Wednesday, April 7, 2010

Tanda-Tanda Anda Tidak Khusyuk Semasa Solat

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Ma is muka? Ismi Ustaz Faizal al kacaki. La is la bonita wal allughatul arabiyah. Bagaimana para pembaca semua? Kagum tak melihat saya berbicara dalam bahasa Arab? Hari-hari dihidangkan dengan dengan entri persetubuhan, apa kata kita bermuhasabah diri pula. Hari ini, ustaz ingin berbicara tentang solat. Solat itu tiang agama. Solat yang tidak khusyuk umpama tiang yang diperbuat daripada kayu snuker. You know, masih boleh dibuat tiang cuma tak bagus je. Saya mengaku 70% of the time saya mesti solat tak khusyuk. 20% tu memang lalai langsung tak solat. 10% jela yang tinggal itu pun tak sure betul-betul khusyuk ke tak. Jadi di sini saya ingin berkongsi tentang tanda-tanda kita tidak khusyuk dalam solat. Sila klik Read More untuk mengetahui adakah anda betul-betul khusyuk ataupun pura-pura khusyuk. Oh dulu ada kumpulan apa tah yang anggota dia ada nama Syuk...

1) Ini adalah tanda yang paling asas. Orang kata kalau nak khusyuk kena pandang tempat sujud, Tapi bila anda pandang sejadah, anda mula terfikir di dalam hati "Mmm cantik jugak design sejadah ni". Kemudian terus fikiran melayang pikiaq pasal sejadah. Anda kira bilangan tiang dalam gambar masjid la, kaji ropol-ropol sejadah la serta bertanya kat diri sendiri di mana beli sejadah ini.

2) Seharusnya kita tidak membuat apa-apa 10 minit sebelum solat kerana minda di bawah sedar kita selalunya akan terbawa-bawa benda yang kita lakukan sebelum solat. Jika anda tengok Lost sebelum solat, maka anda pasti akan sesat di dalam solat sehinggakan anda terpaksa melakukan sujud sahwi sebeb anda solat terlebih rakaat. Kalau anda tengok slot Akasia Adamaya lakonan Lisa Surihani sebelum solat lagilah tak boleh khusyuk. Mungkin anda diwajibkan mandi lagi. So tenangkanlah fikiran sebelum solat.

3) Ketika solat, telefon anda berdering. Kelajuan solat anda tiba-tiba meningkat masuk gear lima langsung tak tomakninah. Bacaan solat pun main short form macam SMS je. Pantas gila barbie macam Watson Nyambek solat. Habis solat jangan harapla nak berdoa minta diampunkan dosa, panggilan duniawi lebih diutamakan.

4) Ketika solat, anda tiba-tiba rasa nak terkentut ataupun terkencing. Alah dah masuk rakaat seken last pulak tu memang tak dapat ah nak surrender. Time ni memang anda tidak akan khusyuk lagi kerana priority anda adalah untuk mengelakkan keluarnya angin daripada dubur. Muka berkerut-kerut mengemut lubang punggung. Peha anda pula gigih mengepit skrotum. Sekali lagi solat anda masuk gear lima agar tidak perlu mengambil air sembahyang sekali lagi.

5) Ketika solat, TV di bawah terpasang. Tiba-tiba keluar pulak klip video negro tak hitam. J jejejejeje JR.....JASON DERULOOO tiba-tiba nama Jason Derulo menggantikan bacaan duduk di antara dua sujud anda. Itu bukan sekadar tak khusyuk malah solat anda telah terbatal eloklah anda ulang kembali ibadah anda.

6) Jika anda solat berjemaah di surau, semasa mengaminkan bacaan Al-Fatihah, anda menyebut 'AMINNNNNN' sekuat hati kerana nama atuk kawan anda Amin.

7) Ketika solat, anda terlalu inginkan kekusyukan lalu anda mengulang-ulang perkataan 'khusyuk! khusyuk! kamon faizal khusyuk!' di dalam hati dengan harapan anda dapat mempengaruhi diri anda untuk menjadi khusyuk tanpa menyedari teknik anda itu sebenarnya menyebabkan anda overdose khusyuk.

Jika anda mengalami simptom-simptom di atas seperti Faizal, mungkin kita harus lebihkan lawat blog-blog keagamaan daripada blog persundalan ijaicool. Semoga anda mendapat mesej yang disampaikan. Kita jumpa lagi dalam segmen 'Macam bagus je kau nak ceramah aku' di masa akan datang. Assalamualaikum.


Sekadar gambar hiasan. Lihatlah aku yang khusyuk berdoa semasa muda kurus je lagi. Ahmad Fadhullah masih gempal dan Khairul Afandy masih berbulu. Hee hee.



16 comments:

Noraishikin Mohd Salleh said...

kau pun tgk adamaya ke?muahahha...aku stuju sgt yg no 1 tuh...mmg salu aku tak kusyuk sbb tuh...siap berangan dh smpi masjid kt tu..hahahha

nana said...

no 1 tu, aku selalu buat masa kecik.
aku kira tiang.

eh, kumpulan yg ada ahli nama syuk tu adalah New Boyz. Ah, kantoi pula, aku dari dulu minat Tomok.

Shima Ibrahim said...

br hari ni aku tau 'la isla bonita' tu bhs arab! haha anyways, bagus la ko ni kdg2 ijai. di samping ko rambling yg bkn2, ade jugak msg yg bole aku amik iktibar. god bless!

Anonymous said...

pehhh, kacak jugak muke kau mude2 ye ijai.. ha3.. gagah mngenakan pakaian kadet bomba lagi.. papehal pon.. aku agk sakit ati kalau time solat nk tkucil hehe..tp tulaa bile muhasabah diri balik.. kite lebih rela tahan dan mneruskan solat kite yg da x khusyuk tu dari stop untuk buang air then amik wuduk balik.. sobs2



-megan musang

z a t i said...

haha, entri keji. tapi terasa. aku kalau guna sejadah geometri siap boleh kasi cabaran kepada diri seniri, ok mari kira berapa bilangan segitiga. (ni kes semayang terawih imam jenis baca satu jus satu rukaat) - ok, metafora.

shogunn_general said...

1.aku kadang2 khayal tengok brand kain pelikat orang yg kat saf depan aku hehe

2.tensen kalo ada kucing lalu lalang kat depan kalo tengah semayang terawih

3.jadi tak berapa khusyuk kalo imam baca surah yg agak panjang huhu...

Mohamad Faizal said...

cikinto: adamaya baru setat kan ke aku dah miss beberapa minggu

nana: tu perangkap aku je. hah kantol kau memang peminat setia new boyz

shima: la = tidak. isla = isla fisher isteri Sasha. bonita = jenama aksesori wanita. la isla bonita = isla fisher tidak gemar memakai bonita walaupun dia seorang shopaholic

megan: kau macam dah menjadi trisexual mula memuji2 kekacakan aku....

zati: sejadah geometri tu apa? sejadah ada kompas aku tau ah

naqqib: usha punggung semasa solat ke ish ish ish kau ni

Anonymous said...

time sujud seboleh boleh tangan nak bukak sebesar-besar taknak kasi ruang kat kawan sebelah pastu main tolak tolak pakai siku ngan kawan tu nak conquer ruang sujud..huh!


time doa cedok sikit dari tangan kawan tu kononnya nak dapat doa lebih dan kawan dapat kurang. kalau agak-agak dah penuh doa kat tangan, masuk dalam poket baju dulu. huhuh



-kusha-
mufti daerah desa petaling

O Ena O said...

entri kesedaran di sebalik kiasan dan sindiran..mmg cooool!!

O Ena O said...

adamaya br je stat hari selase kelmarin jai..bkn bbrp minggu..nmpk sgt ko mmg bkn fan lisa surihani kan?:p

astute said...

aku pun ade mslh khusyuk dlm solat, walaupun anak ustz, pegi sekolah agama, bljr kat uia, tp raihan dah ckp, iman tak dpt diwarisi.

mslh aku suka pk lps ni nk buat ape. tambah2 kalau hari selasa time nak solat zohor, sb tuesdays, ade meeting lps sekolah. sembahyg bertambah tak khusyuk sebab kalau lewat masuk meeting akn mendpt publisiti murahan. cis, bedebah!

Anonymous said...

Jason Derulo!!

adam

Mohamad Faizal said...

kusha: yang cedok doa tu kau doala yang buruk2. mintak tumbuh jerawat kat lidah ke. pastu biarkan dia cedok haa haa

ena: haa haa aku hanya meminati wajahnya dan kadang2 tubuhnya

astute: lagu raihan yang aku paling suka ialah tabuh berbunyi gemparkan alam sunyi.

adam: semua lagu dia nak sebut nama dia

aina hazuani said...

yang ketiga itu kelakar. dan err.. aku pun macam itu jugaklah. cis

Anonymous said...

Dah lama tak AMINNNN!!! beramai-ramai.. Ijai, bila lg nak bersolat jemaah bersama2 team Bangi?

-anas-

Wan Perlis said...

beli buku bagaimana kusyuk dlm solat

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...