Monday, April 12, 2010

Hikayat Acik Peluh

Nama Acik Peluh memang legend di Bangi ini, terutamanya bagi kanak-kanak yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3, Bandar Baru Bangi. Terma 'Acik Peluh' mula kami gunakan sejak Tingkatan 2, di mana nama itu digunakan sebagai kata ganti diri ketiga buat seorang peniaga air yang gigih di hadapan sekolah aku. Surprisingly, nama itu telah digunakan secara turun-temurun kerana adik Ikram yang paling kecil pun mengenalinya sebagai Acik Peluh. Siapa sebenarnya Acik Peluh ini? Ayuh kita klik Read More untuk mengetahui asal usul Acik Peluh.

Dahulu kami sekolah menengah sesi pagi. Balik dari sekolah pastilah panas terik kan? Maka ramailah para peniaga yang menggunakan kesempatan itu untuk memancing kanak-kanak sekolah menghabiskan wang yang diberi oleh ibu, termasuklah seorang peniaga yang bernama Encik Zulhilman Ramly. Ok fine aku tak tahu nama sebenar Acik Peluh tapi berdasarkan susuk badannya, itulah nama yang paling sesuai buat dirinya. Encik Zulhilman menjual air di dalam van. Antara air yang dijualnya adalah air tembikai, air tembikai susu, serta air asam boi.

Dalam banyak-banyak peniaga di situ, Encik Zulhilman merupakan peniaga yang paling berjaya kerana majorit kanak-kanak sekolah membeli air dari vannya, termasuklah kami Team Bangi. Air tembikainya memang tiada tolok bandingnya. Sumpah aku tak tipu. Kelazatannya hampir-hampir sama dengan gaya penyudah di dalam mimpi basah kita. Air tembikai di Restoran Yus pun tidak dapat menandingi kelazatannya. Tetapi apakah rahsianya? Letak ganja kah? Guna bomoh kah? Ataupun menggunakan ramuan yang segar dari ladang? Tidak! Ramuan rahsianya ialah.......peluh di badannya. Ini kisah benar. Tatkala aku sedang menanti mama aku menjemput aku dari sekolah, aku, Apai dan Acap Ciki sering melepak berhampiran dengan van Encik Zulhilmi. Eh Zulhimi ke Zulhilman aku pun dah lupa. Maka di situ kami telah mengetahui resipi istimewanya.

Encik Zulhilman berbadan gempal dan kuat berpeluh. Lebih kuat berpeluh daripada Anas (haa haa). Maka dalam kesibukannya melayan pelanggan. kami dapat memerhatikan dengan jelas peluh yang mengalir dari dahi dan ketiaknya jatuh masuk ke dalam tong air tembikai tu. Bukan setitik dua. Bertitik-titik you know. We were like 'OMG that's so gross!' dan di saat itu, terus melekat namanya Acik Peluh. Kami cuba sebarkan berita itu kepada kanak-kanak lain dan memboikot produknya namun gagal kerana kami sendiri masih membeli airnya walaupun sudah tahu hakikat sebenar. Tetapi yang paling menjijikkan dan pada masa yang sama melazatkan, kami mengesyaki ketulah asam boi yang berada dalam air asam boinya itu sebenarnya ialah gumpalan dakinya yang terkumpul.

Acik Peluh ada seorang isteri. Isteri dia berbadan gempal juga macam Adibah Nor. Dia suka pakai baju ketat. Terlalu ketat sehingga terkoyak dan menampakkan lipatan lemak di perut. Kawan aku yang pervert macam Acap Ciki akan menghafal imej lipatan lemak itu di dalam minda sebagai modal sebelum menjerking off di longkang yang berhampiran. Seriyes doo macam baju yang bungkus nangka. Perwatakan itu menyebabkan isteri Acik Peluh digelar Acik Solid.

Aku rasa Acik Peluh dan Acik Solid masih berniaga di hadapan sekolah Jalan 3. Ikutkan hati tadi nak je aku pergi ambil gambar dia untuk membuktikan yang dia ini bukan watak sains fiksyen dalam blog fitnah ini. Tetapi untuk tidak menghampakan korang, muka Acik Peluh memang saling tak tumpah dengan gambar di bawah:


HO! untuk Acik Peluh dan Acik Solid!



14 comments:

Anonymous said...

HO! aku jarang minum minuman die jai. tak tahan tengok acik peluh nye fizikal. kropok lekor penjaja sbelah die ok gak

adam

nana said...

mak aku bg 50sen duit belanja dulu, tak boleh nak berpoya2 beli makanan kat luar lepas sekolah.

50 sen tu, nak bawak ke sekolah agama petang pulak.

serius , aku tak penah beli makanan luar masa sekolah2 dulu (sekolah rendah la)

Mimie.Candy Cane said...

ais asam boi tu mesti rasa masin2 lemak sikit..jasa peluh acik tu..


eeeuwww...

dianamisri said...

ahhhh..betulkah beliau sbg acik peluh??

Anonymous said...

HO UNTUK ACIK PELUH! acik peluh dah tak jualdepan skolah laa jai. skarang kat depan skolah tu jual boring2 jee.. tapi acik kopok lekor tu still maintain kat tempat die bawah pokok tu. harharharrr..

-kucing hitam

"ye dik, sabar dik, acik ada dua tangan je..sorang-sorang ye.."-Acik Peluh.

Mohamad Faizal said...

adam: 'tak tahan' tengok fizikal dia...hee hee

nana: skolah rendah bolehla 50 sen. sekolah menengah tidak boleh.

mimie: itu yang lazat sehingga menjilat dinding tu

diana: betulllllll

kucing hitam: haha pandai kau ajuk. kawan aku apai boleh ajuk suara dan keluhan dia

astute said...

cerita bab peluh ni, aku trigt cite senario yg derang buat bisnes roti canai tu. tobat lepas tu aku geli nk mkn kt kedai mamak.
tp aku masih aku. tidak istiqamah. taik ayam hangat jauh lebih lama..lps tu aku masih mkn roti canai di kedai mamak. tambah2 mamak tu suka address kan aku dgn 'adik manis mau mkn apa?'..hehehe

p/s minum teh hibiscus herbalife berpeluh tahap melampau sehhh

Anonymous said...

Acik peluh mmg legend...sehari xkene air asam boi beliau
mesti xlena tidur n murung time nk buat keje sekolah

~AkuApai

CouchPotato said...

ape je makanan yang tak masuk peluh?
dodol tuuu...
hoh!
superduper!!
roti canai..
to name a few.

Mohamad Faizal said...

astute: berkesan ke herbalife? kawan aku muaz makan tapi still boroi. hik hik gughau ja noooo muaih

apai: kau ghairah melihat acik solid

couch: haha itulah yang membuatkannya sedap bukan

Anonymous said...

Aku pernah tanya dia "kenapa air asam boi pakcik rasa sedap?" dia menjawab, "air asam boi ni bukan bancuh tau, pakcik rebus air dengan asamboi2 tersebut". Namun, tak terfikir pulak ada secret ingredient hehe


-Jamil

Anonymous said...

tiba-tiba terliurkan air tembikai..
ijai: sblm kau comment pape. bukan terliurkan body acik peluh atau acik solid atau kedua2nya sekali.

-anas-

Mohamad Faizal said...

jamil: yaa itulah penyebab perut kau kembung sekarang hee hee

anas: pergi pekena air tembikai kat al fariha market jom weekend ni haa haa

Anonymous said...

haha!acik peluh ni memang legend la jai..salah satu sebab air die laku sebab air die la paling murah..50 sen..sumpah lepas aku sendiri tgok peluh tu masuk dalam air,smpi abis spm aku xminum..HO untuk acik peluh!

-gabal-

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...