Sunday, April 25, 2010

Parti Liar di Wong Solo

Aku memang cintakan rakan-rakan Bangi aku. Jika diberi pilihan samada hendak memiliki six pack di perut ataupun terperangkap dengan one pack macam sekarang dengan membelanja rakan-rakan Bangi makan, I'll choose the latter without any hesitation. Biarlah perut aku boroi asalkan rakan-rakan aku tidak kelaparan. Atas dasar itulah aku membuat keputusan untuk mengeluarkan mani dari wallet sendiri untuk memuaskan nafsu buas rakan-rakan aku. Lagipun semalam (Sabtu 24/4/) merupakan hari jadi Khairul Afandi bin Kassim, so kami pun bercadang menganjurkan parti liar yang halal buatnya. Sebagaimana yang korang tahu, muka Fandi memang seperti orang Indonesia seratus peratus. Indonesia di sini bukanlah seperti Nicolas Saputra tetapi lebih kepada Rhoma Irama ataupun penyanyi Radja. Di atas sebab itulah aku membuat keputusan untuk membelanja rakan-rakan di restoran masakan Indonesia di Wong Solo Bangi. Lagipun aku taknak dituduh rasis terhadap orang Indonesia. Waduh waduh enggak bisa ular klik Read More dong.

Sebelum air liur anda bertakung melihat gambar makanan dan wajah aku, seperti biasa kita mulakan sesi mengaibkan besday boy dahulu. Khairul Afandi seperti yang korang tahu sering meninggalkan komen berbaur seksual di laman blog ini mahupun di laman Fesbuknya. Beliau pernah menjalani terapi ketagihan seksual macam yang Tiger Woods pergi tu, bezanya Fandi takdelah berzina dengan ramai gadis, tetapi sekadar zina mata dan tangan dengan menonton siri pornografi klasik lakonan Ron Jeremy dan Peter North. Ok ok aku exaggerate janganla sensitif sangat bitch. Tapi lihat gambar di bawah memang sah muka orang yang suka membuat sexual harassment bukan?


Aku tidak pernah pergi pun Wong Solo sebelum ini. Orang bukan Indon kata best, so aku pun nak cubala. Baru jugakla rasanya buka dekat area Old Town Bangi tu. Aku, Anas, Jamil, Evi dan Abe tiba dahulu. Menu dia berbahasa Indonesia dan Fandi belum datang lagi, tiada orang nak translatekan so kami sekadar memesan set makan malam untuk lima orang dahulu.


What the what is a pecel lele? Nama macam ayat kontrasepsi so kami pun ambillah set itu. Rupa-rupanya pecel lele ialah ikan keli. Takkan semua orang nak makan ikan kalau terlebih makan ikan nanti mendapat muncung macam Zul. Tertekan dengan hakikat itu kami pun memesan the 'famous' Ayam Kampung Penyet dan Ayam Bakar sebagai lauk pauk tambahan. Jamil memesan Jus Poligami sambil dijeling oleh Evi. Sumpah nama dia Jus Poligami aku tak tipu tapi rasa dia macam Mango Lassi di kedai nasi daun pisang India je.


Zul dan birthday boy Fandi datang lambat, so memang save la wang rupiah aku sebab diroang tak dapat order sebab dapur dah tutup. Zul yang telah lama tidak membuat kemunculan di blog ini akhirnya berjaya join kami kerana dia masih belum ada balls untuk mengajak Eleanor Ezura bertemu janji. Or maybe malam tu dia nak ajak Ezu tapi sebab aku paksa dia join kami, dia terpaksa menangguhkan impiannya itu. See aku still backup kau Zul.


Secara keseluruhannya walaupun orang kata tempat ini merupakan tempat 'eksklusif' untuk makanan dari seberang, harga dia tidaklah mahal sangat dan rasa dia pun boleh tahan. Tapi ayam penyet dia memang pedas sehingga termencarut dalam bahasa jawa aku ketika membahamnya. Waktu operasinya adalah dari pukul 11 pagi hingga 11 malam, so memang kitorang sahaja yang tinggal masa tu. Pelayan bar siap pura-pura mengelap meja dan peluh di dahi Anas lagi untuk memberi hint yang mereka nak tutup restoran tapi kami menganggap restoran itu seperti restoran India Muslim 24 jam. Selamba sahaja Fandi menghisap rokok walaupun restoran itu telah meletakkan dilarang merokok dan dilarang kencing berdiri. Setelah pengurus restoran Wak Jonoh mengeluarkan Jenglot untuk disantet, barulah kami cemas dan beredar.


Parti liar diteruskan di rumah aku dengan tarian separa bogel oleh Ahmad Shuduh. Memang fetish ebony la kami. Terima kasih buat para isteri (Zack dan Evi) yang memahami kehendak sang suami untuk mendapat nafkah batin bersama rakan-rakan jantan. Ya, masih belum terlambat untuk kita ucapkan selamat hari jadi yang ke-33 buat Khairul Afandi bin Kassim. Semoga impian kau untuk membuat pembedahan plastik bagi mengubah penampilan 'Seberang' akan tercapai. Amin.



6 comments:

Noraishikin Mohd Salleh said...

cool giler bangi dh ada wong solo..hahahahha...part termencarut dalam hati tu mmg aku rasa nak mencarut jugak..hahahhahahahhahahah

Mohamad Faizal said...

bangi memang kool kelab malam je takde lagi. korang turun bangila makan2 pastu aku join

Anonymous said...

thx jai kerana menulis tentang ak dan membelanja makan ikan keli yg sudah dibaham separuh oleh abe hehe..

-fandi-

crocsmarche said...

"..Setelah pengurus restoran Wak Jonoh mengeluarkan Jenglot untuk disantet..."

hadoiii..xpasal menggelegak ketawaku di opis..

Mohamad Faizal said...

fandi: sama2. terus teranglah aku cakap aku tak ikhlas sebab aku mengharapkan balasan

crocs: sah anda pun sudah disantet hee hee

Haziq Zainal said...

Haha. lawan gila siall entry kau. tergelak gelak aku baca.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...