Wednesday, April 21, 2010

What's In The Pokok? Episod 2 (UPDATED!)

Ini adalah kesinambungan daripada entri What's In The Pokok. Ada seorang pengomen yang disyaki ahli keluarga Jamil telah meramalkan yang akan ada burung bermastautin dan membesarkan anak di sarang yang sama di masa hadapan. Ramalannya memang tepat, kerana terdapat dua biji telur di dalam seluar eh sarang itu. Struktur dan anatomi telur itu sama dengan telur yang lalu, maka aku mengesyaki burung itu daripada spesies yang sama ataupun burung yang hari itu memang sundal banyak melakukan penzinaan.


Tapi burung ni suka suki one in a million je nak beranak pinak di pokok mahal mama aku tanpa membayar sewa. So aku pun membuat keputusan untuk membuat jenaka terhadap burung itu. Sila klik Read More untuk sama-sama berjenaka membuat ibu burung itu tertekan.

Jenaka 1: HAHAHA lucunya aku. Demi aksi komedi, aku rela membazirkan M&Ms untuk membuat emak burung pening.



Jenaka 2: HAHAHA lucunya aku. Perdayakan burung itu suruh eram telur ayam dalam peti ais aku. Haa haa sampai hari Krismas pun tak menetas pasti kebas bontot dia nanti.



Jenaka 3: Pasti cuak mak burung itu hendak menetek anaknya nanti.


Hahaha lucunya aku. What the what? Mengapa korang hendak menjadi aktivis alam sekitar pula? Apa yang dilakukan semuanya demi kebaikan burung itu. Kat rumah aku banyak pemangsa. Jadi kaler yang berlainan berupaya mengelirukan tupai daripada menebuk lubang di teluq. Tupai juga pasti akan menarget teluq yang lebih besar seperti di jenaka 2. Lebih baik, tupai juga tidak akan berani mendekati sarang burung itu apabila melihat kelibat Dino Riders aku.

Disclaimer: Tiada makhluk tuhan yang dicederakan dalam aksi komedi ini.

UPDATE: Sebiji telur telah menetas petang tadi. See, aku memang menjaga anak burung itu dengan baik seperti aku menjaga burung sendiri. Nampak macam tak senonoh ayat aku tapi sebenarnya aku memang ada bela burung.





13 comments:

AZIZAN & HAFIZAH said...

ada je idea ko ni kan....

Anonymous said...

*berguling atas lantai sambil ketawa dengan kuat*
ROFLOL

Mimie.Candy Cane said...

ko ni kan..nanti tak pasal hubby burung tu ngamok kt mak burung and cakap

" lu curang dengan wa hah? cakap,anak sape ni??!"

Anonymous said...

lawak macam ni pon ada ke???? hahahaha!

kucing hitam

Anonymous said...

"dua biji telur dalam seluar"
hahaha ayat plg sial di abad ini mmbuatkan aku tgelak2 x ckup hormone... aku nk tgkk ape reaksi mak diaa!!



-megan musang

Mohamad Faizal said...

hafizah ke azizan?

anon: bawa bertenang adik nanti dituduh gila

mimie: "ini anak si Mazli. u la tak pernah nak beri perhatian kat I" jawab mak burung itu

kucing hitam: anda harus cari mesej tersirat yang cuba disampaikan dalam setiap jenaka..

megan: mak dia hostile dowh aku datang dekat sarang

Anonymous said...

hahahaha mcm harem..ak nk tgk sarang tu nnt hujung mgu ni k hahaaha..

-fandi-

nana said...

keji la ijai ni.
ntah2, telur burung pun dia tak eram nanti. pupus lah spesis dia.

eh, kenapa warna purple. ni burung apa?

^wirda^ said...

hahahhaa...terkekek2 mcm ikan kekek mak iloi2 aku dibuatnye kat cubicle opis aku nih...hahaha..oh telur tu besar M&M je ke..kalo ko ganti ngan coklat bulat2 cadbury/beryls lg dia konfius..hhahaa semua jenaka diatas adalah mmg jenaka sebenar...ahahhahahaha

Anonymous said...

Ramalan seterusnya -> telur burung ori tu x menetas dan mungkin dilarikan (mungkin oleh ibunya) kerana gangguan perasaan tu (kesian dekat ibu burung tu). Dekat rumah Jamil, utk tahun 2010 ni, anak burung tu sempat menetas tetapi telah dilarikan (sebelum sempat tumbuh bulu) akibat selalu dihendap oleh pengomen. Jika berminat nak tengok gambarnya, sila beritahu. Sekarang cuma tinggal sarang burungnya sahaja, menunggu kedatangan 2 biji telur seterusnya pada tahun depan.

*Keluarga Jamil*

Anonymous said...

nice one faizal

Mohamad Faizal said...

fandi: hujung minggu dia dah terbang. takpe ganti teluq kau hee hee (gangguan seksual)

nana: manaaa tengok gambar terbaru sudah menetas pun. itu burung enggang

wirda: wassup wirda. isteri arjuna angkasa yang ambil gambar kahwin jamil evi bukan? err sebenarnya itu coklat cetak rompak M&Ms. nips nama dia hee hee

keluarga jamil: haha sudah menetas satu. saya berjanji akan menjaganya sehingga dewasa

anon: yes i am always nice

^wirda^ said...

alamak kenai plak..hahah baru nk jadi org misteri ijaicool mcm org misteri era tu.
ya selama dok stalker blog nih tak pasan pun anda kawan jamil..sampai satu hari ternampak muka jamil jadi pameran.
dgn pantas ku cari gambar2 jamil dan rakan2..ya ku igt lagi anda melakukan aksi poyo (upppss) ketika bergambar di pentas pelamin..hahahhahaha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...