Friday, April 2, 2010

Keluar!

Selamat petang semua. Ahh penatnya aku duduk berehat-rehat di rumah tatkala kalian semua sedang bekerja keras. Hari ini aku cuti Good Friday. Biasalah boss besar aku berkulit putih bermata biru so aku akan bercuti apabila orang putih bercuti. Tapi Hari Raya nanti aku mungkin berlinangan air mata sambil mendengar lagu raya di pejabat. Tidak! Aku akan apply cuti sepantas mungkin. Anyway semalam telah berlakunya pertistiwa 'keluar' yang sedih dan gembira. Sila klik Read More untuk menjaga tepi kain orang.

Keluar yang sedih: Didi Benami

Aku ada Asstro tapi aku tiada channel separa maksiat seperti Star World, MTV dan Channel V. Dulu-dulu ada tapi mama aku dah customize so sekarang semua channel berasaskan Korea sahaja sebab dia fanatik Korea. Cakapla cerita bersiri apa, boyband mana semua dia kenal. Lepas tu tengok berita bahasa Korea walaupun tak faham. Sampai channel ESPN pun komentator dia cakap Korea. Susahla aku macamni.

Sebab akulah aku memuat turun American Idol setiap minggu. Tapi aku terus delete selepas menonton kerana kekurangan ruang cakera keras. Yelah banyak sangat rakaman ceramah Ustaz Ismail Kamus aku. Aku hanya download malam persembahan, result show aku tak download. So apabila terdengar berita penyingkiran Didi, peserta kegemaran aku, aku memang kecewa, macam korang kecewa blog aku kena private semalam, haa haa. Pada pendapat aku, suara Didi memang unik sekali. Time dia mengeluarkan teknik falsetto masa Hollywood week nyanyi lagi Kara 'Terrified', aku dapat rasakan ada cecair kekaguman mengalir daripada organ badan tertentu.



Tim Urban tu sudah 3 minggu berturut-turut duduk bottom 3, sentiasa dikeji oleh hakim tapi masih selamat. Simon pun siap kata Tim boleh buat apa sahaja walaupun apa sahaja carutan yang dikeluarkan oleh para hakim sebab orang akan still vote dia. Tak mengapa, peserta kegemaran aku yang lain Casey dan Andrew masih ada. Casey hebat gila menggoreng gitar, Andrew pula walaupun sering dibayangi persembahan 'Straight Up' Paula Abdul namun telah kembali menyinar dalam minggu Soul n RnB. Siobhan pulak hanya tahu menjerit dalam setiap lagu sampai dah jadi 'routine'. Selalu sangat buat orang akan bosanla. Korang minat siapa? Ke tak tengok American Idol tengok Akademi Fantasia?

Keluar yang gembira: Apai Jr

HOIT SEORANG BAYI LELAKI TELAH KELUAR DARI PERUT MIZAH PADA 1 APRIL 2010! Ok saja je letak caps nak tambah efek keterujaan. Ya, ini bukan April fool, kami team Bangi telah menjadi pakcik untuk kali yang ke-2, hooray! Say hi to ______________ (nama masih dirahsiakan, tapi aku expect akan diberi nama Faizal Rashidi bin Amir Rashidi).


Muka macam Apai kan? Kongratulasi Apai dan Mizah. Jangan pukul anak ye Apai. Mizah pulak mungkin lepas pantang boleh mula belajar memasak dan mengemas rumah. Hee hee.



9 comments:

Anonymous said...

mamasox mendapat undian aku jai. andrew garcia ok gak. die dah kembali dari lembah kemerosotan.

adam

z a t i said...

YES! Didi dah keluar! huhuu. aku suka casey akibat sedikit hot dn malu2 oh so sexy...dan Siobhan la sebab dia mcm inesen dn blur kira buat perkara ikut hati apa tah aku merepek.

ah! aku sgt gembira kau pos muka anak mizah! tk sabar nk tgk!

Idlan said...

aku ingat kau nak cerita pasal pelakon true blood Anna Paquin yang keluar dari almari

Mohamad Faizal said...

adam: crystal pasti ke final nanti saingan dia hanya siobhan dan mungkin lee yang semakin mantap

zati: siobhan nyanyi aku kena lowkan volume nanti dia jerit jiran kompelin

akak abe: haha dia bisexual gigi ronaldo

eDyth said...

sgt terkejut bile didi kuar. my fav too =(

and Lee memang hot. suara pun hot. sume nyer hot lah. hehe

Anonymous said...

saya tak tgk american idol and geli tgk akademi fantasia so mmg tak tgk lah kan.haha..tapi didi time nyanyi lagu terrified tuh best amazing sgt..jatuh cinta dah saya.tapi saya perempuan.hehe

anon

Mohamad Faizal said...

edythena: haha lee ciri2 jejaka idaman kah?

anon: kool bukan dia nyanyi terrified? masa part ayiayia im in loveeee ayiayia im terrifieddd

nana said...

mujur lah, aku outstation. maka, takde la kena april fool versi kau ni, ijai.

tonks said...

yes casey!sgt terror men gitar.wah

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...