Tuesday, May 18, 2010

The Biggest Bitch

Dia curang dengan suaminya dengan meniduri lelaki kacak. Dia sentiasa mencari jalan untuk memburuk-burukkan adik-beradik suaminya kerana tidak rela tinggal sebumbung dengan mereka. Dia sanggup melakukan pelbagai pendustaan dan menabur fitnah bagi memastikan dia hidup dalam kesenangan. Hendak dijadikan rumusan, dia memang layak digelar bitch. So who is the biggest bitch in this whole wide world? Click Read More to find out.

Perempuan jalang itu bukanlah Sofea Jane dalam filem Perempuan, Isteri dan dot dot dot, tetapi Margarita Alvarez dari telenovela agung Mis Tres Hermanas. Jika anda tidak mengetahui apa itu Mis Tres Hermanas, mungkin anda tinggal di kawasan pedalaman dan tidak mendapat siaran NTV7. Telenovela ini amat popular semasa aku masih bersekolah menengah. Mengisahkan tentang Abang Augusto yang bekerja keras untuk memberi kebahagiaan untuk adik-adik perempuannya iaitu Silvia, Lisa, dan Beatriz. Seperti yang telah diterangkan di intro entri ini, isteri Augusto, Margarita telah menggoda Santiago, seorang jurutera sivil yang kacak tetapi tipis iman untuk melakukan penzinaan. Santiago yang ketika itu telah bertunang dengan Barbara Solis telah mengeruhkan lagi keadaan apabila telah jatuh cinta dengan Lisa. Hoi takkan aku nak bagi sinopsis penuh pulak korang pergilah tonton sendiri siaran ulangannya di NTV7 pada pukul 11.30 am - 12.30 pm berdasarkan intisari rancangan The Star yang aku baca tadi.

Dulu-dulu masa cinta monyet mesti perasan yang kau ni Santiago dan awek kau tu Lisa Estrada kan?. Tapi Margarita memang bitch gila. Dalam Mis Tres Hermanas dia sering memakai pakaian yang mendedahkan aurat berat. That's okay, sebab tubuh dia memang hangat minta ditinju. Tengok muka dia pun tahu yang dia telah banyak kali melakukan penzinaan. Ya aku tahu menuduh perempuan baik berzina adalah dilaknat dan memerlukan 4 orang saksi. Tetapi semasa mencari gambar Margarita ataupun nama kafirnya Roxana Diaz Burgos, tuduhan aku ternyata berasas setelah mendapat tahu yang Roxana Diaz memiliki sextape yang lebih hebat daripada Kim Kadarshian.


Anyway ada satu peristiwa yang membuat aku semakin benci dengan Margarita. Ini kisah benar yang berlaku beberapa tahun dahulu semasa hari raya. Kawan sekolah aku Hisyam (Ise) telah membuat rumah terbuka dan menjemput rakan-rakannya yang boleh dikategorikan sebagai gadis-gadis hangat. So aku dan Shuhud pun menjamula nafsu makan dan nafsu mata. Sedang asyik kami berbisik-bisik dengan gedik berbincang tentang gadis-gadis, aku terdengar sebuah lagu tema yang cukup aku kenali.



"VIDAAAA KEMBALIKANLAH SEMANGATKU!!!! KEMBALIKANLAH KETENANGANMU....." secara automatik aku mengalih suarakan lagu itu dalam bahasa Malaysia. Aku memang tidak pernah miss satu episod Mis Tres Hermanas ketika itu. Aku lantas bangun dari tempat duduk. Tanpa kesabaran, aku pun berlari ke arah televisyen untuk melihat aksi hangat Margarita....

PRANGGGG!!! Bunyi gelah pecah. Satu rumah terdiam. Hanya bahasa latin yang jelas kedengaran ketika itu. Semua mata tertumpu ke arah aku. Kaki aku terasa sejuk. Aku memandang ke bawah, rupa-rupanya aku telah menendang gelas seorang tetamu. Air oren tumpah, gelas pula obviously pecah. Emak Ise memandang aku sambil mengetap bibir. Sumpah aib aku ketika itu hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Sejak hari itu Ise tak pernah buat rumah terbuka lagi. Ataupun aku seorang sahaja yang mak Ise tak kasi jemput. Semua salah kau Margarita. Bitch.



20 comments:

Frodo Baggins said...

bangang! hahahahhaha

otak ketat said...

hahaha. buat malu org bangi lah kau neh. aku tak bernafsu sgt tgk cite tu. sbb hero dia tak hensem. haha. aku suka cita rosalinda. jose terbaek! wakakaka.

cracked bunny said...

boyfriend beatriz tu ensem oo.tapi dia mcm berslh sosial.xso boleh kawin,mak rejek.cter la usurpadosa, dora igt tak abg ijai? carlos daniel bracho mmg hawt abes.miaw.

budakcomot said...

wahaa,semangatnya nak tengok mis tres hermanas.. nampak ye gadis2 yang diundang masa open house tu x bape cukup hangat untuk ijai.. owh,teringat masa zaman leh tengok TV1 dengan TV2 SAHAJA.. tp,itu dulu.. time kasih astro!!!

shogunn_general said...

antara 3 beradik pompuan tu aku paling minat adik die yg paling kecik hehehe

yusuf mujahidin ™ said...

yeke dia ade sextape?


hahahaha~

Mohamad Faizal said...

frodo: betul! hahahahaha

otak ketat: rosalinda? tak mungkin jose lebih kacak daripada santiago

sha: la usurpadora? ingat lagu tema dia je. LA USURPADOOOOORA ISMIRA NI KOLTOROOOOO

budakcomot: hari ini tengok mis tres hermanas di pejabat hua hua hee

naqqib: boyfren dia pun hensem kan

yusuf: iyeeeee tak tipu aksi dia mengalahkan pronstar. eh macamana tah aku boleh tau

Anonymous said...

bes ke telenovela spanyol ni?
xsilap aku dlu2 tak tahan nak gelak dgr alih suara dia cm bangang gle suara.. ahaha bkn nk kutuk ciptaan ilahi tp mmg suara dibuat2 mcm karekter kartun plak.. skg ni gune alih suara lg ke?



-megan musang

CouchPotato said...

bahah!
oleh sebab aku bercuti sekarang jadi aku ade can tengok mis tres hermanas kat tv9 la pulak
ngee!
memang bitchy
semalam dia pakai bra hitam dengan blouse jarang corak leopard. adusss!

O Ena O said...

wooo!~ tastee ko awek latin ke plakkk?? terjojoi mate ko ek nengok awek tuuu smpei pecahh gelaihhh..

Anonymous said...

ambik ni cawan kertas ni.

dah gi main jauh-jauh

haha

Mohamad Faizal said...

megan: haha venezuela la. guna suara asal kot. enak je bunyinya

couch: blouse jarang leopard? roarrrr roarrrr

ena: aku memang mata keranjang macam jantan-jantan tipikal lain

anon: ala mengapa guna anon lagi kan shuhud dah bagi nama

Anonymous said...

http://www.euphoricsense.com/

bro,buat review web ni k?he3

Asmoham said...

ape ke bangang.. hahahaha..
neway..
aku minat gile adik bongsu beatriz tuh ..
n aku slalu cb nk jd mcm pakwe rocker muke ganas mcho tp jiwang..

kekekekekeke.. malang skali ms zaman sekola xde janggut lebat n jambang nipis..

tp pd gadis2 yg meminati laki yg bernama Francisco itu, bole pm aku sbb aku dah ada iras2 dia skg..

hahaha.. gadis sahaja. :)

^wirda^ said...

hoho margarita seksi..

time ni aku kat U..tp aku tak addict sgt citer tu sbb agak lembab sekor2..nyampah mak..
aku gila citer la usurpadora..hik hik..mungkin sbb depa kata muka heroin macam aku..hahahhahah
pape pun aku gila espanyola sampai ambik course bahasa spain kat U..ahahah..

Anonymous said...

jai smalam aku main fifa 10 kat rumah dazu. kene blasah 4-1. die gune leeds united aku gune man u. what the hell. nampak sangat aku kene beli fifa 10 dan berlatih.

adam

Mohamad Faizal said...

anon: laman web apa tu? (pura2 tak copy paste link ke browser)

asmoham: aku ada kawan nama dia sally. dia boleh tahan hot

wirda: amek kursus bahasa sepanyol? baiklah jika anda handal translate ayat ini: purfauro lisa wal alif lam qamariah muchacos

adam: dazu bajet kau handal datang sini la woi aku ketuk. tapi main modern warfare ah. beli world cup 2010 adam ofis aku dah beli dah kool doo

Anonymous said...

cod? aku tak pernah main game tu. nanti aku beli. ni cod yang mane satu jai? modern warfare 2 ke?

mahal doooo game game zaman skarang. world cup 2010 masih mahal. kene tunggu harga jatuh.

adam

Mohamad Faizal said...

modern warfare 2 lah tiap2 mlm sabtu anas/abe/fandi/ise/jamil n kadang2 zul datang rumah aku berperang. hoi dazu balikla meh aku pisau kau dari belakang (tak puas hati sebab dazu ketuk aku pakai aston villa)

tehpunyablog said...

Citer telenovela rubi tu lagi biyatch..

Bárbara Mori Ochoa yang belakon sebagai Rubi Pérez de Ferre telah bejaya membawa watak yg sangat bechey..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...