Sunday, April 18, 2010

Kongratulasi Adliza dan Amir!

Siapa Adliza? Adliza adalah salah seorang rakan gadis yang rapat di zaman sekolah menengah. Pada hari Sabtu yang lalu, dia telah berjaya mengahwini jejaka idamannya tanpa perlu menggunakan minyak pengasih yang boleh didapati di pasar malam secara berleluasa. Hanya Jamil dan Evi sahaja yang turut serta kerana rakan-rakan Bangi yang lain semuanya berlagak sibuk.

Seperti biasa, sebelum kita melihat gambar-gambar makcik hangat di majlis perkahwinan dengan caption-caption yang berbaur seksual, aku akan membuat sesi flashback tentang perkara-perkara yang mungkin memberi aib kepada pengantin. Hee hee. Tingkatan 1 hingga 3, aku memang tak bercakap dengan Adliza (or all other girls for that matter) kerana sebelum form 3, kami semua takutkan wanita. Adliza cintakan Bangi seperti aku, itu sebab dia tidak berpindah ke sekolah berasrama penuh semasa form 4. Sejak itulah aku mula rapat dengan Adliza tanpa menaruh perasaan kepadanya. Liza dituduh sebagai insan yang meretakkan hubungan cinta monyet aku. Ketika berada di sebuah kem kanak-kanak bermasalah, aku telah bergambar berdua-duaan dengan Liza di khalayak ramai. Aksi aku itu telah direport oleh kawan-kawan kelas Arab ex-gadis aku yang kolot, menyebabkan aku diberi silent treatment selama seminggu oleh ex-gadis aku. Aku terpaksa berlapar ketika waktu rehat untuk membeli coklat yang diimport sebagai hadiah untuk memujuk ex-gadis aku. Tapi lepas tu kat matriks dia boleh pulak bergambar dengan jantan lain. ________! (sila isi kata kesat di sini).

Liza dan BC (Amirah Alia) sering membawa aku berjalan-jalan di kompleks membeli belah menaiki kereta Satria WEH kaler hijau katak pisangnya. Aku kira macam BFF gay diorangla memberi pendapat adakah terlalu seksi blouse ataupun skirt yang mereka hendak beli tu. Satu hari ketika pulang dari membeli belah, kami sedang membayar tol di plaza tol Sungai Besi. Tiba-tiba ada orang cuba potong queue dan memancung kereta Liza. Aku pun menghasut Liza untuk menjadi garang dan tidak membenarkan aksi itu berlaku. Liza memang terkenal dengan gelaran 'Wanita Kongsi Gelap' memang tak bagi peluang. BANG! Bunyi Liza melanggar kereta mamat itu. WHAT THE WHATT eh tak masa tu aku cakap APA NERAKA YANG KAU BUAT NI LIZA???? (what the hell are you doing Liza?). Lepas tu kami berhenti di tepi. Liza turun tengok lampu kereta dia pecah, tapi kereta mamat tu tidak ada apa-apa. Aku bersedia je nak memberi serangan mengejut dengan menanti di dalam kereta (penakut). Nasib baik setel di situ. Memang samseng ah kau Liza hee hee.

Aku tak kenal sangat Amir Khan untuk 'mengejinya' di sini, tetapi Amir Khan adalah seorang manusia yang kacak. Jika aku seorang homoseksual, aku tidak akan teragak-agak untuk menyerahkan keterunaan aku kepadanya. Tapi yang bertuah di sini adalah Amir Khan, kerana Adliza adalah seorang yang baik hati, boleh memandu jarak jauh serta tinggi lampai walaupun aku syaki dia tak pandai masak. Hee hee. Sudahlah, ayuh kita klik Read More untuk melihat gambar-gambar di majlis kahwin Adliza dan Amir Khan.



Walaupun rakan Bangi lain tiada di dalam gambar, itu tidak bermakna mereka tidak sayangkan kau Liza. Ise pergi bercuti di Sipadan, Shuhud disyaki berkhalwat di Concorde, Fandi bekerja seperti security guard Nepal di hari Sabtu, Anas melawat atuk di kampung.

Aku pergi mana-mana wedding mesti asal boleh nak berlagak sebagai pengapit mengikut tema perkahwinan. Kain alas meja ada lebihan so Liza kasi kat aku untuk dibuat baju Melayu.

Amir bekerja sebagai jurutera minyak di padang pasir kan? Bagaimana dia hendak memenuhi keperluan Liza (shopping) dan keperluan diri sendiri nanti? Aku menasihati Amir Khan agar menggunakan tangan sendiri jika kesunyian di oasis. Gunakan tangan untuk mendail nombor Liza lah, eei korang ni tahu nak fikir yang bukan-bukan sahaja.

Kool gila dewan yang mereka gunakan untuk berkahwin. Siap ada gimnasium dan kolam renang. Cuaca memang panas so aku tidak melepaskan peluang untuk membuat aksi kuak lentang.

Buat Liza dan Amir Khan, aku ucapkan selamat pengantin baru dan lakukanlah hubungan suami isteri sepuas-puasnya sebelum Liza kembali bekerja di na na na na na Ganu kite dan Amir kembali ke Qatar (kan?). Ayuh rakan-rakan ucapkan Kongratulasi Adliza dan Amir!

Jika masih tak puas hendak stalk aku di wedding Liza, sila teruskan penstalkeran anda di laman Fesbuk saya: http://www.facebook.com/album.php?aid=173233&id=628280825&l=8cf552d535



15 comments:

faramira said...

tahniahhhhhhhhhhhh! sekian.

Anonymous said...

congrats liza ngan amir!

adam

Anonymous said...

congrats adliza hussan..spt kata faizal ak mmg bkerja setiap sabtu tp bukan sbg pnjaga pam minyak hehe..faizal ko tak remind kami geng2 bangi pon pd hari itu..pergi begitu shja kejam sungguh..ada aplikasi yak pon xdgunakn..

-fandi-

Anonymous said...

kongratulasi liza n amir..sorila tak dapat menghadirkan diri ke majlis kawin kau walaupun aku dah save dlm reminder...
kene pakse pg kursus pemulihan akhlak kat concorde..huhu..
anyway,semoga bahagia selalu..

-shuhud-

stalker misteri said...

i was in concorde inn klia a few days ago.. and i nampak dr. shuhud !!! masa tu time breakfast kat cafe dia.. honestly he looks much fairer kat luar la.. hehehe

Mohamad Faizal said...

faramira: thanks (menjawab bagi pihak mereka)

adam: haa haa van persie kapten

fandi: alaa aku kan remid awai2 aritu...lagipun kau keje sekuriti susah

shuduh: amek kad di rumah aku

stalker: fair tapi tak lovely. lagipun dia kat luar mestilah pakai mekap kalau nampak dia secara natural mesti dah histeria

astute said...

zillion congratulations!

p/s shuhud mmg kacak. manisssss je muka dia. heheh

Anonymous said...

dr shuhud mmg kacak bergaya. menjadi kegilaan ramai plajar2 dental. tmbhan pula dia mng most outstanding dr. mse dental glamnight~ hohoho


-stalker dr shuhud-

Anonymous said...

abe sapekah gadis gadis yang memuji kau ni? ke kau berlakon jadi pompuan pompuan ni pastu puji diri sendiri abe?

adam

Anonymous said...

babi ah arsene wenger ni. patut main aaa van persie dari awal. seal the deal. ni tak... main seminit je. sabar jela.

adam

Mohamad Faizal said...

astute: manis???? kau pasti ke yang kau tak keliru wajah aku dengan shuhud.

stalker: tapi dia lupa lirik malam tu patut dibaling sahaja dengan sayur-sayuran

adam: abe mesti tengah bangga lalu ceploit2 sambil baca komen

Anonymous said...

stalker misteri: nampak sy kat concorde ke aritu??kenape tak tegur??haha..

astute: mase kecik sy lagi comel..haha..:P

stalker: haha..kisah2 di fakulti jgn didedahkan kat ini..hehe..btw,bukan tgh exam ke skrg??sempat lg main internet??huhu..

ijai:haha..secara tak langsung aku pun dapat tempias populariti kau jai..

adam: mane la aku tahu..tapi for sure bukan aku yg tulis sendiri la..haha..nampaknye aku dah boleh buat team shuhud..haha..


-shuhud-

Idlan said...

Ijai apa kata kau letak gambar si Suduh yang aib2 tu sekali lagi. ramai pulak peminat ni karang langkah bendul aku pulak. hepppp

Anonymous said...

ok2..aku tak langkah bendul..kau naik pelamin dulu along...haha(nada cuak)


-shuhud-

Anonymous said...

abe kacak ke kau ni??musykil ak jgn2 tu pasangan gay die tak yg memuji hahaha..

-fandi-

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...