Sunday, April 11, 2010

Mengenali Jenis-Jenis Manusia di Stadium

Bagaimana nampak aku tak kat siaran langsung di kaca tv semalam? Dalam rakaman yang aku buat aku rasa ada dua kali muka aku keluar. Senang je nak perasan muka aku, sebab wajah aku tampak lebih bercahaya daripada orang lain hasil tak tinggal solat maghrib walaupun ke stadium. Seperti yang aku katakan semalam, tiada ulasan tentang perlawanan Kedah menentang Negeri Sembilan semalam jika Kedah tumpas, maka aku akan gantikan dengan kajian pola petempatan tentang karekter-karekter yang kita boleh jumpa di stadium. Tak kiralah korang menonton perlawanan bolasepak ke, perlawanan hoki ais ke mahupun menonton Akademi Fantasia secara live di stadium, watak-watak stereotype ini pasti boleh anda jumpa. Sila klik Read More untuk mula menelaah.

1) Mamat carut

Mamat carut ialah orang lelaki yang suka mencarut tak kira masa dan situasi ketika perlawanan sedang berlangsung. Contohnya, ketika Kedah menentang Nogori semalam, ada seorang mamat carut yang duduk di belakang aku. Sepanjang perlawanan aku terpaksa dengar jeritan carutan dia. Berikut merupakan contoh-contoh carutan yang kita boleh lemparkan sekuat hati walaupun carutan kita memang tidak mungkin akan didengari oleh individu-individu di padang apatah lagi hendak membawa sebarang perubahan kepada corak permanian. Haa haa aku taip permanian instead of permainan.

"Butuh la hang pengadil! Takdak teluq pi mampuih la anak haram!!"

"Pookey cibai laknat syaitan kau Aidil Zafuan Rita Rudaini pergi Thailand kahwin lari!"

Mereka adalah orang-orang yang emosi, mereka akan sentiasa mencarut tanpa mengira perasaan orang lain. So either anda pergi duduk di tempat lain ataupun join sekali dia mencarut.

2) Peminat fanatik dari kampung

Well selalunya orang yang pergi tengok bola di stadium ni merupakan peminat fanatik dari kampung. Seperti semalam, mestilah ramai orang Kedah dan orang Negeri Sembilan yang pure yang hadir dari kampung kan. Bukan macam aku, Jamil, Evi dan Ise yang merupakan orang Kedah celup. Ok Evi orang Penang mungkin ada sedikit kaitan tapi Ise penyokong Kelantan, apa cerita di situ? Hee hee anyway senang je kita nak tahu bagaimana perwatakan dan ciri-ciri peminat fanatik dari kampung.

Aspek yang utama ialah loghat mereka. da' Killa orang utagha so aku sedikit sebanyak handal cakap utagha. Kita boleh dengarla mereka membebel dan mungkin juga mencarut dalam bahasa utagha atau nogori. Sila lihat contoh di bawah:

"Eh cemuih la cheq depa main lagu tu. taik punai betui takdak peliaq pi balik Aloq Setaq la woi"

Translation: Bosan la saya mereka bermain begitu. Haram jadah tiada zakar (keberanian) pergi balik rumah la woi.

"Apo kono ekau ni jang. Ngabih an boreh yo. Den hobin kang nayo jo"

Translation: Apa yang tidak kena dengan anda ini? Menyusahkan sahaja saya belasah kang.

Aspek lain yang kita boleh lihat ialah benda yang mereka bawa dari kampung. Orang Kedah sering membawa padi ke stadium untuk mengingatkan para pemain yang mereka telah menghabiskan wang hasil jualan padi mereka semata-mata untuk memberi sokongan datang dari jauh. Orang Kelantan pula sering membawa budu untuk dibaling kepada penyokong pasukan rival mereka.


Mamat Kelantan dan mamat Kedah celup.

3) Pasangan ringan-ringan


Nak cari mereka senang sahaja. Anda hanya perlu memandang di sudut-sudut di mana orang tak ramai duduk, dan anda boleh melihat pasangan jejaka dan gadis yang duduk rapat-rapat bermain bola sendiri. Hahaha lucunya analogi yang aku gunakan. Mereka selalunya terdiri daripada pasangan yang baru bercinta di masih ringan-ringan di tempat awan merupakan sesuatu yang thrill buat mereka. Ohh gambar di bawah ini sekadar hiasan sahaja. Lagipun mereka sudah kahwin.


4) Mamat komentator

Mereka ini berinspirasi untuk menjadi Haji Hasbullah Awang mahupun Andy Gray and John Motson. Apa yang berlaku di padang, mereka akan ulas tanpa disuruh. Memang annoying mendengar kata-kata mereka kerana kadang-kadang fakta mereka salah just nak tunjuk terer dekat awek dia yang buta bola dan suara mereka just plain sengau.

5) Penjual yang keji


Peniaga di stadium semuanya cekik darah. Mereka tahu kita tidak boleh membawa makanan dari luar jadi mereka meletakkan harga komputer riba untuk makanan yang mereka jual. Burger boleh mencecah RM3 dan sebotol air mineral ialah RM 2. Burger dia dahla bentuk macam tahi rasa pun macam tahi juga tapi kita still makan sebab tiada pilihan. Lepastu tatkala pasukan kita tewas kita pun segera keluar dari stadium dan mereka akan menjual 2 biji burger dengan harga RM1 untuk menhabiskan stok tahi mereka. Penjual jersey di luar pun sama cuba menipu pelanggan dengan menjual jersey palsu dengan mahal.

6) Hooligans


Hooliganism bukan sahaja terkenal di Liga Inggeris, tetapi kita boleh melihatnya di local scene juga. Perangai mereka yang tipikal ialah membaling misil ke padang seperti botol air mineral, duit syiling, mercun dan juga panties kepada pemain kegemaran mereka. Dengan semangat kenegerian yang membuak-buak di dalam diri, tidak hairanlah kita selalu melihat penyokong bolasepak tempatan bergaduh macam dalam cerita Green Street Hooligans. Tapi takdela sampai bunuh-bunuh, sekadar gaduh mulut carut dalam dialek masing-masing je.

Sudahlah aku dah malas nak menaip. Barbie Helmi kau ambil penalti macam ambil goal kick. Kalau tak kita sudah membawa Piala FA untuk ditayangkan di Pekan Rabu. Cis. Cis. Sebagai tanda protes aku taknak bayar duit tiket ok Muaih?



10 comments:

Mimie.Candy Cane said...

aku suka golongan yang mncarut tu..abes nama rita rudaini dia petik abes..huhuhu..

shogunn_general said...

jangan gusar. kita sokongla selangor, hehe..

Anonymous said...

eh faizal. tapi aku sudah membayar duit tiket dekat kau? muaz sila kutip duit dari dia hehehe ok aa jugak dtg malam tu dapat pulang dengan jersi kedah ori (maybe celup) yg kool untuk dipakai pada tahun hadapan



Jamil

-xoul- said...

"membawa sebarang perubahan kepada corak permanian"

ko saje ke? ahaha..

Noraishikin Mohd Salleh said...

jgn kutuk en. helmi saya pleaseeee ;)

Nadira Sani said...

BAHAHA...gila lawak entry ni..keras perut gelak.hahaha lg...!



-penyokong kedah-

[z@ck] said...

ahahaha..
nice post bro..
=)

Mohamad Faizal said...

mimie: anda patut dengar lagu penuh

Aidil zafuan rita rudaini
pergi thailand kahwin lari
aidil pun naik pening
dapat anak nanti juling

naqqib: itu tidak mungkin! walaupun aku tinggal di selangor

jamil: tahun hadapan kita pakai standard chartered beb!

xoul: ya aku sengaja haa haa

cikinto: ini helmi lain la helmi yang kau minat tu helmi gimmick

nadira: kedah pantang kalah

zack: haha ang orang kedah nooo

Anonymous said...

jai knape kau jadikan torres captain sedangkan die tak main? haha

adam

Mohamad Faizal said...

haha kenala ambil risiko di saat2 akhir ni baru boleh jadi sang juara anas dah mengekori rapat tu. tapi tak mengapa, lampard akan ganti dia menjadi kapten

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...