Tuesday, April 27, 2010

Lagu-Lagu Yang Semua Orang Tahu

Lagu apa yang semua orang tahu? Yang paling ketara sekali sudah pastilah lagu Negaraku, di mana kita semua akan disuruh menyanyi ketika di perhimpunan Taska Abim lagi. Ok mari kita bertaruh, aku akan membuat senarai lagu-lagu yang popular yang apabila anda dengar sahaja tajuknya, anda pasti tahu melodinya siap boleh main kat rekorder lagi. Ok maybe sukar sikit nak main kat rekorder tapi sekali lagi aku hendak tekankan di sini, anda pasti tahu melodinya! Sila klik Read More kalau anda tak percaya.

1) Lagu Mat Kool

Mat Kool, Mat Kool kawanku.
Mari kita ikut, Mat Kool.
Main-main selalu.
Syoknya syoknya ada Mat Kool!


Kamon, tiap-tiap hari dia lalu depan korang korang. See see you guys are singing it already.

2) Lagu Tema X-Files

X-Files merupakan siri TV yang paling hebat sepanjang zaman (selepas Lost). Mendengar lagu temanya yang misteri sahaja sudah boleh membuat anda ketakutkan terus nak jumpa Harun Din untuk berubat. I bet you can whistle the theme song.


3) Lagu Mario (bukan yang negro tu)

Tak kiralah anda main Mario di konsol original Nintendo ataupun konsol cetak rompak Micro Genius, lagu background di level 1 Super Mario pasti sedang terngiang-ngiang di dalam minda anda sekarang. Kalau yang tak main game Mario pun pasti tahu juga sebab lagu ini sudah diinstall oleh cina dalam yang jual telefon bimbit klasik Nokia 3310.



4) Lagu Star Wars


Nerd. Geek.

5) Lagu Gardenia

Uuuuu Gardeeeeenia. So good you can even eat it, on its own
Uuuuu Gardeeeeenia. Sungguh enak dimakan begitu saja (versi Melayu)
Uuuuu Gardeeeeenia. Mou lan yong hamsaplo kap si (Chinese version)

6) Lagu Happy Birthday (non-Muslim version)

Duh?? The most popular song in this whole wide world??

7) Lagu Canon in C (atau D)

Alah dalam filem barat masa scene perkahwinan masa tengah jalan nak masuk gereja mesti main lagu ni. Takpun siapa lagi gila cerita Korea mesti familiar dengan lagu ini sebab dimainkan dalam My Sassy Girl. Ataupun jika anda kaki Youtube anda pasti tahu dengan salah satu klip video viral yang paling popular di bawah:




8) Bunyi jam komunikasi Power Rangers apabila ada orang call


Ala yang bunyi dia, tet tet tetet tettet.

9) Lagu The Chicken Rice Shop

Jika korang kaki wayang, iklan dia selalu diselitkan dengan iklan minuman keras Kasbeg. The chicken riiiiice shop, bukan sekadar nasi ayam! Annoying nak arwah lagu ini.

10) Lagu Jay Sean - Down

Sedangkan Mak Ngah aku pun boleh menyanyi lagu ini, inikan pula korang kanak-kanak zaman moden. Dahla setiap 12 minit keluar di semua stesen radio (kecuali Xfm dan IKIM). Baby are you down down down downnnn.

Adakah aku salah? Katakan HO! jika anda tahu melodi semua lagu di atas. Jika anda ada lagu-lagu yang anda rasa semua orang tahu, silalah kongsi bersama.



16 comments:

Mimie.Candy Cane said...

aku slalu nyanyi lagu chicken rise shop sampai kena sekeh ngan akak aku.mmg dia menyampah,aku tataw dia nyampah kat lagu tu atau menyampah pada gaya penyampaian aku..

yusuf mujahidin ™ said...

Ho!

aku suke!!! haha

lagu adabi pon populer pe..

adabi..melazatkn
adabi..menyelerakn
aku tk ingt dh..yg last..melazatkn kari dn kuah...kehkehkeh~


we want more!!

deqyalalink said...

nak tambah lagu zaman moden luar tabii...

lagu bujang sepah silalalitamplom ngan ha ha halimah jongaaaannggg...

sedap kan?

Anonymous said...

ko main sebat lagu gardenia bahase cina tu. hahaha sape hamsaplo tu? ko eh? ke sally? hehehe

Anonymous said...

aku xtau lagu xfiles ngn down tuh. aku tau cite xfiles tu tp lagu die aku tktau.

Mohamad Faizal said...

mimie: mungkin gaya angkat kening ziana zain kau ketika menyanyi lagu itu

yusuf: haha aku tahu part yang kau tertinggal, "mengandungi pelbagai rempah"

deqyalalink: ala saya tak tonton halimah jongangla. pukul berapa tv berapa

anon1: hanya orang yang hamsap yang tahu makna hamsap haa haa

anon2: maneee kalau kau pernah tengok cerita dia mesti tahu lagu dia jugak

Rahim Hashim said...

ho! ko mmg hamsap guai

Anonymous said...

ho!

-ojj-

Anonymous said...

lagu2 evergreen raya mcm semua tauu jee.. lagi2 lagu Allahyarham Sudirman Balik Kampung.. bdak x fasih mngaji lg pon da bole nyanyi lagu tu walaupun masih pelat2 sengau gituu~ ahaks!



-megan musang

^wirda^ said...

bencik lagu down itu..naik keta pegi keje lagu tu...nk balik lagu tu lg..nk pi makan pun lagu tu jugakkk! pi karoke pun dorang amik gak lagu tuuuuu...arghhh!

z a t i said...

aku suka weh lagu gardenia terutama versi lelaki suara serak2 basah ala2 Louis Armstrong yg juga suara yang sama utk lagu KFC versi lama.
KAy eff sii..idamann ku seelalu.. (skng dh tkde kot)

Anonymous said...

owhho...best la lagu Canon in c (atau D)... :) saper guitarist tu? hoho

-nabila-

cleopatra said...

hoo!

tapi aku nak tambah satu lagu popular..

"Wonder pets! wonder pets! kami datang" wakakak~

Mohamad Faizal said...

rahim: kau dan aku hamsap forever

ojj: ho kembali

megan: lagu raya no 1 aku ialah musafir di aidilfitri nyanyian s jibeng tapi tak semua orang tahu

wirda:
Youll be my only, no need to worry,
Baby are you down down down down downnnnnnnnnnn (saje nak menambahkan ketensenan anda)

zati: kau tahu tak lagu KFC moden yang ala2 lagu Quizzical Juliet The Orange tu. Ala yang lirik dia 'rahsia ayam goreng dan juga kentang kfc bla bla bla' (lebih kurang)

nabila: itu gitaris kumpulan XPDC tuh (tipu)

cleopatra: ala akak cleo saya tataula lagu tu tapi terus saya cari di youtube. "APA YANG PENTING? KERJASAMA! APA YANG PENTING? YANG PENTING RUPA! WONDERPETS WONDERPETS..."

E said...

Ho!

cik tenggiling said...

feveret bhai lagu mat cool ni...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...