Saturday, April 10, 2010

Nantikan Kemunculan Ijaicool di Kaca TV Anda Malam Ini!

Hui gila mencanak-canak dah kepopularitian ijaicool dewasa kini. Ada sahaja peminat fanatik yang miskol nombor rumah aku. Tidak ketinggalan juga yang memplagiat hasil penaipan aku. Eh itu kisah lama aku dah lupakan dah hee hee. Tetapi kemuncak kepopularitian seseorang itu akan terbukti apabila dia muncul di kaca televisyen. Maka malam ini aku akan menuju puncak gemilang cahaya. Sila klik Read More untuk mengetahui bila dan di saluran mana anda boleh saksikan ijaicool.

Ya, anda boleh saksikan kelibat ijaicool di TV 1 (atau TV 2) pada pukul 8.45 malam dalam siaran langsung perlawanan akhir Piala FA Kedah bertemu Negeri Sembilan. Aku pakai baju kaler hijau kuning carik sampai jumpa tau. "Kedah pantang kalah, walau sakit jatuh dan rebah!" jerit aku sebagai penyokong Kedah celup. Untuk laporan penuh sila lawati Y.P.R esok (jika Kedah menang).

Kesempatan ini juga saya gunakan untuk meminta maaf dari hujung rambut ke hujung perut kepada keluarga Amir Rashidi bin Aziz kerana kesilapan kami membelikan hamper bayi yang berisi barangan feminin seperti skirt dan panties ropol. Semua itu salah Khairul Afandi sebenarnya. Mula-mula kami dah konfem beli hamper bayi lelaki tapi Fandi terpengaruh dengan hamper yang lebih besar yang ada gambar arnab. Aku dah mengesyaki dah ada sesuatu yang tak kena tempoh hari tetapi Fandi dah hentak-hentak kaki di premis berkenaan aku taknakla buat kecoh pulak kan. Anyway, jika anda melihat hamper di bawah buat kali pertama, adakah korang rasa itu merupakan hamper untuk bayi gadis?


Apapun Apai, kami tidak menggalakkan anda menyarung skirt itu kepada anakmu kerana kami mahu dia membesar sebagai seorang jantan tulen. By the way, nama anak Apai & Mizah ialah Akif Haziq bin Amir Rashidi. Aku serius shit double click dah ingat Apai nak letak nama Faizal. Takpe anak kedua or ketiga nanti mungkin.


Gambar ihsan Facebook Apai & Mizah. Err itu bukan baju yang diambil dari hamper kan?



10 comments:

Mimie.Candy Cane said...

mula2 teruja jugak nak cari wajah ko di kaca television.tp pikirkan baper ribu wajah lain yg mungkin sama ngan wajah ko tu,aku rasa kurang teruja dah..

lepas tu pikir2 balik,aku kan keje malam ni.camne nak tengok tv.terus takde mood.

tapi kalo ko muncul dalam rancangan Hati Lelaki kt TV3 untuk topik cinta kaum sejenis,mungkin aku tengok.

CouchPotato said...

ya aku rasa memang barang untuk gadiss!
tak sensitif tentang pemilihan warna betullah..
isi nya kan ala-ala pink giteew!?
tak ke?
ke mata aku yang kero?

sI tEDI said...

comel macam ijai!

EyeDa said...

seriously baby tu lagi comel..hak hak hak

Anonymous said...

Faizal, nama sang champion aku Akif Haziq bin Amir Rashidi. Bkan hazif ye. Baju di atas bkn dlm hamper yg korg bg. Baju di atas lebih mahal dpd baju raya aku. Mak mertua aku ckp korg bole wrap blk hamper tu tukar dgn yg lain hehe..

~AkuApai

Ps: takziah la hilmi buat perangai bajet nk jd hero

Mohamad Faizal said...

mimie: jika Hati Lelaki yang anda inginkan, next week saya pergi audition

couch: ala zaman sekarang lelaki memang minat pink

tedi: memang tidak syak lagi

eyeda: okla sama2 comel

apai: haha typo lah. ala ejas2 la skirt tu jadi seluar pendek. barbie helmi masa tu semua warga kedah sudah hendak berpesta dah

O Ena O said...

comeeyyyy gileee anak membe ko nihhh!! tahniah pd membe ko n isteri..

O Ena O said...

ooohh adekah muke ko ade aura cm aku nk nengok del piero di padang bola? adekah faizal rosly tu ade ciri2 aura ituuuuuu spt del piero mungkin?

crocsmarche said...

oh tidak..sekali pandang hamper tu sememangnye utk baby girl!

tu la masalahnye bile jejaka2 saje yg pegi beli hamper utk baby..hehe bole belaja lagik

Mohamad Faizal said...

ena: orang kata muka aku macam totti.

crocs: ya kami jejaka memang bebal sila beri tunjuk ajar

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...