Saturday, April 3, 2010

Team Bangi Menjadi Pakcik Buat Kali Ke-2


Pada 1 April yang lalu, Nurhamizah isteri kepada Amir Rashidi @ Apai telah kembali menjadi ramping apabila melahirkan seorang anak lelaki secara normal di Hospital An-Nur, Bangi. Berita itu disambut dengan penuh kesyukuran dan kami team Bangi telah berkumpul di rumah aku untuk membaca Yasin tapi tak jadi sebab kami main Call of Duty instead. Sebagai BFF yang sejati, sudah pasti kami akan melawat Apai walaupun Mizah masih lemah gemalai selepas beranak. Apai kata dia tengok proses pemberanakan itu dan dia kini dikatakan telah insaf dan mula membuka kembali kitab-kitab Fekah yang lama agar dapat menjadi seorang bapa yang baik. Ayuh klik Read More untuk melawat Apai dan Mizah di hospital.

Jika hendak melawat bayi yang baru lahir, kenala datang membawa hadiah bukan? Anas dah beli baju, Mizah pulak dah hantar MMS hadiah apa yang dia nak, so memang pressure la kan. Aku dengan tidak rela hati mengambil Fandi di rumahnya. Kami pun mencarila kedai bayi di sekitar hospital An-Nur tu. Nampaklah satu kedai bayi dan kami pun masuk dengan tenang umpama 2 orang pasangan gay yang membeli barang untuk bayi angkat kami. Kita ikuti perbualan di bawah:

Aku:
Akak aku nak beli hadiah untuk bayi yang baru lahir.

Fandi: Yaa yaa.

Akak kedai: Mmm nak beli hadiah macam mana ya?

Fandi: Papela kak baju ke biskut bayi ke.

Akak kedai: Ooo adik dah salah kedai ni. Kedai ni jual pam payu dara untuk ibu...

Fandi: Ooo yeke maaf ya mengganggu kak. Tapi pam tu boleh guna untuk organ lain tak? Saya kurang puas hati dengan saiz asia saya.

Akak kedai: (Mula mendail telefon). Helo Polis di sini ada suspek pengganas seksual...

Terus aku dan Fandi lari daripada kedai itu. Kamon, berdasarkan signboard di bawah, mana mungkin jantan sejati seperti aku dan Fandi tahu fungsi sebenar kedai itu?? Nama pun butik patutnya jual bajula kan? Lagipun tak appropriate la kalau aku tanya Apai apa measurement jika kami hendak hadiahkan pam kopek.


So kami pun mencarila kedai lain di sekitar kawasan itu. Sumpah kami memang macam pasangan gay. Kami beli hamper je senang. Sebab ini anak Apai kan so kami carilah hamper yang paling mahal sekali di kedai bayi itu. Cari je beli still yang murah jugak. Tak mengapa, harga tak penting, yang penting keikhlasan di hati (alasan).


Anak Apai masih belum diumumkan lagi namanya. Kalau nak berahsia begini aku saspek dia akan beri nama Faizal Rashidi. Apai dan Mizah nak anak mereka membesar sebagai seorang yang kool tetapi beriman macam pakcik Faizal dia. Kelihatan Evi Vidyana menjeling-jeling Jamil ingin pulang ke rumah segera kerana dia pun ingin menimang cahaya mata sendiri. Hee hee.


Kongratulasi Apai dan Mizah! Kami kanak-kanak Bangi semuanya tumpang gembira di atas kelahiran bayi ini. Kita semua memang keluarga yang gembira bukan?






12 comments:

Anonymous said...

congrats apai ngan mizah! jadilah ibu bapa yang bagus kepada faizal rashidi (haha).

adam

sI tEDI said...

ijai.. jgn lupe umum nama baby okey?

Idlan said...

ish kejinya Abe pergi Sabah tatkala Apai dan Mizah mendapat baby..

Mohamad Faizal said...

adam: mungkin juga adam rashidi haa haa

tedi: baiklah!

akak abe: abe memang keji dalam semua acara

Anonymous said...

tahniah apai n mizah....
mane aku tau baby korg nak kuar 1 april...kalau tak pasti aku tangguh percutian aku ke sabah...haha...

btw,nanti aku bawakan souvenir yg cool dr sabah utk anak kau(ayat bodek)..haha...

ps: apai,adakah berjaya membuat azan ruffedge??haha...



-shuhud-

Mohamad Faizal said...

abe aku nak pakaian orang bajau

Anonymous said...

Thanks alot rakan2 for d strong support!

~AkuApai

Anonymous said...

jamil dan evi lepas tu tgk aryan zuhayr plak(sbb diorng blum tgk baby aku lg).. jamil dpt souvenier best kene muntah anak aku, 2 kali plak tu hehehe...takpe lps ni jamil& evi dpt baby girl plak, hehe

-zaahirah

Anonymous said...

pakaian bajau akan kene tax yg sgt mahal..haha..beg aku seperti dah tak muat..tikar pandan mak aku je dah occupy separuh beg...haha...



-shuhud-

Anonymous said...

hahaha ijai yg nak masuk dulu kedai jual barangan utk ibu tu last2 die yg malu lebih..=P
abe ko menghilangkan diri ketika kami bergumbira mnyambut bayi apai sila bawakan hadiah tuk kami semua ya..

-fandi-

Anonymous said...

hahaha ijai yg nak masuk dulu kedai jual barangan utk ibu tu last2 die yg malu lebih..=P
abe ko menghilangkan diri ketika kami bergumbira mnyambut bayi apai sila bawakan hadiah tuk kami semua ya..

-fandi-

Jessicanzvw said...

Thanks alot rakan2 for d strong support! ~AkuApai

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...