Sunday, April 4, 2010

Mengapa Orang Memplagiat

Apa itu plagiat? Menurut definisi Kamus Dewan Edisi Ketiga, plagiat bermaksud perbuatan mencedok kata-kata, idea daripada karya orang lain dan menggunakannya sebagai karya sendiri. Aku terpanggil untuk menulis entry ini setelah terbaca sebuah artikel tentang 'Plagiarism in Academics' di suratkhabar The Star tadi. Alah nak kecoh apa, aku yakin kita semua pernah memplagiat kerja rumah matematik tambahan semasa sekolah menengah dahulu bukan? Tetapi selepas masuk universiti, selepas mengambil kelas Ethical, Legal dan Professional Issues di bawah pimpinan Pn Marini Othman, kita kini tahu bagaimana untuk 'memplagiat dengan jujur' atau dengan kata lain, tahu bagaimana hendak meletakkan sumber petikan (citation), di mana hendak letak quotation, dan bagaimana hendak paraphrase sesuatu ayat agar kita tidak didapati bersalah dalam jenayah ciplak. Tetapi mengapa masih terdapat orang yang suka memplagiat? Sila klik Read More untuk mendapat lebih informasi.

1) Kurang didikan

Aku rasa semua universiti ajar subjek Ethics, so sebagai orang yang berilmiah anda pasti sedar dengan terma plagiat ini. Jika anda kata anda tak tahu, mungkin anda ini pelajar lembab ataupun mungkin anda tidak tumpukan perhatian kepada syarahan di hadapan. Lainla kalau anda sekadar bersekolah pondok ataupun sekolah memandu diorang tak ajar subject Ethics, but still sekolah pondok ajar subjek Akhlak kira relevan jugalah.

2) Pemalas dan sibuk

Sedangkan Subuh pun tak sembahyang, inikan pula hendak membuat kertas kerja yang diberi oleh pensyarah. Kita dulu masa di kolej pergi kelas hanya untuk melihat gadis-gadis hangat, lebih-lebih lagi kalau dia seorang foreigner dari Asia Tengah. Malam pulak pergi clubbing, minum minuman keras dan disudahi dengan penzinaan. Maklumlah kat kampung mana nak dapat hiburan macam tu, paling hebat pun intai nenek mandi di celah zink (lagi berita dalam The Star). So kalau nak buat assignment tu memang malas dan tiada masa la kan. Itu sebab kita plagiat ketika tempoh menghantar assignment sudah hampir tamat.

3) Merasakan diri tidak cukup bagus

Mungkin anda rasakan yang anda ini seorang yang lemah, kurang keyakinan diri dan takut dibandingkan dengan hasil kerja orang lain. Mungkin anda rasa hasil karya anda sendiri ini tahap najis mughollazoh dan anda tidak tahu bagaimana hendak menyamaknya. So jalan mudah, plagiat sahaja.

4) Ketagihan

Plagiarisme ternyata boleh membawa ketagihan. Sekali dah buat pasti tak sedar diri buat lagi. Jika hendak dibuat analogi, dia umpama menonton pornografi. Contohnya anda menonton aksi-aksi aneh seperti Piledriver dan Advanced Rear Entry kemudian anda cuba plagiat dan applikasikannya kepada isteri anda. Secra teknikalnya, kita orang Asia tiada kelebihan fizikal untuk melakukan aksi-aksi tersebut, so isteri anda mesti rasa aneh dan takut dengan tindakan anda. Bagi mengelakkan plagiarisme dalam persetubuhan, anda harus quote dari filem apa aksi yang anda praktikkan itu. Hahaha bodoh sekali point aku ini.

5) Anda rasa anda tidak akan kantol

Really? Bak kata pepatah, Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua'. Unless anda ni tupai terbang tak jatuh la kot.

Oklah. Diharap anda dapat memplagiat dengan jujur selepas ini. Aku nak pegi Midvalley tengok Clash of the Titans dan pegi ekspo Sony mana tahu boleh dapat PS3 murah. By the way, sila lawat ijaicool malam nanti kerana aku akan membuat entri yang paling awesome. Kawan-kawan Bangi diharap dapat bersabar dan tidak membuat tindakan melulu ok? Assalamualaikum.



5 comments:

astute said...

budak2 aku sesedap oren amek article dr magazines utk diorang punye oral test.sakit betul hati aku! dan mcm biase aku sebut WHAT THE WHAT. hahaha..keji betul cikgu nih.

Anonymous said...

Tak sabar dah ni Faizal. Cepat laa sikit hehe

-Jamil

nana said...

aku tak hebat. dari dulu..keje skolah pun takde org mahu plagiat.

Anonymous said...

jai apakah entry paling awesome ni? adakah kita akan bermain ps3 online bersama? kat sini nak dapat internet kene bersabar 4 minggu duhs. bodoh gile customer service. tak dapat aku lawan dazu dalam fifa 10. bak kata dazu: adam, ijai memang tak terlawan aku dalam fifa 10.

adam

Mohamad Faizal said...

astute: haha anda mengajar di mana

jamil: sabaq nooo hehe

nana: haha kool lah jika korang tak plagiat

adam: haha aku tak beli pun lagi. barbie dazu dia hari2 berlatih dengan orang eropah bolela

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...