian Menengah Rendah. D tu gred Bahasa Arab aku (tipu). Aku beli dekat kedai Yamaha di Metro Kajang. Orang semua beli Ibanez dengan Fender aku angkat Samick sahaja. Masa tu semua orang minat Kurt Cobain. Minat Kurt Cobain mestilah hisap rokok ataupun boleh bergaya dengan gitar kan. Walaupun aku tak merokok, aku masih mampu bermain lagu Come As You Are dengan Dazu.

Tetapi itu semua hanya tinggal kenangan. Aku dah lupa bagaimana hendak pegang kord A minor. Gitar ini sudah lama tidak berbunyi. Mau dekat 2 tahun kot aku tak cucuk di speaker Logitech aku. Tali dah berkarat, badan pun berdaki. Siapa nak beli aku jual Rm x00 je.

Benda 3: Kibod


Mungkin aku ni dulu bercita-cita hendak menjadi pemuzik jalanan, itu yang semua benda berkaitan muzik aku main beli je. Dulu-dulu aku ada kibod murah jenama Arcopal beli dengan Zahrul dekat Kompleks PKNS. Murah je RM120 je harganya. Memang aku appreciate gila lagu yang mula-mula dipelajari sudah pastilah Canon in C dan juga New Born Muse. Itu jelah yang aku tahu. Namun pada satu hari bibik mingguan aku telah menjatuhkan keyboard murah aku lalu terpatah dua. Memang aku amuk nasib baik mama aku janji nak belikan keyboard baru. So sekali lagi aku ke kedai Yamaha di Metro Kajang untuk membeli keyboard di atas. Zaman-zaman kegemilangan aku dulu tenang sahaja aku bermain lagu Love Song Sarah Beralis. Camana tah eja nama dia. Tak caya tanya Adam. Tapi itu semua kisah lama. Dewasa kini nak main lagu Mary Had a Little Lamb pun aku tatau dah. Keyboard di atas kini sudah dimakan anai-anai akibat diabaikan aku...

Benda 4: Treadmill


Ini memang hangat-hangat tahi adam. Dulu semasa keputusan kolestrol keluar, aku terus insaf jadi vegetarian dan berpuasa separuh hari setiap hari Isnin dan Khamis. Siap paksa mama aku beli jentera di atas agar aku dapat mengempiskan perut. Dulu hari-hari aku berlari selamat 15 minit sehari. Kini nak buat 10 minit setiap 3 hari pun aku dah liat. Alah bukan apa balik kerja dah penat...btw aku tak boroi ini fatty liver ok.

Ok ini bukan benda tetapi makhluk: Kelly Klarkson


Dulu Kelly sering mendapat layanan berat sebelah daripada aku. Aku beri dia makan Nandos, beri dia kebebasan untuk berak di rumah jiran, serta memberinya katil aku sebagai tempatnya beradu. Tapi sebab aku pun selalu menjadi mangsa terpijak tahinya, maka keputusan yang berat terpaksa diambil untuk mengurungnya di dalam sangkar. Bila sudah duduk di dalam sangkar, maka tidak banyak masa yang kami habiskan bersama. Kelly kini semakin kurus bodoh punya makanan berjenama Machiko.

Maafkan aku Kelly. Aku berjanji tidak akan mengabaikan kau dan mulai lusa, aku akan membelai kau hari-hari. Aku tidak akan hantar kau ke SPCA Ampang.

Begitulah antara benda-benda yang tidak lagi mendapat perhatian penuh daripada aku. Kalian bagaimana pula? Perkara yang paling nyata yang korang abaikan ialah kitab Al-Quran dalam almari korang tu. Kamonla sekali sekala bacalah berhabuk dah tu. Assalamualaikum (usrah penutup).



11 comments:

jana said...

ijai kan anak mama nak apa semua dapat,tapi bersyukur jugalah tanda-tanda nak insaf tu dari sifat membazir tu dah ada,tapi adakah keinsafan itu akan kekal atau pun warm-warm chicken shit je he he

Anonymous said...

barang2 yg terabai dlm hidup aku:

koleksi game psOne ngan ps2..baru main,boring terus saje aku simpan..tak pun aku sedekahkan kat rakan2 seperi game koudelka..haha..kau simpan lagi tak game tu jai??haha..


-shuhud-

Anonymous said...

barang2 yg terabai dlm hidup aku:

koleksi game psOne ngan ps2..baru main,boring terus saje aku simpan..tak pun aku sedekahkan kat rakan2 seperi game koudelka..haha..kau simpan lagi tak game tu jai??haha..


-shuhud-

nana said...

diari/planner pemberian company.
setiap tahun dapat, setiap tahun bersih, suci dan rapi sahaja rupanya.

patutlah kerja semua bila dah nak due, baru nak siapkan.

Mr Lonely said...

nice blog.. have a view of my blog when free.. http://www.lonelyreload.blogspot.com .. do leave me some comment / guide if can.. if interested can follow my blog...

Mohamad Faizal said...

kak jana: takpe saya akan sedekah barang2 itu kat anak yatim. eh saya kan anak yatim sedekah kat diri sendiri saja

shuduh: ps2 aku dah dijual kat dolah. game koudelka aku bagi free kat dia haa haa

nana: bagi kat aku satu. nak buat diari seorang lelaki

lonely: thanks. i will follow you (tipu)

O Ena O said...

hmmm..tetibe teringat plak dgn Koleksi Majalah ROTTW aku..dulu ms sekolah menengah n mse kt uni aku selalu n tetiap bulan beli..dan majalah tu lah yg aku ngadap time bosan..konun2 aku rebel sgt dgn trend muzik2 yg byk di pengaruhi mtv dan band2 poser..maka rottw adelah tmpat aku melepaskan geram menatap surat2 kiriman pembace rottw ilmiah yg 'rebel' itu..
skang ni koleksi rottw aku hanya tinggal kenangan ....terbior shj tanpe aku smpat membace sbb aku gian main FB,Blog,dan majalah yg lebih feminin spt In Trend & EH!..huhuhu
ssayang ko ROTTW...ko adalah kenangan ku...adoii tetibe lak emo
sayang laa skang aku dh abaikan majalah ROTTW aku..
dan juge kaset2 aku dr def leppard ..koleksi kaset def leppard aku hanya tinnggal hiasan kt bilik aku shj.sob:(

z a t i said...

kucing kawan aku yang kitorg share miliki tapi dia bela sepenuhnya kan, nama dia ajis. *tiba2*

DingDong said...

ermm brg2 yg aku beli dan melupakannyer.. ermm.. laptop masa blaja dlu.. berat gile laptop tu.. xsgp nk bawa kemana2.. koleksi komik feel 100%, dragon ball, slamdunk, utopia, gempak (yg mn semua tlh menjd makanan ruji anai2) ermm pakaian @pun kasut.. semua tlh di dermakan ke anak2 yatim.. siap kasut high heel pun sama.. xtau la budak2 umah anak yatim tu reti ke x pakai.. :P
tp utk ijai.. xleh bla siap ada treadmill lagi.. :P

Anonymous said...

4 kamera. guna satu je :(

aku menjadi saksi kau bermain keyboard love song jai. sayang kau tak gunakan keyboard tu to the full potential.

tahi aku hangat weih.

adam

Mohamad Faizal said...

ena: aku kumpul rototo gak. tapi slalu lambat keluar kat sini.

zati: memangla dia bela sebab kau asyik dera je

dong: haha aku berazam untuk kembali berjogging di atas treadmill petang nanti

adam: adam kau ingat tak kau cakap kau nak belajar lagu love song tu sebab nak impress shikin. eh takpe ke aku dedahkan di sini hee hee

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...