Thursday, April 15, 2010

Perkara-Perkara Yang Klise Dalam Filem Seram

Aku seorang yang penakut. Aku tiada testis untuk menonton filem hantu ataupun bunuh-bunuh seorang diri. Kalau berani pun aku mungkin akan lowkan volume dia ataupun skip part bunuh-bunuh tengok masa scene persetubuhan sahaja. Tapi kalau menonton filem seram di pawagam bersama rakan-rakan, memang aku berani kerana aku tahu ada orang yang lebih sissy daripada aku seperti Zul mahupun Ise. Namun begitu, menonton filem seram tidak lagi menakutkan seperti dahulu kerana kita sudah boleh agak apa yang akan berlaku, ataupun tahu part bila kita harus bersedia untuk terkujat. Sila klik Read More untuk mengetahui perkara-perkara yang cliche dalam filem seram.

1) Jika anda seorang blonde yang hangat, anda akan mati dengan ngeri.

Perkara ini memang kita sudah biasa lihat dalam filem-filem slasher. Jika anda berambut blonde, tubuh hangat nampak lurah payu dara, berperangai gedik dan bergaya bitch, ditambah lagi anda ni bukan pelakon utama, maka bersedialah anda untuk ditikam bertalu-talu oleh pembunuh yang psiko. Selalunya ketika terserempak dengan pembunuh, mereka akan lari sekuat hati sambil mengucap kalimah-kalimah dari bible, tapi mereka pasti akan terlanggar tunggul lalu terjatuh. Riwayatnya ditamatkan dengan percikan darah. Antara bimbo yang dibunuh kejam dalam filem seram ialah Paris Hilton (House of Wax), Sarah Michelle Gellar (I Know What You Did Last Raya) dan Michelle (Melodi).


2) Kereta tak boleh start.

Pembunuh rileks je memburu kita dari belakang. Nak telefon meminta pertolongan masa tulah anda berada di luar kawasan. Flash light pulak tiba-tiba habis bateri. Kita lari pecut macam Azmi Ibrahim untuk menyelamatkan nyawa. Eh kat situ ada kereta, apa kata kita melarikan diri dengan kereta, mesti pembunuh tak boleh kejar kan? Okla naikla kereta. Tangan terketar-ketar masukkan kunci eh terjatuh pulak kat lantai. Ok dah bertenang sikit boleh start enjin. Ehekkk hekkk hekk. Diam. Ehekkk hekkk hekkk. WHAT THE WHAT KENAPA KAU TAKNAK START?? 20 MINIT YANG LALU KAU OK JE KERETA?? Zasss leher dikelar pembunuh.

3) Jika anda terdengar bunyi aneh, itu bukan bunyi angin.

Pasangan remaja sedang berdua-duaan di dalam rumah. Parents tiada pergi balik kampung. Apabila berdua nafsu mula menguasai diri. Lepas tu mulalah nak berzina. Si gadis macam hesitant tapi si jejaka macam syaitan. Ketika sedang rakus menggomoli pasangan, tiba-tiba terdengar bunyi di dapur. Si gadis kembali menyarung pakaian. "Eh bunyi apa tu abang?" "Alahh bunyi angin je tu. Marilah sayang...."balas si jejaka. WRONG! Ada hantu/pembunuh/raksasa di dalam rumah baik korang keluar sekarang! Terlambat. Zasss leher dikelar lagi.

4) Jika muzik latar tiba-tiba berhenti, hantu atau pembunuh akan muncul.

Ini memang cheap trick. Mula-mula pasang lagu Cradle of Filth nak build up elemen seram, lepas tu tiba-tiba diam. Kita pun punyalah tak tahu nak anticipate kemunculan watak jahat. WARGHHHHH tiba-tiba muncul depan muka dan kita pun akan menjerit seperti arbok tanpa disuruh. Works every time.

5) Polis tak berguna.

Anda dikejar pembunuh, kemudian terserempak dengan polis. Okla kat sana diorang panggil Syeriff. Baju coklat, pakai topi koboi dan mungkin dimainkan oleh pelakon wanita kulit hitam. Anda terangkanlah bagaimana pun, diorang tidak akan percaya cakap anda. Mak bapak kita pun sama. Kita cakap kita nampak hantu tapi diorang tuduh kita ambil dadah pulak.

6) Jangan Pandang Belakang.

One of many 'Jangan!' rules in horror movies. Kita tengah shave misai depan cermin. Lepas tu tunduk la kejap nak basuh muka. Apabila pandang cermin sekali lagi, arghhh ada lembaga di belakang kita! Argghhhh. Antara peraturan-peraturan 'Jangan' yang kita harus patuhi ialah jangan bermalam di motel terpencil (Vacancy), jangan berkelah di tasik terbiar (Friday the 13th), dan jangan cuba menyiasat entiti misteri (Paranormal Activity).

7) Watak jahat sukar hendak menemui ajal.

Tatkala kalian telah menikam perut watak jahat, dan watak jahat itu sudah terjelepuk ke tanah, jangan selebret minum arak dulu. Adalah baiknya anda pastikan pembunuh itu benar-benar terbunuh. Ambillah effort sikit penggal kepada dia ke, korek hidung dia ke takpun bakar sehingga menjadi Abe. Eh abu. Ni tak, pergi biarkan sahaja. Last-last, selepas kredit habis dimainkan, tiba-tiba mata dia terjegil. Tu yang ada sekuel I Know What You Did Last Summer ataupun Scream tu.


Apa lagi benda-benda yang cliche di dalam filem seram? Ohh klise filem hantu Melayu scene mula-mula mesti ada orang nak meninggal tapi tak boleh meninggal lepas tu panggil imam baca mentera untuk buang hantu raya kan? Oklah, kita jumpa di dalam ruangan cliche yang akan datang. Jangan asyik membaca blog sehingga tak solat maghrib ya kawan-kawan.



11 comments:

yusuf mujahidin ™ said...

Ho

we want more!!

astute said...

dulu aku selalu rileks je. takde pun takut2. tapi peningkatan umur menyebabkan aku mudah terkejut. cite nite at the museum pun aku bleh jerit tahap dewa. ngok ngek tol.

perasan tak cite hantu melayu hantunye buruk2, kecuali PHSM. hantu buruk aku tak bape takut, tapi hantu cantik cam maya karin mmg aku takut. asal nampak billboard celcom maya karin time driving mlm2, cpt2 aku tekan IKIM fm. takutttt

Anonymous said...

haha..mula2 kalau nak drive tuh bkk lah lagu hip hop ke ape tp kalau tetiba takut terus bkk ikim lah bacaan surah lah.haha..
saya gelak sambil tertonggeng bila baca bakar sampai jd abe(rakan encik faizal tuh ke?)haha..
best2

siti anon

Mohamad Faizal said...

yusuf: you want paramore? parappa parapp pap paara parappa parapp pap paara!

astute: apa frekuensi radio IKIM untuk lembah kelang? aku nak set jugak sebagai peringatan

siti: abe = shuhud. sebagai peminat fanatik, anda kenal dia kan? hee hee

Anonymous said...

awak mmg klakar ijai.
HO! utk awak!

-anonon-

O Ena O said...

aku pon tgk secara beramai2 cite seramm(x brani nengok sorang sbb aku bleh byang mcm2 nanti)..tutup lampuuuu...bantall busukkk mesti ade kt aku utk tutup2 tang adegan2 yg x ptut di lihatttt..sereemmmmmmm....

Anonymous said...

aku plg stress cerita cemas bila hero heroin sibuk nk bercium sebelum habiskan misi tau2 pembunuh yg baru kena ketuk sekali dh bgn balik dn ada kt belakang scene cium terpaksa aku batalkan air semayang dgn mengeluarkan kata2 kesat..

-inibukanzatiyanghaziratu-

Mohamad Faizal said...

anonononon: thanks

ena: bantal busuk kau mesti berbau menarik

zatimanapulakni: tulah lain kali nak berzina pastikan orang jahat dah pengsan betul2

O Ena O said...

bantal busuk aku alwiz berbau menarikk..

CouchPotato said...

aha..aku yang suka tgk korean n japanese horror ni mengatakan bahawa:
1.rambut hantu mesti panjang (sebelum mati beliau gadis ayu)
2.rambut hantu mesti rebond (banyak duit buat rambut!)
3.rambut hantu mesti menutup muka (malu muka sudah tidak ayu)
4.baju stendet la putih (gosh tak buhsan ke?)
ooh ooh ooh mahu tambah!
'penjenayah' sebenar ialah orang yang paling tak disyaki.

nana said...

hanta korea mesti merangkak-rangkak. tak tahu kenapa.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...