Thursday, April 1, 2010

Cara-Cara Untuk Bergurau di Hari April Fool

Hai apa khabar semua para pembaca yang budiman? Anda tahu tak hari ini hari apa? 1 April merupakan hari cuti umum buat sesetengah perkampungan etnik di Sabah dan Sarawak, so hari ini mereka tidak keluar memburu sebaliknya bergurau senda bersama rakan-rakan sekampung. Di sini saya ingin berkongsi tips-tips untuk membuat jenaka yang lucu bagi anda tetapi agak menyakitkan hati bagi pihak yang terkena bersempena dengan sambutan hari April Fool ini. Sila klik Read More untuk mula mengenakan jiran anda. By the way aku cuti Good Friday dan Easter Monday jugak so korang silalah cumburu ok.

1) Bagi mereka yang mempunyai housemate yang malas sembahyang subuh dan bangun pukul 2 petang, korang boleh berkumpul mengelilingi rakan anda memakai baju melayu dan membacakan surah yasin beramai-ramai. Pasti cuak dan insaf terus rakan anda. Jangan lupa menjerit April Fool agar korang tidak berbawa-bawa pulak dengan prank ini sekaligus pegi kapankan pulak rakan korang.

2) Jika anda ada ramai adik beradik, ambil spender kakak anda, terutamanya yang ada tompok darah haid dan senyap-senyap anda tukarkan dengan spender adik lelaki anda. Time-time mereka sibuk bangun pagi tengah mamai mana diorang sedar mesti main sarung je. Jika hendak menambah kekejian, sila ambil gambar tatkala adik anda menyarung spender polka dot berwarna pink ada ropol-ropol ini untuk mengugutnya di masa hadapan.

3) Jika anda seorang wanita, bawa rakan perempuan anda yang keluarga anda tidak pernah jumpa balik rumah. Lepas tu melutut depan mama abah korang kemudian beri dialog "Mak, Zati lesbian mak. Kami tak peduli apa orang kata kami hendak hidup bersama!" (sambil memeluk erat rakan perempuan tadi)

4) Ambil telefon bimbit rakan anda. Tukar nomber girlfriend atau boyfriend mereka kepada nombor mak/abah mereka. Prank anda dikira berjaya tatkala rakan anda dikejar dengan parang akibat cuba melakukan phone sex dengan parents girlfriend/boyfriend mereka.

5) Call Dominos Pizza (1300-888-333). Tapi order menu Pizza Hut. Mereka pasti menggelabah dan anda boleh mula mencarut-carut kepada mereka sebab tiada product knowledge dan pohon ingin bercakap dengan supervisor. Selepas mereka menjelaskan yang ni Domino's Pizza dan bukan Pizza Hut, anda cakap "Ok kalau macam tu sambungkan saya dengan Pizza Hut".

6) Pergi ke kedai mamak (india muslim) yang korang selalu lepak tengok bola, buat muka serious, kemudian cakap "Ane kasi nasi goreng babi satu. Nasik lebih aaa".

7) Jika mahu menyakitkan hati rakan-rakan di pejabat yang separa buta IT, korang boleh mengaktifkan function 'Auto Correct' dalam Word mereka. Jika pakai Word 2003, sila tekan Tools > AutoCorrect Options kemudian replace ah ayat-ayat yang selalu digunakan seperti 'the' tukar jadi gay, or bila dia taip nama 'Zahrul' tukarla jadi zina ke apapala mengikut kreativiti korang.

Lagi satu, jika mereka tidak mengunci PC mereka ketika pergi ke tandas, gunakan emel mereka dan hantar emel-emel mengaibkan ke distribution list. Sebagai contoh hantarla "Hai saya Jabez Jeyaraj dan saya belum sunat".

8) Jika abang atau kakak anda ada spek mata hitam yang mahal dan kedekut gila taknak bagi korang pinjam, korang kalerkan cermin depan dengan water colour warna hitam. Kalau spek mata putih guna liquid paper. Tapi kalau diorang eksiden naik motor jangan salahkan aku.

9) Call teman lelaki anda, kemudian dalam nada misteri cakap "Abang.......saya...saya mengandung!!!. Huih gila horror dowh. Kalau teman lelaki pula boleh call awek korang dan cakap "Sayang....I sukalah tengok misai you...". Oh no wait. Jangan cakap macam tu kat awek korang. Aku tarik balik jenaka aku tu.

10) Jika korang ada blog, dan korang tahu ada orang baca blog korang, privatekan sahaja blog korang pada 1 April. Yes kalian telah terkena gurauan manja saya. Hahaha bagaimana perasaan anda bila datang ke blog ini dan melihat imej di bawah tadi?


Haha aku tahu aku ada peminat fanatik yang terus PMS tak dapat baca ijaicool dan terus unfollow blog ini. Gila amuk korang ni. Hahaha. Adalah juga yang menghantar mesej di Facebook bertanyakan khabar (Adam Johari) dan ada juga yang memberi emel untuk untuk mendapat kebenaran membaca blog ini. Hee hee. Jika anda ada datang ke blog ini tadi dan 'terpedaya' dengan jenaka saya, boleh tak anda mengaku di ruangan komen serta berkongsi bagaimana perasaan anda? Please? Hee hee.

Ok, selamat Hari April Fool untuk para pembaca. By the way penulis tidak akan bertanggungjawab di atas kecederaan fizikal dan rohani yang korang hadapi hasil daripada aktiviti-aktiviti di atas. Assalamualaikum.



19 comments:

Anonymous said...

damnit. terpedaya.

adam

hasanah said...

hahahahahahahahahahahahahhahahaaha.bongek la ijai sumpah aku terpedaya. dah la aku letak blog ni kat panel atas tu aku taktau nm de spy sng je aku nk klik, sekali aku klik tk dpt plk. mmg la aku sll sgt bc blog ni ms tensen. tp ms tk tensen pun aku bc jgk. hui aku siap cuak mcm gile siap create acc gmail la wei. hahaha.cis8.arghhhh.

hasanah said...

tp best sbb tkyh pilih anon lg klu aku komen.ko dh provoke aku create gmail acc..."ada apa dgn blog ijai"..huhuhu

yusuf mujahidin ™ said...

Ho

hahaha...cilakak lu ijai

O Ena O said...

Ya Allah....tekejut doooooooll aku!
aku mmg dh nak anto msg kt fesbuk dah nk bg emel aku spy blehh folow blog ko..
tp ...apekan dayeeee opis aku block fesbuk..mujoooo ko guro2 manje kejap jeee ok
ok la jaiii..ko mmg suspenn benooo
cayeee laaahhhhhh! ko mmg cooolll!
appril fooolll dr ko yg mmg coool!

Anonymous said...

mmula tu igt nk PMS la gak.. seriau x tntu hala.. tp berkat kesabaran serta doa qunut yg diamalkan ketika solat subuh aku bjaya mnenangkan diri..


-megan musang

Anonymous said...

barbie betul encik faizal nih...boleh tercirit saya.engatkan laptop rosak so click lah bnyk kali refresh semua.adussss...good one lah encik faizal..ini menunjukkan encik faizal nih femes kalah paris hilton.

anon

jay said...

gosh,aku terpedaya juga!

jana said...

cute ijai very cute,yes terpedaya lah juga kak jana ni.Jangan buat lagi noooo

Mohamad Faizal said...

adam: haha

hasanah: haha siap buat akaun gmail haha memang aku ni sumber inspirasi kau lah

yusuf: haha gua memang cilakak

ena: ya terima kasih. jaga-jaga april fool tahun depan

megan: bagus megan kalau tak dapat baca pun solat jangan tinggal

anon: tapi paris hilton ada video tak senonoh...saya perlu buat jugak ke

jay: haha gelakkan anda

kaka jana: hihi pasti buat lagi jika umur panjang tahun hadapan. dah bagitau awal2 ni

aina hazuani said...

ngeh. takkan. aku bijak, kot :P

DingDong said...

sudah ku agak bhw anda cuba utk membuat lawak april fool.. psstt.. actually tkejut gk.. bile pikir balik.. nehhh i dun think so.. :P

z a t i said...

weh kau dh pergi tgk anak apai?
ke msg semalam tu satu april fool?
aku reply tk reply2 balik.payah betul bila ada perkara serius berlaku pada 1st april.

Rahim Hashim said...

hahaa..aku terpedaya jgk..rase cam nk bunuh diri je tk dibenarkan bace.

Anonymous said...

ahh tipah tertipu jugak..
rasa mcm ala dh takleh buka..
fanatik baca hari2 utk ilangkan boring..huhu

Mohamad Faizal said...

aina: yelahhh anda memang bijak. tapi saya masih banyak taktik keji yang lain bersedialah

ding: hee hee tahniah kerana tidak terpedaya

zati: nak pegi nanti hubungi aku ah. DAH SAVE BELUM NOMBOR AKU? (marah ni)

rahim: hee hee jangan bunuh diri bro bunuhla nyamuk ke

anon: haha thanks

Anonymous said...

aku pon terpedaya jugak
sebab baca latest entry dulu br bc entry ni

-OJJ-

~LiiNDaa~ said...

ingat aku da xdpt bc blog ko lagi bro..blog ko je buat aku tersenyum di kala lara...hakahakahak

Anonymous said...

cisss..terpedayo den!!
dah lamo xbaco blog ko yg mampu buat wat den tersengih2 didepan pc dikala kebosanan..
siyess r,rase down giler r masa bukak tetibe invited reader only!!
selamat iman didada masih kental,tahu!!!
anyway,teruskan menulis wat IJAICOOL..aku suka baca blog ko...

-peminat fanatik yg merana selama 12 hari =p-

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...