Wednesday, April 28, 2010

Cara-Cara Hendak Menjadi Justin Bieber

Siapa suka Justin Bieber angkat tangan! Korang gadis-gadis mengaku minat Justin Bieber tak? Dewasa kini, Justin menjadi kegilaan para remaja dan mungkin juga sesetengah dewasa, tak kiralah gadis ataupun jejaka. Jika anda menjadi Justin Bieber, anda hanya perlu mengenyit mata kepada gadis-gadis ataupun jejaka sotong untuk membuat mereka menjadi histeria dan mereka secara sukarela akan mendedahkan aurat berat mereka kepada anda. Seronok bukan memiliki keupayaan untuk menundukkan gadis-gadis tanpa perlu menggunakan minyak dagu? Usah risau, hari ini saya akan mendedahkan tips-tips yang membolehkan anda menjadi Justin Bieber dan seterusnya berpeluang untuk menggoda gadis-gadis ataupun arbok ke bilik tidur. Baby, baby, baby ohhhh baby, baby, baby click Read Moreeee.

Tips 1: Rambut mesti hampir-hampir menutupi mata

Ini adalah ciri-ciri fizikal yang paling utama jika anda ingin menjadi Justin Bieber. Justin memiliki stail rambut lurus yang disikat rapi ke hadapan seperti Zac Efron ataupun Abu Bakar Ellah. Pastikan tak tutup mata terus macam Noh Hujan nanti gadis-gadis tak boleh nampak kita nak kenyit mata kat mereka. Berdasarkan contoh di bawah, tidak kiralah anda ini bangsa apa ataupun tidak berkulit cerah, asalkan anda memiliki gaya rambut sebegini gadis-gadis pasti akan hadir dengan hanya memetik jari.


Tips 2: Letakkan klip video anda di Youtube

Justin Bieber menjadi popular setelah mengepost video di Youtube. Sekarang dia dah boleh meneguk minuman keras bersama Usher dan berkucupan dengan gadis-gadis kulit hitam dengan bebas. Anda pun boleh juga. Mungkin telah tiba masanya untuk anda mengepost video yang anda selalu rakam menggunakan telefon bimbit korang ketika korang berseorangan di rumah tu. Lagi gedik lagi bagus. Mana tahu M.Nasir terjumpa klip video anda menyanyikan lagu Ne-Yo dalam aksen nusantara.

Jangan pula korang tersalah post video .3gp korang melakukan aksi seksual secara solo ataupun duo. Tapi bila fikir balik, kepopularitian kita sebenarnya akan meningkat mendadak setelah timbulnya sextape kita di pasaran gelap. Ambil sahaja Paris Hilton, Kim Kadarshian, Wan Nur Azlin ataupun Chua Soi Lek; kan mencanak-canak kepopularitian mereka selepas pita video tak senonoh mereka tersebar.

Tips 3: Bersuara sengau dan keanak-anakan

Jika anda mendengar lagu-lagu Justin Bieber, anda pasti sedar yang suaranya seakan-akan kanak-kanak yang belum mendapat mimpi basah. Walaupun Justin Bieber kini telah mencapat akil baligh, suaranya masih lagi keanak-anakan meminta pelempang. Jika anda secara semulajadi dianugerahkan dengan suara yang sengau, inilah masa anda untuk menjadi popular. Takpun kepit sahaja hidung anda dengan jari, dah dapat keluar suara dia dah. Tak dapat suara Justin Bieber, mungkin dapat suara Andrew Garcia.

Tips 4: Mesti tahu satu atau dua killer moves

Kalian pernah melihat Justin Bieber menari? Oh my god, terus mencapai kemuncak syahwat aku melihatnya. Kehebatannya membuat moonwalk ataupun menari mengikut irama memang tidak dapat disangkal lagi. Jika anda kaki bangku tak reti main bola dan memiliki skill tarian bertaraf Mawi, anda boleh lupakan niat anda untuk digilai ramai. Tapi tak tahu menari tak mengapa, kerana banyak kelas tarian yang boleh kita sertai terutamanya di Lembah Kelang ini. Daripada korang merempit baik korang masuk kelas tarian Adnan Abu Hassan.

Tips 5: Gaya pertuturan dan perwatakan seperti negro


Nak jadi Justin tak bolehlah memberi salam ataupun bermadah helah macam Ziana Zain. Kita kena lupa diri dan bangsa sedikit. Gaya percakapan mesti ala-ala Kanye West ataupun Joe Flizzow. Contohnya, 'Apa khabar saudara?' harus digantikan dengan 'Wassup man, how you doin?'. Lepas tu pakai hoodies ataupun baseball cap, kasut sneakers besar nak arwah macam Ronald McDonald pakai tu dan tidak lupa rantai mengikat anjing di leher.

Tips 6: Berwajah licin dan jambu

Jika anda memiliki misai dan janggut serta bulu hidung anda selalu sangat terkeluar, anda tidak boleh menjadi Justin Bieber. Jika anda memiliki jerawat batu di pipi, anda tidak boleh menjadi Justin Bieber. Jika wajah anda diparang seperti Frank Ribery, anda tidak boleh menjadi Justin Bieber. Ahhh adorablenya kau Justin! ARGHHHGAAGAAAAA.


Bagaimana? Anda rasa anda lebih layak meniduri gadis-gadis berbanding Justin Bieber? Jika anda mengikuti tips-tips di atas, saya yakin anda pasti akan diburu gadis-gadis bawah umur dalam masa yang singkat. Selamat maju jaya!



14 comments:

yusuf mujahidin ™ said...

Ejai,

sape justin bibir ni?
sumpah tk kenal..(ni serius bkn wt2 inesen)

jp aku gugel..

Anonymous said...

AHAHAHAH mngapa shudud berambut sedemikian??? tp suara tu xkesah sangat bole edit2 pakai Autotune sperti yg dilakukan artis2 hangat masakini seperti Ke$ha,Akon,Miley dan Big Daddy


-megan musang

Mimie.Candy Cane said...

well,well,well,baru pagi tadi aku bangun dengan lagu justin ni kt hitz..lepas tu masuk keje tadi aku menggugel justin ni..tup2,eh..ade entry pasal dia pulak..papepun,he's an amazing young singer..boleh tahan la..

ape pun,gambar first tu sedikit seram la..seriau abes bulu roma aku.hahaha

Mimie.Candy Cane said...

oh one more thing,he might sounds like a girl but i still think its cool ..no bother..wahahaha..

Anonymous said...

eeeeeee saya sumpah benci justin bibir ni..saya tak suka pon dia..suara tak best pon.bila saya dengar lagu dia saya skip.
ok saya gelak guling2 tgk gbr rakan encik faizal tu..haha..rambut betul dia ke tu:P

anonimes

Mohamad Faizal said...

yusuf: ketika aku menulis komen ini, aku yakin kau sudah mula menyikat rambut ke hadapan setelah menggoogle tentang justin

megan: big daddy siapa? bukan p diddy ke? ataupaun big daddy yang berlakon kick ass tu

mimie: haha kau peminat fanatik.

anonimes: really? tapi anda harus mengaku yang dia adorable hee hee

^wirda^ said...

geli le dia nih nokkk..hahaha

Anonymous said...

ejai

aku dh gugel..dn hasilnye...

aku minat dow justin bibir...kehkehkeh

baby...baby...oh...baby...baby..uh..yeahh...

wakakakaka

rambut tkleh sikat depan..sebb br je botak..cis kek


yusuf

Anonymous said...

haha aku tgh sangap Kick-Ass.. lg satu nk komen psal bdak Justin ni.. awek nk cun2 je.. dan lagi tggi dari dia..haha

BIEBER BLAST! HA! (nigahiga)


-megan musang

Mohamad Faizal said...

wirda: hee hee geli kah kalau jejaka anda balik rumah tiba2 buat rambut begitu bagaimana

yusuf: haa haa jangan rupa rakam aksi aib kau berjoget

megan: awek terbaru dia bukan negro ke. bieber blast ha! (baru tonton tadi)

Cik Faridah Huda said...

i menghadapi krisis identiti time mola2 dgr lagu beliau.....konfuse laki ke pompuan budak neh...muka jambu semacam jer...

tp ijai...beta sukaaaa taw lagu baby baby baby uuuuuuuu..oh my baby baby baby nuuuuuuuu...hek3x

knapa perlu letak muka shuhud dia atas....hahhahaha....adei la....

Eliza said...

I love... "baby..baby..baby..ooohhhh"

wahh..macam satu kesalahan pulak suka budak bawah umur nih

Mohamad Faizal said...

faridah: mana lagi comel di pandangan mata anda, shuhud ke justin?

eliza: lama tak nampak? hihi ya jelas sekali kepedophileannya.

liela said...

adnan abu hassan.. kelas nyanyi daa...hahahha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...