Tuesday, April 6, 2010

My First Advertorial

Hui tajuk entry je dah boleh buat sesetengah orang merembeskan cecair mutawasitoh. Bertenang, ini bukan link untuk ada muat turun siri pornografi Naughty America. Pernahkah anda berada dalam situasi di mana kehidupan anda berada dalam keadaan kemurungan? Segala apa yang anda buat serba tidak kena. Kegembiraan di hati tidak terpancar. Ayam goreng yang dimakan terasa tawar. Persetubuhan dengan isteri menjadi hambar. Gila hebat teknik rhyme aku. Usah bimbang, hari ini saya hendak memperkenalkan sebuah produk awesome mak lampir yang dijamin dapat mengembalikan seri di wajah anda yang berjerawat itu. Ok fine muka korang licin. Jangan risau, ini bukan iklan perniagaan MLM, ini juga bukan iklan cupcakes. Sila klik Read More untuk mengetahui apakah produk yang lebih mengasyikkan daripada dildo.


Memperkenalkan, Sos Cili Lingham's. Saya rasa saya telah beberapa kali mengiklankan sos cili ini pada entri-entri yang lepas. Pihak Lingham's telah menghubungi saya dan membuat proposal untuk memperkenalkan produk mereka ke mata dunia melalui blog fitnah ini. Mereka menawarkan saya dua botol edisi terhad sos cili Lingham's yang pernah digunakan oleh Tentera Jepun dahulu. Huii memang rare tu.

Kita ikuti sejarah sos cili Lingham's ini dahulu. Pengasas sos cili ini, A.R Lingham dan anak angkatnya Subadron Aziz hidup dalam kesusahan. Sejarah selebihnya aku dah lupa.

Jika anda tidak pernah rasa bagaimana keenakan sos cili Lingham's ini, kehidupan anda sebenarnya tidak lengkap lagi. Merasa sos cili Lingham's patut berada dalam senarai '10 Benda Yang Saya Ingin Lakukan Sebelum Usia Meningkat 30 tahun'. Sos ini agak manis, lebih cair daripada sos pesaing, serta memiliki tahap kepedasan yang berubah-ubah. Sekali anda rasa, anda pasti akan ingat sampai bila-bila kerana tiada sos cili lain yang dapat memplagiat rasanya kerana orang kenal akan rasanya yang unik itu.

Masih tidak terpengaruh? Berikut adalah sebab-sebab mengapa anda harus menukar sos cili anda kepada sos cili Lingham's:

1) Boleh ditambah dalam segala jenis hidangan

Betul. Sos cili Lingham's memang universal. Ramai orang yang tidak tahu, jika hendak membuat kek, sos cili Lingham's boleh digunakan sebagai alternatif kepada mentega. Jika hendak membancuh air, sos cili Lingham's boleh menggantikan sirap. Letaklah di ayam goreng ke, kentang goreng ke apapalah pasti nafsu makan anda akan bertambah. In fact kalau korang letak sos cili Lingham's di kasut pun pasti kasut itu tampak lebih berselera untuk dipakai.

2) Boleh digunakan sebagai alat bantuan seksual

Selepas isteri kalian melahirkan anak, pasti aktiviti seksual menjadi hambar bukan? Orang katala aku mana tahu aku masih teruna. Apabila sudah hambar mulalah korang melibatkan makanan dalam aktiviti di ranjang. Ada yang tuang coklat, madu mahupun tepung di badan pasangan sebelum meratah mangsa. Nah, gantikan benda-benda tadi dengan sos cili Lingham's. OMG pasti lidah korang terjelir-jelir kepedasan dalam kenikmatan hakiki. Tapi tips ini untuk suami isteri yang sah sahaja ok. Pasangan yang belum berkahwin usahlah bereksperimentasi zina tu dosa besar tau.

3) Alternatif buat kaki botol



Buat apa minum arak. Minum arak pun dosa besar. Bila dah mabuk mesti buat satu lagi dosa besar iaitu penzinaan. Lepas berzina buat satu satu lagi dosa besar iaitu membunuh bayi. Maka untuk menempah tiket ke syurga, gantilah arak dengan sos cili Lingham's. Walaupun anda still akan menjadi kaki botol akibat ketagihan sos cili, at least minuman Lingham's itu halal, tidak memabukkan dan tidak akan menyebabkan kerosakan hati. Kot.

Bagaimana? Sudah menggigil-gigil mengimpikan sos cili Lingham's bukan? Lupakan sos cili jenama lain. Ayuh segera ke Pasar Mini Kayatri untuk mendapatkan bekalan sos cili Lingham's anda!

Oh ada kuiz. Berapa kalikah saya menyebut perkataan Lingham's dalam entri ini? Pesarta dengan jawapan yang paling tepat akan memenangi sebotol sos cili Lingham's yang ditandatangani ijaicool.



17 comments:

Mimie.Candy Cane said...
This comment has been removed by the author.
Mimie.Candy Cane said...

asal ko sengal sgt hah?senak usus aku..

kat kuantan xde Pasar Mini Kayatri .beli pakai pos bleh?

E said...

hahaha gelak guling-guling utk sos lingham sbg alternatif utk arak..nice one!

Anonymous said...

Lingham's ada 18 kot
Lingham ada 1.. haha thx Ctrl+F (walaupon aku pada mulanya sanggup mngira scara manual bg mndptkan Signature Ijai OHEMGEE!)



-megan musang

Idlan said...

Macam mana kat Kuantan takde kat Tesco Colchester ada? Hahha. Walaupun naik harga dari £1.19 ke £1.69, aku tetap beli. Sebab tanpamu Lingam... cekodok I tak rawk, spegeti I semi masam...

jana said...

Kat rumah kak jana sorang makan sos Lingham ni bagus juga tak cepat habis,sebab tak share dengan orang lain,ijai ni sos pun boleh dibuat cerita.Pernah tersalah beli lingham yang banyak campur bawang putih,perghh bengang le juga sekejap,nak beli kena chek betul-betul jangan main ambil je

nana said...

sos fav mak saya!!!!

Anonymous said...

yay ade 17 lingham di sini...nak sos lingham hantar kat saya please.sini tak jumpa pon.and betulkah pakcik pengasas yg suruh encik faizal iklankan sos ini.mentang2 bnyk pengikut..haha..femes pakcik lingham nanti sosnya disukai ramai.

rossa

Mohamad Faizal said...

mimie: kantol delete komen pertama nak libas aku dengan selipar jamban hee hee

E: biar mabuk sos, jangan mabuk alkohol

megan: mana aci megan main cheat code ctrl + F. tapi malangnya kau silap haa haa

akak abe: yaa saya bangga perniagaannya maju sehingga ke 22 buah negara termasuk UK!

kak jana: lingham's ada beberapa perisa iaitu normal, halia, bawang putih, bawang putih dan halia, thai. (gaya jurujual di warta)

nana: kool lah mak anda

rossa: cayalah tak guna anon. kat US adala tapi anda kena jalan sikit pergi kedai runcit clint dempsey kat texas. tapi saya tak boleh hantar kat anda sebab jawapan anda salah haa haa

Anonymous said...

eh kantoilah encik faizal tahu saya belajar di US dan tak guna anon dah..haih..jgnlah begitu encik faizal.jgn kaintoikan saya.haha..fine saya cari di kedai runcit b'dekatan ada ke tak sos lingham tuh.

noname

Anonymous said...

encik ijai..antara byk2 jenis sos lingam tu..manekah yg tbaekkkk?i nk cr kedai kayatri kat shah alam ni hehe

nona

O Ena O said...

wooo..bguih beno iklan promosi nieh..x psl2 sos lingam dpt promo free kt internet..time kaseyyy!..
nti aku try lg rase sos lingam..aku sblm ni pengguna sos lingam..tp aku dh lame stopp beralih ke sos life plak...

Muaz said...

19 lingham dlm entry + 2 lingham kat botol = 21 lingham?

Muaz said...

Oh yea.. hang nak pi ke tak sabtu niii???
jomm pi pulun ramai2.. hehe

Mohamad Faizal said...

noname: hihi tukar nama balik ke? kamonnn

nona: yang terbaek adalah perasa asli. kayatri ada bukak cadangan di shah alam kah?

ena: tinggalkan sos life kerana dia tiada life. eh

muaz: shit betul dowh jawapan kau. TAHNIAH SYED MUHAMMAD MUAZ ANDA TELAH MEMENANGI SEBUAH SOS CILI LINGHAM YANG DITANDATANGANI IJAICOOL!

pastilah kedah pantang kalah minggu ini. ambil saya di bangi please? huhu

lizamohamed said...

20 times kot

Anonymous said...

hehe hehe hehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...