Thursday, April 22, 2010

Mengenali Jenis-Jenis Kawan

Semua orang ada kawan. Tak kiralah anda ini berkulit hitam atau putih ataupun kulit berkudis, anda pasti ada kawan. Mengikut testis yang dikeluarkan oleh pelajar tahun akhir jurusan Sains Kemasyarakatan di Universiti Industri Selangor (UNISEL), 'kawan' itu boleh dibahagikan kepada beberapa kategori. Kalau korang perasan aku taip 'testis' instead of 'tesis' dalam ayat sebelumnya untuk menambah elemen komedi dalam penulisan. Saja je bagitahu nak bagi panjang sikit intro aku sebelum korang klik Read More untuk mengenali jenis-jenis kawan.

Kawan Toilet

Kawan toilet ialah orang yang bertegur sapa dengan kita di dalam tandas. Selalunya mereka ini bekerja di tempat yang sama dengan anda. Di luar tandas, anda memang tidak bercakap langsung dengan mereka ini. Nama mereka pun anda tidak tahu. Muka je familiar sebab korang selalu bertemu di tandas. Mula-mula sekadar angkat kening The Rock, lepastu dah kerap sangat kencing bersebelahan mulalah mengeluarkan dialog-dialog kosong seperti berikut:

"Yo wassup bro?"

"Yo bro on break ke?"


"Nice balls bro"

Kawan toilet juga dikenali sebagai kawan lif ataupun kawan menunggu bas.

Kawan Ah Long

Kawan Ah Long ialah kawan anda yang paling samseng. Dada mereka selalunya kental dan muka mereka ada kesan parang macam Frank Ribery. Setiap kali ada pertelingkahan, anda mesti mention nama dia. Contohnya, di Uniten dulu, kalau nak pukul Saiful Bukhari sebab dia mengurat Lala, kitorang panggil Gaput. Nak selamatkan Iz dari dibelasah di Upten, kitorang panggil Gaput. Nak menjaga maruah Uniten ketika dicabar oleh Mat Rempit UPM, kitorang panggil Gaput juga untuk racing. Kira Gaput ni macam Farid Kamil la dalam filem I'm Not Single. Eh macam tak kena je contoh yang aku beri.

Kawan Pau

Tidak, kawan pau bukanlah seorang peniaga pau di pasar tani. Sebaliknya, mereka hanya berkawan dengan anda ketika mereka mahukan sesuatu. Tak kiralah ketika mereka memerlukan wang, pengangkutan ke kelas ataupun mahu meminjam tuala wanita. Golongan yang mengepau rokok adalah golongan yang paling dibenci sekali mengikut bebelan kawan-kawan aku yang merokok. Tidak kurang juga kawan yang mengepau telefon bimbit untuk menelefon awek di malam hari untuk melakukan persetubuhan di telefon.

Kawan Maya

Ada dua jenis Maya. Maya Karin yang hangat, ataupun Maya lagi sorang yang kecik dan bermuka macam buku lali tu. Alah yang dulu-dulu selalu berlakon drama Spektra tu. Tapi kawan Maya yang aku maksudkan ternyata tiada kaitan dengan kedua-dua Maya tadi. Kawan Maya ialah kawan atau 'friend' anda di laman web sosial seperti Facebook ataupun Myspace. Anda langsung tidak kenal mereka, tetapi anda main add sahaja mereka tanpa mengetahui orientasi seksual mereka. Selalunya anda akan add orang-orang yang mendedahkan payu dara ataupun yang berpotensi wajahnya. Teori itu menjelaskan kenapa Facebook Fandi tidak ramai kawan. Kawan Maya anda lebih ramai daripada kawan realiti anda, dan selalunya mereka terdiri daripada budak belasan tahun yang masih belum habis PMR tapi mengada-ngada nak main Facebook. Aku kalau orang add aku di Facebook tanpa memperkenalkan diri aku accept tanpa banyak bicara. Lepas tu aku stalk mereka, agak-agak berat badan melebihi 65kg selalunya aku delete kembali. Eh takde notification kan kalau kita delete orang?

Cabang daripada kawan Maya ialah Kawan DotA, Kawan Mafia Wars dan Kawan Bercucuk tanam korang tuh.

Kawan Peperiksaan


Aku yakin korang ada kawan sebegini semasa di kolej dahulu. Selalunya kawan peperiksaan ini adalah seorang yang nerd, meminati hentai, berspek mata tebal, dan memakai minyak rambut Gatsby untuk meniru gaya penyanyi Jepun atau Korea. Anda memang pura-pura tak kenal mereka ketika makan di kafeteria, tapi bila dekat-dekat nak periksa mulala anda menggelabah nak cari mereka minta mereka ajar nak buat function dalam Pengaturcaraan C.

Kawan Akhirat

Kawan akhirat ialah kawan-kawan yang anda akan letakkan di meja VIP semasa majlis perkahwinan anda nanti. Anda rela disetubuhi mereka tanpa menghiraukan rasa sakit di punggung. Jika kereta anda dipecahkan oleh samseng jalanan, anda semua akan stick together. Kawan akhirat ialah kawan-kawan yang akan menunggu anda di pintu syurga macam lagu Kru dan Elite tu.


Apa lagi jenis kawan yang lain tapi aku buat-buat macam malas nak taip tapi sebenarnya aku dah tiada idea. Jika kalian nak tambah silakan. Jika nak add aku dalam Facebook, pastikan memiliki wajah yang tak memberi igauan buruk dalam mimpi basah aku.



13 comments:

Noraishikin Mohd Salleh said...

terbaik kawan akhirat...kawan tgu kt pintu surga tu, mana leh mensetubuhi bontot laaa....hahahhahahahha

Anonymous said...

haha...
gile kurus fendi dlm gambar tu...haha..
kenapa kau blurkan muke besfren kau jai??sian die...haha

-shuhud-

Anonymous said...

yang diblurkan tu best friend ijai ke best friend ikram? haha

adam

QilahLala said...

patut ahh ada org btau i dia kne delte ngan u kat FB.. u tgk berat badan eyhh :p

shogunn_general said...

kawan kat stadium..bro's yg kita langsung x kenal pun, tapi sorak team yg sama, pakai baju kaler sama,happy sama2..

aku penah pegi stadium shah alam, stadium bukit jalil dengan stadium lokomotiv moscow je..anfield dalam perancangan... :D

Mohamad Faizal said...

cikinto: logik anda itu ternyata kebenarannya haa haa

shuduh: dulu fandi tak minum2. haa haa. hoi besfren kau ah dia mintak nombor kau

adam: besfren kau jugak adam sebab rumah dekat hee hee

lala: tipuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu. saya tak delete epul walaupun berat dia 92kg.

naqqib: ajak (dan sponsor) aku oit kalau nak pegi anfield. barbie forlan asyik mengganggu kehidupan kita

O Ena O said...

alamak! aku x lepas le ciri2 kawan maya ko jai..aku 80kg..wakakakak

hUdArLiNg said...

hahaha.nice one jai. =) yang delete melebihi 65 kg tu takleh blah.

Mohamad Faizal said...

ena: add la aku

huda: jika tidak keberatan untuk menjawab, berat anda berapa? hee hee

Anonymous said...

ak mngaku dulu ak lebih tampan dan menarik berbanding skrg haha..siot ko abe perli ak gemuk..tp abe ko mmg tetap sama spti dulu iaitu warna kulit kan hahaha..

-fandi-

O Ena O said...

okeh set jer..

envime said...

kawan peperiksaan - masa form 5 aku salu paksa membe aku ajar add math kat koridor kelas 5 minit sebelum ujian bulanan. jasanya kukenang ;)

Anonymous said...

best² topik "Mengenali Jenis-Jenis Kawan" tp kan part yg las tu x thn perut nak gelak :)..."Apa lagi jenis kawan yang lain tapi aku buat-buat macam malas nak taip tapi sebenarnya aku dah tiada idea" & "Jika nak add aku dalam Facebook, pastikan memiliki wajah yang tak memberi igauan buruk dalam mimpi basah aku" huhuhu pepatah telah mengatakan "dont judge the book by his cover.."..Peace no war (alamatnye xleh la teddy nak add ek...huhu koz berwajah buruk..:D )

-♥ teddy ♥-

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...